Salam Ramadhan.
Ehem ehem. Tajuk dah molek dah. Adakah entri hari ni akan molek juga?? Bukan boleh pcaye aku nih. Ha ha ha.
Pagi tadi aku tengok MHI kat tb3. Slot yg Wardina dgn ustazah ape tu namanya, bertajuk Fikrah Ramadhan. Cun betul Wardina tu ye. Ustazah tu pon sempat usik Wardina masa slot tu dah nak habis. Ustazah tu kata nanti Wardina pon akan ada cucu-cucu dan cicit-cicit, tapi tetap cantik la.. (ayat tak sama pasal aku tak hafal le satu2 butir ustazah tu sebut).
Menurut ustazah tu, manusia ni selalu membuat dosa dan sering memandang dosa sebagai suatu yg indah kerana adanya "hubbud dunia". Setahu aku hubb tu maksud die sayang atau cinta. Jadi maksud hubbud dunia tu sayang atau cintakan dunia lah kan kan?
Kenapa ye kita sukakan dunia? Nak kata jahil sangat sampai tak tahu yg dunia ni fana, tak kekal.. Tak pulak. Nak kata tak tahu ada hari kiamat, nanti amalan2 kita semua kena hitung.. eh tahuuu.. Nak kata tak percaya tentang dosa pahala, syurga neraka.. eh mestilah percayaaa.. Tapi kenapa ye kenapa ye kita masih buat kesilapan? Susah betul nak kasi buat silap sekali je betul tak? Nanti mesti ada buat silap lagi (errr ke aku sorang je camni?).
Ini bukan entri bajet ustazah ye. Kadang-kadang kalau aku berfikir terlalu banyak benda sampai kepala otak aku serabut, aku suka menulis/menaip. Nanti lega sket tekak. Eh eh puasa lah. Silap, bukan tekak, tapi otak aku yg lega sbnanye. =P
Btw, dah nama manusia ni, org kata takkan lari dari melakukan kesilapan. Memang la betul. Tapi kalau ikutkan, kita masih ada pilihan antara nak melakukan atau tak nak melakukan kesilapan tersebut. Sekali lagi.. Kenapa ye kita selalu buat pilihan yg salah? Nak kata tak tahu beza mana baik, mana buruk.. eh tahuuuu..
Bila aku fikir punya fikir kan kan, jawapannya sebenarnya ada pada diri sendiri. Mungkin sedikit kabur, tapi yang penting ADA. Tinggal diri sendiri yang nak merungkainya.. (ewah da mcm lirik lagu ah..)
Kay bai.
elak lah kan buat kesalahan :)
ReplyDeletetak buat lagi kesalahan yg sama
ReplyDeletemusuh utama kita ialah syaitan.. selain syaitan nafsu.. fitrah kita melakukan dosa sebab kita bukan malaikat.
ReplyDeletesetuju dgn semua org yg komen.. tq! :D
ReplyDeletex tahu kenapa buat silap. mungkin dah jadi norma kehidupan kot! tapi pelik, kadang2 rasa insaf, tapi kadang2 buat bodoh. isk, entah la.
ReplyDeleteTapi kadang2 kita tk tahu apa yang kita buat itu itu suatu kesilapan..
ReplyDelete