Salam dan selamat hari raya aidilfitri
Jangan le kipas siling bilik aku ni terbarai ke.. Aku bukak laju betul ni. Panas woh. Kalau umah aku ada swimming pool, memang berkampung la aku kat dalam tu macam badak.
Malam itu hari, aku selongkar lemari aku taw. Sekali terjumpa la himpunan kitab-kitab hikmat yg sangat memberi nilai sentimental kat dalam diri aku ni. Jangan main-main..
Aku pon belek la satu satu.. Belek punya belek...tau tau dah khatam dah kitab yg umurnya paling tua sekali dlm banyak2 kitab tu.
Macam nak menangis la jugak bila baca balik kitab2 lama aku tu.. sob sob. OPOCOTT!! Eh kurang asam betul lah bebudak yg main mercun nih. Kau kalau mercun tu jatuh atas bumbung bilik aku, siap la kau. Dah la aku risau kipas siling ni terbarai. Heish.
Meh sini aku nak tayang sket kitab2 hikmat yg aku dok canang-canang tadi. Ekslusif ni taw. Bukan senang aku nak tunjuk kat orang. *bismillah...*
Kalau tak clear apa yg aku tulis tu, bole klik gamba utk tumbesaran padu.
Haaa Bagi siapa2 yg agak2 terlepas Anugerah Juara Lagu ke-19 tahun 2004 dulu, bole la rujuk diari aku yee.. Muahaha Jangan tak tahu aku ni dulu waktu skola, walkman tu mcm telinga aku punya kembar taw. Melekap je doplohpat jam. Oke tipu la tu doplohpat jam kan? Tapi memang org kata mcm belangkas lah gamaknya.
Carta lagu kat radio mana yg aku tak ikut? Semua aku ikut taw. Boleh berperang jugak la kalau tak dapat walkman aku tu nak2 kalau waktu cuti.
Sebenarnya kitab2 hikmat tu adalah diari2 yg aku tulis sejak aku skolah lagi. Setakat ni yg ada dgn aku yg dari tahun 2004. Tahun 2007 aku pindah rumah, jadi diari waktu skolah rendah entah mana entah pergi. Entah2 ayah aku dah campakkan lam tong sampah. Skolah rendah pandai tulis diari tawww... Buat karangan BM malas pulak.. Ha ha ha
Aku dulu suka hafal lirik lagu taw. Nanti kalau aku dah hafal semua, aku tulis dalam diari. Bila mood aku rasa nak menyanyi, aku pon bukak la kitab aku tu. Macam karaoke laaa ada lirik kan? Cuma takde muzik la. Siap buat mikrofon pakai tangan lagi tuuu.. Engkorang hade??
Kira aku memang rajin benau la ikut perkembangan industri muzik tanah air waktu tu (hakhtuihhh..). Itu yg siap tulis keputusan AJL dalam diari tu. Eh apesal la aku ni tak jadi wartawan hiburan je kan?? *statement mintak kena rembat dgn apakanda*
Jangan kata AJL final tu, yg separuh akhir kat Muzik-muzik tu pon aku tulis taw. Siap letak artis siapa, lagu apa bawah kategori apa..bla bla bla.. Itu la aku dulu.. Nijam?? Heiii takde jadah le aii aku nak amik tau semua tu. Kose aku derr..
Macam takde la banyak sangat kan? Tapi untuk seorang pelajar yg tinggal di asrama mcm aku pada waktu tu, kira orait lah setiap kali balik kampung mesti tulis diari. Aku tak bawak diari kat asrama, rasa tak selamat kununnya.. Macam le aku hot sangat kat skola kan?? Kewujudan aku kat skola tu pon entah berapa kerat je yg perasan. Apatah lagi di kalangan jejaka-jejaka... *boo kat diri sendiri laju-laju*
Diari yg kaler biru atas ni tahun 2006 kot. Takpon 2007. Lupa plak. Tapi aku suka sebab die punya kulit tu tulis nama2 hari. Standard lah gadis-gadis remaja kan? Tudung ngan baju pon kalau boleh nak tulis untuk hari apa.. Itu waktu remaja.. Nijam aku dah dewasa SKET. Sket tu kena kasi capslock, nak menunjukkan aku ni takde la dewasa sangat, ataupun bahasa tahap tampar2 die ialah TUA. Heh heh.
Panjang jugak perjalanan yg aku dah tempuh untuk sampai tahap sekarang ni rupanya. Bila aku baca balik diari2 lama aku, rasa cam tak caya je dah nak masuk tahun 4 kat universiti sekarang. Pantas eh masa berlalu?
Dah la ye, lagi banyak aku taip, lagi banyak rahsia bocor. Haha
Thanks taw singgah n baca, bai korang!!!
xpe..jd dr gak bila besar..
ReplyDeletebest of luck on your study ye sis
@kak azrin; trime kasih banyak, kak azrin.. luv u. :)
ReplyDeleteharharhar! yeah, perempuan ni memang masa skola suka berdiari bagai. dan aku sebagai seorang lelaki sangat2 curious tentang apa yang di tulis kaum hawa ni. hehe
ReplyDeletemencari diari diorang ialah bagai mencari harta karun. puas weyh. HAHAHAHA kejam aku.
hahaha! betol3. lynn dulu ade 1 buku kecik. penuh lirik lagu. tp lagu omputeh laa. avril lavigne. maroon 5. tak padan dengan budak sekolah agama. haha
ReplyDeletewah rajin kan..buat koleksi..simpan2 nt bleh tunjuk kt anak..:)
ReplyDeletehaha. mr right pon macam tu gak dulu. obses dengan AJL segala tuh=="
ReplyDeletealololo cik ceri, rajinnyer kamu. btw, tulisan kamu cantik. senget senget jugak mcm tulisan kite. yes ad geng ! hehehe
ReplyDelete@haikal blank; tak baik woh curi2 baca diari orang. ggrrrr
ReplyDeletetapi aku pnah buat gak. muahahaha
@lynn lola; itu laa..sy pon dulu aliran agama jugak, tapiiii.. hahaha
@syafiq rosli; tunjuk kat anak, sure kena gelak.. kikiki
@mr right; hahaha ade jugak org mcm sy dulu.
@cik feel; sy mmg suka tulis senget2, mcm sy lah jugak, senget.. hahaha kalau buat keja2 takde pekdah, mmg sy rajin, cik feel.. blaja ade malas sket. :D