Salam aleik..
Ngahahahaha.... Ekceli aku baru habis layan cite Pirates of the Caribbean; On Stranger Tides. Jujurnya aku tak ikut pon daripada siri pertama. Tiba-tiba yg ketiga tu aku tengok gara-gara pengaruh rakan sebaya. Time tu keluar kat wayang, so menengokkan teman-teman sekampus bukan main kepalang lagi excited nya, maka aku pon secara tak sengaja join the club jugak lah kan.
Macam lalang kan hidup aku? Angin buai ke kanan, aku melentok ke kanan, angin buai ke kiri, aku pon melentok ke kiri. Macam tu eh aku bawak diri? Ish ish ish.. Mana boleh woh?? Kena ada pendirian tahu??! (Ni siapa marah siapa pon aku tak tahu laaa).
Apa benda la aku nak makan malam ni ye? *fikir fikir! na na na na na..*
Siryes aku copy url image kat google je. I own nothing.
Tahu nasi padang tak? Kalau engkorang mai Indonesia, engkorang memang akan jumpa banyak stall-stall makanan kat kiri dan kanan jalan, baik makanan ringan, maupun makanan berat. Nasi padang ni ada jual kat stall kecik-kecik, tapi kalau nak yg mahal sket pon takde masalah sebab nasi padang ni die ada jual kat restoran besar-besar jugak.
Biasalah orang Melayu kan, tak jumpa nasi mana boleh. Jadi, nasi padang ni memang selalu jadi pilihan lah kalau nak cari makanan yg heavy.
Eh ni apa pasal aku mcm buat promosi akhir tahun je nih? =P
After all, sebenarnya tadi aku nak cite yg tadi aku lunch nasi padang.. Kesudahannya aku mcm nak bagi guide dekat pelancong pulak dah.
Sambung lagi sket, nasi padang ni lauk-pauk die lebih kurang je mcm style kita, orang Melayu. Mungkin beza dari segi penyampaian (apa jadah pulak penyampaian peginya ni) lauk-pauk dia je.. Misalnya, mungkin sambal die tak sama mcm sambal kita yg plain kaler merah tu kan. Sambal kita biasanya org masak dulu melainkan sambal belacan. Tapi sambal die, lenyek-lenyek pakai batu giling tu nanti ada la ingredient lain dia tambah which aku tak tahu detail sgt. Tapi sedap! Tu satu contoh laa.. Mana tau nanti ada antara korang nak dtg sini ke kan, takde la terkejut tengok sambal die kaler hijau. Nampak macam cili padi tu die lenyek2 fresh camtu je dari kejauhan. But suprisingly, sambal yg hijau tu la yg tak pedas. Sambal yg merah tu lebih hardcore.
Kalau bab makanan, aku boleh kasi ceramah panjang free-free je kat orang. Jangan lah kau suruh aku cite pasal pengetahuan am ke, isu-isu semasa ke.. Yang itu aku ada kurang sikit. Tak banyak la, sikit je.. Heh heh.
Itu pasal la aku punya blog ni jenis free style. Sebab nak buat entri bersifat ilmiah ni, mau aku kena stay up dulu study apa yg patut. Hahaha
Itu pasal la aku selalu end up entri aku dalam keadaan aku sendiri tak reti nak buat kesimpulan drpd entri aku. LOL!!
Terima kasih ye kat korang yg singgah baca dan komen.
ngahaha sengal giler part "xreti nak buat kesimpulan sendri drp entri aku" hiksss
ReplyDeletelama bai x mkn cokelat mm
ReplyDelete@cik yan; itu lah kan.. aish~ :D
ReplyDelete@budak penjara; itu pon wa bawak dari msia taw.. haha
aku pnah try sekali nasik padang kat masjid jamek.aku rasalah tu namanya nasik padang.mahal boleh tahan.huhuh
ReplyDeletekat msia mmg mahal.. nasi penyet kat msia aku x pnah cuba pon, sbb mcm mahal je.. hihi baik makan kat mamak je~
ReplyDeleteqlah makan kerepek je , ohsem tak ? ehehhe ;D
ReplyDelete@qlah; sedap tuu kerepek.. :)
ReplyDelete