Salam..
Alhamdulillah, aku dah pindah rumah dgn jayanya hari tu. Hari ni kira dah 3 hari aa kat tempat baru. Still blom rasa biasa lagi, ambil masa la sket sbb aku tinggal kat rumah yg sebelum ni dua tahun jugak. Bila keluar jalan-jalan kat area rumah baru ni rasa mcm asing je.. Macam kan tak pnah datang area sini je plak. Ceh.
Dua hari ni aku blom bole tidur macam biasa. Otak melayang lagi duk ingat kat bilik lama. Banyak nau kenangan kat bilik tu gamaknya. Haha
Pengalaman pindah buat kali ke-4 ni agak lain daripada biasa sebab kitorang punya proses tu bermula dari jam 10 pagi dan selesai pada jam 3 petang. Ada braaaannnnn???? Muahaha
Itu pun certain things terpaksa tumpang kat rumah lama sebab kekurangan space. Ibu rumah lama tu tengok barang-barang kitorang, dia pon naik pening. Siap kasi "tazkirah" kat aku berbunyi, "itu lah cewek..asal mauuu aja beli, asal mauuu aja beli, makanya barangnya banyak..". Aku hanya mampu garu kepala je laa.. Hehe
Sekarang ni kat rumah baru ni pon tengah celaru lagi sebab blom sempat nak kemas betul-betul. Hari ni pulak dah nak stat padas. Padas tu mcm pre-klinikal la kat sini, blaja buat status pasien (i mean patient, malas plak nak backspace) dgn baik. Aku harap Dia permudahkanlah aku untuk blaja n paham dgn baik.. :)
Semalam ibu dan ayah aku dah bertolak ke Istanbul, Turki. Nanti kendian baru they all pergi Madinah lepas tu Mekah.. Sama-sama la ye doakan orang tua aku dan jemaah selamat dan sehat selalu, moga perjalanan sume selamat pergi dan pulang ke tanah air hendaknya..amin..
Macam mana la adik-adik aku kat rumah tu, nak kena call ni tanya kabau. Walaupun ibu ayah dah mintak tolong org kampung tengok-tengokkan tapi takkan aku nak buat dek je. Jangan diorang bergaduh dah la.. (dah besau-besau pon nak bertekak jugak)
Ekceli, ada lagi benda aku nak taip ni tapi nak stop kat sini dulu sbb nak kena ready pg kampus. 6.30 in the morning already maa..
Next time sambung..
selamat berumah baru yea.. =)
ReplyDeletethanks! :)
ReplyDelete