Salam
Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik, minggu ketiga pon dah nak tamat kat Lampung ni. Betul la akak2 senior cakap, koas ni tak terasa pon kadang2.. Tiba2 je dah nak habis.. Huhu
Neuro kat sini oke jugak. Specialist die baik n rajin share ilmu.. Cases nak buat blaja pon banyak.. Nak dgn x nak je. Kalau banyak cases tp x nak blaja pon x jadi jugak. Cakap kat diri sendiri sbnanye.
Lepas ni x tahu la dapat katne plak.
Bila dah terjebak dlm bidang med ni, aku rasa takkan pernah ada ending die melainkan dah smpi tahap PhD atau dah dapat title specialist. Bila aku fikir2, waktu teori dulu rasa mcm sama je dgn org lain yg amik kos lain. Pergi kuliah, dengar kuliah...joli2 dgn membe..bila ada xm, baca buku, pastu jawab xm. Bila dah co-ass ni, orang lain tu semua rata-rata dah nak stat keja dah.. Now ni ada yg dah ada kereta sendiri dah pon. Aku dok ke hulu ke hilir ikut konsulen. Nanti 2 tahun lagi pon lebih kurang sama je mcm ni jugak. Maksudnya bidang med ni akan amik banyak masa hidup orang, especially masa muda. Siapa yg x nak admit tu mungkin pendapat die x sama ngn aku, its okay.
Life aku mungkin tak semenarik org lain.. Aku rasa lah. Sebabnya aku masuk asrama sejak form 1. Sejak tu sampai lah skarang, hidup aku selalu dlm komuniti yg serius. Time sekolah dulu tak terfikir sgt semua ni, tapi bila dah sampai tahap ni baru terasa. Mula lah aku berangan2 mat jenin nak escape pg jauh2 la apa sume.. Hahaha
Asal mcm ada bunyi2 curhat je kat sini?
*read: curhat = curah hati = luahkan perasaan dlm BM
Bawah tu sebelah kanan adalah ruang emergency. Kat sini panggil Instalasi Gawat Darurat (IGD). Kat IGD ni lah kitorang kena jaga tetiap pagi kecuali Ahad. Siapa jaga sore, kena masuk pkol 4 ptg sampai 9 malam.
Follow up jgn tak follow up woooiiii. Tetiap pagi kena pg follow up patients dulu..~
Ada co-ass lain cakap, ada doctor tak suka co-ass main2 henfon. Berani tak aku main snap2 gamba narsis ngn kengkawan? Cuak jugak kalau ada doctor tu, lepas tu laju2 masukkan phone dlm poket. :P
Yg tgh tu tak boleh nak buat lagi mengada ke? Kah kah kah
Hari tu aku bgtahu transport kat cni naik beca kan? Mcm atas ni lah rupa beca kat Lampung. Kecik sket drpd beca kat Melaka. Aku tak pnah naik beca kat Melaka walaupun aku org Melaka. Tapi aku tahu beca Lampung ni kecik sket. Ke sebab aku yg besar ek? Dayuuummmmm!!
Hari tu kitorang naik bertiga jgn tak tahu. Sanggup bertimpa-timpa kat dlm beca tu tak nak naik baca lain2 punya pasal. Biasa lah jakun..
Hari ni pon nak kua jugak kejap, nak pg salon. Tak tahu la jap lagi bersesak satu beca ke tak. Kalau berempat, naik dua beca je lah. Sesak-sesak kalau tak bergerak karang pon satu hal. Ada yg tak sampai salon kang.. Haha
Ok bai!
ERM.. ERM.. TABIK LA SAMA DOKTOR2.. =D
ReplyDeletetabik toink toink ke? hahaha biase je cik qila~
ReplyDelete