Salam and hi to all
Kadang-kadang tak semestinya tarikh cantik, semua yang berlaku hari tu cantik. Ouh tidak. Tak semua orang sebertuah itu. Hew hew
Ada orang buat jenaka ttg filem 2012 tu. Konon-kononnya panitia kiamat mengalami kesilapan teknikal dan kiamat diundur ke tahun yang lain. Jangan buat main kiamat2 ni hadoy. Mungkin they all semua tak percaya ttg hari kiamat so diorang saja berlawak jenaka. Gila. Mcm nak meremang bulu roma ai uols.
So apa yg berlaku pada tanggal 12/12/12 ni kawan2? Apa aktiviti korang siang tadi? How was the whole day? Oke ke tak oke?
Hari ni aku mengalami kepala nyut-nyut sbb esaimen tak siap. Haha Itulah die kalau penghidap kelebihan vitamin 'M' yang dah kronik mcm aku ni mmg slalu ada trouble nak siapkan esaimen. Kalau kena rotan baru nak gigih agaknya. Tapi aku x nak la kena rotan uols. Auch.
Heih apa aku merepek ni hadoy.
Macam ni cite die... Sbnanye tadi aku keluar dgn Azie Azra sbb aku rasa teringin nak pergi menghiburkan hati yang lara dgn berjalan-jalan dan berborak-borak kat mall. Kalau nak harapkan aku pergi menghibur hati dgn acara panjat gunung ke or berkhemah kat hutan ke...mmg tak dapek la kan. Aku indoor orangnya. Mungkin istilah sebenar ialah 'inmall'. Hehe
Teruja nak letak gamba air yg kitorang minum ni sebab warna die menarik n gelas air aku tu unik. Nilah first time aku minum air dalam gelas mcm bekas jeruk. Bila fikir secara cepat, rasa mcm tak senonoh pon ada jugak. Jadi aku pon fikir lambat2 sket supaya bole minum dgn rasa x bersalah. Gahaha
Ouh ye. Kitorang makan kat Ramen.
Azie dapat posting kat Ear and Throat kat hospital yg skarang ni lepas ni. Agak gembira di situ.
Aku: "Bes la azie lepas ni dapat BY lagi...santai.."
Azie: "Hmm...aah. hehe" *buat muka tgh fikir sesuatu*
Aku: *buat muka nak tau apa yg azie fikir*
Azie: "Azie x jaga malam lepas ni. Kalau tqa ajak azie kua, azie sentiasa free...hehe"
Aku: ................
Kitorang tengok Life of Pi.
Siryesli, cite ni sangat sangat sangat sesuatu. Mendalam mesej die. Aku x tau nak huraikan mcm mana, tapi yg penting kitorang enjoy aa wayang tadi. Sampai dah kat lua mall pon masing2 termenung teringat kat cite Life of pi ni. Konsep die simple je. Just nak cite pengalaman seorang budak laki yang survive daripada kejadian kapal karam yang dah meragut nyawa semua penumpang kecuali budak tu, dan empat binatang liar milik bapa die n tikus mondok yang ada kat dalam sampan darurat yang die naik tu. Tapiiiiii....dia punya bermain dengan emosi dan fikiran tu memang top markotob. Dalam betul.
Kitorang tengok yg 2D. Dia ada yg 3D. Konfem bole mabuk kalau aku tengok yg 3D. Dia punya illustration superb!
Rasa mcm nak download cite ni n simpan buat koleksyen aku.
Tulah die 12/12/12 aku. Sesuatu banget.
Cubaan meletakkan gambar muka senget. Seram tak? Har har har
Pergh. Blog jugak yg siap. Esaimen gua tak siap2 gimana sich? T_T
haha buat lawak je tqah nih. senonoh je minum air dlm bekas jerok tu :p bile lek mesia?
ReplyDeletehihi balik msia adelah lambat lagi. inshaAllah hujung tahun depan. wuu
ReplyDelete