Wednesday, January 8, 2014

Entri tahun baru yg terlambat

Assalamualaikum..

Reaching over 50000 pageviews recently is actually a very unexpected thing that would happen to a very "nobody" person like me. Ok aku tau bg buaaanyak lg bloggers lain kat luar sn 50000 tu cam celah gigi je, tp aku kan jakun. So just leave me alone dlm semua kejakunan ni. Hahaha

Org lain dah update byk cite lain aku baru nak update psl tahun baru kan? Takpelah mak jemah, late is better than nevaa.. Gitu.

Nak dijadikan cite, hidup aku ni secara garis besar xde lah dinamik sgt.. Takde bnda yg sgt menarik, tapi bukanlah boring sgt2..aku rs masing2 orang akan rs hidup die enjoyable dgn cara tersendiri. Same goes here. I'm a typical Asian girl yg accidentally terjebak dlm dunia medik dan akhirnya berjaya abeskan jugak blaja because Allah helped me a lot. Dia tak pernah tak tolong aku. Thank you Allah.

Oke iols nak wrap up kan cite tahun 2013 yg baru je tutup buku dlm 8 hr lepas. Walaupun ni dh masuk thn baru, aku still rs mcm dlm thn 2013 sbb tahun2 terakhir ni hari2 berlalu dgn tersangatlah cepatnya. Tak terasa sgt, tau2 dah habis thn 2013. Phewww~

Lebih dr setengah tahun 2013 aku habiskan dgn menjalani kehidupan koas aku dlm clinical year. Sampailah 19 Oktober 2013, aku secara x rasminya selesai koas. Posting terakhir aku radiology. Disebabkan radiology tu posting yg rileks n konsulen kitorang mmg baik hati..makanya penutup zaman klinikal aku boleh la dikatakan happy ending gitu. Sebab posting sebelum radiology tu adalah E&T (telinga dan tenggorokan). Haa mau x boring sbb konsulen kitorg yg sorang tu rajin amukan. Siap la kalo x bole jawab, sekali die hanginnnn.. Nasib baik waktu kitorang x smpi kena halau je. Senior2 cite ade yg smpi kena halau.. huhu

Oke tutup cite koas..

Maka tanggal 21 Disember 2013, selamatlah aku dan membe2 dilantik serta disumpah dgn sumpah Hippocrates untuk menjadi doktor..


Alhamdulillah... Lancar majlis, walaupun sebelum tu huru-hara ting tang alexander kate qoo nak memikirkan segala tok nenek dokumen plus nak membayau 3 juta rupiah sebabkan nak konvo thn 2013 kan.. Dan juga walaupun waktu majlis tu telah terjadi sesi air mata bila wakil batch bg ucapan.. Overall seronok.. N rs lega dah habis blaja.. :)

Walaupun begitu, ada kejadian yg tak berapa nak indah jugak telah berlaku pd tahun 2013. Yaitu, aku telah kehilangan 2 benda yg sbnanye tersangatlah ada sentimental value bg diri aku.

1. My iPod touch 5 which i named with "Melon".

Aku punya Melon mcm dalam gambau atas ni, tapi tanpa tali tu. N aku pakaikan die casing Capdase kaler hitam. Memandangkan Melon tu hilang, dan beribu-riban gamba dlm tu, maka dgn serta-merta sume file dan gamba dlm tu hilang juga. So, gamba Melon digantikan dgn gamba dr google ni. Melon hilang dlm teksi. Waktu tu aku dgn membe aku terjebak dgn jalan jam, n aku igt aku main game guna Melon tu. Bila dah smpi umah sewa, aku cek dlm beg takde pon Melon. Punyalah khilaf aku waktu tu x double check, sbb aku ni berpenyakit OCD. Biasanya mmg aku double check everyhting, tp bnda dah nak jadi.. That day, aku tak perasan aku x msukkan Melon dlm beg sblom kluar teksi. Maka..aku telah kehilangan Melon.. Tak tahulah die kat mana skang. Sob sob sob

2. Jam tangan Casio yg ayah belikan tahun 2008 kalo x silap aku.

Hilang masa kat airport Soekarno Hatta, Jakarta. Waktu tu nk balik Msia for good dah.. Waktu nak cek hand luggage, sume org disuruh bukak perhiasan n masukkan dlm tray utk di scan. So aku letakkan jam dlm tray kosong, n aku igt aku tolak tray tu msuk dlm scanner. Tp bila keluar, jam aku takde. Rasa nak pitam kjap. Haha Sebab mustahil takde. Tak smpi 3 minit sebelum tu aku baru je msukkan tray dlm scanner. Akak guard tu siap cek tray2 kat situ..tapi hasilnya...tak jumpa. Wuwuwuwu Maka baliklah aku ke Msia dgn hati yg duka lara sbb siryes aku syg kot jam tu. N die tu telah memberikan aku keyakinan selama aku pakai die. Sekarang jam keyakinan aku dah hilang.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...~

Selain hilang barang2 berharga... Hujung tahun 2013 ni byk bnda yg unexpedted telah berlaku di sekeliling aku. Ramai membe aku bertunang la kawen la beranak la.. Ramai yg mula kerja la. N one of my close friends kehilangan ayah.. Sakit tiba-tiba, dah sampai masa arwah. Terkejut semua org2 terdekat sbb mendadak sgt arwah ayah die sakit waktu tu. Atuk sedara aku pon meninggal hujung thn lepas.. Al-fatihah..


Ni gamba 2 tahun lepas. Waktu tu pg mkn Carl's Junior sbb celebrate besday membe. Kenal kan blogger Azie Azra?

Emm..tak sangka kan ujian Allah.. Azie jatuh sakit x lama lps balik Msia after perlantikan dokter tu. Sangat2 terperanjat..yg tiba2 dpt tau die masuk ward sbb terkena perdarahan otak. I can't tell details here, but her condition requires some sort of surgery. It hurts you know.. To know such things happen to people who are close to you.. :(

Sama-sama doakan Azie ye.. Smoga Allah balas kebaikan korang sume, inshaAllah..

To start a new lifestyle this year, honestly..I feel very nervous and I'm not ready. Aku masih rs mcm nak duduk makan free kat umah parents dan bersenang-lenang goyang kaki kat umah. While some other friends dah pg interview MMC ape sume, aku blom lagi isi borang.. Memang selalu je kena bebel kat rumah suruh cepat2 daftar mintak keja ape sume. Tapi aku blom ade feel nak start lagi. Not yet.

Kadang-kadang timbul rasa jeles bila tgk perkembangan org lain yg dah bekerja, dah ada life sndiri, rumah, kereta..family.. Sebab aku rs life die x sesusah keja houseman. Alamak. Bila sebut houseman je rasa cam nak lemah lutut. Wakaka lebai sangat.

Aku xtau la mcm mana kehidupan aku lps ni. Apa yg aku tau, skarang aku tgh bercuti and aku akan bercuti dgn bersungguh-sungguh. Yeah!

Ok that's a wrap everybody!! 

Noktah.

No comments:

Post a Comment