Sunday, February 22, 2015

Cerita Cuti CNY

Assalamualaikum..

Happy belated CNY to those yg menyambut tahun baru kambing hari tu. Hihi Aku ingat taon bila py CNY ntah time aku kat Jakarta, kat mall Taman Anggrek tu ada buat pameran amenda ntah kat bawah tu pastu die letak mcm pasal tahun2 ikut binatang tu. Wah aku pon sama sibuk nak amek tahu tahun apa ong ke tak sume. Kalau menda2 merepek camtu aku mmg suka nak amek tau. Tebiat namanya.

Satu bnda aku nak cite psl laptop ni taw. Rasanya aku pnah cite psl laptop yg aku pakai skang ni kat belog ni dulu tapi tak hengat entry yg mana. Belog ni takde la byk nau pon entri tapi... Tapi sbnanye aku yg malas cari. Hehs

Anyway, laptop aku ni drpd zaman kuliah dulu aku pakai. Lepas tu smpi satu masa tu, die punya keypad touch ni xbole guna taw. Nak xnak kena guna mouse. Lepas tu, mouse yg aku pakai tu rosak few weeks ago, mcm x detect kat laptop n die punya tali tu xbole nak fix asek tergulung jek. Pastu one day aku tergerak nak try guna keypad touch ni sekali eh? Koq boleh guna? Rasanya dah lama gila kot since aku stop guna keypad touch tu haha. Die kesian kot mouse aku rosak. So die self repair la agaknya. Luls

Hari tu cuti public holiday engkorang pg jalan mana? Aku tak pergi jauh pon, potdeksen je..


Mem besau kalau menengok henpon harus ada gaya. Spek kasi turun kat hidung, taip sebelah tangan je pakai jari telunjuk. Kakaka Aku selalu gelak kalo tengok ibu aku taip kat henpon. Dia kata tak reti taip mcm org lain taip guna dua tangan.


Kalau tak selfie dlm kereta mcm tak lengkap majlis. :P


Kitorang tdo kat otel ni Lexis. Bukan yg ada private pool tu. Yg ada private pool tu sebelah2 je dgn otel ni. Otel yg aku duduk hari tu ada bath tub giant kat lam bilik. Bukak2 pintu je nampak bath tub. Kalau jenis yg mmg gemau berendam dlm tub mcm omputeh tu agaknya sekali ada org masuk bilik cantik aje bukak2 pintu nampak die berendam. 

Memula aku dah nebes dah alamak toilet kat lua ke bilik ni? Tapi mmg ko bukak pintu je jumpa toilet dulu pastu dalam tu baru bilik. Ada la die buat pintu yg memisahkan area toilet ngan tempat tidur tu tapi aku still pelik apasal masuk2 bilik je jumpa toilet. Hurmmm


Lua bilik tu ada la balkoni sket. Tempat ni la tempat feberet kitorang bersidai nak2 time petang2 tu diorang main banana boat la main game la tepi2 pantai tu. Aku ingatkan takde org sgt nak pg potdeksen ni skali tengok ramai jugak org dtg holiday kat situ. Even kat Tg Bidara pon dah nampak ramai org berkelah. Aku lalu jalan dalam je kalau nak pg PD. Tu yg lalu Tg Bidara tu.




Memula aku tgk pantai tu aku kompius apesal xde rupa pantai pon. Aku terlupa pasal fenomena air pasang ngan air surut. Haha Ya la aku sampai waktu tu air belum pasang. Memang la takde rupa pantai. Mcm mudflat je aku tengok.

Petang tu aku keluar dulu ngan family gi makan n beli2 barang. Bila balik bilik aku tengok da ramai orang kat pantai. Pastu area water chalet tu air da naik baru la nampak mcm water chalet. Time tu baru aku terfikir laa patut la tadi takde air sangat, air belum pasang. Eyy kesian betul aku ni. Jakun.


Bila lepas maghrib je otel belah sana tu meriah habis. Diorang jemput si Sathiya perform n jadi MC rasanya. Ada games apa sume. Mercun bunga api toksah cakap la mmg bukan belakang tu je, belah2 sana pon duk pung pang pung pang. Best jugak dapat tengok fireworks show free2 mcm ni. Cantik2 pulak tu bunga api diorang pasang. Malam before balik tu siap ada org lepaskan lantern lagi. Wahhh aku dah feeling2 cite Disney yg Rapunzel tu dah waktu tu. Teruja ngat tengok org lepaskan lantern.. 

Aku tak gi mandi laut pon sebab pikirkan kulit aku yg sensitip ni. Kalau kena air laut sure pedih punya. Takpela aku cuci mata je kat balkoni. Overall kitorang takde aktiviti sangat pon, just ibu aku nak rehat2kan minda setelah penat bekerja. Lagipun aku tengok ibu ngan ayah mcm eksaited je tengok org naik banana boat kat pantai tu. Nak2 ayah aku. Bot pisang katanya.. Bot pisang pon bot pisang la yah. Sampai nak gelap die duk bersidai tgk banana boat kat lua tu. Suka nau gamaknya.. :)

Semalam aku balik Melaka. Tadi siang pg hantau adik aku balik kolej. Highway punya la jam bagai nak rak. Naik kebas segala urat aku duk lam keta. Pkol 3 lebey baru smpi umah.

Hari ni aku dapat 2 jemputan kenduri kawin. Sorang ex-housemate kat Jakarta, sorang lagi besfren masa kat matriks. Alhamdulillah...akhirnya kawen jugak membe baik aku sorang tu. Dulu aku close sangat ngan die kat matriks. Ingat lagi zaman die bercintan-cintun ngan ex die. Now nak kawen dah dia. 

Aku dgn dia sbnanye membe satu aras kat matriks. Bukan classmate pon. Ekceli die tu rumet aku punya classmate. Dia slalu jumpa rumet aku waktu tu sbb bilik kitorang satu aras je. Lama2 aku jadi baik ngan die. Dgn budak2 bilik die pon aku baik. Dgn budak2 depan bilik dia pon aku baik jugak. Best bergaul ngan diorang. Happening gila. Tetiap hari ada sesi lepak-melepak sambil minum air panas. Rindu pulak bila ingat zaman matriks. Dah nak 8 years back dah semua tu. How time flies kan..


Ahahaha Nah aku belanja gamba aku muda2 dulu. Baju kuning tu rumet aku, belah kiri aku tu la membe aku yg nak kawen April ni. Dia ni lawa taw. Sket2 macam Marsha Milan Londoh kan? Aku toksah cakap la. Macam Nicole Kidman kan? *kibas kibas rambut*

Muka keladak ada hati mcm Nicole Kidman.. Menangis org tua tu kalau tgk muka aku. Kah3

Oke, next time aku update lagi ya.

Thanks for reading.
Have a goodnight peeps!

^___^

2 comments:

  1. olowwww comeynye 3 beranak ni..tak main air laut..azie tahu tqa berendam dlm bathtub lelame ngan bebuih kan kannnn hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahaaaa bahaya betul kalo tgh berendam ada org masuk bilik tu. ish

    ReplyDelete