Sunday, February 1, 2015

What I Do to Fight Boredom

Assalamualaikum..

Sambil tunggu adik aku pg 7 Eleven belikan aku twiggies ni tiba2 je pulak rasa nak menceceh kat belog. Ya. Aku masih lagi gemarkan makanan2 cekedis seperti Twiggies.

I say Twiggies you say Yum! 
Twiggies! 
(Yum!) 
Twiggies! 
(Yum!)


Dulu ada perisa coklat ngan vanilla je masa aku kecik. Tiba2 aku dah besau tengok2 ada perisa Tiramisu dgn Raspberry. Tiramisu aku dah cuba dah. Raspberry belum.

Tiramisu sedap.

Tadi kan, aku naik atas nak masuk bilik. Adik aku kan keluar pergi kedai. Aku jengah bilik adik aku kat laptop die tgh main cite Doraemon! Kah kah kah Tak sangka yg aku duk dengau die ketawa dlm bilik sorang2 tu rupanya die tgh tgk cite Doraemon. Budak2 zaman skarang tak tengok Doraemon kan? Power Rangers pon tak kenal agaknya. Apatah lagi Kluang Man dan Usop Sentorian.

Belum blajau ABC dah master main Ipad. *budak2 milenium kata ko*

Apa-apa pon,.. Untuk kawan2 yg baru nikah tu aku ucapkan selamat pengantin baru ya.. Moga murah rezeki sampai syurga ya.. Barakallahulakuma..

Tiba2 nak bagi ucapan selamat pengantin baru kan?

Ini lah die style aku berblog. Nama die freestyle. Datang mood aku nak cerita hantu, aku cerita hantu, datang angin nak cerita kucing, aku cerita kucing, datang angin nak menceceh mcm hari ni, merasa lah korang entri Twiggies dan ucapan selamat pengantin baru.. Luls

Malaysia kan negara berdemokrasi.

Hurmm.. aku teringin nak main basikal lah. Sekarang basikal kalau sebijik brape harga eh? *tanya mcm kan kau dapat harga doploh hinggit je sebijik basikal kan*

Dulu apak aku belikan basikal utk pg skola kaler hijau, nama die Cat Bob Cat. Aku xtau ape mslh kat skola rendah aku dlu, budak2 jahat pg longgarkan skru amenda ntah kat basikal aku. Smpi satu hari tu rosak basikal aku kot. Nak pg tuisyen separuh jalan je. Terpaksa tambat basikal kat masjid pastu gi sekolah naik keta apak aku. Kebetulan apak aku lalu jalan tu. Kalau tak jalan kaki lah jawabnya.

Mangkau betul budak2 laki skola rendah aku dulu. Aku tau msti budak laki punya keja. Budak pompuan tak bawak spanar pegi skolah oke. Kitorang pegi skolah bawak cermin. Haha

Haaaa adik aku dah balik uols. Boleh la makan Twiggies yg enak itu.

Sampai jumpa lagi ya kawan2.

Ada sesiapa teringin makan Twiggies lepas baca entri makcik ni? Oke sila beli sekarang kat kedai Cik Kiah belakang sana ya..

Babaaaaiiiii.... ^^

2 comments:

Lina said...

Hai salam perkenalan,

Eh twiggies sedap apa, akak pun suka makan, siap berebut dgn anak hehe, my old time fav of course lar coklat.

Thanks singgah kat blog k

paimung said...

asslamualaikum...
kunjungan pertama mohon kerjasamanya.

boleh minta perisa coklat ngan vanilla sedapnya...

saya tunggu kunjungan baliknya ke http://paimung.blogspot.com/