Wednesday, March 25, 2015

I Like Colours! :)

Nak kata Pendidikan Seni kat skolah dulu selalu score, tak jugak. No no nehi haii,, Sesungguhnya aku memang bukan seorang yg berseni sejak kecik. Tapi manusia kan berubah-ubah. Hatinya, sifatnya, sikapnya..seiring dgn masa. Giteww

Perubahan yg ketara aku perasan sejak aku masuk university. Aku jadi suka dgn benda2 berunsur seni. Tak semua benda la tapi. Kalau lukisan mcm calit2 tu yg jual pon bole beratus USD tu mmg aku tak reti nak nampak la tang mana seninya.

Tahun 2010 aku nekad nak belajar main gitar. Memang aku betul2 belajar. Tapi cegu2 aku sume kat internet, mostly kat Utube la. Free je diorg ajar main gitar. Hehe Maceh cegu. Kira ada unsur seni la tu kan?

Sekitar waktu yg sama jugak, aku mula rasa minat dgn makeup. Aku sendiri tak perasan n tak ingat mcm mn bnda ni bermula tapi makin lama makin kuat aku rasa yg aku minat dgn produk2 kecantikan ni. Sampai adik aku one day tu die gelak kat aku sbb die kata aku la dulu org yg slalu ejek die sbb die suka melaram. Sekarang aku pulak yg main makeup. People change..  Ahakhak

Aku rasa tahun 2012 kot, aku mula minat dgn hair colors. Rasa teringin nak explore different hair colors makin lama makin kuat. And I did start to color my hair since then. 

First shade yg aku try waktu tu was medium golden brown by Revlon.
Yg ni, nombor 43.

Ofkos sebelum aku buat keputusan utk start dye rambut aku dah ty dulu org bole ke tak sume, in fact adik aku ada gi tlg tanyakan kat ustad die lagi. Bila dah yakin dan kompiden baru la aku beli hair dye box ni. Yahuuu

I watched tons of reviews and tutorials and done my research about it too before I decided on which product and shade should I go for. Dan akhirnya aku try Revlon.

First time aku dye waktu tu I wasn't really expecting any dramatic result sbb ye lah, apa lah sgt nak expect utk virgin asian hair like mine kan, unless you bleach it first. Ofkos lah nehi haii nak bleach2 ni. Aku tak seberani itu. Membayangkan betapa harsh nya the bleach could be. So waktu tu aku fikir, ala saje je la nak try. Just go for it.

Tapi it turned out that my hair absorbed the colour pretty well. Aku pon tak sangka. Mungkin pigmen kat rambut aku sebenarnya not that dark ke entah la. 

Lepas tu, honestly aku da try macam2 brand lain and try different shades jugak.. Tapi personal favourite aku tetap Revlon. Sebabnya, satu die takde ammonia. Ammonia ni bau die super tajam n kalau kita guna hair dye yg ada ammonia ni mmg tak bole buat keja dlm ruang tertutup. Alamatnya xbole bernapas la kau. Tengik! 

Kedua, rambut tak rosak sangat pakai dye Revlon ni. Chemical die tak sekuat brand2 lain yg aku pnah cuba. Nak2 conditioner die tu aku suka sangat. Bau wangi, bila lepas guna conditioner die rambut nampak sehat lembuuuuttt je.. 

Ketiga, kaler die tahan lama. Revlon Colorsilk ni mmg permanent hair dye. tapi ikut pengalaman aku, se-permanent mana pon hair dye tu, die tetap akan fade jugak setiap kali kita shampoo rambut. Utk slow down kan proses fading tu, boleh la guna produk yg khusus utk maintainkan rambut berwarna. But as for me, tak kuasa aku nak layan. Hahaha Apa yg ada tu la yg aku lenjan.

Keempat, dalam banyak2 hair dye yg aku pnah try, Revlon ni la sebenarnya kaler die yg turn out the closest to the shade shown on the box. Die ikut jugak condition rambut kita before coloring tapi kat rambut aku, brand ni la yg paling oke. It might be different to other people though.

Baru-baru ni aku try nombor 150 in red.

Revlon ada another range of hair dye iaitu yg Colorsilk Luminista ni lah. Yg Luminista ni katanya khusus utk dark hair. Dia la tulis kat situ. And color choices pon a bit different than the other Colorsilk range. Aku tak tau la ape aku fikir waktu pilih merah ni. Kakaka

Bukannya teringin nak rambut Rihanna red pon. Aku terpukau kot tgk mata model kat box tu. Cantik kan mata die? *tiba-tiba*

Anyway, lepas guna shade 150 ni aku dapat membuat satu kesimpulan. Sebenarnya this shade really works wonder to my hair. Selain roots aku yg lebe kurang 1.5cm waktu tu, rambut aku sbnanye mmg dah colored with another brown shade yg aku slalu guna. Tapi suprisingly dari roots sampai ke tips the color blend so well and I can barely see any brown tints on it. Even antara roots dgn the under parts pon tak nampak beza. Takde belang pon, very even. Yahuuuu

I can't be convinced that my readers are all ladies so showing you guys the result is something that doesn't seem to happen. Huhu I'm sorry..

Tapi aku tunjuk gambar yg lebih kurang sama lah ya.

Ermm lebe kurang camni lah kot.

Not too red, yg penting bukan orange. Aku mcm tak jumpa gamba yg exactly sama tapi gamba ni close la, mungkin merah lebih sikit je drpd ni. Tapi aku tak gojes mcm model dlm gamba tu lah. Hahaha

Yg penting, berhias for nobody but yourself, okay ladies. Yg dah ada husband tu bercantik utk husband lah kan.

Orang pompuan ni tend to do a lot of things for self satisfaction. May be that explains why I love to color my hair. Gyeahh



Sekian,
a lady who loves colourful things,
Madam Teressa

No comments:

Post a Comment