Friday, April 24, 2015

Pikun

Orang Indonesia bilang pikun itu penyakit kakek2. Kan da terkeluaq bahasa Indon aku. Hihi

Pikun tu maksud die nyanyuk. Masalah betul lah minggu ni aku apehal ntah. Disorientated ke apa. Today mati2 aku ingatkan hari Sabtu. Sabtu ni ada kerja kawen aku ingat nak gi memeriahkan (read: menyemakkan) majlis. Punya la beriya iron baju mandi pepagi siap2 ape sume.

Sekali lepas start enjin keta, tengok npon: FRI 24 APR 2015.

Terus tercengang kejap dalam kereta. Aku mimpi ke apa ni?

Bukak pintu tros tanya ayah, "ayah, hari ni hari Jumaat ea??", muka kompius.

Tuan haji jawab aah hari ni hari Jumaat.

Daaayuuuummmmmm... Apeeekahhh???

Dah le da siap pakai baju kurung. Kalau aku dah tersampai umah kenduri tu karang tak ke tercengang2 tuan rumah tu dengan khemah blom siap setting apa sume?

Hish.

Tapi aku tetap keluar jugak. Main tekan jek minyak tapi dalam kpale otak takde arah tuju pon.

Masuk Tesco parking kat paling ujung sekali biau dekat dengan AEON. Lepas tu termenung dalam kereta.

Eh tak jadik lah.

Tros keluar parking balik.

Last2 aku pergi Econsave belakang umah jek.


Ni la die makcik yang pikun tu. Menyempat pulak snap gambau kat kedai orang. Mentang2 akak2 tu tgh sibuk nak bukak nasi campur memasing. Hahah


Ekceli aku mmg nak beli shampoo pon. Sket lagi habis la shampoo aku yg aku pakai skang. Aku dah baca kemain banyak org promote Sunsilk pink ni kat blog. Macam tergoda pulak nak terai.

Anyone pernah pakai shampoo Sunsilk pink ni? Best tak? Share plisss

2 comments:

  1. haha lawak la bebiii. konfem tuan aji pun garu kepala.

    btw kite baru pasan dekat blogroll tqah bahagian "Kawan-kawan saya" tu kite sorg je yg mengupdate. nampak nau takde keje hahah XD

    ReplyDelete
  2. tuan haji emo ngan kte semalam. wuwuwuuuu

    alah takpeee tu maknanya weols rajin la tu. rajin menaip. hihi

    ReplyDelete