Assalamualaikum readers..
*Senyum senyum sebab tak update blog for few days. Heeee
Last week tetibe macam ada je pulak aktiviti nak buat. Pergi career talk, pergi wedding ex-batchmate la, pastu berjimba ngan membe la tengok avengers, pastu kengkunun prepare minda for interview la, pastu adik pompuan aku balik mlaka cuti amenda ntah, pastu layan jiran pergi sanan sinun bengkel le kedai henpon le macam-macam. Tetibe kagum ngan diri senirik sebab dah melalui minggu-minggu yang produktif. Yahuuu!!
Selasa lepas aku dah interview dah. Alhamdulillah mengikut firasat aku interview tu lancar.. Cumanya masih belum dapat jawapan la. Kena tunggu confirmation. Kena tunggu Kementerian proses dulu hasil-hasil interview dengan semua candidates dan borang-borang yang we all isi. Hopefully I manage to get the sponsorship la, amiin... :)
Aku bukan nak sambung master, tapi aku nak ikut training under Kementerian dot dot dot. I want to be special. Jarang kan dengar orang dari academic line pindah ke skill line? Orang tak buat, meh kita buat. Haha
Tak boleh cite lebey-lebey, sbb blom ada confirmation uols. Aku kena bersabar dulu. Usbur Ayyub..orang Mesir kata.
Ni muka budak lepas interview. Selamba jek sarung blouse chiffon dengan inner lace pergi interview, kan? Hehe Aku tak reti la nak pilih kemeja ape nak pakai. Last-last tibai je la baju chiffon ni, yang penting kompiden. Alhamdulillah, interviewers dedua baik-baik belaka. Yahuuuu
Beza tak appearance? Kah kah kah. Ni versi tengah intoxication vitamin "M". Tudung malas nak iron, baju main sarung aje long sleeve shirt yg dari zaman lower form dulu tu, sket punya lusuh pon masih juga aku pakai. Oh, yes. Aku masih bole pakai seluar2 and baju2 zaman sekolah. Now umur dah nak 25, tapi masih muat baju2 yg nak dekat 10 tahun dulu beli. Betapa tak membesarnya badan aku ni. Aiguuuu
Sebelah tu jiran aku. She's 2 years older than me. Weols sama skola dulu masa highschool, tapi dulu tak baik pon. Tegur-tegur camtu je. Tapi sbb now dua2 ada kat Melaka kot. Tu yg slalu jugak la jumpa keluar sama. She's nice. Ada yg nak aku kenalkan ke? Sila berbuat baik dgn aku from now on. Muahahaha
Aku memula pk nak teman die g bengkel je hantar kereta die. Sekali ended up kat DP. Dah la aku pakai mcm nak g beli kelapa parut kat kedai runcit belakang umah. Cis.
That day aku belanja dia cheese cake ni. Tapi tak aci sbb aku cilok jugak makan sekali. Eh sedap rupanya cheese cake kat Starbucks ni. Dan yang penting, dapat vitamin aku, yaitu hot caffe latte. Gyeay!!
Oh ya, nama kek ni apa ke benda ntah ada perkataan caramel la yang penting. Boleh tak explain camni? Haha
Kaki pulak tak reti nak stick to one place kan. Melangkah dan terus melangkah, banyak jugak kedai aku masuk semalam ngan partner in crime. Hajat asal nak gi Samsung centre je. Sekali dah upgrade jadi sesi window shopping. Dah la gores kertas parking tu yg sejam punya. Nasib baik tak kena saman woi. Kitorang bershopping nak dekat 3 jam jugak rupanya. Hish.
Aku dah siap mark dah kedai2 yg best kat DP. Lepas ni lenkali kalau nak gi bole g terjah kedai2 yg aku dah mark tu. Kakaka Dah macam penyamun dalam cite Ali Baba Bujang Lapok je pulak.
Hari ni baru lekat sket kat umah. Tu pon may be petang ni keluar lagi ngan jiran aku tu. Haha
Okais. Tu je nak stori today.
Thanks for reading.
Till next time, bye love. :)
Ske tengok tqah kai kaler peach tu. Ceria bagai mentari di siang hari. HAHA mende tah perumpamaan kite. I belib u gonna do well bebeh muahciked
ReplyDeletekte sbnanye dah jet2 neves kot la interviewer nak tegur pakaian kte that day. nasib baik tak... wuwuwwuwu
ReplyDeleteamiinnn... thnank you bebi <3
as always~
Lawa bajuuuu,heheheh~~~Btw, kena buat2 baik mcmana tu kalau nak kenal dgn jiran? hahaha & apa tu vitamin M? Confuse :p
ReplyDeletevitamin M tu vitamin MALAS.. Hahahahaha
ReplyDelete