Thursday, September 29, 2011

Memang outdated pon, tapi tak kisah la yg penting bes!!!

Salam.

Hape benda kan yg bes sangat gamaknya aku ni kan kan? Huaaaahahaha

Ekceli tadi aku gi layan cite X-Men ngan hosmet aku. Aku tengok date kat google tulis June 2011, skang dah bulan 9 tapi lantak lah. Puas hati woh!!

Bes bes bes.

Gamba macam tak brape nak bes kan? Aaaa kena la tengok baru tau bes ke tak..

Ahaha padahal orang lain agaknya dah lama dah tengok cite ni. Aku je yg baru nak terhantuk lagi nak terngadah-ngadah. Oh crap! Cipta peribahasa sendiri mengikut nafsu memang hampeh hasilnya.. Siryes tak ohsem.

Weiii.. Kalau korang dah tengok cite ni pon kan, tengok la lagi sekali demi aku.. Plis plis plissssss.. *saja buat drama*

Tetiba terjumpa poster yg lebih menarik. Haha Takde keje kan aku?

Cite ni macam ada kesinambungan dengan X-Men yg first dulu. Nak cite kat sini memang tak la kan. Alangkan nak copy paste pon aku malas, apatah lagi nak buat karangan sinopsis pulak kan? Hehs..

Sama macam Final Destination 5. Ada kesinambungan dengan Final Destination yg first dulu.. Tapi aku tak tengok yg Final Destination 1 tu.. Kawan aku yg bagitahu, aku buat siaran ulangan je. =P

Huaaaarrggghhhhhh~~~~ *yawn yawn yawn*

Oke dah ngantuk. Selamat tidur semuaaaa!!!

Monday, September 26, 2011

Bibik oh bibik..

Assalamualaikum..

Femes betul bibik aku kat dalam blog ni ye?? Banyak jugak cite pasal dia..

Wahhh.. Patut la bibik aku tak balik-balik Jakarta, rupanya nak mintak naikkan gaji.. Oooo.. Macam tu ye taktik kau nak mintak gaji naik ye bibik?? Bibik......bibik.... Ada ada saja kau ni.. *gaya mcm mak mertua Kasim Selamat*

Bukan senang nak layan karenah bibik yg ada kelas ni, tahu? Dia punya pikiran tu kadang-kadang tak terjangkau dek akal pikiran majikannya. Fuuuu

Macam ada bibik umah kawan aku kat sini, siap pandai speaking lagi..

Kawan aku tanya dia, "mbak sehat??", dengan nada comel. Dan bibik tu pon jawab, "FINE...", selamba.

Haa kauuuu...sekali dia speaking daaaa..

Pernah satu hari aku ngan hosmet aku singgah umah kawan aku tu sebelum pergi keluar jalan-jalan.. Sekali dia tanya apa taw..

"Non mau ke mana?? Shopping yaa??"

Fuulamak aiii. Tergamam aku dibuatnya. Punya la canggih kan bibik-bibik ni. Agaknya diorang ada persatuan kowt. Persatuan bibik-bibik Jakarta, pastu ada kelas bahasa Inggeris, kan kan? Mana tahuuu.... Boleh jadi apa??

Aku dulu masa sekolah rendah pon darjah berapa baru tahu maksud "shopping" tu apa. Yang aku tahu, pergi kedai jajan, tikam cincin 20 sen kat mesin tikam tu. Tak dapat cincin, dapat la gigi pelesu ada taring kaler-kaler. Boleh la nak perasan-perasan jadi makwe Robert Pattinson kejap. Eh.

Haii... Macam-macam peel pon ada..

=D

Friday, September 23, 2011

Errr... Susahnya nak buat tajuk kalau entri takde motif, kan?

Salam aleik..

Puhh puh puhhh!!! *bunyi orang tiup-tiup habuk, bukan tiup trompet*

Berhabuk lagi berdebu sudah blog nih. Dah la trafik memang sedia rendah, bertambah rendah lagi menjunam-junam dibuatnya bila tak berhupdate. Duduk dekat dengan kawasan kilang memang macam ni, dia punya debu tu boleh kumpul buat bantal. Haaaa haaaarrrr har. Ada paham?? Tak paham??? Ayah aku kata, american joke memang susah orang nak paham. =P

Uwaaaa terus homsik bila sebut pasal ayah. *wuuuuuuu sob sobs cik cik aaaaa*

Ekceli kan, aku exam semalam. Padahal baru masuk minggu kedua start kuliah. Dah exam kan.. Pape pon, alhamdulillah la dah selamat semua.. tak kelam-kabut macam sebelum2 ni. Soalan ada 85, masa diberi 85 minit. Satu soalan, satu minit. Semua objektif.. Tak boleh nak bayang aa kalau soalan bentuk subjektif. Huhu

Eh kenapa mesti tulis "huhu" kat belakang ayat eh? Sebenarnya aku tak paham pon apa maksud "huhu", n kenapa orang suka tulis "huhu". Tapi nak ikut trend punya pasal, aku guna jugak lah perkataan "huhu" tu. Takde lah nampak kampung sangat. Hahaha Orang kampung jugak yang kena kan??? Memang lah agak cibai jugak. Padahal aku orang kampung jugak asalnya.

HIDUP ORANG KAMPUNG!!!!!! GYEAHHH...

Motif nak buat drama kat sini?? Heh. Aku pon x tahu..

Gamba berkenaan tentang infusion, google mari..

Tadi aku belajar cara-cara nak suntik orang ngan cara-cara nak pasang infus. Infusion eh bahasa inggeris dia?? Maklumlah mek Jekartahh kannn..

Tapi bukan cucuk kat orang la, cucuk kat patung je. Punyalah masaelah nak mencari tang mana pembuluh darah (siryes aku tak berani nak tulis nama pembuluh darah tu, sure kena gelak ngan student yg blaja dalam BI) kat patung ni. Nasib baik aku tak juling tadi. First time kowt.. Mintak2 nanti oke lah kan..

Kalaulah aku ada dummy sendiri kat rumah, kan senang sket nak berlatih? Nak cucuk tangan hosmet, ada yg bilik aku kena bom sat agi. Nak cucuk tangan kucing hosmet aku pulak, bulu dia tebal sangat.. Hurmmm

........................................... (Takde idea dah nak mencece~)

Monday, September 19, 2011

Siryes Yahoo Indo, dan rahsia kuih raya!

Salam..

Aku tak tahu kenapa dan bagaimana, tapi kalau aku bukak main page yahoo kan, secara otometiknya die akan keluar mengikut bahasa di mana lokasi aku berada pada waktu tu. Padahal aku tak usik pon apa2 setting. Sama jugak kalau aku bukak main page google. Misalnya kalau aku kat Malaysia, dia akan keluar Yahoo Malaysia, kalau aku ada kat Indo, maka die akan keluar Google Indo. Melainkan aku dah log in account google..

Jadi, itu hari aku bukak main page Yahoo dan aku terjumpa ini.. (rujuk gambar)

Sila baca tajuk yg kaler biru pekat tu..

Trailer 'Twilight Breaking Dawn' dirilis..

Agak2 korang paham tak apa maksud ayat tu? Hehe Aku nak highlight perkataan "dirilis" tu sebenarnya. 

Rilis = Release

Itu baru benar-benar teknik translasi bahasa! Muahaha

Pasal kuih raya pulak.. Aku x tahu lah kalau aku sorang je yg rasa benda ni, atau org lain pon rasa benda yg sama. Mungkin aku dah xde keje sangat agaknya. Ha ha ha. Okey... Cuba makan kuih raya dengan cara satu kuih raya hanya dengan satu suapan, lepas tu bandingkan korang makan satu kuih raya tapi gigit dan telan sikit2..

Kenapa??

Sebab, makan satu kuih raya dengan satu suapan lebih terasa sedapnya kuih raya tu!! Cubalah try!!

Cuba taw taw! Hee

Kay bai

Friday, September 16, 2011

Ada termos pon x guna kalau gas dah habis..

Aish.. Kena tunggu esok la ni. Memalam siapa pulak nak hantar tong gas kat umah kitorang ni. Wuwuwu Hancur harapan nak masak air bebanyak pehtu tuang lam termos. Biasalah termos baru..teruja sket. Ekceli takde lah baru bebenau, baru rembat kat umah lama masa balik Malaysia itu hari. Nasib baik ibu aku kasi green light. Bolehlah riak aku ada termos sekarang.

Eh tak baik woh riak riak pulak kan? Walaupon hakikatnya takde siapa pon nak heran pasal aku ada termos. Ha ha ha.


Aku pernah rasa guna telefon nombo kena pusing2 ni. Korang pernah tak??

Aku ada masalah nak ingat nombor telefon sendiri bila duduk Indo ni. Sebabnya, nombor dia banyak sangat. Jap eh aku kira... *menggelupur cari kat mana aku simpan nombor henfon sendiri*

Okeh da jumpa nombol niha. Hah! Tolak poskod negara, ada 12 nombol aku nak kena hafal. Sket punya banyak kan? Urghh..

Woahh.. Telepon pesen apakah ini?? Siap ada loceng kebakaran lagi.. Kah kah.

Korang ada tips tak mcm mana aku nak hafal nombor telefon aku sendiri??

Heh.

Thursday, September 15, 2011

Oh bibik cepatlah pulang ke Jakarta..sob sob

Salam..

Agak-agak ada ke org bengkek dengan aku sbb takde hupdate ek? Ek? Ohhh soklan pesen apa aku tanya nih? Soklan perasan-perasan mungkin..

Of kos la aku cilok gamba kat google.

Siryes bes woh pakai selipar jamban toilet. Aku nijam memang feveret aku sarung selipar jepit ni ke hulu ke hilir. Tinggal lagi kat dalam kampus kena pakai kasut kan.. Kalau tak memang dah lama aku sarung selipar jepit ni je..

Pakai wedges lagi selesa daripada pakai high heels? Sebenarnya........ kalau nak betul betul betul (penegasan yg ekstrim taw sampai 3 kali ulang) selesa, selipar jepit ni lah jawapannya. Tak tahu lah kalau ada orang yg lebih selesa pakai capal ke pakai terompah ke pulak kan..

Dulu aku kecik-kecik, terompah tu untuk buat jalan-jalan taw. Jangan main-main. Ingat untuk guna kat toilet mesjid je ke?? Aku dah buktikan yg terompah tu fashionable jugak sebenarnya. 

Ada jugak ke yg tak pernah tengok terompah tu mcm mana ghope?? Meh la aku kasi gambaran sket..

Siryes woh aku jumpa gamba ni kat google.

Aku cukup tak berkenan kalau terompah-terompah free untuk guna dalam toilet tu pasangan die tak sama saiz. Sebelah besar, sebelah kecik. Dah la benda alah tu kalau tak biasa pakai, kita akan rasa x stabil. Ini pulak sebelah lain, sebelah lain saiz. Dia punya terghenjot-ghenjot tu boleh kacau-bilau jugak mood aku dibuatnya.

Lagi pulak kalau plestik tempat nak sarung kaki tu dah terkoyak. Mana kaki kau terbolos-bolosnya, nak stabilkan diri lagi. Macam kena dera dengan mak tiri je aku rasa..

Benda apa entah aku mengarut. Hahaha

Nyamuk banyak ah skang. Obat nyamuk dah pasang dah. Ke darah aku yg semakin manis? Tapi nak kata bertunang, belum pulak. Wakakakakakakakkk (lawak apa aku buat ni??)

Tuesday, September 13, 2011

Kuih raya dan sambal kering pengubat rindu

Amacam?? *angkat kening dua kali*

Sikit punya syahdu tak tajuk entri? Kikiki Jangan tak tahu setelah nekad ponteng sehari, aku sedar diri jugak akhirnya untuk balik Jakarta. Tetiba dapat tahu next week dah nak exam integrasi 1. Like seriously???!!

Aku baru lepas balut modul. Kalau nak tahu, ni baru kali kedua aku balut modul yaitu modul untuk blok 27. Cubalah bayangkan betapa dalam 27 kali dapat modul ni, aku baru 2 kali betul2 membalutnya punnn.. Berhajat nak membalut modul tu memang byk kali tapi nak betul2 buat tu mak oii dia punya berat tu kan.. Agak-agak bole celen ke kemalasan aku ni? Muahaha

Mestilah aku cilok kat google je.

Lerr.. Macam ini rupanya bentuk kuih sarang semut. Punyalah beriya aku teka mcm mana rupanya kuih ni. Pasal tadi aku sembang2 dengan hosmet2 aku. Tercite pulak pasal kuih sarang semut ni. Diorang kata bentuk kuih tu macam sarang semut. Aku ni nama je peminat rancangan National Geographic dan Discovery Channel, tapi sarang semut pon aku tak tahu. Agaknya aku tahu, tapi aku lupa kooooottt... *mengcover sedaya upaya*

Bibik kitorang kat sini belum balik Jakarta lagi. Tu dok ada lagi kat kampung dia, betulkan rumah katanya. Gasak le kau mbak, nanti balik sini pandai2 lah buat mana2 yg tertangguh tu.. Pokok2 bunga tuan rumah kat balkoni atas tuha mcm dah berkurang je. Tuan rumah dah alihkan la tu. Kitorang takde rumah itu hari, tak berjaga kan..

Tapi bagus sebenarnya mbak cuti. Ada keja sket utk manusia buntal macam aku ni. Nak bersenam tu kirim salam je lah. Ni mbak takde pon kira bersyukur dah aku dapat buat kerja2 bibik, berpeluh la jugak. Daripada aku duduk mengangkang depan laptop. Takde pekdah pon. Heh heh.

P/s: Blok baru ni tajuk Genetik. Macam chalenging je bunyiknya.. hurmmmm

Saturday, September 10, 2011

Do you always tell the truth?

Salam..

Sebenarnya tajuk tu adalah petikan drpd lirik lagu Yuna yg "Deeper Conversation" tu. Bes woh lagu tu. Dengar sekali rasa nak dengar lagi sekali. Tak caya leh ce dengar dulu..


Chord pon yg basic2 so boleh la aku bantai petik sesuka hati aku je. Muahaha Chord adalah Em, A, D pehtu tambah Bm waktu chorus die. Sila la gugel utk maklumat lebih lanjut. Biasalah aku kan lazy cat. Bahaha

Dah beberapa kali aku rasa satu perasaan yg pelik bila aku balik cuti ke Malaysia, dan aku beli barang, dan bila aku tengok dan baca label ada tertulis "made in Indonesia". Rasa nak jual balik je barang yg aku beli tu. 

Macam itu hari aku beriya nak pilih pen yg tak dijual di tempat aku belajar. Aku pon pilih la pen jenama PILOT. Kan macam jenama baik je kedengarannya tuu.. Sekali dengar jenama tu rasa2 macam kompem tak jual kat Indo nih . Sekali balik umah dah bukak plestik die...terpampang dgn huruf besar pulak tu "MADE IN INDONESIA". Haa kannnn...

HAHAHAHA... *sambung gelakkan diri sendiri*

Friday, September 9, 2011

Too many memories~

Salam..

31 Ogos hari tu Merdeka. Betapa aku lebihkan Hari Raya drpd mengingati Hari Kemerdekaan.. Dem demm..

Tadi siang, aku ikut ayah aku balik umah lama dekat ngan kampung. Ingat nak ambik satu barang ni, tapi kesudahannya benda lain yg aku ambik. Layankan je la gamba2 ni..


Banyak betul perubahan pada rumah lama ni. Hasil usaha ayah aku lah. Sejak dia pencen awal tahun itu hari, asyikla mengoter rumah lama tu. First time aku tengok lepas dia oter2 rumah tu, tergezut habis aa. Punye la jauh bezanya dgn waktu kitorang masih duduk rumah tu, sampai aku tak kenal la gamaknya. Pasal depan rumah tu memang dah lain sangat2..


Atas ni wet kitchen. Eh wet kitchen ke dry kitchen ek kalau dapur kat luar? Hehe Dulu-dulu time tengah ada bibik, bila bibik dok memasak kat luar tu, akula penemannya. Berborak sakan, macam la kat tempat lain tak boleh nak berborak. Gamba atas tu dah kira kemas dah tuuu.. Dulu, belakang tu bersepah. Kucing aku time tu pon tak selera sangat nak main2 kat situ. Haha



Rumah kitorang macam biasa la takde sebatang rumput pon. Semua kawasan yg ada tanah dah ditepekkan dengan simen. Baru betul rumah batu. Memang totally concrete. Tak mesra alam eh takde rumput dan pokok2 bunga? Nak buat mcm mana.. Kitorang adik-beradik nak bukakkan pagar pon mcm nak berperang, apatah lagi nak siram-siram pokok bunga. Kirim salam hai hai bai bai je la kat segala tanaman hiasan rumah.


Siryes sangat berbeza dengan keadaan pada tahun lepas. Kalau aku tak tahu yg ayah aku oter rumah tu, memang silap2 aku buat conclusion yg rumah lama tu dah dipindahkan ke Pulau Sibu oleh makhluk ghaib.


Tersangatlah banyak kenangan kat rumah ni. Dari tepi jalan kat luar rumah tu lagi ku dah rasa syahdu. Kuat betul aura dia. Huhu


Area rak buku kat lam gamba atas ni tak seproper (perkataan apa entah aku guna) ni dulu. Bila aku tengok area rak buku tu, tetiba aku rasa area tu mcm mini library plak. Tinggal lagi ayah aku tak buat tagging je. Hee Macam-macam ada wa cakap lu, buku ibu aku masa student dulu pon masih tersimpan lagi. Kalau nak cari buku agama pon ada. Yg fail-fail tu aku tak sure. Heh~


Pasu bunga tu aku dapat hadiah utk subjek ke benda apa entah masa skolah dulu. Tak sangka pulak ayah simpan lagi, siap letakkan bunga lagi kat dalam..


Cubaan mengecilkan pipi yg tembam? FAIL. Takde efek pon. Hape pon tak boleh.

Tu kat dalam bilik aku dulu, kongsi dengan adik pompuan aku. Memang bersejarah habis lah bilik tuu.. Tempat gelak ketawa, menangis berduka, bergaduh dengan adik-adik, main terjun-terjun katil, memekik melolong pagi-pagi buta sampai kena sound dgn jiran sebelah, tempat aku menyorok kalau ibu buat open house (sebab dulu aku ada masalah tak suka orang ramai2), tempat paling syok utk pillow talk... Sebab atap bilik tu tinggi ke atas, jadi efek bunyi kat dalam tu bes dan ventilasi udara sangat baik dan.... Crap! Takde kaitan plak dengan pillow talk. Bahaha


Hiburan seisi keluarga pada suatu ketika dulu. TV comel dan radio zaman perang (bukan aku kata, ayah aku yg kata). Radio tu jenis yg kalau nak cari siaran kena tarik arial die panjang2, lepas tu pusing2 punat yg berkenaan. Ayah kata, radio mcm tu kalau rosak..hantar kat kedai pon org taknak betulkan dah. Ha3


Banyak jasa dapur gas ni. Aku rasa dapur gas ni lah dapur gas pertama yg aku kenal. Sampai sekarang ada lagi..


Tulisan khat tu kawan baik masa skolah menengah rendah bagi. Dia pandai tulis khat.. Cantik kan??


Bonjot-bonjot kain yg berisi kacang hijau. Nak buat apa?? Nak buat main batu seremban laaa.. Dulu gua terer taw main batu seremban, brape round main tak henti2.. Tapi nijam ingat sampai batu 9 ke batu 10 je itu pon susah nak maraton 1 round. Lawan ngan dak kecik pon mesti kalah punya. Zaman kegemilanganku dah berakhir..

Siapa pulak yg masak nasi minyak pulak ni? *gulp* Kay lah, aku pon dah malas nak taip lagi ni..

Thanks singgah n baca ye, selamat hari raya uol !!

1st GA dari Cik Kiah Ronggeng

Nak join?? SILA KLIK DI SINI.

Telah ditag oleh Cik Azwa manis, terima kasih daun ceri ye..

Hurmmm..

Nah, siapa kena tag ni kalau free2 moh le join skali..

Wednesday, September 7, 2011

Ekslusif hanya di blog "Aku Tak Sakai"

Salam dan selamat hari raya aidilfitri

Jangan le kipas siling bilik aku ni terbarai ke.. Aku bukak laju betul ni. Panas woh. Kalau umah aku ada swimming pool, memang berkampung la aku kat dalam tu macam badak.

Malam itu hari, aku selongkar lemari aku taw. Sekali terjumpa la himpunan kitab-kitab hikmat yg sangat memberi nilai sentimental kat dalam diri aku ni. Jangan main-main..

Aku pon belek la satu satu.. Belek punya belek...tau tau dah khatam dah kitab yg umurnya paling tua sekali dlm banyak2 kitab tu.

Macam nak menangis la jugak bila baca balik kitab2 lama aku tu.. sob sob. OPOCOTT!! Eh kurang asam betul lah bebudak yg main mercun nih. Kau kalau mercun tu jatuh atas bumbung bilik aku, siap la kau. Dah la aku risau kipas siling ni terbarai. Heish.

Meh sini aku nak tayang sket kitab2 hikmat yg aku dok canang-canang tadi. Ekslusif ni taw. Bukan senang aku nak tunjuk kat orang. *bismillah...*

Kalau tak clear apa yg aku tulis tu, bole klik gamba utk tumbesaran padu.

Haaa Bagi siapa2 yg agak2 terlepas Anugerah Juara Lagu ke-19 tahun 2004 dulu, bole la rujuk diari aku yee.. Muahaha Jangan tak tahu aku ni dulu waktu skola, walkman tu mcm telinga aku punya kembar taw. Melekap je doplohpat jam. Oke tipu la tu doplohpat jam kan? Tapi memang org kata mcm belangkas lah gamaknya.

Carta lagu kat radio mana yg aku tak ikut? Semua aku ikut taw. Boleh berperang jugak la kalau tak dapat walkman aku tu nak2 kalau waktu cuti.

Sebenarnya kitab2 hikmat tu adalah diari2 yg aku tulis sejak aku skolah lagi. Setakat ni yg ada dgn aku yg dari tahun 2004. Tahun 2007 aku pindah rumah, jadi diari waktu skolah rendah entah mana entah pergi. Entah2 ayah aku dah campakkan lam tong sampah. Skolah rendah pandai tulis diari tawww... Buat karangan BM malas pulak.. Ha ha ha

Aku dulu suka hafal lirik lagu taw. Nanti kalau aku dah hafal semua, aku tulis dalam diari. Bila mood aku rasa nak menyanyi, aku pon bukak la kitab aku tu. Macam karaoke laaa ada lirik kan? Cuma takde muzik la. Siap buat mikrofon pakai tangan lagi tuuu.. Engkorang hade??

Kira aku memang rajin benau la ikut perkembangan industri muzik tanah air waktu tu (hakhtuihhh..). Itu yg siap tulis keputusan AJL dalam diari tu. Eh apesal la aku ni tak jadi wartawan hiburan je kan?? *statement mintak kena rembat dgn apakanda*

Jangan kata AJL final tu, yg separuh akhir kat Muzik-muzik tu pon aku tulis taw. Siap letak artis siapa, lagu apa bawah kategori apa..bla bla bla.. Itu la aku dulu.. Nijam?? Heiii takde jadah le aii aku nak amik tau semua tu. Kose aku derr..


Macam takde la banyak sangat kan? Tapi untuk seorang pelajar yg tinggal di asrama mcm aku pada waktu tu, kira orait lah setiap kali balik kampung mesti tulis diari. Aku tak bawak diari kat asrama, rasa tak selamat kununnya.. Macam le aku hot sangat kat skola kan?? Kewujudan aku kat skola tu pon entah berapa kerat je yg perasan. Apatah lagi di kalangan jejaka-jejaka... *boo kat diri sendiri laju-laju*


Diari yg kaler biru atas ni tahun 2006 kot. Takpon 2007. Lupa plak. Tapi aku suka sebab die punya kulit tu tulis nama2 hari. Standard lah gadis-gadis remaja kan? Tudung ngan baju pon kalau boleh nak tulis untuk hari apa.. Itu waktu remaja.. Nijam aku dah dewasa SKET. Sket tu kena kasi capslock, nak menunjukkan aku ni takde la dewasa sangat, ataupun bahasa tahap tampar2 die ialah TUA. Heh heh.

Panjang jugak perjalanan yg aku dah tempuh untuk sampai tahap sekarang ni rupanya. Bila aku baca balik diari2 lama aku, rasa cam tak caya je dah nak masuk tahun 4 kat universiti sekarang. Pantas eh masa berlalu?

Dah la ye, lagi banyak aku taip, lagi banyak rahsia bocor. Haha

Thanks taw singgah n baca, bai korang!!!

Monday, September 5, 2011

Anak-anak kucing baru sempena syawal yg mulia

Salam dan selamat hari raya

Cukup syahdu tak tajuk entri aku hari ni? *angkat kening angkat kening*

Kucing betina dewasa kat umah aku ni yg nama die Otty tu memang tgh bunting. Tapi ibu aku selaku bidan sambut anak kucing kat umah ni menjangkakan dalam hujung bulan 9 nanti baru si Otty beranak. Rupa-rupanya manusia sememangnya hanya mampu merancang, dan Allah yg menentukan.. Bangun pagi tadi, bila aku turun pergi dapur..tengok2 ada sangkar bertutup dan beralas kat dapur. Kalau kucing nak beranak, memang die suka tempat tertutup..ada privacy and die akan rasa selamat.

Aku takde dengar bunyi pape pulak tu.. Senyap je.. Sekali aku tengok kat dalam toilet ada si Otty dengan anak2 die.. Wahhhh melompat kejap aku. Yeye ada anak kucing baru yeye yeye!!! 

Ada ke patut Otty angkut anak2 die nyorokkan belakang toilet bowl? Mentang2 lah situ gelap n lantai marmar..sejuk je kannn.. Hish Otty ni. Jadi aku pon sogok Otty keluar pergi sangkar belakang kejap. Pastu aku alihkan anak2 die masuk balik dalam sangkar kecik yg ibu aku dah tutup2 cantik2 tu.. Lepas tu bila anak2 Otty dah terpekik terlolong sebab mak die takde, baru aku suruh Otty masuk gi kat anak2 die.. Tibe2 rasa sebagai seorang manusia yg berguna. Gyeahh!!


Tuha la mama Otty yg nafas mencungap-cungap. Tak tahu le kenapa. Die resah kot takut aku nak makan anak2 die. Ngahahaha *ngap ngap ngap*


Tapi mula2 die nampak aku je la.. Lama2 Otty oke dah. Aku bole usap2 die dah. Tapi not the babies *kittens*.. Ibu aku ajar anak kucing baru lahir tokley pegang pakai tangan tak beralas, so aku guna tisu, takpon plestik. Sebab takut mak die tak cam dah bau anak die so nanti anak2 die kena reject.. Susah la nak survive kalau tak dapat susu ibu.


Aku dah kuarkan Otty time ni sebab anak2 die tengah tido. Otty pon haruk sangat nak keluar. Entah ada apa entah kat luar tu. Nak pergi berkasihan dengan Uteh  (seekor jantan dewasa) kowt.. 


Ni kali pertama Otty beranak. Setakat ni anak2 die hidup lagi. Menakjubkan la jugak sebab selalunya kalau first time beranak, anak2 kucing tak dapat hidup lama pon dan berakhir dengan kejadian tragis di mana mereka akan dimakan oleh ibu mereka sendiri.

Ada sorang amoi cina kat kedai haiwan pernah cakap, kucing betina ni makan anak2 die sebab die fikir anak2 die tu kena masukkan balik dalam perut die. Saiko tak? Nasib baik manusia takde fikiran macam tu. Huhu

Aku rasa antara faktor Otty mcm tau2 apa yg keluar dari perut die tu adalah anak2 die...sebab kat belakang tuha ada ramai anak2 kucing dan mak2 kucing. Takpon mak2 kucing tu yg bagi pendidikan ibu hamil dan menyusui dekat Otty. Hehe



Tengok tu ada tali pusat lagi. Aku rasa Otty tak pass lagi lah bab bersihkan tali pusat anak2 die. Heh~

Tadi jiran belakang umah aku telefon bagitahu ada monyet kat umah aku. Aku keluar umah tengok cantik je monyet tu tengah kupas kulit buah rambutan kat luar umah aku. Ewah ewahhh.. Mana kau datang ye agaknya?? Makan rambutan tu aku takde kesah sangat. Jangan die makan kucing2 kat umah aku dah le. Karang ada yg aku jadi penjenayah monyet karang. *astaghfirullahalazim..*

Hurmmmm.. Baby2 lama yg dah nak cerai susu tu blom ada org amik lagi. Book dah lama tapi tak datang amik lagi. Tunggu abes raya ke apa diorang ni.. Huhu Ni Otty dah beranak dah, bertambah la kapasiti penduduk kat belakang umah aku ni. 

Yang baru ni ada sapa2 berminat ke? Ibu aku takde hal punya, inshaAllah.. Yg penting jaga diorang elok2.. Jangan nayakan diorang.. Tapi tu la, kena tunggu diorang cerai susu dulu. =)

Kay babai.

Saturday, September 3, 2011

Trafik blog yg macam "hidup segan mati tak mau"..

Salam n selamat hari raya

Dulu memula aku berblog kan kan, aku boleh hadap blog berjam-jam...blogwalking tak hengat.. Punya la gigih aku menyinggah 'rumah' orang sana sini. Biasalah first timer..

Tapi nijam, aku sering mengalami emotional disturbance. *agak2 ada kaitan tak??*

Plus, aku selalu paranoid dgn sekeliling aku.. Selalu rasa tak selamat.

Aku harap aku takde lah sampai jadi gila.

Kalau jadi gila sebab terlalu pandai dan genius ke...bermaruah lah sikit. Tapi kalau aku jadi gila sebab aku memang gila, tu maknanya aku memang kena apply masuk tanjung rambutan la. Ingat boarding school je ke kena apply2, nak masuk sepital sakit jiwa pon kena apply woh. 

Oke tipu.

Itu hari kan, aku baru beli 2 bijik eyeliner (ape eh penjodoh bilangan utk eyeliner??). Ingat nak buat review sket, saja ngada2 nak share. Padahal bukannya reti sangat pon bab2 review ni. Tapi aku suka sebab bole taip panjang2. Boleh? 

Merepek meraban je aku neh. Dah la, aku nak gi bukak tudung saji (memang takde harapan la nak slim macam Angelina Jolie).

Bai.

Friday, September 2, 2011

Kejapnya dah 4 syawal!

Salam..

Selamat hari raya aidilfitri to all!!! How's raya?? Having great time with families and friends huh? Ofkos laa kannn?? Kejap eh da masuk syawal. Aku rasa baru puasa 2 minggu tetibe dah raya. Masa pantas macam kereta lumba!

Aku bukan retis derr nak letak gamba2 aku memakai baju2 raya di hari lebaran kat blog "Aku Tak Sakai" (gila darjat aku nih blog sendiri pon nak letak link). Ghope blog pon tak senonoh, ada hati nak letak gamba2 vain kann?? Baik tak payahhh. Karang ada yg termuntah belahak tengok gamba2 aku yg pakai spek tebal lagi jakun nih. Kahh!!

Macam mengamuk ye bunyinya??

Aah. Memang pon.

Beberapa hal berlaku hari ni menyebabkan aku rasa macam nak tinggal dekat hutan simpan. Lagi bagus.

Mamat2 hensem di kiri dan kanan jalan pon tak dapat buat aku senyum hari ni. Tapi dah masuk dalam kete, rasa menyesal pulak sbb tak senyum tadi. Hahaha

Hurmmm.. Apalah aku ni ek? Hari raya ni patutnya bergumbira suka ria dan saling bermaafan.. Aku ni pulak lagi nak bikin entri pesen2 amuk ala2 ibu mengandung. Jadah betul !!

Maafkan aku, maafkan aku. Ada masa-masa, memang aku rasa nak mengamuk dan bertukar jadi werewolf. Aku rasa, mungkin aku ni ada darah werewolf. Lepas ni bolelah kawan dengan Tyler Lockwood, werewolf jantan dalam cite Vampire Diaries tu. Hek3 *gedik letewww gedik letewww*

Ohhh sesungguhnya aku sangat menyesal dgn apa yg aku dah taip ni, tapi rasa malas utk delete tu lebih tinggi daripada rasa menyesal itu, maka aku pon akan klik butang "post" kejap lagi.

Kay bai.

Eh eh. Selamat hari raya dan maaf zahir batin (kalau ada).