Monday, January 9, 2017

My Kind of Me-Time

Hai and assalamualaikum..

I realized that everything needs efforts so I decided to work on this entry. Probably because suddenly the memory of the beginning of this blog appeared on my mind today. Biasalah bila umur dah bertambah ni, hari2 nak ada flashback masa-masa lalu. Eh, taakk hari ni bukan besday iols. Tapi kot ada nak send gift kita bole pm address. Kah kah kah *ingat lawak ke puiii*

Me-time for me means a productive day, a day when I could entertain my interest and chill out. Oke la kadang2 tak productive sangat pon tapi still me-time la bagi aku. Contohnya hari2 aku cuti yg dipenuhi dgn maraton variety shows dan dengar muzik. Oh itu sungguh la me-time bagi aku especially kalo minggu-minggu bz banyak appointment kat tempat keja. Rasa macam dapat terlentang dengar muzik kuat-kuat pakai earphones tu habis syok dah weh.

Macam today, aku hang out ngan colleagues kat tempat keja. Movie time!!! Last tengok movie dengan girlfriends tahun lepas. Tapi tadi kitorang tengok cerita yang tak berapa hit, tajuk dia Icebreaker. Bole lah kalau jenis mudah terhibur macam aku. Layan jugak la suspen2 pasal iceberg dia real gilaa. Bikin berdebau la juga sikit-sikit.

Sempat sambar dua helai baju tengah sale pre-CNY dekat Brand Outlet. Suka hati je pre-CNY. Hehe Btw aku suka style baju-baju dekat BO. Rasanya lately mmg byk baju-baju aku beli kat situ je. And semua time ada SALE! Itu yang penting.

Oh. Tadi aku try sushi kecik2 yg jual kat food court AEON tu. Seketul RM 1.50. Aku amek perisa timun ngan salmon amenda ntah. Dah jatuh centa pulak dgn benda alah tu. Macam terasa pulak lagi kat anak tekak ni sushi tu. Dia macam kimbap kan? 

Balik umah haruslah seround nasi my mother masak. Feveret forever and ever tuh.

Aku sbnanye ingat nak cari contour atau shading pallet. Korang mesti tau kan Maybelline punya contour duo stick tu? Ha aku dah beli yg tu. Tapi aku nak cari yg powder form sebab... Emm sebab tengok cam best je beauty youtuber guna bronzer/contour yg powder. Haha Senang betul terpengaruh.

Anyway, I ended up buying this concealer stick by Essence. Oke jugak not bad. The texture is smooth senang nak blend despite that it's a cream stick. Macam Maybelline duo stick tu honestly dia agak dry in terms of texture, jadi for me who's dealing with dry skin ni agak mencabar la nak blend the product without making it looks cakey.

Lepas tu, concealer stick tu RM 10.90 je uols. It's quite good for the price. Sorry la aku mmg cheapskate sebenarnya. Nak beli Tarte punya concealer tu memang takde la. Mahal. Dapatnya cenonet je brape gram. Tapi aku tau memang bagus la Tarte tu. Heh. Sape byk duit terlebih bole la pergi cari kat Sephora. Lagipun, Melaka mana ada Sephora. Sobs~

Last few months aku ada cerita kat sini aku beli Rice Water Bright Cleansing Water ni kan? Aku punya dah nak habis. May be sisa tu cukup utk padam lipstick je kot.

I've been loving this cleansing water since the first time I used it! Senang je nak remove make up guna ni, memang bersih la semua foundation tu. I loike! Lepas tu, bila muka dah kering and kulit dah absorb the product kan, nampak macam glowy and moist je muka. Hihi Tapi aku cleanse lagi sekali dgn cleansing foam la. Double cleansing uols~ Cumanya cleansing water ni tak sesuai guna utk remove eye make up guys. It stings! 

So, utk eye make up, aku guna Body Shop niha.

Dia memang gentle taw sebenarnya. Rasa sejuk je mata ni and bersih la semua eyeshadow even waterproof mascara. But lately aku rasa pedih-pedih sikit guna remover ni. Heran jugak. Mata aku semakin sensitif ke apa ni?

Rupa-rupanyaaaaaaaaa

Dah expired!!!

Beli masa aku dok Indonesia dulu. Punya lah lama aku guna remover ni. Pasal dia memang best and soothing. Sekali dah expired since last year. LULS Sekarang ada jual lagi ke tak remover ni. 

Lepas remove make up and cleansing, sapu toner sket lepas tuuu.... It's masker time!!!

Patut ke aku buat haul post next time? Mana la tau kot lepas-lepas ni aku ada terborong lagi dekat Face Shop or Etude House.

Masker BIO-CELL yg atas ni promoter Face Shop yg recommend. Dia kata sekeping sheet mask ni sama dengan 3 keping regular sheet mask. Price belas-belas ringgit la sekeping lupa pulak. Aku pon beli lah 2 keping that day, saja nak try. Mana tau best.

Miss promoter tu bagitau ada sejenis bunga dalam ingredients mask tu yg nama madecassoside tu die mmg khusus utk soothing, especially masalah kulit sensitif macam aku yg ada mild eczema at certain area on my face. Jadi, aku dah cuba lah mask ni. And memang bole rasa beza dia. 

Satu, the mask itself feels different. Dia very thin and gel-like texture. So bila tepek atas muka memang fefeeling "mask mahal" tu ada lah. 

Kedua, part eczema dekat atas mulut aku rasa soothing and tak pedih. Yg ni aku mmg happy sangat sebab sebelum ni biasanya aku kena potong mask kat bahagian atas mulut tu sebab pedih kalau terkena mask. You did a great job with this mask, Face Shop *clap hands*

Ketiga, muka rasa well hydrated, moist, and nampak plump and glowing sikit-sikit gituuu... Best! Cubalah! Aku rasa berbaloi BIO-CELL mask ni. Walaupun quite pricey for a piece of face mask, but I believe the ingredients worth it. Kak Nora bagi 9 bintang. Lagi 1 bintang tu kurang sebab lupa nak letak mask dalam fridge sebelum pakai. Kalau tak, mesti laaaagi soothing.

Terlalu semangat mencuci beauty blender sampai terkoyak. Tsk tsk Baru perasan tadi. 

Aku lately suka apply foundation guna beauty blender yg dah dibasahkan dengan air. Macam lagi senang nak blend, lepas tu less cakey. Itu may be kulit aku la kot. Sebelum ni aku guna beauty blender gitu je, so sekali try guna cara lembapkan beauty blender terus syok dengan hasil dia.

Yg aku pakai ni Cathy Doll punya. Aku memang recommend lembapkan dulu baru apply foundation sebab kalau kering die keras sket. Ada jual dekat Guardian kot, harga rasanya RM 16 kalau tak silap la.

Selang-seli menaip dengan dengar muzik, last-last siap pon karangan. 

Nampak tak BTS telah men-conquer playlist aku?

Oke dah tak de benda nak cerita.

Nunyte!

Sunday, January 1, 2017

1.01.2017

Assalamualaikum all

Hey.. Happy New Year guysss!!! Fuiyooooo aku update on the 1st of January kaww HAHA Eksaited punya pasal, terus teringat kat belog. Kalau tak....hareemm 

Anyway, aku takde buat specific list azam 2017 pon, but I just feel genuinely happy to celebrate new year. Tak celebrate pon weh. Tadi je la aku pergi A Famosa Outlet with le family utk tengok suasana tahun baru kat luar rumah. Nyampah kena parking kat belakang padahal takde la tgh hari sangat pon aku sampai. Orang datang shopping centre sebelum subuh ke apa. 

Aku rasa setiap tahun baru ada rasa special dia masing2. Bagi aku la, but I bet it's the same to everyone. Macam aku, contohnya 2013 was special because I graduated from med school.. Time tu ya Robbi punya seronok sbb dah bole balik Malaysia for good, but rasa cuak2 sket sbb fikir nak kena kerja dah hehee. Lepas tu 2014 pulak.. Aku rasa 2014 was a not-so-flop-but-not-so-great year for me. Buaaaanyakkk la yg terjadi 2014 which malas nak cite. To sum it up, 2014 is a year when one of the biggest things that ever happened, happened to me and aku rasa aku takleh lupa.

Tapi 2014 still tahun yg special bagi aku sbb what happened that year made me become a person I am today, I feel like I kinda evolved a little bit since then. Yeke? Sikit laaaa. 

Lepas tu 2015 pulak.. Oh 2015 aku sambung blaja benda baru which aku rasa mcm everything pon interesting time tu. Aku masuk dlm satu komuniti baru. Walaupun komuniti kecil, tapi I remember feeling nervous because everything was fascinating to me. Macam new start yg buat ko rasa ada butterfly in stomach gituu.

And then comes the 2016 yg baru je kita tinggalkan semalam. 2016 pon special jugak sebab boy group feveret aku menang Daesang award kat MAMA 2016. Boleh?? LOLL

BTS TERCINTA ehek ehek mintak tampar

BTS ni bukan dari company besar2 kat Korea taw, so diorang start dari bawah. Time diorang menang Daesang hari tu dengan aku aku sekali meleleh ayaq mata dengar award acceptance speech diorang wuwuwuuu Hati kakak pon tisu jugak macam korang T__T

Dengarlah music diorang, best gilaaa weh (penuh sifat bias HAHA). Genre pop R&B and hip hop okeh. Akak skarang SWAG taw layan lagu rap siang malam..

Buarghhhaahaakkkk jom lah kita muntah sama2 

Oke stop cerita BTS sebab nanti kang aku tak reti berhenti pulak.

Ehem. Sampai mana dah tadi cerita aku? 2016 ek. Oke so 2017 pulak... Cerita dia belum siap la sebab ni hari first yeeehaaaa!!

Okay korang happy new year taw!

;P

Thursday, October 13, 2016

My OCD Story

Assalamualaikum readers...

Sebenarnya, ini bukanlah satu topik yg seronok sgt utk aku ceritakan kat sini. Tapi aku rasa teringin nak share. Mungkin sbb aku rs makin selesa merepek kat blog ni kot. Haha

Aku jenis yg introvert most of the time. Jd jarang la aku nak reveal cerita2 psl diri sendiri kat org especially dgn org tak kenal. Baru few years ago kot aku rs aku lebih berani mengekspresikan diri berbanding dulu2. Itu pon sebab pengaruh kawan2 dan faktor sekeliling.

So, apa benda OCD ni sebenarnya? Yg org duk sebut2 OCD OCD, ntah betul ntah tidak je kena dgn definisi sebenar kan?

DEFINISI:

Aku letak sekali revision psl OCD sket sebelum aku cerita psl aku ya. Kasi terbukak sket pandangan memasing psl disorder ni. Ya, I used to be a bookworm but it was long ago lah. Hahaha


Oke, yg ni pulak real story by a woman on the website.



MY STORY:

Aku sebenarnya tak ingat bila benda ni start. Probably few years ago. Awal-awalnya mungkin aku rasa mcm was-was lah senang cita, contohnya bila cuci tangan pakai sabun, aku lama betul nak bilas sabun tu sbb nak pastikan betul2 bersih la bilas kan. Contoh lain, mungkin time ambil wudhu kot. Kalo tang wudhu ni seingat aku masa zaman sekolah asrama lagi dah ada tebiatnya. Ikut sunnah patutnya 3 kali kan each part but it was so hard for me to do it just 3 times. I remember doing wudhu multiple times just for a single prayer back then. Kalo basuh baju pon sama. Susah nau aku nak berenti bilas baju. Tapi dulu it was the "obsessive" rituals sahaja.

Symptoms tu pandai berkembang oke. Dia akan develop. And at one point I started to experience the "compulsive" part of the disorder. Aku mula bermain dgn nombor. Aku start mengira setiap pergerakan aku to certain numbers until I feel satisfied baru aku buat kerja lain. Pernah satu masa tu, aku ada habit mengira nombor plat kereta2 yg aku tengok sepanjang jalan raya. Aku jumlahkan setiap nombor plat kereta orang like 8 + 9 + 7 + 1 =25. Kalau aku tak kira nombor2 tu aku rasa tak sedap. So kalau dalam kereta je aku selalu mengira sampai aku rs letih tp aku susah nak stop. Pelik tp benar.

Tapi symptoms tu pon pandai hilang timbul. Each rituals mcm ada cycle dia. Bila aku develop new ritual, kadang2 ritual yg sebelumnya makin lama makin hilang..

Macam dlm real story pasal Diana kat atas tu tadi dia kata ms dia kecik dia rs mcm tak bole pijak bahagian jalan yg retak kan? Macam aku, aku ada satu perasaan yg aku kena step on mosaic blocks for certain times before I go. So usually I will count steps on mosaic blocks inside my house especially before I go out. Aku mcm ada satu perasaan yg bad things will happen if I don't do it. Sama la kalau aku cuci pinggan, buka/tutup botol air, buka/tutup pintu, letak cawan atas meja, and the list goes on. Ini lah the "compulsive" part yg tersangatlah disturbing.

Ada makcik aku kata, kena ignore, ignore dan terus ignore supaya die tak jadi habit. Memang ada betulnya jugak. Tapi hati mau kental la. Because if it's in you for years, biasanya bukan sng nak lawan. Especially the "compulsive" part.

But one thing aku perasan, the symptoms mcm ada kurang sket kalau aku ada dekat public area. Mungkin sebab rasa insecurity kot if people notice that I'm OCD person. Haha Baguslah kan, kurang2 la sikit..

Aku still bersyukur sangat2 OCD aku bukan la teruk2 mcm byk kes kat luar sana. And aku selalu doa one day aku takde OCD dah, amiin..  I will try to fight it too.

Alamak, sedar2 dah tertaip sampai sini ek. Nak delete balik entri ni boleh? Haha

Takpe lah. At least mungkin lps ni org da tak heran kalau jumpa perangai pelik2 kat luar tu sbb da pernah baca psl OCD ni.

Dah. Tu je for today.

Bye

Thursday, September 22, 2016

Make up Tips for Dry Skin

Assalamualaikum readers...

And good evening sebab sekarang tgh evening.. hehe Sejak kebelakangan ni kulit aku dlm keadaan yg tidak memberansangkan dan sensitif. Kering, eczema, gatal, flaky at certain area, ada masa timbul cik pimple. Naissss sangat. Tu antara salah satu sbb tak bernafsu utk update entri kat blog. Huh. Tak berdedikasi nya.

Okay, jadi aku dah search dan menjalankan usaha menggali tips-tips penggunaan make up utk kulit jenis kering. Bak kata make up guru kat utube (kudos to Make up Geek), make up proffesionals pon sometimes akan mengalami bad make up day jugak, tak semestinya everything on fleek every day. Kadang-kadang kita akan mengalami masalah cake face, make up bercapuk, tak stay in place, lps tu tak tahan lama. After few hours, bole nampak make up product tu mcm 'terapung' je atas kulit like patchy as h*ll and you start wondering why life is doing this to you. Sedih. Uhuk uhuk.

Lepas aku mencuba itu ini, akhirnya aku jumpa cara yg berkesan bagi kes kulit aku ni.

Ni pun gabungan dari pelbagai tips yg aku dapat kat internet lah dari make up pros seantero dunia. Gitu. Boleh cuba, boleh cuba (kalau ada masalah kulit kering la).

1. Use a hydrating sheet mask at night.
Pakai la ape2 mask yg focus utk mosturizing waktu malam especially kalau esok mmg ada niat nak full make up. Lagi rajin pakai mask, lagi elok la utk kulit. Setakat ni, mask yg aku personally prefer utk lembapkan kulit adalah mask hyaluronic acid, aloe vera, bird nest, honey and royal jelly, ngan bamboo essence. Any brand will do. Choose your own favourite masks. :)

2. Always use a good toner for your skin and mosturiser/serum/essence before make up.
Sebelum ni aku ada pengalaman rasa frust sbb make up selalu bercapuk kalau pakai skincare sebelum make up. Tapi I learnt that we should not wear make up with nothing on our face sebab kelembapan kulit tu nombor satu utk mendapatkan hasil make up yg flawless. Nak tak nak, harus guna skincare mcm biasa. Tapi persoalannya, mcm mana nak buat supaya foundation tak capuk kalau pakai skincare, kan?

Jawapannya, guna yg gel type atau water based skincare. Ini hasil ekperimen aku sendiri lah sbb mmg try and error utk cari skincare yg sesuai pakai under make up. Jadi, aku personally guna serum face shop yg aku guna sebelum ni. Yg niha

Kadang2 kalo aku terlupa psl serum ni, aku pakai aloe gel je guys. Haha

3. Apply primer with a beauty blender with dab motion.
Seriously, mmg better guna beauty blender berbanding pakai tangan.

4. Apply foundation only with the right amount with a beauty blender, and focus more at the outer side of your face (areas which normally has less wrinkle).
Jangan overdo your foundation sampai berlapis-lapis, mmg akan cakey punya. Pakai secukupnya, ikut jenis foundation yg kita pakai. Kalau lightweight, bole up to 2 or 3 layers, tapi kalau korang pakai yg full coverage, rasanya selapis setengah pon dah memadai. Pandai2 la kira selapis setengah byk mana hahaha.

Satu lagi aku belajar, foundation tu kita should blend dari tepi ke tengah, sbb area pipi dalam (sebelah hidung, bawah mata) tu adalah area yg selalu kita ada open pores, large pores jadi biar secukupnya sahaja lapis foundation kat situ. Makin tebal, makin tak senonoh segala crease and wrinkles tu. 

5. Apply thin layer of concealer at concerned areas or areas that you might want to brighten up a little bit.
Ini pon sama, jangan over do. 

6. Apply powder only at T-zone (part that usually gets oily after few hours wearing make up).
Lepas aku try tips ni, aku rasa nampak perbezaan sgt. Kalau sebelum ni aku apply powder whole face after foundation, lepas tu capuk rasa cam nak padam balik semua. 

7. You might skip powder if needed.
Kalau takde masalah oily skin, tak guna powder pon takpe sebenarnya. Melainkan korang guna sebum free powder atau colorless powder yg mmg setting powder tu boleh la kot sket2 je. *taktau la org paham ke tak aku tulis ni

8. Amazing tips for dry skin: dab powder with a sponge or your beauty blender. Avoid using brush as it will make your foundation look patchy and cakey Yikes! This works amazing on me. *dua jempol*
Dgn kulit aku yg kering sekarang, aku perasan mmg tak sesuai betul guna brush da buat masa ni la. Habis lari semua make up. Pakai beauty blender baru oke. Kesudahannya, eyeshadow pon aku guna jari je hahaha. Troma betul gamaknya dgn brush.

9. Do not bake.
Kalau uols ada masalah kulit kering yg kategori medium-ekstrim, lupakanlah niat utk baking. Ia hanya akan mengundang cake face. Bukan aku cakap, akak Make up Geek cakap. Tapi aku mmg tak pernah baking sbb takde loose powder. Lulz.

10. Then, proceed with your eyes and lips make up.

11. Finish and you can walk out the door with confidence. Hehe

Aku harap ada membantu lah sedikit-sebanyak utk those who have dry skin and struggle with cakey make up. Semoga bermanfaat.

Selamat mencuba!

Gambor hiasan aktiviti aku petang tadi yg takde kena-mengena dgn entri ni.

Kerom, anyeong~