Showing posts with label Perempuan cantik. Show all posts
Showing posts with label Perempuan cantik. Show all posts

Thursday, October 11, 2018

Tak Jadi La Delete.. Hahaha

Halo halooo

I changed my mind. Aku x jadi delete blog. At least for now. Ni semua gara2 aku go through few of my previous post and suddenly rasa "eh sayang la pula nak delete terus.. apa kata biaukan dulu" Wah dan dan log in nak taip new entry. Haha berbolak-baliknya hatiku kan.

Aku baru habis tengok dokumentari si Shane Dawson buat pasal Jeffree Star. Dayum so tak sangka Jeffree py masa lalu sangat.... GELAP... Weh serius HITAM DAN GELAP.. Memikirkan betapa kaya dan suksesnya dia skarang, seriously aku x sangka dia depressed mcm tu skali time dia remaja.

Siapa tak kenal Jeffree Star sila google dulu. Yg penting skarang ni dia owner cosmetic brand, product yg colorful (but mostly pink), ada lambang bintang tu product dia lah, Jeffree Star. Bole jumpa kat Sephora. Dia billionaire. Wears GUCCI probably every day, riding fancy cars, living in a freaking huge mansion.. Making millions in a month. God knows how much money she/he owns. Kaya weh. Kaya nak mam.

Tapi setelah aku tengok video Shane pasal dia, aku ada different perspective pasal dia. Rasa mcm.. She/he had been through a lot. No one should been through all that. The fact that she/he still stands and lives, and works hard to pursue his/her dreams, is truly an inspiration. Aku rasa blom tentu seseorang akn survive dgn that much of pain and depression. 

Jeffree ni dia nyah la senang cerita. Badan dia penuh dgn tattoo. And sebenarnya all that tattoos bukan je sbb ada makna tersendiri bagi diri dia, tapi tattoo tu semua cover scars kat badan dia. Dia dulu masa remaja slalu ada suicidal thoughts, habis badan dia kelar2 dgn mcm2 bnda tajam. Some of the scars were so deep, ada yg smpi muscles dan tulang, you can see them on his body if you look closely. Dia tunjuk kot kat dlm video Shane tu I was like oh my goodness.... Serius speechless. Siapa sangka di sebalik all the fancy stuff she/he always shows on media, rupanya..

Hurmm... It made me realize that you can never judge people based on what you see. Aku rasa mcm urgh orang yg claim dia ada depression tp sbnanye hanya mengalami perasaan sedih, they are so wrong, they don't have any idea what depression really is, and how bad it can affect people's lives. Kenalilah characteristic apa2 penyakit pun sebelum claim ada sakit itu ini, apa lagi hebahkan kat social media for whatever reason pun. Tengok mcm Jeffree, dia xpnah cerita kat siapa2 pun sebelum ni pasal scars tu even kat boyfriend dia, sbb dia takut people will use it against her/him, to hurt her/him. Padahal dia patut dapatkan sokongan moral yg kuat waktu tu, patut dapatkan pertolongan (consultation ke apa..). So sad.  Can't imagine how much pain yg dia rasa.

This is empathy guys. Siapa takde rasa empathy, psychologist kata kemungkinan ada tanda2 anda seorang sociopath hahaha

Aku x tau lah, jadi emo pulak bila tengok real life stories mcm ni.. But in a good way lah kot, bkn emo rasa nak tumbuk org ke apa.

Siapa interested pergi ah search channel Shane Dawson kat utube, cari video pasal Jeffree Star.

Tido ah. Da nak dekat pukul satu pagi. Heh

Thursday, July 23, 2015

Semudah A B C

Assalamualaikum...

Tajuk tak nak cliche lagi. Ahahajakhkhkashauf

Ingat nak buat entri wordless Wednesday tapi tetibe aku terdapat ilham nak share benda ni khususnya utk ladies kat luar sana. Hikhik so kensel lah buat wordless Wednesday ya.

Topik hari ni ialah Double Cleansing. Pernah dengau? Macam familiar kan kan? Semenjak aku blaja modul facial treatment (requirement and procedures) ni kan, ilham nak share pasal beauty sokmo. Warghahaha Mengada. Lempang nak?

Aku pon sblom ni bajet2 cam paham konsep double cleansing tu tapi hakikatnya tak berapa paham pon.

So basically to those yg gemar pakai make up kat luar la especially yg selalu full make up dgn foundation, highlight, concealer, mascara 3 lapis, dgn segala tok nenek bronze blusher etc etc tu, haaaa memang sepatutnya setiap kali nak cuci make up mmg kena double cleansing.

Pasal ape, bila kte pakai make up especially peminat tegar foundations, uiiii mak aii jaga-jaga sangat pasal senang nak dapat clogged pores ya teman-teman. So, kat situ la pentingnya double cleansing ni utk make sure sume make up tu betul2 dah terangkat atau pun totally removed from our skin. Plus, die penting utk stabilize back our skin's pH. 

Aku ada la sedikit sebanyak recommendation yg pada pendapat aku produk yang baik dan berkesan dgn harga yang berpatutan. Terpulanglah mengikut masing2 nak pakai brand apa, but these are the ones that I use..

STEP 1: REMOVE MAKE UP


Dalam banyak2 cleansing wipes yg aku pnah guna, yg ni paling best. Sedegil mana mascara aku pakai alhamdulillah pakai wipes ni boleh tanggal tanpa aku gonyoh sekuat hati sampai bulu mata aku pon tertanggal sekali (you know what I mean..). Pokoknya, memang bersih, sehelai cukup untuk satu muka, fragrance sgt soft, and kulit rasa smooth je x kesat lepas guna wipes ni.

Fun fact: Biasa org guna remover yg oil based kan, yg cecair die ada 2 layer tu. Memang senang hilang make up kita, tapi sebenarnya die bole buat kulit kte tumbuh oil seed (mcm jerawat, tapi dalam die produk berlebihan dari oil glands kat kulit kita). So, better pilih yg water based for example mcm yg botol putih body shop punya tu atau pun pakai cleansing wipes. :)


STEP 2: CLEANSING LOTION


Sebelum ni aku beli cleansing lotion ni ingatkan bole guna as regular cleanser yg kita pakai lam bilik air keluar buih2 tu. Haha Sekarang baru aku tau, cleansing lotion ni macam pre-cleanser la lebey kurang konsep die. Tak payah guna air or basahkan tangan or whatever, just cuci je muka terus ngan lotion ni macam mana kte cuci muka dgn cleanser.

STEP 3: FACIAL CLEANSER (CREAM FOAM/BUBBLE FOAM)


Haaa Lepas tu baru cuci muka ngan sabun pencuci muka.. Sbnanye better pakai yg bubble foam, sbb lebih hygiene giteww.. especially utk yg kulit oily atau acne prone. Tapi cream foam yg biasa tu pon boleh je..

Cuba uols try buat double cleansing ni kat umah, rasa the difference between kalau kte cuci make up dgn cleanser sahaja, dgn kte cuci make up dgn 3 langkah ni. *wink wink*

SAY NO TO CLOGGED PORES! GYEAHH

Menjak aku mengerti apa itu double cleansing ni dan kepentingannya, now aku dah selalu cuba merajinkan diri untuk buat setiap kali nak cuci make up. Kulit aku tak cantik cam Dato' Siti beb, nak tak nak kena jaga jugak.. Sobs sobs

So, selamat mencuba and thank you for reading.

Love.

Wednesday, March 25, 2015

I Like Colours! :)

Nak kata Pendidikan Seni kat skolah dulu selalu score, tak jugak. No no nehi haii,, Sesungguhnya aku memang bukan seorang yg berseni sejak kecik. Tapi manusia kan berubah-ubah. Hatinya, sifatnya, sikapnya..seiring dgn masa. Giteww

Perubahan yg ketara aku perasan sejak aku masuk university. Aku jadi suka dgn benda2 berunsur seni. Tak semua benda la tapi. Kalau lukisan mcm calit2 tu yg jual pon bole beratus USD tu mmg aku tak reti nak nampak la tang mana seninya.

Tahun 2010 aku nekad nak belajar main gitar. Memang aku betul2 belajar. Tapi cegu2 aku sume kat internet, mostly kat Utube la. Free je diorg ajar main gitar. Hehe Maceh cegu. Kira ada unsur seni la tu kan?

Sekitar waktu yg sama jugak, aku mula rasa minat dgn makeup. Aku sendiri tak perasan n tak ingat mcm mn bnda ni bermula tapi makin lama makin kuat aku rasa yg aku minat dgn produk2 kecantikan ni. Sampai adik aku one day tu die gelak kat aku sbb die kata aku la dulu org yg slalu ejek die sbb die suka melaram. Sekarang aku pulak yg main makeup. People change..  Ahakhak

Aku rasa tahun 2012 kot, aku mula minat dgn hair colors. Rasa teringin nak explore different hair colors makin lama makin kuat. And I did start to color my hair since then. 

First shade yg aku try waktu tu was medium golden brown by Revlon.
Yg ni, nombor 43.

Ofkos sebelum aku buat keputusan utk start dye rambut aku dah ty dulu org bole ke tak sume, in fact adik aku ada gi tlg tanyakan kat ustad die lagi. Bila dah yakin dan kompiden baru la aku beli hair dye box ni. Yahuuu

I watched tons of reviews and tutorials and done my research about it too before I decided on which product and shade should I go for. Dan akhirnya aku try Revlon.

First time aku dye waktu tu I wasn't really expecting any dramatic result sbb ye lah, apa lah sgt nak expect utk virgin asian hair like mine kan, unless you bleach it first. Ofkos lah nehi haii nak bleach2 ni. Aku tak seberani itu. Membayangkan betapa harsh nya the bleach could be. So waktu tu aku fikir, ala saje je la nak try. Just go for it.

Tapi it turned out that my hair absorbed the colour pretty well. Aku pon tak sangka. Mungkin pigmen kat rambut aku sebenarnya not that dark ke entah la. 

Lepas tu, honestly aku da try macam2 brand lain and try different shades jugak.. Tapi personal favourite aku tetap Revlon. Sebabnya, satu die takde ammonia. Ammonia ni bau die super tajam n kalau kita guna hair dye yg ada ammonia ni mmg tak bole buat keja dlm ruang tertutup. Alamatnya xbole bernapas la kau. Tengik! 

Kedua, rambut tak rosak sangat pakai dye Revlon ni. Chemical die tak sekuat brand2 lain yg aku pnah cuba. Nak2 conditioner die tu aku suka sangat. Bau wangi, bila lepas guna conditioner die rambut nampak sehat lembuuuuttt je.. 

Ketiga, kaler die tahan lama. Revlon Colorsilk ni mmg permanent hair dye. tapi ikut pengalaman aku, se-permanent mana pon hair dye tu, die tetap akan fade jugak setiap kali kita shampoo rambut. Utk slow down kan proses fading tu, boleh la guna produk yg khusus utk maintainkan rambut berwarna. But as for me, tak kuasa aku nak layan. Hahaha Apa yg ada tu la yg aku lenjan.

Keempat, dalam banyak2 hair dye yg aku pnah try, Revlon ni la sebenarnya kaler die yg turn out the closest to the shade shown on the box. Die ikut jugak condition rambut kita before coloring tapi kat rambut aku, brand ni la yg paling oke. It might be different to other people though.

Baru-baru ni aku try nombor 150 in red.

Revlon ada another range of hair dye iaitu yg Colorsilk Luminista ni lah. Yg Luminista ni katanya khusus utk dark hair. Dia la tulis kat situ. And color choices pon a bit different than the other Colorsilk range. Aku tak tau la ape aku fikir waktu pilih merah ni. Kakaka

Bukannya teringin nak rambut Rihanna red pon. Aku terpukau kot tgk mata model kat box tu. Cantik kan mata die? *tiba-tiba*

Anyway, lepas guna shade 150 ni aku dapat membuat satu kesimpulan. Sebenarnya this shade really works wonder to my hair. Selain roots aku yg lebe kurang 1.5cm waktu tu, rambut aku sbnanye mmg dah colored with another brown shade yg aku slalu guna. Tapi suprisingly dari roots sampai ke tips the color blend so well and I can barely see any brown tints on it. Even antara roots dgn the under parts pon tak nampak beza. Takde belang pon, very even. Yahuuuu

I can't be convinced that my readers are all ladies so showing you guys the result is something that doesn't seem to happen. Huhu I'm sorry..

Tapi aku tunjuk gambar yg lebih kurang sama lah ya.

Ermm lebe kurang camni lah kot.

Not too red, yg penting bukan orange. Aku mcm tak jumpa gamba yg exactly sama tapi gamba ni close la, mungkin merah lebih sikit je drpd ni. Tapi aku tak gojes mcm model dlm gamba tu lah. Hahaha

Yg penting, berhias for nobody but yourself, okay ladies. Yg dah ada husband tu bercantik utk husband lah kan.

Orang pompuan ni tend to do a lot of things for self satisfaction. May be that explains why I love to color my hair. Gyeahh



Sekian,
a lady who loves colourful things,
Madam Teressa

Sunday, April 29, 2012

I love Cimorelli sisters!

Pernah dengar Cimorelli the band? Hehe Aku dah lama minat diorang ni. Cimorelli ni sbnanye terdiri daripada 6 adik-beradik perempuan yg asalnya selalu post video cover acapella kat youtube. Makin lama diorang makin femes dan dapat views berjuta-juta dan sekarang they all dah ada studio dan dah release their original song dah pon. Ce try search Cimorelli Million Bucks kat utube, tak rugi kalo tengok. Sebab lagu tu memang bes!

Bawah ni aku kasi example lah (cieeewahhh example bagaii) video diorang, cover lagu first Justin Bieber's artist yg nama Carly Rae Jepsen tu, "Call Me Maybe". Layan aa sampai habis. Huuu


Kalau dulu diorang selalu post video style acapella, tapi sekarang banyak music video diorang dah rekod dulu baru diorang buat video klip. Tapi pape pon, aku mmg minat betul kat Cimorelli sisters nih. Suka suka sukaaa

Kalau aku tengah stress ke, tengah serabut kepala otak ke, memang aku cari lah video2 cimorelli. Bila aku tengok gelagat diorang adik-beradik je kan, rasa happy sket. Nak cari pasal dgn adik-adik sendiri, memasing jauh-jauh pulak tu kan.. Haha

Setahu aku, keluarga Cimorelli ni mmg musical pon sebab mak diorang tu cegu muzik. No wonder lah anak-anak die mmg suka muzik. Plus, masing-masing memang talented dan ada kelebihan masing-masing. Yg nama Amy dgn Lisa tu bley main instruments, yg lain pon boleh jugak aku rasa.. Tak habis kaji lagi nampaknya. Ha3 Adik-beradik diorang ada 9 kalau tak silap, lagi 3 tu lelaki.. Ada jugak diorang post video adik-adik diorang yg lelaki tapi jarang la..

Kalau diorang nyanyi acapella live pon mmg besss.. Meremang bulu roma aku. Huhu

Layannnn~

Friday, October 14, 2011

Minggu kuliah yg padat dan gangguan tidur dan Zoe Saldana

Salam.

Obviously,  sekarang dah pukul 1:20 waktu Malaysia, bererti pukul 12:20 waktu Indonesia. Bukti tak berapa nak kukuh untuk menunjukkan bahwa aku mengalami gangguan tidur. Bukan apa, gangguan tidur yg aku alami itu bukan sebab aku susah nak tidur ataupun bahasa kunun-kunun-canggih nya ialah insomnia. Bukan. Bukan itu.

Gangguan tidur yg aku alami ialah gangguan untuk bangun daripada tidur. Dia punya feeling tu macam baru kena hempas jatuh dari atas bumbung lah jugak. Punya susah nak bangkit. Memang rasa macam nak siku-sikukan jugak diri sendiri sebenarnya. Tapi nak buat camne, tak sampai pulak. Huh.

Kuliah, kuliah........dan kuliah. Lepas tu kuliah lagi. Lepas tu kuliah lagi.

Masuk jam-jam terakhir tu, aku pon macam dah bawah sedar je. Punya dalam tenungan aku ke papan slide. Tembus sampai nampak rumah sewa aku. Pejam celik, pejam celik... rupa-rupanya dah sampai kat bilik. 

Oh danggg.. Lupa lagi nak balut modul. Dah nak masuk minggu kedua blok baru dah ni. Haish..

Dan tadi, aku kenal dengan sorang pompuan hot. Hot. Hot. Bak kata lecturer kat kampus, "cewek hangat".. Hehe

Muka je cukuplah kowt. Har har harrr

Pasal aku tengok cite baru dia ni, "Colombiana". Cite ni berbentuk action, tahap lupa nak gigit sebelum telan popcorn jugak la..untuk orang jakun. Macam aku. Tapi tak jugak sebenarnya.

Overall, aku letak 4.75 out of 5 jugak lah untuk cite ni. Pasal die ada efek berbentuk psikologi pada aku. Senang cite, engkorang tengok je la sendiri cite "Colombiana" ni ye.. Kalau tak minat filem aksi, oke la tak payah layan. *padahal takde sapa nak heran pon kalau aku tak kisah org tak nak tgk cite ni..ha3*

Hurmm.. Besok belajar balut membalut pulak. Tunggu je lah siapa bakal mangsa yg nak kena bungkus dgn aku. Siapla macam ikan stim masak 3 rasa aku kejakan. Heh. Saja je nak mempersendakan diri sendiri.

Kay baibai..~

Saturday, June 25, 2011

Instant entry.

Memang takde istilah entri segera sebenarnya. Guess what? Like I care..muahaha

Saje nak jadi bitchy kejap. Ni sume gara2 overdose dgn pengaruh watak jahat si Katherine dalam cite Vampire Diaries season 2 lah ni. Eh ke aku memang mcm ni ek? Dayummm..

Gila habaq hang.. Katherine tu punye la jahat, rasa mcm nak siku-siku kan aje. Tapi cantik lah pulak. Oke tak jadi siku.


Cantik tak Nina Dobrev nih? Urghhh..aku bole tensyen tengok die ni. Ape pasal la gojes nau?


What a beauty!


Ada macam Preity Zinta tak? 


Ohh Nina Dobrev, nak sain bole?? =P

Oke jangan fikir lain ye. Aku hanyalah gadis biasa yg sukakan kecantikan. Ingat orang laki je ke suka tengok pompuan cantik? Hakikatnya, perempuan pon suka tengok perempuan yg cantik2 ye. Saya buktinya. Hahh!

Oke bai.

Tuesday, March 1, 2011

Dah masuk bulan 3 rupenye?!

Cepat betul masa berlalu! Aku rasa aku baru smpi msia 2 hari lepas. Tetibe cuti aku tinggal lagi 12 hari je. Demm..



Aku peminat blink2 yg agak tegarr.. First time aku nampak Miss Taylor Swift ni  dgn gitar yg blink2 cam dlm gambau atas ni, memang aku termenung 2 minit. Rasa mc nak sgt gitar ade blink2 liplap camtu.. Aku rasa gitar tu yg biasa je, cume die decorate dgn batu liplap2 tu kan? Kau tau aku terfikir ape, aku fikir kowt2 bole guna batu liplap yg tampal2 atas henfon tu..haha Jenuh la 3 hari 3 malam menampal bnda alah tu karang..


Aku tulis entri ni bukan dgn motif bahawa aku adalah peminat setia Taylor Swift, tapi aku nak tepek gambau gitar yg die pakai je tak dapat pulak kan.. Dah gitar die, mmg lah die je pegang.. Hee Tapi gitar yg die pakai atas ni, aku sgt2 suka sound die.. Sangat country.. Mcm cute je kalau main gitar tu..haha Tengok tu tepi2 die ade blink2 jugak.. I loike!

Kadang2 aku rasa penyembur air freshener tu bukannye mewangikan udara, lagi bau tengik ade lah.. Mungkin bahan kimia die kuat sangat lah.. Sakit hidung aku. Dah la hidung aku ni takde insurans. Asal salah sket je nak bersin tak tentu hala. Tapi aku xde resdung ye uol.. Kikiki Memang keturunan hidung sensitif sbb ibu aku pon mcm ni jugak.. Tiap kali aku ngadu ngan ibu, die asek la promote spirulina kat aku.. Aku cukup malas nak amik supplements.. Ibu aku ni bab2 supplements ni nombol satu. Rajin betul mkn tu sume.. Aku ni idak le aii..  

Entri aku ni mmg la caca marba je.. Dak champz ade request suh aku tepek gambau anak2 kucing aku, tp blom nak terbukak ati pulak nak menepeknye, champ.. Sabau ek.. Tak pon, nanti sok ko balik, dtg aa umah aku tengok sendiri live punye..hehe


Oh ohh..why are u so pretty, miss taylor?

Wednesday, February 23, 2011

Entri ni akn menyerlahkan kejakunan aku, jadi awaslah.

Aku mintak maaf dulu awal2.. ye lah, kadang2 aku mmg jakun walaupun tanpa kata2..hahah!


Hihii malunye malunye aii... Trime kasih la kat Cik Epal, fashionista dan blogger femes yg sudi jejakkan kaki ke blog sememeh sy ni.. 

Trime kasih tak terhingga dekat kawan2 blogger yg rajin singgah dan komen kat sini, sy syg anda sangat2.. Anda sume mmg ohsem!

See, aku dah kata aku mmg jakun.. Tapi xpe, i'm very proud to be malaysian. Yes!

Friday, December 17, 2010

Sama tapi tak serupa?

Siapa xsuke tgk pompuan cantik kan?

Aku pon teruja tauu tgk pompuan cantik2...

Aku suke tgk Anne Hathaway..sejak die berlakon crite Princess Diaries. May be terpengaruh dgn karakter die dlm crite tu kowt.. *wink*

gamba adalah ehsan google :)

Siapa yg layan ANTM msti tahu siapa Raina Hein ni.. Raina ni salah seorang peserta ANTM cycle 14.. Die runner up je, yg menang cycle tu ialah Krista, one beautiful black woman..hehe Tapi xbole lawan Tyra Bank kowt.

gamba adalah ehsan google :)

Ada sape2 yg tak suke Angelina Jolie ke? Hurm..

gamba adalah ehsan google :)

Susah jugak cari gamba muke saje.. Well, org putih ni kan seksi meksi..tehehe

Antara yg aku suke tgk diorang 3 org kat ats ni lah.. Bile aku combine gamba diorg ni, aku rasa diorg mcm ada iras2 je rupenye.. Mungkin bibir dan kening kowt yg ade persamaan.. Ataupun mata aku yg salah kerop.. xtau lah tu kan. Ternyata taste aku yg muke pesen2 diorg ni eh? Hahaha..