Tuesday, October 23, 2018
Hostel
Ada sekali aku ingat lagi nenek sedara aku dtg ngan makcik aku, tapi makcik mana dah lupa la pulak. Diorang tak tau asrama perempuan kat mana, jadi diorang tunggu kat ada mcm living room yg ada sofa kerusi rotan kat blok asrama lelaki. Nak tak nak aku pergi juga lah melepak jumpa family kat living room asrama lelaki. Malu gila la. Budak lelaki ada je jalan-jalan la lepak la apa kat luar tu ha. Haha Dah la aku dulu budak kelas arab, pompuan semua. Pehal tetiba sorang2 lepak kat living room asrama lelaki. Tapi time tu redha je dgn harapan org nampak aku duduk dgn family so diorang x heran sgt.
Macam-macam cerita la kalau ingat zaman duduk asrama dulu kan. Dari cerita hantu, cerita budak kena sampuk, skodeng sana skodeng sini (xde keja betol), drama series bergaduh dengan member, sesi pulau-memulau orang, terkantoi dgn warden x pergi riadah sbb nak basuh baju (hahaha kira aku baik la juga terang-terangan ngelat drpd ada member aku dulu sanggup menyorok bawah katil time sport check), eh banyak lagi lah cerita zaman duduk asrama dulu.
Itu zaman sekolah, masuk matriks lain pulak cerita dia. Tapi bagi aku personally, zaman matriks byk memori manis lah. Walaupun 10 bulan je dulu duduk matriks (program 1 year), struggle blajar bagai nak rak la jugak, tapi siryes syok sbnanye zaman matriks ni. Time matriks lah aku sama praktikum dengan Fatin Liyana. Hahah Korang mesti tau blogger yg isteri Dr. Anwar Fazal tu kan? Dia dulu ex-classmate gue laa. Tapi aku tak berapa rapat pun. Gitu-gitu je, aku tau dia orang nismilan. Eh, tapi turn out that she is my mother's friend punya anak! Ibu aku yg bagitahu. Ada satu hari tu, my mother tunjuk gambar Fatin ke gamba mak Fatin, aku lupa dah. Tapi time tu la aku dpt tahu yg Fatin tu anak kawan ibu aku. Kecik je dunia ek.
Bila habis matriks, aku pernah masuk kursus Arab dekat UKM Bangi kejap. Rasanya sebulan dua kot kat UKM. Lupa dah. Time tu kengkonon aku nak pergi Egypt buat denstistry. Under private punya company yg bawa students fly overseas, time tu mmg tgh trend sangat parents hantar anak belajor overseas guna agent ni. Termasuk lah aku. Time tu apply blajor dentistry kat dalam Msia x lepas kan, solusi nya try agent lah blaja kat luar negara. Masa blajor Bahasa Arab tu duduk asrama Rahim Kajai kat UKM. Tapi pasal dia sekejap je time tu tak banyak sgt lah kenangan. Aku tak pergi pon Egypt.
Zaman study, life aku honestly sangat bebas. Takde peraturan apa pun yg menghalangi sbb aku duduk rumah sendiri-sendiri menyewa dgn kawan-kawan. apa nak buat semua tergantung atas diri sendiri. Kalau nak jadi jahat, jahat lah tapi apa2 consequences tanggung sendiri. Kalau nak jadi budak baik, berbahagia lah family kat Malaysia sbb anak-anak diorang behave walaupun jauh dari rumah. So, basically zaman kuliah aku sangat-sangat bebas, and aku mmg happy tinggal kat Jakarta dulu. But drama tu mmg adalah, nama pun duduk ramai-ramai, macam-macam kepala, macam-macam perangai ada. Semua pulak tengah muda, kalau dtg musim bergaduh tu bergaduh jugak. Tapi satu benda yg kitorang sedar time tu was, kitorang takde family yg dekat kat Indonesia tu, kalau jadi apa-apa, sesama kawan juga yg ada utk tolong pun, that's what made us strong and stayed together until we finished our degree. So, actually kenangan manis juga tu zaman degree.
Even zaman aku bekerja sekarang pon, aku tak dapat nak mengelak drpd berjauhan dari rumah. Untung lah siapa yg boleh bekerja dan tinggal dengan family. Sebab tu bila aku ada peluang untuk ambil cuti, mmg aku akn spend utk balik rumah family. It soothes my heart in a certain way, rasa mcm semua stress and kepenatan bekerja tu hilang kejap bila balik rumah family. Home is heaven, indeed.
Elok lah tu, lain tadi aku nak cerita sebenarnya. Lain kali aku cerita.
Thursday, October 11, 2018
Tak Jadi La Delete.. Hahaha
Monday, September 25, 2017
Kafein
Semalam aku tgk video pasal coffee kat utube. Byk la benefits dia kata kan psl coffee ni as a stimulant to nervous system, jd kita alert, pastu ada antioxidant yg bole prevent cancer, dia bole improve immune and body metabolism.. Pastu ada sorang ilmuwan tu dia kata minum berpuluh2 cawan kopi sehari! Tapi tu mcm extreme la pulak. Tak meletup pulak jantung dia sampai berpuluh2 cawan kopi dia togak.
Aku pon regular coffee drinker jugak wey. Hari2 mau minum. Kalau tak aku rasa mcm otak bengap sikit. Lemau je. Kurang fokus.
It started when I entered boarding school. Tak boarding sgt lah. Sekolah campur ms secondary school dlu. Biasa lah masuk asrama. Tgk org beli 3 in 1, mcm sng je campur air panas je siap, wah kita pon beli jugak le. Nak kata kena minum kopi sbb rajin stay up tak pon. Aku la antara budak yg paling laju tido. Lights off je aku pon naik katil dah ready nak membuta. Kah kah kah
Memula dlu paling biasa aku minum nescafe 3 in 1 la yg regular plestik merah kan. Lama2 try la macam2 brand pulak. Nak2 skarang ni tok nenek mocha latte white coffee semua 3 in 1 ada. Sebut je apa nak.
Tp bila aku besau sikit, zaman uni la ni cerita dia, dah pandaiii... Da pandai minum kopi mahal kat cafe. Time tu da mula minum jco, starbucks, coffee bean and other cafe punya coffee la. Once da start minum kopi2 tu, tiada berpatah balik hendaknya. Until now, once in blue moon mesti teringin nak minum branded coffee. Tapi x selalu lah. Berbelas hinggit secawan, baik aku beli lipstick. Tak pon simpan tabung.
Perasaan minum coffee kat cafe ni xsama wey minum kat kedai biasa atau kat rumah. Dia mcm ada satu perasaan best yg may be coffee lovers je bole relate kot. Apa lagi kalo ko melepak kat cafe tu dgn org yg ko sgt selesa bersembang, be it friends or family. Pergh.. Nikmat gilerr..
Lately aku kurangkan 3 in 1. Tapi aku byk minum kopi bancuh sendiri. Mcm aku beli Tesco py gold coffee ni, sbnanye xsampai sebulan pon dah tinggal 3 suku bekas je. Mcm aku sorg je yg byk minum ni kat umah. Tp fikir balik, kopi ni dia x pekat sgt, wpon strength kat situ tulis 3 (kira medium la) tp aku bancuh cawan kecik pon letak 1 setengah sudu kecik baru terasa kopi dia kat tekak aku la. Cuma, aku admit aku mmg amek more than a cup per day, well, not everyday tp biasanya 2 cups la hahaha.
Motif dia kat sini is, berpada2 lah minum kopi. Especially yg ada kuturunan high blood pressure macam aku, kena kawal intake. Lagi satu, pompuan especially ada risiko tinggi nk dpt osteoporosis kalo dia minum kopi byk sgt utk jangka masa panjang. So yg ni aku pon aware, mmg ada plan nak reduce dan control caffeine intake.. Tp kecintaan ku terhadap kopi masih tinggi buat masa ini. Takpe, yg penting kita berjaga-jaga.
Thursday, April 2, 2015
Ommmmbak Memukul Pannntai.. Ommbak Memukul Panntai. Pantai Buat Deekkk Je
Monday, March 9, 2015
Label
Sunday, February 1, 2015
What I Do to Fight Boredom
Friday, September 19, 2014
Bella
Thursday, July 17, 2014
Interview
Wednesday, February 15, 2012
There's no place like home
Tuesday, December 27, 2011
Cubaan memakai SK II facial mask
Sunday, December 25, 2011
Hati sangat girang!
Friday, September 9, 2011
Too many memories~
Monday, September 5, 2011
Anak-anak kucing baru sempena syawal yg mulia
Monday, August 15, 2011
Rumah aku banyak burung gagak.
Monday, August 8, 2011
So lega sudah sampai Malaysia. Yihuuuuu~~
Thursday, March 3, 2011
Kittens>>>> New season!
Ceyt. Ko igt ni Prison Break ke nak new season pulak kan.. Hihi Aku dah ade semangat sket nak update entri sbb dah ade balak baru yg berwarna coklat ni *wink2*