Showing posts with label Housemen's Life. Show all posts
Showing posts with label Housemen's Life. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Kempen Kesedaran Mykad

Assalamualaikum..

Dan hai semua. Minggu depan kira dah 2 bulan la aku berkecimpung dalam bidang health and wellness ni sebagai trainee. So far, aku dah start doing body and water treatments kat customers. Still need more experience to develop my "signature touch". Senior therapists kat tempat aku training punya experiences dah bertahun. Hmmm obviously tak bole compare la. Mihmihmih

Aku dah mula susun impian masa depan balik mcm dulu-dulu. Last 2 or maybe 3 years I was actually not really sure about what I want. Lepas tu things happened bla bla blaaa and here I am now, doing okay so far alhamdulillah.. And I think this is a really good thing you know, to start dreaming about my future plans again. Aku tak tau la org lain. Tapi it happened quite a lot to me, macam bila aku fikir2 balik.. Apa yg aku lalui sebenarnya adalah apa yg aku pernah bisik dalam hati sendiri.

Betul lah tu. Betul lah tuhan tu Maha Tahu apa yg tersembunyi dalam dada dan hati manusia kan?

Sekarang, aku harap bisikan2 kecik dlm hati aku jadi kenyataan lah satu hari nanti. Amiinnn..

Lagipun, bak kata ada quote tu, "everything starts with a dream".

So, tak salah lah nak berangan kan. Kalau berangan benda yg baik2 utk masa depan tu sebenarnya takde masalah. :)

Oke, tutup muqadimah cerita perkembangan aku (mmg kembang, hari2 makan nasi taw), kita beralih kepada kempen kesedaran Mykad.

Ada apa dengan Mykad?

Aku pernah up entri pasal MSSP sebelum ni. Boleh usha kat previous post. 

Oke, this program is seriously not a scam, and it's getting bigger, and I am so so soooo excited to be one of the licensed dealers/agents/affiliates under this super awesome program!

MSSP ni menyediakan satu platform utk rakyat Malaysia berbelanja sambil menikmati pelbagai keistimewaan dengan hanya menggunakan IC atau Mykad kita! Ya, IC biru kita yg kita duk simpan kemas2 dlm purse tu..

Boleh dpt discount, bole dapat points, points dalam bentuk RM. Dalam erti kata lain, awak bole kumpul duit dalam IC awak. Best kan?

Uish. Gila ke tak best?

Memula, aku tunjuk dulu pebenda ada kat website die ya. Bior teghangggg gituu

(tekan perkataan atas ni untuk direct ke website)

Bila korang dah buka website tu akan jumpa mcm ni oke.



Korang boleh la baca2 point2 penting pengenalan program ni kat main page die tu. Then, klik kat "PARTICIPATING MERCHANTS" kat options atas sekali tu.

Pastu die akan keluar semua senarai kedai2 berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Semua rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai ganjaran hebat kalau berbelanja di kedai2 berdaftar ni dengan menunjukkan IC sewaktu membuat pembayaran.

Yg takde Mykad, tak dapek den nak nolong ea..


See? Baru kejap tadi aku godek website ada 37 pages utk participating merchants ni, and the number will keep growing. Akan makin banyak pilihan kedai untuk rakyat Malaysia, dan ganjaran yg boleh dinikmati pon akan makin bertambah!

Ni contoh la kan, aku klik kat Port Dickson Water Park.


Dia akan keluar gambar2 tempat tu... Dan bawah sekali ada alamat, siap nombo telefon, berapa die offer cash point rebate, reward point die bagi berapa every Ringgit we spend, dan jugak category by location and business kedai tu.

Ni baru satu tempat aku tunjuk ni. Best kan? Bole gi klik website for more merchants details.


Zaman sekarang ni, handphone dah mcm laptop dah kan? Boleh guna utk macam2. Haa tengok atas ni, korang boleh download application MykadSmartShopper (MSS) kat app store dan Google Play. Sambil travel, boleh cari kedai berdaftar on the go je guna smartphone. Kan senang tu.. :)

Tapi, untuk menikmati ganjaran2 hebat tersebut, dan untuk memanfaatkan fungsi Mykad kita yg ke-50 ni, kita kena lah daftar dulu IC kita tu..

Ya robbi... Daftar pon FREE OF CHARGE sahaja, sekali seumur hidup tak payah renew2 bagai.. Best gilerrrr bak hang

Untuk mendaftar Mykad anda sebagai pengguna pintar,

Klik link aku bagi atas tu, pastu isi la details memasing taw. Klik submit, dan die akan bagi notis action successful. Lepas tu, bole cek email memasing. Then korang boleh la log in sebagai member kat http://mssp-sys.aj.my untuk tengok berapa points dan duit korang yg terkumpul dalam IC hasil berbelanja tu.

Jom jadi pengguna pintar!

If korang nak share this post to your family and friends, share je okay. Spread the love :)

Toodles!

Tuesday, May 26, 2015

Wassup

Assalamualaikum and hye!

Tadi siang aku jenjalan kat Mydin. Memula nak cari donut jek. Entah tekak aku teringin donut plak pehal ntah. Padahal baru jugak makan donut hari tu. Aku ingatkan kat Mydin tu Big Apple, rupanya Daz amenda ntah nama die. Haha Jadik lah buat layan tekak aku yg teringin tu.

Dah beli donut, masuk plak supermarket die. Last2 aku beli trus barang2 sket nak bawak gi keyel.

Before this, aku ada sebut pasal intebiu kan?

Alhamdulillah.. It's official now, lepas ni aku jadi orang keyel sekejap nak ikut training under tourism Malaysia. Wish me luck, guys~ :)

Amek masa jugak sbnanye to really sit and think and plan about your future. Nak2 if you decide to change course, like I did. Hihi

Dia kena bertenang dan rileks. Kalau dalam keadaan serabut mmg susah.

Sebelum ni aku ada join satu grup ni kat fesbuk, dalam grup ni ada macam2 kategori budak-budak medik. Mostly ex-student medik yg dah grad lah. Aku tak aktif mengepost pon dlm grup tu, tapi dah few times jugak random medicine grad student pm aku tanya pasal quitting ho-ship.

Ermm.. Andai kata ada antara member grup tu terjumpa belog ni, and kebetulan you read this entry, so aku nak dedicate this massage to you guys, okay?

Jangan buat keputusan terburu-buru, consider sume consequences yg boleh berlaku, and sebaik-baiknya biar ada plan la if nak benti pon. Itu lagi memudahkan proses korang nak move foward andai kata korang betul2 nak benti.

And do not expect it will be easy. So that bila korang rasa down kat luar sana, at least mental tu dah prepare for that.

Aku rasa betul lah kot quote ni "medicine is for someone who cannot imagine doing something else". Aku terbaca kat mana entah quote ni. Nak kredit pon tak ingat siapa dia. Sorry, my bad.

Medicine is not for everybody. Ugly truth. Haha

Tapi, it's super great if you can challenge yourself to keep going in the profession. It's a noble job anyway. If you stay, you'll be a hero for sure. Keep that in mind, okay my fellow friends?

It's just that life can turn out in so many different ways. Tak kisah la ape korang decide, percaya je ngan rezeki Allah. Embrace what you have and be more thankful to HIM, nanti DIA tambah lagi bahagian rezeki untuk kita, inshaAllah.

Wah gitu... Macam ucapan untuk majlis ape je nih.

Oke, cerita pasal lain pulak. Few days lepas aku gi pantai.

Dapat makan benda alah ni.


Takoyaki!

Festaim aku makan benda bulat ni kat Jakarta dulu. Tu pon time dah final year rasanya. Time practical. Kat depan hosp aku practical tu ada stall takoyaki. Nak tetiap hari jugak kot aku makan bnda ni. Sedap rupanya.

Kesian kan, umo dah lebih 2 dekad baru kenal takoyaki tu apa. Tapi kira aci lah sbb aku bukan org Jepun pon.

Yg aku beli ni kat Tesco Peringgit. Aku bawak pergi pantai. Jauh tak? Haha Sanggup berpanas-panas nak makan takoyaki tepi pantai punya pasal.


Buai laju-laju sampai pokok ru.

Takde org pon yg tergamak nak main boyang kat playground tu time aku datang tu. Panas memencak-mencak kau. Tapi pasal teringin nau gamaknya nak naik boyan ni, aku gagahkan la jugak.

Haaa tengok kasut merah makngah ni baru aku teringat tapak die tu kena gam. Sket lagi dah macam mulut buaya karang. Nanti nak kena gam tu.

Kau tengok entah apa aku taip alih-alih cite pasal gam kasut je ha.

Haha Oke ah.

Sambung kendian eh.

Bai.

Wednesday, June 18, 2014

Sakit kepala

Salam

Rentetan daripada entri sebelum ni, memang berentet-rentet (mcm x senonoh je pulak bunyiknya) la smpi ke mggu ni.

-------------------------------------semalam taip hari ni sambung--------------------

Alhamdulillah hari ni baru aku rasa oke sket n bole fikir sket.. These few days aku rs mcm aku sesat kat lubuk mana ntah gulap gulita takde letrik (perumpamaan je taw jgn lah lurus sgt kang nak tanya2 aku oke ke ade patah apa2 ke.. kah kah kah)

Memang depression tu adalah satu experience yg sukar utk dihuraikan secara terperinci, and bila kau pnah blajar theory di sebalik perkara-perkara/penyakit-penyakit yg kau hadapi, kau mmg rs irony sangat2.. Memang aku pon x reti nak gambarkan. Kadang2 rasa mcm aku tgh berlakon filem. Pon boleh.

Bukan sng nak bangkit weh kalau sekali kena sudden mental trauma tak kisah la stress ke depression ke.. Yg penting it is really really really not pretty at all.

Aku still not fully recovered, masih lagi rasa mcm bertatih-tatih to put myself back together.. Dan aku selalu rasa sakit kepala dah 2 hari ni maybe sbb aku cuba untuk berfikir dan cuba ingat byk benda jugak. Yes, aku boleh bgtau kat cni yg anda ada possibility untuk jadi lupa2 bila anda punya mental terjejas. So yg dlm filem2 tu yg kalau org tu hilang ingatan pastu die nak ingat balik die kena sakit kepala tu...emmm yeaa aku rasa bnda tu btol lah.

This is not a good story to read about me, but if anda dah terlanjur membacanya pun aduhai.. Jgn masuk lam hati, dan sy mohon doa yg baik2 je la dr anda yep yep yep.. Sy pon doa Allah murahkan rezeki korang jugak, inshaAllah..

:)

Thursday, June 12, 2014

Saiko

Bukannya org lain yg aku nak kata saiko. Skang ni aku rs aku yg saiko.

Hah takut tak takut tak?

Aku ade gosip panas ttg diri sndiri ni. (tak ke saiko ko nak gosipkan diri sndiri kannn?)

Aku rasa kan, cam....nak benti keja lah. Huhu Aku tak main2 ni. Betul2 punya.......baik punyaaaa *buat good cam Dafi*

Tetiba aku cam terfikir pasai pa lah aku x buat keputusan awal2 time orientasi dulu kan? Ni dah buat oncall ape sume baru nak nekad nak benti keja. Hurmmm knape ye knape ye

Sbb aku OCD kot. Cam eh betoi ke ni betoi ke ni.. tunggu la lagi sket.. Pastu dah minggu ke brape ni baru rs nak nekad taknak jadi dokter. Apekah keterlambatan ini??

Lepas tu, kalo dah nak benti ni nak keja ape pulak kan?

Ha yg ni aku rs org lain yg saiko. Aku tgh depressed lagi mau ty soklan susah2 kat aku. Memang lah aku x bole jawab. Ce ko ty aku sifir 2 ke..bole la jugak aku jawab. Ish.

Yes... aku tau aku kena pk masak2 smpi empuk hangus sume psl bnda ni sbb die melibatkan karier aku n masa depan kann.. Tapi reality kerja aku ni pon melibatkan hidup aku jugak.. Takde hati dah wei dgn bidang ni. Ce la uols bayangkan cmne nak troskan hidup kalo uols xtau ape yg uols buat hari2, why are u doing this and that, running here and there, uols xde rs responsibility to treat or to manage cases.. Haaa kalo gitu maknanya not meant to be la kan. Kan kan? Ade btol x aku cakap?

Buat mmg aku buat je keja.. Tp dlm hati tu rs kosong sgt. 

Nak cite menangis tu mmg mcm dah nak kempis lah kot kelenjar air mata aku ni (hah exagarate lagi mengada sangattt..haha). Tapi siryes dah tak terbendung dah. Huhu

So tu la kot update buhlog utk kali ni. Aku pon tak pasti lepas ni apa akn jadi dgn dr aku. Mungkin jd hot stuff lah kat department sbb aku nak benti keja kan? Hahaha

Oke lah. Jap agi nak g kedai makan ngn family. Buhbai gegirls sume.. ^^

Sunday, May 25, 2014

Story of my life

Muahahahahahaaaa

Gelak tanda otak aku dah tak btol lately ni. Gila rs mcm aku dh turn into somebody else yg aku sndiri x pasti, rs mcm dah x knal diri sndiri.

Terkejut sangat2 dgn persekitaran baru agaknya.

Sampai bila aku skrol gamba2 lama dekat instagram aku sndiri, aku rasa kosong je... aku ingat sume tempat yg aku pnah pg, org2 yg aku knal.. but rs mcm memori tu kosong, takde perasaan.. yempty yempty deyyy.. bak kata johan raja lawak. Kah3

Seriously wehh aku x tau lah knape dgn dr aku ni.

Aku assume this is actually how my body reacts to this level of stress.

Hari tu aku sempat balik rumah parents. Rasa mcm nak nangis sgt2 but takde air mata nak kuarkan. Huhu

Aku rasa cam kontang gila hati aku. Kosong weh kosongggg! Gahhhh

Wonder where my soul is gone to :(



Dalam pada itu, aku tetap sempat cek Alex Goot ade buat new cover ke tak. Rupa-rupanya adaaa.. One Direction, Story of My Life. Aku x kaji lagi lirik lagu ni but slalu dgr je kat radio nowadays.

Since gua dulu mmg mengada syok kat 1D (muda2 dulu laaa skang biasa je :P) padahal pangkat adik2 gua je diorang tu kan. Hmmpphh

Eh tapi oke what lagu ni. Gi la dengar. Hihi

Dah la, jap agi nak jumpa parents iols buah hati pengaram jantung dulu, kini dan selamanya. Wahhh gitu

Daaaaaaaaa

Thursday, May 15, 2014

Dah seminggu lebih dah keja rupanya

Assalamualaikum n good morning semua.. (if korg baca pagi2 lah haha)

Ni kira dah minggu ketiga la aku jd warga Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, N9. Aku skang kat department O&G. Mcm x pcaya plak aku dah smpi minggu kedua tagging. Hahah

So sbnanye aku blom abis tempoh tagging la kan. But siryes aku x kisah if aku kena tagging lama lagi sbb mmg x kompiden nak on call dan aku blum rs boleh mandiri dan handle patients sendiri. Msti nak rujuk ngn dokter senior lain. Bila round dgn MO atau specialist, nak tangkap ape diorg ckp dan tulis kat dlm file patients pon terkial-kial okeee. Nak buat ayat utk patient py complaints pon kena struggle. Mcm tu lah cabaran yg ko akan rs bila ko blaja medik dlm bahasa asing. Mcm aku la.. Aku blaja 5 tahun lebih dlm Bahasa Indonesia, ko bayanglah betapa dah ke laut dah English aku kan.. Sob sob sob

Dan.. bercakap ttg environment keja.. Hosp tmpt aku buat housemen ni hosp daerah, bukan hosp besar lah. Mmg patients x brapa nak berlambak sgt, but bila dtg musim die, mmg lah kena berlari berkejaran kat dlm ward or labour room. Aku x bole byg cmne life membe2 aku yg msuk hosp besar yg patients die mcm musim haji kat Mekah tu.. (perumpamaan x bole nak exagarate lagi ke? :P)

Utk sape2 yg nak mula keja as a housemen tu, disarankan utk amalkan supplement dan lebih bgus lagi if u all amalkan bersenam. Sbb nak2 bila tagging kan, mmg byk guna energy dan stamina. Ekceli kena dtg b4 7am, dan korg hanya akan balik bila MO atau specialist dah round ward. Suka hati die lah nak round pkol bape. Mmg tagging py waktu keja 0700 till 2200 but siryesli aku x pnah balik sharp at 2200. Ade la few times yg MO tu round cepat2 lps tu bg taggers balik. Hari2 lain aku balik pkol 2300 plus2 dan kadang2 terlajak smpi 0000 n ade membe aku tu stuck kat labour room smpi balik pkol 0100. Punch card pon utk balik dah terprint kat hari esoknya. Haaa gitulah gamaknya life as taggers.

Nilai lah sndiri bes ke x bes jadi dokter.. Muahahaha *jahat gila*

Lepas tu tumit aku ni pedih gilaaa. Paling mencabar waktu hari2 awal start tagging. Sbb kaki aku ni kan dah menganggur lama gila kat umah tetiba msuk keja kena berdiri berjam2 dan berjalan ke hulu-hilir n x dpt duduk. Jarang gila duduk kot. But msuk minggu kedua tagging baru la rs lali. Tp masih perit la jugak tumit aku ni. Kuku siap ade darah beku lagi. Kiri kanan plak tu, x dpt la nak pki kasut terbuka kan.. Lambat nak hilang darah beku kat kuku ni.. T__T

Bercakap ttg kena marah ape sume mcm ape yg rmi org ckp kan ttg keja as a housemen ni, sesungguhnya itu adalah benar lagi sahih. Memang kena pekakkan telinga lah. Minggu pertama hr tu mmg ade 1 hari tu aku burst and aku ade bgtau my mom nak berhenti ape sume. Mmg aku x pk pjg la waktu tu. Mmg rs nak berhenti sgt2 lah waktu tu.. Huhu

But tetiba pejam celik pejam celik aku troskan jgk n dah msuk 2 nd week tagging dah. Aku x nafikan la sejajar dgn masa, kita mmg akan semakin nampak ape yg kte kena buat kat department yg kita masuk tu. But aku still x tau byk bnda la. :)

Wahhh sempat pulak aku update blog kan.. Padahal kepala tgh loklak ni mkn ubat td.. Aku taip entri ni rs mcm tgh bawah sedar jek.. Hehe

Rinduunya zaman bersenang-lenang sblom start keja.. Wuwuwu

Oke lah uols. Iols igt nak g supermarket hr ni. 
Till next entry oke sayang2 sekalian. Daaaaaa~