Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Kempen Kesedaran Mykad

Assalamualaikum..

Dan hai semua. Minggu depan kira dah 2 bulan la aku berkecimpung dalam bidang health and wellness ni sebagai trainee. So far, aku dah start doing body and water treatments kat customers. Still need more experience to develop my "signature touch". Senior therapists kat tempat aku training punya experiences dah bertahun. Hmmm obviously tak bole compare la. Mihmihmih

Aku dah mula susun impian masa depan balik mcm dulu-dulu. Last 2 or maybe 3 years I was actually not really sure about what I want. Lepas tu things happened bla bla blaaa and here I am now, doing okay so far alhamdulillah.. And I think this is a really good thing you know, to start dreaming about my future plans again. Aku tak tau la org lain. Tapi it happened quite a lot to me, macam bila aku fikir2 balik.. Apa yg aku lalui sebenarnya adalah apa yg aku pernah bisik dalam hati sendiri.

Betul lah tu. Betul lah tuhan tu Maha Tahu apa yg tersembunyi dalam dada dan hati manusia kan?

Sekarang, aku harap bisikan2 kecik dlm hati aku jadi kenyataan lah satu hari nanti. Amiinnn..

Lagipun, bak kata ada quote tu, "everything starts with a dream".

So, tak salah lah nak berangan kan. Kalau berangan benda yg baik2 utk masa depan tu sebenarnya takde masalah. :)

Oke, tutup muqadimah cerita perkembangan aku (mmg kembang, hari2 makan nasi taw), kita beralih kepada kempen kesedaran Mykad.

Ada apa dengan Mykad?

Aku pernah up entri pasal MSSP sebelum ni. Boleh usha kat previous post. 

Oke, this program is seriously not a scam, and it's getting bigger, and I am so so soooo excited to be one of the licensed dealers/agents/affiliates under this super awesome program!

MSSP ni menyediakan satu platform utk rakyat Malaysia berbelanja sambil menikmati pelbagai keistimewaan dengan hanya menggunakan IC atau Mykad kita! Ya, IC biru kita yg kita duk simpan kemas2 dlm purse tu..

Boleh dpt discount, bole dapat points, points dalam bentuk RM. Dalam erti kata lain, awak bole kumpul duit dalam IC awak. Best kan?

Uish. Gila ke tak best?

Memula, aku tunjuk dulu pebenda ada kat website die ya. Bior teghangggg gituu

(tekan perkataan atas ni untuk direct ke website)

Bila korang dah buka website tu akan jumpa mcm ni oke.



Korang boleh la baca2 point2 penting pengenalan program ni kat main page die tu. Then, klik kat "PARTICIPATING MERCHANTS" kat options atas sekali tu.

Pastu die akan keluar semua senarai kedai2 berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Semua rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai ganjaran hebat kalau berbelanja di kedai2 berdaftar ni dengan menunjukkan IC sewaktu membuat pembayaran.

Yg takde Mykad, tak dapek den nak nolong ea..


See? Baru kejap tadi aku godek website ada 37 pages utk participating merchants ni, and the number will keep growing. Akan makin banyak pilihan kedai untuk rakyat Malaysia, dan ganjaran yg boleh dinikmati pon akan makin bertambah!

Ni contoh la kan, aku klik kat Port Dickson Water Park.


Dia akan keluar gambar2 tempat tu... Dan bawah sekali ada alamat, siap nombo telefon, berapa die offer cash point rebate, reward point die bagi berapa every Ringgit we spend, dan jugak category by location and business kedai tu.

Ni baru satu tempat aku tunjuk ni. Best kan? Bole gi klik website for more merchants details.


Zaman sekarang ni, handphone dah mcm laptop dah kan? Boleh guna utk macam2. Haa tengok atas ni, korang boleh download application MykadSmartShopper (MSS) kat app store dan Google Play. Sambil travel, boleh cari kedai berdaftar on the go je guna smartphone. Kan senang tu.. :)

Tapi, untuk menikmati ganjaran2 hebat tersebut, dan untuk memanfaatkan fungsi Mykad kita yg ke-50 ni, kita kena lah daftar dulu IC kita tu..

Ya robbi... Daftar pon FREE OF CHARGE sahaja, sekali seumur hidup tak payah renew2 bagai.. Best gilerrrr bak hang

Untuk mendaftar Mykad anda sebagai pengguna pintar,

Klik link aku bagi atas tu, pastu isi la details memasing taw. Klik submit, dan die akan bagi notis action successful. Lepas tu, bole cek email memasing. Then korang boleh la log in sebagai member kat http://mssp-sys.aj.my untuk tengok berapa points dan duit korang yg terkumpul dalam IC hasil berbelanja tu.

Jom jadi pengguna pintar!

If korang nak share this post to your family and friends, share je okay. Spread the love :)

Toodles!

Sunday, April 19, 2015

Ngedate dgn Mek Champ (bukan nama sebenar)

Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku gi sleepover kat umah membe baik aku kat Pilah. Membe2 aku kan semuanya hosmen2 belaka, so nak taknak kalo nak jumpa kena la gi dekat2 area sepital jugak. Ceh. Tu pon Champ ni die dah pindah keluar dari kuarters sepital. Kalau tak jawabnya aku kena masuk jugak la tempat nostalgia yg tragis itu. Haha

Champ ni belajar sama uni ngan aku kat Jakarta dulu. Dia ni sbnanye ex-schoolmate aku kat Sains Muar. Dan sbnanye die duk dorm sebelah dorm aku je pun selama 2 tahun skola kat Muar tu. Die ni classmate kepada dormmate aku waktu tu. Sebab tu la aku bole ingat die waktu jumpa kat KLIA time nak gi Jakarta tahun 2008 dulu. Kau ingat tak time kita jumpa kat KLIA tu champ?

Dulu kat skola aku weirdo. Takde geng, suka jalan sorang2, tak banyak cakap. Suka buat hal senirik. Tak suka bersosial sangat. Tak caya tanya Champ. Kan Champ?

Kat Sains Muar dulu, sbnanye bole kira ngan jari berapa kali aku pnah bercakap dgn Champ. Ntah2 sbnanye tak pernah pon bercakap ngan die. Tu duk dorm sebelah2 je tu. Punya la tak bersosialnya aku dulu. Hihi

Tapi kat Jakarta, bertahun aku sama rumah sewa ngan Champ ni.

Disebabkan aku mmg kenal die sebagai panggilan "Champ" since skola lagi, aku tak reti nak panggil die ngan nama sebenar die. Kesudahannya nickname tu lekat kat budak2 uni aku. Haha Majoriti panggil die Champ jugak mcm aku panggil die. Yea, thanks to me, nickname skola ko lekat sampai zaman university.


Jumaat malam Sabtu tu kitorang gi lepak kat AEON Seremban. Karok sampai pengsan. Menyempat la dinner bawak ke supper sekali kat tmpt karok tu. Heaven beb kat situ pasal die provide buffet utk customer. Segala tok nenek dari nasi ke lauk2 ngan pasta la porridge la sampai ke dessert semua ada. Memang kelaaaasss. Dah rupa org tak pnah jumpa buffet pulak asek muka aku je amek makanan kat situ. Kebetulan mmg perut tgh lapau nak mam. Setengah jam awal tu Champ je yg nyanyi. Aku sibuk mentekedarah. Hahaha


Ni esoknya gi tengok wayang plak kat mall baru kat Seremban. Apa ke namanya, Palm Mall kot. Pon heaven jugak sbb tempat baru, maka tak ramai orang. Mall ini kita yg punyaaaaa. Gitu..

Shawl H&M grid tu aku beli ngan kawan baik kitorang jugak, owner blog Azie Azra. Kenal tak? Gi la usha belog die, ada link kat sidebar aku. Dia jual macam2. Handbag Mango pon ada. Bole juling mata wa cakap lu. 

P/s: Thanks Azie, tqa suka gila kot shawl2 azie. Semua sedap pakai.


Aku tak follow Fast & Furious dari yg first tu, tapi yg Fast Furious 6 aku tengok la kat Indon dulu. Kira tau la jugak sket2 pasal cite ni kan. Tapi Fast & Furious 7 ni best gilaaaa. Sikit pon x boring. Pakej semua actor and actress kat dalam tu aku suka. And stunt action die thorbaikk. Standard la cite omputih mmg action diorg mcm real kan sume. Pastu part ending die tu mcm tergugat jugak la emosi aku sebab die buat tribute utk Paul Walker sket kat hujung cerita tu.. Sob sob Tak sangka kan si Paul tu dah takde. Muda lagi tu.. :(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni aku mcm biasa la main kuiz kat internet.

Unique charm ye kau kata? Ala cakap je la aku pelik. Hmmmphh

Banyak kuiz2 die kat website ni. Try ah. Tapi kan.. Alamak siot btol lah. Aku tak ingat plak nama website ni. Boleh?

Sbnanye aku nak main kuiz2 lain banyak lagi kat website ni. Tapi hari tu aku klik pon kat news feed fesbuk aku sbb ada org share result kuiz die. Eyy hampehh

Takpe lenkali kalau aku dah jumpa aku stori lagi.

Oke ah. 

Till next entry. Bai!

Monday, March 9, 2015

Label

Assalamualaikum readers..

Kalau nak baca belog ni, tak boleh mengharapkan entri fakta2 ilmiah ya, pasal penulis merupakan seorang yg bukan fiction person (is that even a word?). Aku suka nak amek tau bnda2 ilmiah kadang2, suka jugak layan dokumentari etc etc, taaaaaapiii kat belog aku suka menceceh benda2 non ilmiah. Hehe

Untuk silent2 reader yg terbaca belog ni, welcome to my world. Hidup aku tak menarik pon, tak sempurna. Pape pon, happy reading lah ya. :)

Hari ni aku nak cerita pasal apak aku. Ada few times kat belog ni aku cerita pasal beliau. Yg pnah terbaca tu tau lah agaknya. Kot. My father is a former teacher. Dulu before die pencen, dia seorang cekgu besau dan juga berperut lumayan besau. Tapi skarang sudah pencen dan perutnya sudah semakin slim. Hobinya kat umah suka main teka silang kata dan main segala jenis kuiz kat dalam sokabar. Berfaedah btol hobi die. Hobi anak die? Ngaaaaaaaa

Apak aku ni mmg teliti sangat orangnya. Memang patut dapat pujian. Aku bukan bias, mmg siryes die sorang yg teliti kalau bekerja. Nak2 bnda2 yg melibatkan dokumen.

Dulu waktu aku nak pergi Indonesia nak blaja dulu, aku rasa 99% hal dokumen2 utk pergi blaja tu beliau yg uruskan. Aku goyang kaki je weh. Nti kalau ada bnda yg aku kena sign or tulis sndiri, beliau akan panggil aku turun buat. Bila aku stori2 dgn membe2 pasal persiapan nak pergi blaja dulu, I felt so bad about myself. Haha

Kalau nak cerita semua, mcm panjang sangat pulak. Meh aku nak tunjuk few things yg might be unsual to other people.


Dulu waktu beliau belum pencen, mungkin beliau takde masa nak buat mcm ni. Tapi, believe me kat umah ni yg menguruskan segala jenis dokumen mcm bil-bil, sijil-sijil, segala tok nenek surat2 penting is him. Aku dulu waktu skola kalau dapat pape sijil mesti kena bagi kat beliau. Beliau lah yg laminate, lepas tu simpan elok2 dlm satu fail. Bukan aku je, semua org dalam umah ni punya sijil pon beliau yg laminate dan simpankan elok2 dalam satu fail. Semua orang beliau buatkan satu fail besar yg berisi dokumen2. Dari aku kecik sampai sekarang taw. Macam rekod patient kat klinik tu. 

Bila beliau pencen, makin byk benda kat umah ni yg beliau organize kan.
Even toilet pon diletakkannya lambang toilet mcm dlm gamba tu. Hehe


I'm not sure if it's just my father's hobby or what, tapi sejak beliau pencen, kebanyakan laci2 n almari kat umah kitorang ni beliau letakkan label.

Fascinating tak?

Hehe


Bila aku tanya apak aku kenapa semua container and laci ada label, beliau jawab "senang, tak payah tanya2, dah ada tulis kat situ". Ringkas kan jawapan die?

Aku xtau la sbb dulu zaman aku blaja n adik aku pon blaja jauh jugak, so bila kitorg balik kitorg slalu ty kat mana bnda tu kat mana bnda ni.. Sbnanye banyak lagi label yg aku x tunjuk kat cni sbb kamera aku x bole capture good photos under lowlight. Tapi sbnanye suis2 kat umah pon berlabel oke. Tak payah tanya mana satu suis kipas or lampu. Dah siap ada label kat situ. Suis yg rosak ada label "rosak" kat situ. Haaaaa

Aku msti byk menyusahkan kan agaknya? Semua bnda malas cari pakai mata, cari pakai mulut. Mungkin dari situ lah timbul idea ni. I am truly sorry, ayah. Sobs

So if siapa2 pergi dapur tanya serbuk kopi kat mana, jawapan die nak kena pelangkung ke? Bukankah sudah terpampang di depan mata anda? :))


Every single laci (laci bahasa omputeh amenda ah?) in the kitchen..


And every tupperware like this too..

Daebak kan my father? Appa saranghae *wink wink*

Dah pehal nak tulis korea?


Ni aku belanja gambau Dak Amok beraksi superman. Amok saranghaeee 


Amok ni second generation kucing kat umah aku ni rasanya. Umo die mungkin 3-4 tahun. Kot. Mcm x sure pulak. Tapi first generation yg tinggal kat umah ni Dak Embang je. Embang takde dlm gamba. Sebelah Amok tu nama die Bella. Bella ni muka lawa. Pernah die beranak sebelum ni tapi tak survive pulak anak2 die..

Amok ni otak die mcm bergeliga sket. Kalau org panggil, die akan berespon. Sama ada die akan kasi kau eye contact, ataupun die akan pg kat kau if possible. Bila die dtg kat kau, first bnda die buat is sondolkan kepala die kat kau. Hari tu aku saje je nak test. Aku hulur kepala aku kat die. Die sondol kepala die kat kepala aku. Wah mcm berlakon filem pulak rasanya. Kuat pulak tu kepala die. Rasa mcm lawan wrestling kepala pon ada. Amok...Amok..


Ini nama die Madam Teressa. Kah kah kah.

Waktu tu kat kawah putih. Dua tahun lepas. Aku senyum macam seronok je kan. Padahal hidung siksa menahankan asap sulfur kat situ. Kemain menyengit bau sulfur.

Rindu jugak Indonesia. Seronok berjoli kat sana sbnanye. Dulu masa zaman stadi, ada fulus je panjang je langkah aku. 

Tengok gambau trobek ni teringat plak kat beg merah legend tu. Dah mana ntah perginya. Banyak jasa beg tu.

Aku rasa mcm menyimpang-nyimpang je entri ni. GPS dah salah jalan agaknya. ;P

Oke ah. Makan jom. Lapau.

Thursday, October 2, 2014

Nasihat

Assalamualaikum wbt..

I know I know.. it's been long since my last entry. Traffic blog ni dah la sepoi-sepoi je, bila tak hupdate lagi lah mcm pig snail. Haha

Tapi wa takde hal. Wa bukan artis bro. Takde sape kisah pon wa py belog ni. Kdg2 wa senirik pon tak kisah psl belog ni. xoxo

Hari ni last day preorder perfume. Ingat cam nak chillex je lah. Tapi alhamdulillah rezeki Allah mmg suka buat seprais2 ni. Haha So tadi dah setel order customer. Walaupun last minute, rezeki tetap rezeki haruslah bersyukur.. Gituu

Who knows I would entertain customers like what I'm doing now kan?

Aku pon tak pernah terfikir one day aku akan berjinak-jinak dgn bisnes. Aku dah la mmg sejak skolah dlu ade masalah sosial sket. Nak2 ngan org tak kenal mmg selalu sgt awkward sendiri. Padahal org tu chillex je biasa jek.

Sbb aku yg low self esteem agaknya.

Bila masuk universiti dulu after several months baru aku mcm oke sket lah. Aku rasa sbb surrounding kat Jakarta dulu jugak. Kat sana walaupun aku tgh kat med school, surrounding die takde lah mcm siryes sgt, semua org hadap buku n notes doploh pat jam n stadi sokmo. Takde pon gitu. Ceria je sume org. Nakal je bebudak medik kat sana. Kadang-kadang aku tak rasa pon mcm kat med school.

Ada kaitan ke ada kaitan ke apa aku menceceh ni?

Anyway, aku sebenarnya wonder adakah zaman sekarang budak2 skola menengah punya pendedahan terhadap profesionalism or kos2 kat universiti dah membaik ye? Kalau baik, baguslah.

Zaman aku dlu, aku rs pendedahan ttg alam kerjaya dan bidang2 yg ada kat luar tu mcm tak berapa mantap sgt. Ended up ramai students yg pilih kos based on what people said as "kos yg bagus", "kompem ada kerja", "masa depan terjamin".. and etc etc.

Dulu internet pon dial up. Nak tunggu die dial pon kdg2 berkali2 nak kena ulang asek tak dapat je. Kadang2 terputus la kena dial balik. Aku bet budak zaman skang kalau kena duduk zaman aku dulu mau menangis meraung sbb internet terbatas gila. Haha

Sekarang ni nak search tentang apa sume kat hujung jari je. Mcm2 information or even kuiz2 personaliti lah kuiz kerjaya lah kau boleh buat online je. Dulu? Non hadooo. Hang nak kuiz2 personaliti la bagai pg lah kat bilik cegu kaunseling tanya. Tu pon kalau ade lagi kertasnya. Kalau tak hang kena tunggu cegu fotostet dlu ye harap maklum.

Untuk readers yg muda-mudi kat luar sana andainya adik2 baca entry ahkak kau ni, tolonglah mulai dari zaman sekolah lagi dah explore ur interest. Memang kat sekolah kita akan tak fikir masa depan sgt, fikir nak enjoy seronok dgn kengkawan je.

But plis lah at least you can figure out course that you're interested to, or even better kalau ada masa lebih tu buat la research sket pasal course2 yg ada kat luar sana at least you tau apa bidang yg you bole shortlist kan sbg ur options bila nak apply masuk universiti nanti.

Aku admire org yg mmg sentiasa bermatlamat dlm setiap bnda yg die buat. Nampak die passionate dgn bnda yg die buat, happy dgn apa yg die buat. Tu lah true satisfaction.

Siryes kalau korang awal2 dah fikir ke depan, inshaAllah jalan nak membentuk karier tu lebih teralur gitu.

Jgn sekali-kali pilih sesuatu bidang tu sbb org lain okay? Make sure your choice is what you're passionate about and what you would want to do for living, orite? Pastikan the reason that you pilih sesuatu tu sbb yourself, because after all it's you who's gonna live ur life, not others.

Of kros harus ada nawaitu lillahi ta'ala, kepentingan family dan sebagainya di sebalik keputusan kita, but diri sendiri pon kena fikir juga ya.. :)

Macam siryes je aku menceceh mlm ni kan?

Tp I really need to write this and let it out from my chest. 

Oke dah malam.

Thanks for reading andddd have a nice day or night whenever you're reading this.

Peace!

^___^

Wednesday, January 8, 2014

Entri tahun baru yg terlambat

Assalamualaikum..

Reaching over 50000 pageviews recently is actually a very unexpected thing that would happen to a very "nobody" person like me. Ok aku tau bg buaaanyak lg bloggers lain kat luar sn 50000 tu cam celah gigi je, tp aku kan jakun. So just leave me alone dlm semua kejakunan ni. Hahaha

Org lain dah update byk cite lain aku baru nak update psl tahun baru kan? Takpelah mak jemah, late is better than nevaa.. Gitu.

Nak dijadikan cite, hidup aku ni secara garis besar xde lah dinamik sgt.. Takde bnda yg sgt menarik, tapi bukanlah boring sgt2..aku rs masing2 orang akan rs hidup die enjoyable dgn cara tersendiri. Same goes here. I'm a typical Asian girl yg accidentally terjebak dlm dunia medik dan akhirnya berjaya abeskan jugak blaja because Allah helped me a lot. Dia tak pernah tak tolong aku. Thank you Allah.

Oke iols nak wrap up kan cite tahun 2013 yg baru je tutup buku dlm 8 hr lepas. Walaupun ni dh masuk thn baru, aku still rs mcm dlm thn 2013 sbb tahun2 terakhir ni hari2 berlalu dgn tersangatlah cepatnya. Tak terasa sgt, tau2 dah habis thn 2013. Phewww~

Lebih dr setengah tahun 2013 aku habiskan dgn menjalani kehidupan koas aku dlm clinical year. Sampailah 19 Oktober 2013, aku secara x rasminya selesai koas. Posting terakhir aku radiology. Disebabkan radiology tu posting yg rileks n konsulen kitorang mmg baik hati..makanya penutup zaman klinikal aku boleh la dikatakan happy ending gitu. Sebab posting sebelum radiology tu adalah E&T (telinga dan tenggorokan). Haa mau x boring sbb konsulen kitorg yg sorang tu rajin amukan. Siap la kalo x bole jawab, sekali die hanginnnn.. Nasib baik waktu kitorang x smpi kena halau je. Senior2 cite ade yg smpi kena halau.. huhu

Oke tutup cite koas..

Maka tanggal 21 Disember 2013, selamatlah aku dan membe2 dilantik serta disumpah dgn sumpah Hippocrates untuk menjadi doktor..


Alhamdulillah... Lancar majlis, walaupun sebelum tu huru-hara ting tang alexander kate qoo nak memikirkan segala tok nenek dokumen plus nak membayau 3 juta rupiah sebabkan nak konvo thn 2013 kan.. Dan juga walaupun waktu majlis tu telah terjadi sesi air mata bila wakil batch bg ucapan.. Overall seronok.. N rs lega dah habis blaja.. :)

Walaupun begitu, ada kejadian yg tak berapa nak indah jugak telah berlaku pd tahun 2013. Yaitu, aku telah kehilangan 2 benda yg sbnanye tersangatlah ada sentimental value bg diri aku.

1. My iPod touch 5 which i named with "Melon".

Aku punya Melon mcm dalam gambau atas ni, tapi tanpa tali tu. N aku pakaikan die casing Capdase kaler hitam. Memandangkan Melon tu hilang, dan beribu-riban gamba dlm tu, maka dgn serta-merta sume file dan gamba dlm tu hilang juga. So, gamba Melon digantikan dgn gamba dr google ni. Melon hilang dlm teksi. Waktu tu aku dgn membe aku terjebak dgn jalan jam, n aku igt aku main game guna Melon tu. Bila dah smpi umah sewa, aku cek dlm beg takde pon Melon. Punyalah khilaf aku waktu tu x double check, sbb aku ni berpenyakit OCD. Biasanya mmg aku double check everyhting, tp bnda dah nak jadi.. That day, aku tak perasan aku x msukkan Melon dlm beg sblom kluar teksi. Maka..aku telah kehilangan Melon.. Tak tahulah die kat mana skang. Sob sob sob

2. Jam tangan Casio yg ayah belikan tahun 2008 kalo x silap aku.

Hilang masa kat airport Soekarno Hatta, Jakarta. Waktu tu nk balik Msia for good dah.. Waktu nak cek hand luggage, sume org disuruh bukak perhiasan n masukkan dlm tray utk di scan. So aku letakkan jam dlm tray kosong, n aku igt aku tolak tray tu msuk dlm scanner. Tp bila keluar, jam aku takde. Rasa nak pitam kjap. Haha Sebab mustahil takde. Tak smpi 3 minit sebelum tu aku baru je msukkan tray dlm scanner. Akak guard tu siap cek tray2 kat situ..tapi hasilnya...tak jumpa. Wuwuwuwu Maka baliklah aku ke Msia dgn hati yg duka lara sbb siryes aku syg kot jam tu. N die tu telah memberikan aku keyakinan selama aku pakai die. Sekarang jam keyakinan aku dah hilang.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...~

Selain hilang barang2 berharga... Hujung tahun 2013 ni byk bnda yg unexpedted telah berlaku di sekeliling aku. Ramai membe aku bertunang la kawen la beranak la.. Ramai yg mula kerja la. N one of my close friends kehilangan ayah.. Sakit tiba-tiba, dah sampai masa arwah. Terkejut semua org2 terdekat sbb mendadak sgt arwah ayah die sakit waktu tu. Atuk sedara aku pon meninggal hujung thn lepas.. Al-fatihah..


Ni gamba 2 tahun lepas. Waktu tu pg mkn Carl's Junior sbb celebrate besday membe. Kenal kan blogger Azie Azra?

Emm..tak sangka kan ujian Allah.. Azie jatuh sakit x lama lps balik Msia after perlantikan dokter tu. Sangat2 terperanjat..yg tiba2 dpt tau die masuk ward sbb terkena perdarahan otak. I can't tell details here, but her condition requires some sort of surgery. It hurts you know.. To know such things happen to people who are close to you.. :(

Sama-sama doakan Azie ye.. Smoga Allah balas kebaikan korang sume, inshaAllah..

To start a new lifestyle this year, honestly..I feel very nervous and I'm not ready. Aku masih rs mcm nak duduk makan free kat umah parents dan bersenang-lenang goyang kaki kat umah. While some other friends dah pg interview MMC ape sume, aku blom lagi isi borang.. Memang selalu je kena bebel kat rumah suruh cepat2 daftar mintak keja ape sume. Tapi aku blom ade feel nak start lagi. Not yet.

Kadang-kadang timbul rasa jeles bila tgk perkembangan org lain yg dah bekerja, dah ada life sndiri, rumah, kereta..family.. Sebab aku rs life die x sesusah keja houseman. Alamak. Bila sebut houseman je rasa cam nak lemah lutut. Wakaka lebai sangat.

Aku xtau la mcm mana kehidupan aku lps ni. Apa yg aku tau, skarang aku tgh bercuti and aku akan bercuti dgn bersungguh-sungguh. Yeah!

Ok that's a wrap everybody!! 

Noktah.

Sunday, December 29, 2013

Perlantikan dan sumpah dokter

Salam..

Dengan ini maka tamatlah perjalanan aku dan kawan2 selama 5 tahun lebih ni sbg mahasiswa/mahasiswi bidang perubatan di UKRIDA, Jakarta...secara rasminya. So first skali haruslah alhamdulillah, syukur kpd Allah dah berikan aku kesempatan utk melalui pengalaman indah 5 tahun lebih kat Indonesia ni.

E eh lemah btol aku menaip entri pakai npon ni. Tp nak on laptop adalah suatu kemalasan.

Oke, kalau aku nak ungkapkan semua yg aku rasa kat dlm entri ni mcm x berkesudahan aje kan.. haha jadi kte state yg penting2 je lah ye..

Emm.. selama 5 tahun lebih kat Indonesia ni mmg mcm2 sgt aku dah pelajari, n aku lihat.. bukan je dpt ilmu ttg medik, tp dapat ilmu ttg kehidupan jugak kat Indonesia ni. Ingat lagi waktu aku mula2 dtg Jakarta polos abes. Nak beli tiket air Asia punyalah naik teksi jauh2 semata2 nak pg kat booth air Asia. Padahal dekat area th duren tu byk je agen tiket.. nak2 skarang ni lagi lah bila semua dah do hujung jari saja. Punyalah dulu byknya bnda x tau kan.. nasib baik lah kakak2 senior mmg baik sgt2 tunjuk kitorg Kat mana nak beli itu beli ini.. diorg mmg senior yg baik lah. Jauh bezanya dgn aku. Aku x libatkan diri langsung ngn junior. Haha. Dulu waktu aku dtg Jakarta, senior siap sambut kat airport, kampus, and even bawakkan pg umah sewa kot. Baik hati sgt2..

Aku mcm x pcaye je aku berjaya melewati ups and downs kat Jakarta tu. Pernah aku rs trok smpi mcm nak lari balik la nak quit la.. tp mungkin berkat doa ibu n ayah aku troskan jugak n berjaya habiskan kuliah. Bila mc sebut nama aku ada tittle "Dr" kat depan.. rs mcm mimpi je. Ewah gituu.

N dokter2 pembimbing ktorg kat sana, n kawan2 indonesians kitorg.. diorg sbnanye baik2 belaka.. dulu sblom aku dtg Indonesia, mcm2 la jugak aku pk kan sbb dengar mcm2 cite negatif psl org Indonesia kan.. pastu bila dtg kedutaan Indonesia kat kl pulak mmg perspektif aku ttg Indonesia pon dah x brape nak baik lah kan.. tapi sbnanye bila dah lama duduk Jakarta n dah blend in dgn masyarakat kat sana, barulah pandangan aku terbukak bahawa diorg pon org baik2 jugak.. in fact, manners diorg kdg2 jauh lebih baik drpd sebagian besar Malaysians. Mungkin membe2 aku yg duduk Jakarta boleh paham knapa. Hehe

Lepas ni.. for sure aku akan dtg lagi Jakarta, tp sebagai pelancong lah.. hehe

Membe2 lah keluarga kecik aku waktu kat Jakarta.. takde diorg, ntah mcm mn lah aku nak survive.. dulu mula2 dtg sana, ada yg aku xtau nama, kdg2 mmg x knal langsung lah.. haha tp dah final year ni ada yg aku jadi baik dgn dia.. dulu xpnah bercakap tiba2 boleh berbual panjang.. makin lama makin kenal antara satu sm lain.. aku harap silaturrahim kita semua berkekalan lah ya. :)

Mmg sweet memories lah kenangan dekat jakarta. Macam2 ada, sume manis pahit kelat pedas pedau masin masam sume pon bercampur-baur. Kira paket komplit lah org indonesia bilang. Hihi

Okay.. utk semua bakal pegawai kerajaan mahupun swasta yg x lama lg nak stat kije, sama la kita.. ahaha (motippp?) Selamat maju jaya uols! Hidup ni singkat..lelayanz je la susah sng ye, innallahama'ana.. gituu kan?

For the next entry, I've been thinking to do a product review. Hehe smoga iols rajin dan tros rajin mengeblog. Orait, bubai!!!!

Thursday, December 5, 2013

Just a teaser

              Ewah mengada sgt nak buat teaser bagai.. hihi Tapi takpe lah kita kasi can kat diri sendiri.


Happy tu happy la jugak tapi lps dengar cerita pasal bayaran utk majlis perlantikan tu rasa cam tros murung. 3 juta beb mana nak cekau. Lainla kalo bole buat loan perlantikan. Sok keja bayau.. Puahaha 

Marah org tua aku dengau kang asek berhutang aje kojenya.

Tapi yela, mcm2 nak kena bayau ni serabut pale otak aku yg berjambul ni.

Btw, msia dilanda bajir kan sekarang? Area pahang ek? Hati-hati lah ye semua.. Sediakan payung sblom hujan. Yg bawak keta tu elakkan la drpd pg kawasan yg naik air. Karang kalau dah shut down keta tu 1 hal pulak nak kena menghantau ke bengkel. Bayau lagiii.. 

E eh macamkan ni stesen radio nak kasi ucapan kat drebar2 kan.. Kekeke

Oke dah la. Bubai!

Wednesday, November 27, 2013

Kelam-kelibut

Aku ni jenis orang yg x reti kalo kena buat byk keja dlm 1 masa. Apa org kata, multitasking eh? Huhu Siryes, aku x boleh.. Dulu waktu aku zaman kuliah (ewah mcm da lama nau je tinggal kuliah..haha) bila dalam 1 hari ada 2 ujian kan, malam tu aku akan gelabah sbb aku susah sket nak fokus. Bila aku stadi yg ni, hati aku x tenang sbb dalam kpale otak aku dok pk subjek 1 lagi pon nak kena baca jugak. Itu lah...malam ujian baru nak pulun..mana la x gelabah. Tapi aku mmg jenis last minute punya orang. Ayah aku x sendiri x berkenan dgn perangan aku yg last minute ni.

Aku py tahap last minute tu kan...contohnya hr tu time aku nak balik Msia Ahad hr tu. Ekceli aku ada byk masa lain yg aku bole guna utk beli tiket awal ms aku kat Jakarta. Tapi hr Sabtu bru nak terhegeh-hegeh pk nak balik pkoi bape, nak naik flight apa sume.. Last2.. tau x, aku beli tiket kat airport. Aku main redah je dtg pagi2 kat airport pastu tang2 tu jugak baru nak pg kat kaunter air asia nak beli tiket sume. Wuuu kena bayar mahal, adel seratus lebih ringgit lebih mahal kot drpd harga online. Rasanya lah.. Baru lah padan dgn muka aku kan sape suruh beli tiket last minute. Ofkrooossss x cite kat ayah cite beli tiket ni sbb mesti kena sembur punya kalau ayah tahu. Jadi cerita ini menjadi rahsia yg akan kupahatkan di dlm diri dan knapekah aku menaipnya di siniiii???

Lantakkan. Malas nak delete. Eh.

Dulu waktu skolah, cekgu english kelas aku suh masing-masing buat journal. Every week kena collect buku tu n hantar kat cekgu. Nanti cegu baca, die akan tanda n komen2 sket bg nasihat ke or kata2 semangat ke.. Apa bnda ntah aku tulis kat situ, aku ingat lagi cekgu english aku tulis "Don't procrastinate". Bukan main besau lagi die tulis kat journal aku. Puahaha.. Aku rilek2 je waktu tu sbb aku x tahu pon maksud procrastinate tu apa.. Bolehhh?? Xde inisiatif pulak tu nak cari maksud perkataan tuh ape. Omaigad knape aku mcm tu ehh?

Aku sebenarnya tgh serabut pk psl hari perlantikan aku ni. Isnin depan nak photoshoot dan ada taklimat bla bla bla. Tapiiiiii....tapi tapi... the baju koncokesyen is belum adaaa!! Haigooo. Nanti2 jgn sembur aku dlu, mcm mn aku nak buat baju, kain membe aku baru pos semalam x smpi lagi... Wuuu Die kata pos laju patutnya hr ni smpi kan? Agaknya Melaka cam jauh sket ke ek? Tu sbb x bole smpi lagi. Nampak gayanya kena beli siap la ni x pakai tempah2.. The warna baju pon aku blom tau lagi. Kainnya blom sampai kan cmne aku nak g serbu kedai cari baju.

Sabtu ni aku kena balik Jakarta balik. Result pon blom setel, surat pengesahan pon blom dapat. Oh tidakk. Ini sgt terkejar-kejar. Walaupun begitu masih dapat menaip entri bole tahan panjang mcm ini. Wakakaka

Harap2 the perlantikan berjalan lancar lah ye.. Ameennn... Anda dan anda dan anda semua tolong doakan juga yaaaa.. Hihi InshaAllah majlis dilangsungkan pada tanggal 21 Dec ni.

Tu diaaaa... Macam majlis nikah plak aku punya statement kan? Ha yg itu pon bole doa2 kan jugak. Wahhh gitu. :P

Okay till next entry ^^

Sunday, November 10, 2013

Akhirnya..setelah 5 tahun

Assalamualaikum pembuka bicara..

Ewah. Tak payah nak pembuka bicara Sgt. Over taw sepak kang aa.. hehe mcm kekok je mcm kekok je menaip kat blog sndiri skarang. Da berzaman dah aku x hupdate blog sememeh ni taw. Sekarang bila cuti panjang secara rasminya sudah mula maka aku haruslah menaip kembali gituu kan?? Ni pon xtau lah kot sebulan dua lagi nti aku nak hupdate. Bukan bley pcaye aku ni. Bahaha

Btw, alhamdulillah aku da selesaikan koas aku sejumlah 12 posting yaitu yg terakhir radiologi. Dan yg lain2 malasnya aku nak taip tajuk die taw. Syukur....syukur sgt2 Allah dah izinkan aku selesaikan clinical year aku tepat waktu dan tanpa masalah ataupun halangan.. Alhamdulillah.. :)

Ingatkan entri konvokesyen ye dak.. Ghupa2nya blom.. Hihi nak konvo kena la uruskan dulu pape yg patut.. xkan tetiba aku nak g konvo sengsorang.. *beriya2
taw akak explain sume ni

Dan sbnanye aku dah cuti like 3 mnggu lah jugak ni baru nak bukak entri baru kan. Takpelah. InshaAllah yg bc cni pon kwn2 dekat yg kalo x nmpk update kat blog aku pon like "ada aku kisah"?? Haaha k tak lawak lah.

Kalo accidentally terjebak Kat blog sememeh ni jgn tergezut dgn tatabahasa penulis yg x mkn saman ini. Iols makan nasi lemak tau lah. Hew2

Emm emmm apa lagi eh apa lagi eh? 



Eceh. Da xtau la tu nak tulis apa. Asal sket selfie asal sket selfie. 
Kasi can laaa. Penulis da jakun da lama x update blog ni. Haha suka taw intimidate diri sndiri.

Wokey.. aku nak buat ape yg patut.. nak ucapkan smoga kerajinan ini berkepanjangan hendaknya.. :D

Baibai jgn tacing2 esok hr isnin

Monday, June 10, 2013

Tajuk yilekk

Salam.

Good morning, good afternoon, good evening, n good night to all of u readers. I don't know when u guys read this, but I hope u're doing good. ;)

Ewah. Dah cukup berhemah la tu konon kasi muqadimah sopan2. Miahaha

Minggu ni minggu ke-4 aku kat posting ophthalmology ni. Macam biasa, bila dah masuk minggu2 nak kena blajau baruuu la aku tergedik-gedik nak hupdate buhlog ni. Memanggg.. Memang penyakit aku ni. Ggggrrr

Next posting dah released uols. Aku dapat surgery kat hospital di Jakarta. Ape diaaaa???? Ilmu bedah??! Ouh noooo. Bagi aku, posting bedah adalah posting yang sangat mendebarkan. Satu, sebab aku rasa die susah (well, sume bnda pon kalo aku blom lalui normally aku akn rs die susah). Dua, posting bedah secara umumnya diketahui sbg antara posting yg paling sibuk selain O&G. Tiga, bedah byk deal dgn kes trauma. Uhuuuu I'm traumatized...traumatized... Bahaha syok gila tengok stand up comedy Harith Iskandar kat utube *tiba-tiba*

Sebelum keluar nama hari tu, jujurnya aku xde letak apa2 harapan pun utk dapat tempat kat mana2 hospital. Aku cuma harap dapat tempat yg baik2 je. Aku harap doa ibu n ayah makbul je. Aku yakin diorang selalu doa yg baik2 utk anak2 diorang. Mak bapak mana la tak doakan anak2 kan.. Eh apa cam menyimpang ni. Haha

Oke, lepas tu bila keluar nama, aku cam "okeee...dapat balik Jakarta n duduk bilik sewa kat Jakarta je lepas ni". Alhamdulillah.. Happy la, ade la bagusnya antara lain aku xyah bayar bilik sewa dua tempat mcm biasanya kalau aku kena posting luar kota.. Hehe

Bila dah happy2 tu (tade la happy sgt, biasa2 je), aku terfikir la plak psl posting tu sndiri. Errmmm mula la mcm2 kan aku fikir. Iya la, bedah ni al-maklum byk tindakan like...jahit2.. Kalau cucuk-mencucuk ni inshaAllah aku bole la jugak.. hihi Tapi kalau jahit-jahit ni..errmmm. Alangkan dulu waktu skola menengah keja Kemahiran Hidup aku kena jahit baju simple pon aku suruh bibik aku yg buatkan, ini kan pula nak jahit kulit orang.. Ouh ouh kecuakan melanda diri ini.

Aku harap nti selesai posting bedah, aku dah bole jahit la elok2 kan. At least ada confidence la nak buat sendiri bila aku keja nti. Kalo smpi nak further jd surgeon tu idak le kan. Hahaha *gelakkandirisendiri*

Oke lah. Aku sbnanye hupdate ni sementara tunggu loading The Vampire Diaries. Dah jom tgk cite

Zaaaaasssszzzzz *ala2 Melodi gitew

Sunday, September 23, 2012

Hosmet kata aku da lama tak update blog

Salam n hai to all

Aku baru balik dari keluar jalan2 dgn kawan2 koas.. Bila dapat keluar jalan2 barula terasa mcm "oke aku duduk kat bandung rupanya skang ni..". Sebab perasaan praktikal kat sepital tempat aku ni sangatlah tak terasa mcm kat bandung. Selain bahasa yg org2 kat sini guna yaitu bahasa sunda, mmg aku x feeling2 duk bandung pon. Tak tahu la sbnanye aku feeling mcm mana. Lain rasa die. Mcm asing je duk sini.. Huhu

Memula aku datang sepital ni aku rasa mcm oke2 je.. Tapi makin hari rasa mcm makin sukar nak adapt dgn persekitaran sini, org2 kat sini.. Sekarang dah nak masuk minggu keempat pun, tapi still belum 'in' sangat kat sini. Perjalanan seploh minggu dah nak half way dah tapi camtulah..

Cabaran koas la katakan.. Hihi


Aku la paling selebet sekali, kan? Tu cara-cara dah lama x dpt kuar mcm ni, tudung senget-benget pon tetap yakin diri. Gelembung-gelembung sket ape ade hal? Har har har


Ouh sungguh sayang sebabnya ada sorang rumet yg oncall mlm ni. Tak dapat die kuar skali ramai2 tadi.. Demi tugas di emergency room~

Koas bedah dah nak habis dah posting kat bandung ni. Kira farewell meeting lah konon. Pasni diorang nak koas kat mana la pulak agaknya.. Tinggallah kitorang 4 orang koas msia kat sini sementara nak tunggu koas baru masuk.



Qua Li nama kedai kitorang pergi tadi. Makanan die so so je, takde lah sedap sangat pon. Dah kenyang kira orait lah tu.. :)


Ce baca nama coklat2 tu. Epic gila description sume coklat tu yg kat dlm kotak kecik bagian bawah tu kalau boleh korang zoom la. Haha Aku beli yang rasa sayang tu. Bukan sebab description die tapi sebab die rasa mix chocolate. Dia ada macam2 rasa jugak..ada yg ada cookies, white chocolate, dark chocolate, milk chocolate.. Aku sbnanye suka dark chocolate tapi nak try yg mix plak. Kalau korang datang jalan2 ke bandung, pergi la kat Paris Pan Java, pastu singgah kat booth nama Chocodot. Die booth kecik je tengah2 jalan dalam mall tu, nanti ada la coklat2 ni.. Kawan aku kata coklat ni sedap. Aku blom makan lagi coklat aku. Heh2


Dan kegembiraan aku malam ni ialah perfume baru yeaaayyyyy!!!! :D
Wangi perfume ni siryes! Aku dah survey kat kengkawan aku tadi, sume kata wangi. Perfume aku dah tinggal sket, memang mengundang rasa nak beli perfume baru la kan. Tu pon berbulan-bulan pakai perfume yg sama baru la nampak bergerak isi perfume tu. Aku bukannya nak sembur sangat pon. Buat syarat je.. Haha

Hurmm.. Sbnanye kan, esaimen aku bertumpuk kot. Tapi aku punya vitamin M punyalah tinggi, ditambah dengan kurang semangat nak setelkan esaimen. Maka memang buffering je lah status esaimen aku. Kah3

Macam tak caya je dah final year. Kakak senior batch 2007 dah officially habis praktikal, tinggal tunggu grad je.. Huhu 

Kawan2, doakan kitorang sume kat sini ye.. Thank u very much. =)

Wednesday, September 5, 2012

Sayonara Obgyn Koja

Salam..

First of all, hi korangggg!!! Hihi Punya susah aku nak dpt kerajinan utk update blog ni. Nak update psl dah habis stase Obgyn tp skang ni dah first week kat stase Paed baru nak bukak cite. Tapi kira belum basi lah sbb memori Obgyn masih segar-bugar di ingatan kitorang. Tak aci ek kira camtu? 

Elhamdulillah.. Akhirnya kitorang dah sodaqallahula'zim stase Obgyn. Setelah seploh minggu susah senang bersama, ketawa bareng menangis bareng gitu..las las dapat juga kitorang selesaikan stase yg berliku-liku tu. Berliku kahh??

Berliku lah juga sket-sket.. Stase major mana lah yg tak berliku..

Dengan itu aku sajikan beberapa ketul gambar (aku mmg ada mslh dgn penjodoh bilangan ye) utk tatapan mata2 yg menyinggah blog ni walaupun berapa kerat sgt je yg nak hadap blog sememeh ni..


Aku kena denda taw dgn konsulen sbb aku x present case. Lagu Kau Mawarku jgn memain.. Punyala vibrate satu badan neves mcm nk perform kat stadium bukit Jalil gitu.. Royal Albert Hall mcm melampau pulak perumpamaannya.


Atas ni adalah konsulen yg very the legend I tell you. Apa yg die ajar tu betul2 sebijik-sejibak drpd dlm buku. Tip top markotop kaw! Beliau mmg old school sket, tapi bes sgt die ngajar. Tak tau aa nak ucap trime kasih cane kat doctor ni. Trime kasih sesangatttt


Muka ceria kami dlm gamba sbnanye disertai dgn perasaan yg bercampur-baur. Ada rasa gembira, seronok, rasa lega, rasa sedih sob sob, rasa terharu, rasa tacing, rasa tak sabar nak joli sbb dah habis Obgyn, dan mcm-mcm perasaan lagi. Wahahah


Mentang2 baru habis, dah berani beraksi belakang doctor ye.. Hihi Tu lg sorang specialist Obgyn kitorang. Pon terbaikk jugak. Tip top markotop jugak. Tu file biru die pegang tu file xm dak2 yg xm dgn die la.. Ngeee


Jeng jeng jenggggg... Balas dendam ke apa ke motif gamba ni aku pon x reti nk komen. Heh :P


Sayonara sume.. Jumpa lagi kat perlantikan dokter ya! Kalau de jodoh, jumpa lagi kat mn2 stase berikutnya.  Huhui

Sweet memories sbnanye kat department Obgyn Koja, walaupun berliku-liku. Ecewah.

Skang ni aku dpt kat Bandung plak. Stase Paediatrics.. Aku skang dgn 4 kwn yg mmg sama stase sejak dr Cibubur lagi. Alhamdulillah ada kwn yg mmg dah byk kali sama stase. Camne kat sini tu lain kali lak aku bukak cite. Yep yep yep

Terima kasih kerana membaca dan have a nice day uolz!
^^

Friday, August 17, 2012

8th week

Pejam celik, pejam celik tetibe dah nak masuk minggu kelapan dah kat sini. Bulan Ramadhan pon dah nak melabuhkan tirai dah.. :(

Kalau ikutkan banyak sangat sbnanye benda yg dah terskip n x sempat nak taip dlm blog ni. Dah nak sebulan jugak tak hupdate. Bila klik new post, jadi x reti plak nak stat cane. Heh~

Bila sampai minggu kelapan ni, da mula fikir x sabar nak habis obgyn je.. Tapi bila fikir nak hadap xm, tersedut balik rasa x sabar tu. Haha

Banyak yg dikorbankan bila kita terjun dlm bidang perubatan ni. Korbankan waktu dengan kelurarga, korbankan waktu dgn orang2 yg dekat dgn kita, korbankan benda2 yg kita suka buat...yg kalau dulu kita banyak masa kita bole buat n enjoy dgn apa yg kita buat, tp skarang x bole lagi cam dulu.. Cuti pon susah nak dapat.

E eh. Bunyi-bunyi curhat (aka curah hati/perasaan) di situ.

Hari tu time tgh buat apa ntah kat sepital tetibe terbaca tweet Taylor Swift ada lagu baru die baru release. Apalagas, balik bilik je terus search laju-laju. Sempat aje baca tweet retis kan? Kah2


Weee eeee!! *mcm dalam lagu*

K bai thanks

Tuesday, July 17, 2012

Dalam pada stress-stress ni..

Salam..

Hi! Aku dah masuk minggu keempat kat department Obgyn. Setiap minggu aku akan kerja kat tempat yg berbeza. Kat sini kitorang kena kerja kat poliklinik, ruang bersalin, ruang operasi, dan dekat ward. Ward tu kata nama lain die dalam Bahasa Indonesia ialah "bangsal". Kalau tukar jadi BM, macam....."eh ko jaga katne ah minggu depan? Aku jaga kat bangsal". Agak kurang cool kat situ tapi memang tu lah perkataannya.

So minggu ni aku jaga kat poli sbnanye tapi disebabkan partner aku ada 2 orang, kitorang tak jaga poli setiap hari dalam minggu ni. Sorang jaga poli 4 hari je drpd 6 hari dlm seminggu. Isnin dgn selasa ni aku dah jaga kat ward. Sisa lg 4 hari aku kena jaga poli..

Haha Macam tak bererti sgt je aku cite sume ni kat sini. Yg sebenarnya rasa kekok nak menaip kat blog sendiri sbb skarang mcm dah jarang2 update blog. :P

Siryes bila dah klinikal ni, aku rasa rindu kat zaman teori dulu. Sebab zaman teori dulu kadar stress die sangat rendah kalau nak compare dgn skarang ni. Hari-hari pergi kuliah lepas tu balik rumah bole buat apa yg aku suka. Asal boring karang, panjang je langkah aku..hehe

Tapi skarang ni....tak dapek dah nak mcm dulu lagi. Setiap hari fikir nak follow up patients, fikir nak review patients, fikir nanti doctor nak visit nak kena ready ikut cara masing-masing doctor, fikir nak jaga malam lagi, fikir pasal beberapa hal remeh lain yg sbnanye bole efek emosi aku.. Contohnya manusia yg bias... *teeeetttttttttttttttttttttttttttt

Stress mmg stress.. Badan pon letih.. Tapi aku tetap sempat habiskan TVD 3rd season hari ni. Muahahaha


Kaaannnn???? Aku mmg pandai bab2 mencuri waktu utk aktiviti2 lagha ni.. Kah3. Tapi pape pon, majulah TVD utk pencinta dunia fantasi mcm aku ni. Ending season 3 memang superb ah! Walaupun kelihatan mirip dgn ending breaking dawn hari tu tapi plot dan dinamik cerita ni lebih bervariasi aku rasa. Sejak bila pulak ada dinamik2 ni aku pon x tau, suka hati aku je..haha

Bijaksana betul writers TVD ni buat jalan cerita smpi aku betul2 ingat si Elena nak mati dah dlm episod final tu. Cis. Akhirnya nak jadi vampire jugak rupanya. Tak terfikir langsung si doktor tu nak suntik vampire's blood dlm badan Elena. Lepas tu, aku yg urut dada sbb Elena tak mati lagi. Ha3

Entah mcm mana la sambungan season 4 besok.. Mesti masyuk kan.

Entri pesen bercampur-baur mmg mcm ni lah gayanya.. Haih~

Thursday, June 28, 2012

Stase baru

Salam aleik...

Hai korangggg!!! Walaupun aku xtahu entah sape2 yg aku hai2 ni tapi terima kasih sbb rajin jenguk blog busuk ni. Korang yg rajin, aku yg malas. Malas nak hupdate. Hahaha Bukan nak perasan2 syok sendiri ramai viewer tapi aku tengok hari2 mesti ada sejumlah clicks yg cukup mendatangkan kemusykilan dan tanda tanya dlm diri aku. Dari manakah datangnya viewers tersebut dan kenapakah mereka view blog busuk ni walaupun takde update sejak berkurun lamanya? Whyy oh whyy?????

Apa2 pon, alhamdulillah... Stase neuro di Lampung sudahpon berakhir hari Khamis minggu lepas lagi. Aku je yg tak hupdate. Hari ni dah hari keempat di Rumah Sakit Umum Koja sebagai co-ass obgyn. Semoga semuanya lancar sampai selesai co-ass, bukan kat sini je tapi sampai lulus nanti, aminn... ^^

Ada satu benda yg aku nak taip tapi mungkin tak membawa kepentingan kat dlm entri ni, yaitu ada banyak semut suka sangat main2 kat keyboard laptop aku ni. Apa seronok sgt ke main2 kat keyboard ni? Mcm maize agaknya.. Urghhh

Masuk balik kepada isi penting entri ni, co-ass kat sini setakat minggu pertama ni aku stress la jugak. Kawan2 yg co-ass kat sini sebelum kitorang masuk sini cakap bes obgyn kat sini tapi utk first week ni aku belum jumpa lagi apa yg bes. Sebab aku kan baru minggu pertama, kira mcm tengah orientation week lagi.. Masih cuba beradaptasi dgn tempat dan suasan baru. Nak tak nak, telan gulp gulp je la sume.

Utk obgyn ni, kitorang kena duduk 10 minggu kat sini sebab stase major. Kalau mcm neuro hari tu stase minor, kena 5 minggu je. Bilik sewa kat Koja ni alhamdulillah memang selesa, cowok pon satu je dan jarang2 je pon berlegar-legar kat luar2 bilik ni. Memang oke lah sume dari segi tempat tinggal kat sini.

Cuma cuma cumaaaa... Kitorang keja setiap hari, Ahad pon takde off. Ini bermakna, raya sok memang takde can la nak balik Msia. Beraya sambut org beranak je la kat sepital..sob sob sob

Bonda tercinta dah brape kali dah tanya raya balik tak, raya balik tak.. Nampaknya jawapan bertanda negatif. Uhuhu 

Alaaaa boring betul lah entri tak happy ending ni. Kecewa dgn diri sendiri.

Udah la dulu. Next time pulak aku menconteng-conteng kat sini. Bubye bubye!!! :)

Saturday, June 16, 2012

Knape bila kita tahu esok takyah bgn awl je mesti kte bley tdo lambat mlm ni?

Esok konsulen kitorang nak visit awal pagi, pastu dia kata kitorang dtg je mcm biasa, takyah awal2 sgt pon takpe. Kalau doc dah visit, takyah follow up, kalau belum, follow up je la.. Berita gembira, bukan?

Mcm mana respon diri aku terhadap situasi mcm ni boleh tak serasi ye? Patutnya aku berjaga selak2 buku, aku pg tdo mcm kan dah 2 hari tak tdo. Patutnya aku qada segala tdo, bukan main elok bijik mata aku membuntang. Heishhh

Next week adalah minggu terakhir duk kat sini. Dah stat serabut fikir lepas ni kena hantar kat mana plak. Adeyhhh... 

Lepas ni bebudak U aku bergerombol dtg Lampung. Mostly stase major. Untunglaaaa puasa kat sini. Nanti cuti raya seminggu bley balik Msia. Ni rasa nak nyanyi lagu Air Mata Syawal sambil guling2 peluk bantal ni.

Hmmmm... Apa lagi aku mencece ye?

*krik krik krik






























Dah la tu.


Sunday, June 10, 2012

Baru permulaan sebenarnya

Salam

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik, minggu ketiga pon dah nak tamat kat Lampung ni. Betul la akak2 senior cakap, koas ni tak terasa pon kadang2.. Tiba2 je dah nak habis.. Huhu

Neuro kat sini oke jugak. Specialist die baik n rajin share ilmu.. Cases nak buat blaja pon banyak.. Nak dgn x nak je. Kalau banyak cases tp x nak blaja pon x jadi jugak. Cakap kat diri sendiri sbnanye.

Lepas ni x tahu la dapat katne plak.

Bila dah terjebak dlm bidang med ni, aku rasa takkan pernah ada ending die melainkan dah smpi tahap PhD atau dah dapat title specialist. Bila aku fikir2, waktu teori dulu rasa mcm sama je dgn org lain yg amik kos lain. Pergi kuliah, dengar kuliah...joli2 dgn membe..bila ada xm, baca buku, pastu jawab xm. Bila dah co-ass ni, orang lain tu semua rata-rata dah nak stat keja dah.. Now ni ada yg dah ada kereta sendiri dah pon. Aku dok ke hulu ke hilir ikut konsulen. Nanti 2 tahun lagi pon lebih kurang sama je mcm ni jugak. Maksudnya bidang med ni akan amik banyak masa hidup orang, especially masa muda. Siapa yg x nak admit tu mungkin pendapat die x sama ngn aku, its okay. 

Life aku mungkin tak semenarik org lain.. Aku rasa lah. Sebabnya aku masuk asrama sejak form 1. Sejak tu sampai lah skarang, hidup aku selalu dlm komuniti yg serius. Time sekolah dulu tak terfikir sgt semua ni, tapi bila dah sampai tahap ni baru terasa. Mula lah aku berangan2 mat jenin nak escape pg jauh2 la apa sume.. Hahaha

Asal mcm ada bunyi2 curhat je kat sini? 
*read: curhat = curah hati = luahkan perasaan dlm BM


Bawah tu sebelah kanan adalah ruang emergency. Kat sini panggil Instalasi Gawat Darurat (IGD). Kat IGD ni lah kitorang kena jaga tetiap pagi kecuali Ahad. Siapa jaga sore, kena masuk pkol 4 ptg sampai 9 malam.


Follow up jgn tak follow up woooiiii. Tetiap pagi kena pg follow up patients dulu..~


Ada co-ass lain cakap, ada doctor tak suka co-ass main2 henfon. Berani tak aku main snap2 gamba narsis ngn kengkawan? Cuak jugak kalau ada doctor tu, lepas tu laju2 masukkan phone dlm poket. :P


Yg tgh tu tak boleh nak buat lagi mengada ke? Kah kah kah


Hari tu aku bgtahu transport kat cni naik beca kan? Mcm atas ni lah rupa beca kat Lampung. Kecik sket drpd beca kat Melaka. Aku tak pnah naik beca kat Melaka walaupun aku org Melaka. Tapi aku tahu beca Lampung ni kecik sket. Ke sebab aku yg besar ek? Dayuuummmmm!!

Hari tu kitorang naik bertiga jgn tak tahu. Sanggup bertimpa-timpa kat dlm beca tu tak nak naik baca lain2 punya pasal. Biasa lah jakun..

Hari ni pon nak kua jugak kejap, nak pg salon. Tak tahu la jap lagi bersesak satu beca ke tak. Kalau berempat, naik dua beca je lah. Sesak-sesak kalau tak bergerak karang pon satu hal. Ada yg tak sampai salon kang.. Haha

Ok bai!