Showing posts with label Spa. Show all posts
Showing posts with label Spa. Show all posts

Monday, August 1, 2016

Tried and Tested #2

5 in 1 Beauty Care Massager (made in China)

Kali ni aku nak review beauty tools yg tak lama sebelum ni pernah hot kat market. Boleh nampak macam2 brand pon keluarkan tools yg mcm ni. Dari yg murah sampai la yg beratus-ratus, yg satu set nak dekat seribu pon ada.

Yaitu benda alah ni


Disebabkan aku penasaran sgt nak tahu camne rasanya guna cleanser tools ni, mula lah aku menggodek Lazada.. Sekali jumpa lah yg niha which takde brand specific dan buatan dari China, siap ada tulis "as seen on TV" lagi kat kotak die. Haha

Murah je. 

Price: RM 16.20

Dapat la satu kotak camni ha


Benda ni guna bateri AA. Dua bijik.

Tak dapat bateri percuma ya. Kena beli sndiri. Nasib baik aku beli AA. Terlupa nak tengok bateri pesen apa die pakai. Sampai kedai tercengang kejap. Baru betul.

Dia ada 5 kepala:

- Crude polish accesory to rip the tough skin and cutin off.
- Latex soft sponge for eye, cheek massaging.
- Make up sponge.
- Rolling massager (which sbnanye bagus jugak kalau rajin buat tapi yg ni kepala die x compatible dgn tools ni, so bad)
- Soft brush (cleansing brush).

So basically kita boleh tukar2 kepala tools ni utk buang kulit mati kat bahagian kulit yg keras mcm tumit ke.. (guna yg mcm batu tu), boleh guna as beauty blender (aku blom try), boleh guna utk facial massage (guna roller yg tak compatible ngn tools yg aku dpt ni hahaha). Maknanya benda ni kira multi-purpose lah . Tapi mungkin sbb aku beli yg cikai je, maka hasil die pon tak begitu WOW.

Yg latex sponge tu aku taktau la sbnanye die utk apa haha. Sbb bila aku pgg texture die mcm tak sesuai je utk massage. Aku rs mcm instead of massaging, die akan absorb too much product (tak kisah la ko pakai serum ke, emulsion ke, essence ke or apa2 treatment product lah).

Yg ala2 pumice stone utk kikis kulit mati tu pon mcm aku ragu-ragu je ke-efektifan die. Ada la aku acah-acah buat kat tumit, tapi.....naahh. Better beli pumice stone sebenar atau pun other tools yg mmg utk kikis kulit mati.

Make-up sponge tu pulak.... Hurmmm Pendek cite, beauty blender is waaaaaaay better, I would say.

Main intention aku sbnanye mmg nak try cleansing tools je tapi beli ni dapat plak 4 kepala ekstra. Layan laa...


Die ada button off, low and high. Gerakan die secara berputar. Utk guna kat muka, mmg aku rs guna yg low la sesuai. Yg low pon personally aku rs agak intense jugak. Mungkin diorg patut low kan lagi sket lepas ni. Haha

Berus utk cleansing die rupa macam ni

Close- up.

Honestly, aku rasa texture brush die macam.....berus gigi. Aku rs korang pon boleh nampak kot. Kan?

Tapi nak expect cmne lagi kan? Namblas hengget je u.. Layak yg camni lah ha. Kalo byk duit bole la try yg beratus tengok perbezaan brush die, sure jauh beza quality dgn yg ni.

Tapiiii... Sebenarnya aku impressed jugak lah sket dgn bnda alah ni.

First time aku guna, siang tu aku mekap. And aku remove mekap mcm biasa, dan sebelum aku guna benda ni aku dah cuci muka sekali dgn gel cleanser. Sekali bila aku guna brush ni... Omg!! Dekat brush tu still ada foundation like WHAAATT?? Seriously masih ada product yg tinggal kat kulit ke walaupun dah remove ngan make-up remover, dah cleanse bagai.. Oh noooo aku tak bole brain mcm mana ianya berlaku.. Sobs. Rupanya selama ini walaupun dah remove make-up, masih ada product yg tertinggal atas muka. Dan lepas tu aku tidur. Hah elok lah tu. Hmmmphh

Mekap yg tertinggal, atau apa2 lah dirt yg tertinggal atas muka kita tu lah yg menjadi faktor kpd acne, blackheads/whiteheads, premature wrinkles, dull skin, dan segala masalah kulit lain. Mana tak nya, pakai la skin care banyak2 pon, mcm mana kulit kita nak btol2 absorb the goodness from the products kalau ada "halangan" atas kulit kita tu uols. Hal ini tak patut dibiarkan berlaku.

Jadi, review aku mengenai cleanser tool ni; die sangat membantu kita mencuci dan menghilangkan kotoran/make-up atas muka, cuma I wish it has better, softer, and smoother brush which aku rasa aku kena invest more money to get a really good cleanser tool (kalau aku nak la). Lagi satu, if only it has better brush it probably won't cause any irritation to sensitive skin like mine. Disebabkan kulit aku sensitif, my skin mcm merah2 lepas guna ni pastu rs sting sket. Setiap kali aku guna ni, aku mesti kena sapu aloe gel utk soothing kan die. The next morning, redness tu reda. Tu je lah. 

My advice is, if you really wanna cleanse your skin well and massage your face while doing mini facial at home, you should consider getting beauty care tools like this, BUT, not the cheap ones like the one I bought. Beli yg brand bagus2 terus. I'm sure you won't regret it.  I've seen reviews by those who'd been practising facial massage and it helped to lift and firm their skin into a nicer facial feature (V-shape). Jadi, kesimpulannya benda ni ada bagus die jugak sbnanye. Antara rajin atau tak je. Haha

Aite. Till next entry. 

Thanks for reading.

Anyeong..

Thursday, October 29, 2015

Kempen Kesedaran Mykad

Assalamualaikum..

Dan hai semua. Minggu depan kira dah 2 bulan la aku berkecimpung dalam bidang health and wellness ni sebagai trainee. So far, aku dah start doing body and water treatments kat customers. Still need more experience to develop my "signature touch". Senior therapists kat tempat aku training punya experiences dah bertahun. Hmmm obviously tak bole compare la. Mihmihmih

Aku dah mula susun impian masa depan balik mcm dulu-dulu. Last 2 or maybe 3 years I was actually not really sure about what I want. Lepas tu things happened bla bla blaaa and here I am now, doing okay so far alhamdulillah.. And I think this is a really good thing you know, to start dreaming about my future plans again. Aku tak tau la org lain. Tapi it happened quite a lot to me, macam bila aku fikir2 balik.. Apa yg aku lalui sebenarnya adalah apa yg aku pernah bisik dalam hati sendiri.

Betul lah tu. Betul lah tuhan tu Maha Tahu apa yg tersembunyi dalam dada dan hati manusia kan?

Sekarang, aku harap bisikan2 kecik dlm hati aku jadi kenyataan lah satu hari nanti. Amiinnn..

Lagipun, bak kata ada quote tu, "everything starts with a dream".

So, tak salah lah nak berangan kan. Kalau berangan benda yg baik2 utk masa depan tu sebenarnya takde masalah. :)

Oke, tutup muqadimah cerita perkembangan aku (mmg kembang, hari2 makan nasi taw), kita beralih kepada kempen kesedaran Mykad.

Ada apa dengan Mykad?

Aku pernah up entri pasal MSSP sebelum ni. Boleh usha kat previous post. 

Oke, this program is seriously not a scam, and it's getting bigger, and I am so so soooo excited to be one of the licensed dealers/agents/affiliates under this super awesome program!

MSSP ni menyediakan satu platform utk rakyat Malaysia berbelanja sambil menikmati pelbagai keistimewaan dengan hanya menggunakan IC atau Mykad kita! Ya, IC biru kita yg kita duk simpan kemas2 dlm purse tu..

Boleh dpt discount, bole dapat points, points dalam bentuk RM. Dalam erti kata lain, awak bole kumpul duit dalam IC awak. Best kan?

Uish. Gila ke tak best?

Memula, aku tunjuk dulu pebenda ada kat website die ya. Bior teghangggg gituu

(tekan perkataan atas ni untuk direct ke website)

Bila korang dah buka website tu akan jumpa mcm ni oke.



Korang boleh la baca2 point2 penting pengenalan program ni kat main page die tu. Then, klik kat "PARTICIPATING MERCHANTS" kat options atas sekali tu.

Pastu die akan keluar semua senarai kedai2 berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Semua rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai ganjaran hebat kalau berbelanja di kedai2 berdaftar ni dengan menunjukkan IC sewaktu membuat pembayaran.

Yg takde Mykad, tak dapek den nak nolong ea..


See? Baru kejap tadi aku godek website ada 37 pages utk participating merchants ni, and the number will keep growing. Akan makin banyak pilihan kedai untuk rakyat Malaysia, dan ganjaran yg boleh dinikmati pon akan makin bertambah!

Ni contoh la kan, aku klik kat Port Dickson Water Park.


Dia akan keluar gambar2 tempat tu... Dan bawah sekali ada alamat, siap nombo telefon, berapa die offer cash point rebate, reward point die bagi berapa every Ringgit we spend, dan jugak category by location and business kedai tu.

Ni baru satu tempat aku tunjuk ni. Best kan? Bole gi klik website for more merchants details.


Zaman sekarang ni, handphone dah mcm laptop dah kan? Boleh guna utk macam2. Haa tengok atas ni, korang boleh download application MykadSmartShopper (MSS) kat app store dan Google Play. Sambil travel, boleh cari kedai berdaftar on the go je guna smartphone. Kan senang tu.. :)

Tapi, untuk menikmati ganjaran2 hebat tersebut, dan untuk memanfaatkan fungsi Mykad kita yg ke-50 ni, kita kena lah daftar dulu IC kita tu..

Ya robbi... Daftar pon FREE OF CHARGE sahaja, sekali seumur hidup tak payah renew2 bagai.. Best gilerrrr bak hang

Untuk mendaftar Mykad anda sebagai pengguna pintar,

Klik link aku bagi atas tu, pastu isi la details memasing taw. Klik submit, dan die akan bagi notis action successful. Lepas tu, bole cek email memasing. Then korang boleh la log in sebagai member kat http://mssp-sys.aj.my untuk tengok berapa points dan duit korang yg terkumpul dalam IC hasil berbelanja tu.

Jom jadi pengguna pintar!

If korang nak share this post to your family and friends, share je okay. Spread the love :)

Toodles!

Thursday, October 15, 2015

Cerita Semalam

Salam.. hai all

Semalam kat spa, ada la manager drpd branch kat KL ke Selangor tu die bgtau ada VIP guest nak buat treatment voucher. Beriya staf tunggu kan.. Tak lama tu manager tu call lagi bagitau guest tu lambat another half an hour. Okay.. kitorang tunggu lagi, siap minum milo la makan maggi la takut lapar time buat treatment. Luls

Sekali manager tu call lagi cakap rupanya guest tu nak pg branch yg dekat KL. Ceytt.. Colleague aku dah siap panaskan herbal ball dah. Prepare kot guest tu pilih nak buat herbal ball ngan balinese/therapeutic kan.

Tapi ada hikmahnya... Yaitu, aku dapat belajar ear candle semalam! Yeayyy

Ooopss terseksi pulak gamba model ni.

Macam ni lah rawatan ear candle. Tapi lilin aku guna kat spa kaler hijau.

Ear candle ni rawatan alternatif utk improve general health, terutamanya to improve airstream balance dalam kepala kita, bagus untuk orang2 yang ada migrain, ada masalah susah tidur.. Pastu kan, ada org kan ada masalah taik telinga keras susah keluar, ada yg sampai memerlukan bantuan medik utk kasi keluar taik telinga tu. If ada peluang, boleh try ear candle ni sbb die bantu sedut kotoran2 dlm liang telinga kita.

Macam best kan?

Bila training kat spa ni, aku teringin nak explore spa2 lain . Dah pasang niat dah one day nak try treatment kat mana2.. Huhu

Wah entri ilmiah hari ni!
Carandaaaa!