Showing posts with label Skincare. Show all posts
Showing posts with label Skincare. Show all posts

Monday, January 9, 2017

My Kind of Me-Time

Hai and assalamualaikum..

I realized that everything needs efforts so I decided to work on this entry. Probably because suddenly the memory of the beginning of this blog appeared on my mind today. Biasalah bila umur dah bertambah ni, hari2 nak ada flashback masa-masa lalu. Eh, taakk hari ni bukan besday iols. Tapi kot ada nak send gift kita bole pm address. Kah kah kah *ingat lawak ke puiii*

Me-time for me means a productive day, a day when I could entertain my interest and chill out. Oke la kadang2 tak productive sangat pon tapi still me-time la bagi aku. Contohnya hari2 aku cuti yg dipenuhi dgn maraton variety shows dan dengar muzik. Oh itu sungguh la me-time bagi aku especially kalo minggu-minggu bz banyak appointment kat tempat keja. Rasa macam dapat terlentang dengar muzik kuat-kuat pakai earphones tu habis syok dah weh.

Macam today, aku hang out ngan colleagues kat tempat keja. Movie time!!! Last tengok movie dengan girlfriends tahun lepas. Tapi tadi kitorang tengok cerita yang tak berapa hit, tajuk dia Icebreaker. Bole lah kalau jenis mudah terhibur macam aku. Layan jugak la suspen2 pasal iceberg dia real gilaa. Bikin berdebau la juga sikit-sikit.

Sempat sambar dua helai baju tengah sale pre-CNY dekat Brand Outlet. Suka hati je pre-CNY. Hehe Btw aku suka style baju-baju dekat BO. Rasanya lately mmg byk baju-baju aku beli kat situ je. And semua time ada SALE! Itu yang penting.

Oh. Tadi aku try sushi kecik2 yg jual kat food court AEON tu. Seketul RM 1.50. Aku amek perisa timun ngan salmon amenda ntah. Dah jatuh centa pulak dgn benda alah tu. Macam terasa pulak lagi kat anak tekak ni sushi tu. Dia macam kimbap kan? 

Balik umah haruslah seround nasi my mother masak. Feveret forever and ever tuh.

Aku sbnanye ingat nak cari contour atau shading pallet. Korang mesti tau kan Maybelline punya contour duo stick tu? Ha aku dah beli yg tu. Tapi aku nak cari yg powder form sebab... Emm sebab tengok cam best je beauty youtuber guna bronzer/contour yg powder. Haha Senang betul terpengaruh.

Anyway, I ended up buying this concealer stick by Essence. Oke jugak not bad. The texture is smooth senang nak blend despite that it's a cream stick. Macam Maybelline duo stick tu honestly dia agak dry in terms of texture, jadi for me who's dealing with dry skin ni agak mencabar la nak blend the product without making it looks cakey.

Lepas tu, concealer stick tu RM 10.90 je uols. It's quite good for the price. Sorry la aku mmg cheapskate sebenarnya. Nak beli Tarte punya concealer tu memang takde la. Mahal. Dapatnya cenonet je brape gram. Tapi aku tau memang bagus la Tarte tu. Heh. Sape byk duit terlebih bole la pergi cari kat Sephora. Lagipun, Melaka mana ada Sephora. Sobs~

Last few months aku ada cerita kat sini aku beli Rice Water Bright Cleansing Water ni kan? Aku punya dah nak habis. May be sisa tu cukup utk padam lipstick je kot.

I've been loving this cleansing water since the first time I used it! Senang je nak remove make up guna ni, memang bersih la semua foundation tu. I loike! Lepas tu, bila muka dah kering and kulit dah absorb the product kan, nampak macam glowy and moist je muka. Hihi Tapi aku cleanse lagi sekali dgn cleansing foam la. Double cleansing uols~ Cumanya cleansing water ni tak sesuai guna utk remove eye make up guys. It stings! 

So, utk eye make up, aku guna Body Shop niha.

Dia memang gentle taw sebenarnya. Rasa sejuk je mata ni and bersih la semua eyeshadow even waterproof mascara. But lately aku rasa pedih-pedih sikit guna remover ni. Heran jugak. Mata aku semakin sensitif ke apa ni?

Rupa-rupanyaaaaaaaaa

Dah expired!!!

Beli masa aku dok Indonesia dulu. Punya lah lama aku guna remover ni. Pasal dia memang best and soothing. Sekali dah expired since last year. LULS Sekarang ada jual lagi ke tak remover ni. 

Lepas remove make up and cleansing, sapu toner sket lepas tuuu.... It's masker time!!!

Patut ke aku buat haul post next time? Mana la tau kot lepas-lepas ni aku ada terborong lagi dekat Face Shop or Etude House.

Masker BIO-CELL yg atas ni promoter Face Shop yg recommend. Dia kata sekeping sheet mask ni sama dengan 3 keping regular sheet mask. Price belas-belas ringgit la sekeping lupa pulak. Aku pon beli lah 2 keping that day, saja nak try. Mana tau best.

Miss promoter tu bagitau ada sejenis bunga dalam ingredients mask tu yg nama madecassoside tu die mmg khusus utk soothing, especially masalah kulit sensitif macam aku yg ada mild eczema at certain area on my face. Jadi, aku dah cuba lah mask ni. And memang bole rasa beza dia. 

Satu, the mask itself feels different. Dia very thin and gel-like texture. So bila tepek atas muka memang fefeeling "mask mahal" tu ada lah. 

Kedua, part eczema dekat atas mulut aku rasa soothing and tak pedih. Yg ni aku mmg happy sangat sebab sebelum ni biasanya aku kena potong mask kat bahagian atas mulut tu sebab pedih kalau terkena mask. You did a great job with this mask, Face Shop *clap hands*

Ketiga, muka rasa well hydrated, moist, and nampak plump and glowing sikit-sikit gituuu... Best! Cubalah! Aku rasa berbaloi BIO-CELL mask ni. Walaupun quite pricey for a piece of face mask, but I believe the ingredients worth it. Kak Nora bagi 9 bintang. Lagi 1 bintang tu kurang sebab lupa nak letak mask dalam fridge sebelum pakai. Kalau tak, mesti laaaagi soothing.

Terlalu semangat mencuci beauty blender sampai terkoyak. Tsk tsk Baru perasan tadi. 

Aku lately suka apply foundation guna beauty blender yg dah dibasahkan dengan air. Macam lagi senang nak blend, lepas tu less cakey. Itu may be kulit aku la kot. Sebelum ni aku guna beauty blender gitu je, so sekali try guna cara lembapkan beauty blender terus syok dengan hasil dia.

Yg aku pakai ni Cathy Doll punya. Aku memang recommend lembapkan dulu baru apply foundation sebab kalau kering die keras sket. Ada jual dekat Guardian kot, harga rasanya RM 16 kalau tak silap la.

Selang-seli menaip dengan dengar muzik, last-last siap pon karangan. 

Nampak tak BTS telah men-conquer playlist aku?

Oke dah tak de benda nak cerita.

Nunyte!

Thursday, September 22, 2016

Make up Tips for Dry Skin

Assalamualaikum readers...

And good evening sebab sekarang tgh evening.. hehe Sejak kebelakangan ni kulit aku dlm keadaan yg tidak memberansangkan dan sensitif. Kering, eczema, gatal, flaky at certain area, ada masa timbul cik pimple. Naissss sangat. Tu antara salah satu sbb tak bernafsu utk update entri kat blog. Huh. Tak berdedikasi nya.

Okay, jadi aku dah search dan menjalankan usaha menggali tips-tips penggunaan make up utk kulit jenis kering. Bak kata make up guru kat utube (kudos to Make up Geek), make up proffesionals pon sometimes akan mengalami bad make up day jugak, tak semestinya everything on fleek every day. Kadang-kadang kita akan mengalami masalah cake face, make up bercapuk, tak stay in place, lps tu tak tahan lama. After few hours, bole nampak make up product tu mcm 'terapung' je atas kulit like patchy as h*ll and you start wondering why life is doing this to you. Sedih. Uhuk uhuk.

Lepas aku mencuba itu ini, akhirnya aku jumpa cara yg berkesan bagi kes kulit aku ni.

Ni pun gabungan dari pelbagai tips yg aku dapat kat internet lah dari make up pros seantero dunia. Gitu. Boleh cuba, boleh cuba (kalau ada masalah kulit kering la).

1. Use a hydrating sheet mask at night.
Pakai la ape2 mask yg focus utk mosturizing waktu malam especially kalau esok mmg ada niat nak full make up. Lagi rajin pakai mask, lagi elok la utk kulit. Setakat ni, mask yg aku personally prefer utk lembapkan kulit adalah mask hyaluronic acid, aloe vera, bird nest, honey and royal jelly, ngan bamboo essence. Any brand will do. Choose your own favourite masks. :)

2. Always use a good toner for your skin and mosturiser/serum/essence before make up.
Sebelum ni aku ada pengalaman rasa frust sbb make up selalu bercapuk kalau pakai skincare sebelum make up. Tapi I learnt that we should not wear make up with nothing on our face sebab kelembapan kulit tu nombor satu utk mendapatkan hasil make up yg flawless. Nak tak nak, harus guna skincare mcm biasa. Tapi persoalannya, mcm mana nak buat supaya foundation tak capuk kalau pakai skincare, kan?

Jawapannya, guna yg gel type atau water based skincare. Ini hasil ekperimen aku sendiri lah sbb mmg try and error utk cari skincare yg sesuai pakai under make up. Jadi, aku personally guna serum face shop yg aku guna sebelum ni. Yg niha

Kadang2 kalo aku terlupa psl serum ni, aku pakai aloe gel je guys. Haha

3. Apply primer with a beauty blender with dab motion.
Seriously, mmg better guna beauty blender berbanding pakai tangan.

4. Apply foundation only with the right amount with a beauty blender, and focus more at the outer side of your face (areas which normally has less wrinkle).
Jangan overdo your foundation sampai berlapis-lapis, mmg akan cakey punya. Pakai secukupnya, ikut jenis foundation yg kita pakai. Kalau lightweight, bole up to 2 or 3 layers, tapi kalau korang pakai yg full coverage, rasanya selapis setengah pon dah memadai. Pandai2 la kira selapis setengah byk mana hahaha.

Satu lagi aku belajar, foundation tu kita should blend dari tepi ke tengah, sbb area pipi dalam (sebelah hidung, bawah mata) tu adalah area yg selalu kita ada open pores, large pores jadi biar secukupnya sahaja lapis foundation kat situ. Makin tebal, makin tak senonoh segala crease and wrinkles tu. 

5. Apply thin layer of concealer at concerned areas or areas that you might want to brighten up a little bit.
Ini pon sama, jangan over do. 

6. Apply powder only at T-zone (part that usually gets oily after few hours wearing make up).
Lepas aku try tips ni, aku rasa nampak perbezaan sgt. Kalau sebelum ni aku apply powder whole face after foundation, lepas tu capuk rasa cam nak padam balik semua. 

7. You might skip powder if needed.
Kalau takde masalah oily skin, tak guna powder pon takpe sebenarnya. Melainkan korang guna sebum free powder atau colorless powder yg mmg setting powder tu boleh la kot sket2 je. *taktau la org paham ke tak aku tulis ni

8. Amazing tips for dry skin: dab powder with a sponge or your beauty blender. Avoid using brush as it will make your foundation look patchy and cakey Yikes! This works amazing on me. *dua jempol*
Dgn kulit aku yg kering sekarang, aku perasan mmg tak sesuai betul guna brush da buat masa ni la. Habis lari semua make up. Pakai beauty blender baru oke. Kesudahannya, eyeshadow pon aku guna jari je hahaha. Troma betul gamaknya dgn brush.

9. Do not bake.
Kalau uols ada masalah kulit kering yg kategori medium-ekstrim, lupakanlah niat utk baking. Ia hanya akan mengundang cake face. Bukan aku cakap, akak Make up Geek cakap. Tapi aku mmg tak pernah baking sbb takde loose powder. Lulz.

10. Then, proceed with your eyes and lips make up.

11. Finish and you can walk out the door with confidence. Hehe

Aku harap ada membantu lah sedikit-sebanyak utk those who have dry skin and struggle with cakey make up. Semoga bermanfaat.

Selamat mencuba!

Gambor hiasan aktiviti aku petang tadi yg takde kena-mengena dgn entri ni.

Kerom, anyeong~

Thursday, July 14, 2016

My Pore Treatment Routine

Salam Syawal

Tu dia tajuk kemahen.. Serius nau bunyik nya. Ekceli aku feeling rajin malam ni. Alang2 rajin buat pore treatment kat rumah ni, ape kata kita share terus kat blog. Hiks

Apa itu pore treatment? Pore treatment tu rawatan pori lah. Kah kah translate melayu je budak skola rendah pon tau bluekk.

Oke oke serius.

Basically mcm regimen penjagaan muka yg fokus ke pori muka lah ya. Aku akan cite yg kita boleh buat manually lah ya, kira prosedur yg guna machine tak masuk la dlm entri ni ya. Lagipun, aku bukan esthetician/dermatologist pon.

P/s: Entri ni aku taip pagi esoknya sbb mlm td internet cam haremmm

STEP BY STEP: PORE TREATMENT ESSENTIALS (this is what I personally do)

1. Double cleansing
Aku pernah cerita pasal double cleansing kat previous entry. Ouh kemalasannya nak tepek link entri tu. Hee

So camni, prinsip double cleansing ni sbnanye satu proses cuci muka yg menyeluruh dan 'dalam', which omputeh panggil 'deep cleansing'. Ha sure selalu dengar kan?

First, cuci muka dengan milk cleanser atau cleansing lotion. Some brands even has pre-cleanser which actually meant for double cleansing procedure lah sebenarnya. Pakai pre-cleanser, then cleanse muka dgn foam cleanser. Pendek kata, cuci muka dua kali. Itu lah double cleansing guys *wink wink*

Macam aku, biasanya aku double cleansing kalau aku pakai mekap hari tu. Selalunya lah. Tapi pada hari.hari tertentu yg aku rajin (macam hari ni), maka aku akan buat jugak double cleansing ni.

Memula aku cuci muka dengan ini:

The Face Shop Rice Water Bright cleansing water yg aku pnah cite sblom raya hari tu.

Lepas itu, aku cuci muka dgn ni pulak
Credit gambar from Google

2. Facial scrub



Aku scrub guna St. Ives Blemish Control apricot scrub. 

Ada byk jenis scrub kat luar sana. Tp utk kulit sensitif mcm aku, aku terpaksa cerewet pilih scrub. Aku pilih yg ni sbb die kategori mild, scrub die organik so aku tak perlu risau ada micro molecule bahan kimia yg akan menghakis kulit. Hikhik

Bagi aku, as long as aku dpt scrub muka utk remove dirt/excess make-up, hilangkan kulit mati yg mengganggu skin care absorption tu, kira orait dah. Lepas scrub, muka rasa lebih bersih.

3. Toner

Mesti lah toner sket lps cleansing uols. Kita bukannya cuci muka ngan air gunung Everest. Walaupun kita yakin dah habis bersih dah cuci muka tadi, mesti ada punya kotoran yg tak terlihat di mata. Kalau tak caya, cuba guna toner. Lepas tu tengok atas cotton pad tu ada apa-apa tak. Especially kalau siang tu ada pakai make-up.

Utk toner, pakai je la pape yg sesuai ngan kulit memasing ya.

Aku guna toner ni:


4. Clay Mask

Clay mask sebenarnya bagus utk penjagaan pori taw. Masa aku training dulu, kitorang mmg facial guna clay mask. Mask ni ada banyak function, khusus utk clay mask; sebenarnya salah satu jenis deep cleansing. Yes guys, mask pon boleh dikategorikan dalam bentuk cucian muka yg mendalam (deep cleansing). Aku pon baru tahu time training facial lah.

Anyway, bila kita pakai clay mask yg baik, bole nampak die seolah-olah 'masuk' dalam pori kita. Maksudnya time die kering tu bole nampak bentuk pori kita. Macam bulat2 kecil atas muka. That means it is doing its work on ur skin ;)

Aku guna ini:

Dr. Young Anti Pore Deep Cleansing Mask
Produk made in Korea.

Beli kat Sasa.
Harga: RM 63.++ (lepas discount 20%) 


Konsistensi macam ni. Macam mud.

Cara guna:
Lepas cleansing, apply adequate amount on face. 
Biarkan 3-5 minit.
Bilas dgn air sebelum die kering.

Simple kan? Senang keja aku. Tak payah kematu tak bole buat apa nak dekat 15 minit. Hek hek

Ni aku nak tunjuk how the product soak in pores tapi tak tau la nampak ke tak tu. Gambar kanan nampak kot, kat area pipi and hidung.

Produk ni aku baru masukkan dlm regimen muka aku ya. Jadi aku blom dpt nak cerita die bagus ke tak. Tapi that Sasa promoter kata Dr. Young punya clay mask ni efektif, die bole kecilkan pori pastu bole bantu kurangkan whiteheads/blackheads. Yaaassss

5. Nose strip


Lepas aku bilas muka aku, aku toner sket, then aku akan guna ini:

Aku alternate between those two nose strips.

Yg Biore tu ada strips utk T-Zone uols. Sesuatu yg lain drpd pack nose strips yg lain. Cumanya, pada kes aku, xde efek sgt la utk T-Zone aku, bulu roma yg ikut tercabut ade la. Haha Memang my real concern of blackheads is dekat area hidung. But korang boleh cuba, kay.

6. Sheet Mask


Ini kalau aku betul3 ekstra rajin guys.


Aku cepat bosan kalau guna sheet mask brand yg sama byk kali. Jadi, aku selalu tukar2. Kadang aku borong kat Aeon Wellness, kadang Nature Republic, aku pernah beli kat Sasa jugak. Ikut mana berkenan. Ouh, tapi aku recommend korang usha promotion sheet mask dekat Aeon Wellnes. Sheet mask die best2 jugak, yg Taiwan punya aku pernah try 3D mask brand amenda ntah perisa cucumber ke aloe, utk soothing best gilaaaaaa. Time tu kebetulan eczema aku tgh ada sket kan, guna mask tu ya robbi soothing sgt~

7. Pore Serum


Ini pon ekstra lah ni. Kalau aku buat treatment ni sebelum tidur, aku skip je serum ni. Sebab aku suka kulit aku bebas time tidur.

Kalau aku buat pagi, biasanya kalau aku nak keluar, nak make-up ke, aku akan guna serum ni.

The Face Shop Pore Tightening All in One Serum.

Yg ni sebenarnya orang bagi. So aku pon xtau brape harga die. Hee

Aku guna since last year tak habis2 lagi ni. 200 ml tuuu. Kuantiti paling banyak aku pnah jumpa utk serum.

Aku suka serum ni sbb die tak melekit. Berkesan ke tak tu... Ermmm jujurnya aku ada few skin care yg kena gilir-gilir guna, jd xde la hari-hari aku guna serum ni. Ngaaaa Tapi serum ni best! Sebelum make up, aku mmg suka pakai serum ni dulu sbb aku rs mcm die bole mengelakkan kulit aku drpd menyerap terlalu byk produk make-up. If that make sense to you lah, sbb bila aku apply serum ni, aku rs mcm ada satu layer nipis atas muka. Tak tau la betul ke tak, mungkin perasaan aku je. Luls.

Rajin kita jaga kulit kita, lama-lama kita akan nampak jugak hasil die. Kalau tak banyak, sikit, yg penting ada la effort tu. Gituuu kauu

Okay, siap pon yeeehaaaa!!

Korang nak share skincare routine bley la sharing2 kat komen, nak tinggalkan link utube/blog pon boleh.. 

Thanks for reading.

Anyeong!