Showing posts with label Perfume. Show all posts
Showing posts with label Perfume. Show all posts

Monday, May 15, 2017

Bukan Entri Bias Lol

Salam and hai semua

Buat apa tu? Sihat ke? Aku baru balik makan angin dua hari lepas. Lepas tu kena virus. Agaknya ms dlm flight or dekat airport kot ntah. Nasib baik demam dia tak berapa panas mcm yg aku kena few months ago. Tobat sampai semayang pon duduk. Punya panas. Kali ni masih oke lagi la pasal bole menaip kat blog ni kan. Sepatutnya aku menaip esaimen taw, bukan blog tapi apakan daya, macam memanggil-manggil pulak blog ni ha.

Kak long takde nak cerita apa, nak cerita pasal minyak wangi sikit. Rsnya few yg pernah terbaca entri2 lama ada kot terperasan aku cerita psl ori reject aku jual kan, dekat ig nama leparfum_bysoul (kat side bar ada jugak link). Sekarang ni aku lebih fokus dekat #thelabparfum sbb aku sendiri dah terjatuh chenta dgn the lab parfum ni.

Apa benda the lab parfum ni ya?

The lab parfum ni sbbnanye nama brand inspired perfumes by founder Ifrasya Perfume House yg sblom ni aku jual ori reject tu jugak. Setahun lebih yg lalu kot bos dia launch The Lab ni. Konsep dia inspired perfumes, tapi hanya limited list sahaja lah, Tapi ada jugak formula yg bos ilhamkan sendiri kot beberapa jenis so that ada identiti sendiri la The Lab ni uols.

Hari tu aku pergi Jakarta, jalan2 dekat mall, perfumes dekat Mark & Spencer ada offer la pulak kennn, sengaja nak menghasut daku membazir duit kat sana. Cis. Memula aku ajak my mother utk share2 pasal dia ada buy 2 or more dapat harga Rp 199,000 satu botol. Kalau beli sebotol harga Rp 279,000 kalo tak silap. Rupanya perfume yg aku berkenan tu tak termasuk harga promo kuanghasam. Oke, pendekkan cerita, aku beli yg 30 ml edp akhirnya pasal mmg suka benau la gamaknya bau tersebut.

Sebelum ni, aku pakai The Lab perisa Jean Paul Gaultier for women. Kebetulan nak habis (alasan je tu nk beli baru lol), tu yg aku terfikir nak beli perfume lagi.

 Ini The Lab aku punya, sikit lagi nak habis.

Ini Rosie, yg aku beli kat M&S hari tu. Eh wangi gila sbnanye cuma slack sbb x lasting kat aku je. Sayang pulak nak kasi perabis..

Masa aku try tester yg M&S punya perfume tu, sumpah aku da balik hotel cuci2 tangan ape semua pon still bau lagi. Suka sangat. Rs tazabar nak pakai perfume baru esoknya. So esok aku pon try lah perfume baru. Spray la dekat neck and baju sikit kan. Tapi agak keciwa pasal longevity nya tak sama dgn tester yg aku try kat mall. Padahal tester dia edt, aku beli yg edp.

Sebelum ni mmg leader group perfume aku pernah share ilmu yg biasanya tester akn pekat sikit perfume dia biasanya utk tarik customer. So aku takde terkejut sgt. Cumanya psl aku beli edp so I thought oke la may be at least longevity dia akan setara dgn tester edt tu. And it didn't happen :(

Honestly, The Lab yg aku pakai jauh tahan lama. Kalau aku spray dekat baju, jawabnya sampai esok pon aku still bole bau perfume tu. Bukan nak gebang, tapi sbnanye aku pon eager nak tau team The Lab guna minyak apa utk formulate perfume yg tahan camtu.

Untuk comparison
M&S yg aku beli tu price lebih kurang RM 55 utk 30 ml
The Lab RM 60 utk 30 ml

Packaging as shown in pics above. Kotak The Lab tu aku dah lama buang, and packaging latest sbnanye ada riben kat botol, aku punya packaging lama so takde riben. Mana lagi comel, terserah pandangan masing2. Tapi for longevity, aku rasa The Lab wins. 

Andai kata ada yg nak look for more details about The Lab Parfum, jenguk lah ig daku leparfum_bysoul jangan lupa klik follow ya. Aku privatekan ats sbb tertentu. Bos rajin buat promo tu. Bole beli lebih sikit utk diri sendiri mahupun insan tersayang. Eceh.

Bai korangss...

Thursday, March 17, 2016

Moringa

Hai uols.

Uwah cantik tebal kulapuk kat blog kecik aku ni. Good job miss. Hurmm today aku off. Siang tadi pergi berjalan dgn colleague spa sbb die off sm ngan aku. Manager kitorg bru balik dari kampung. Memula membe aku tu cam x jd nak off, tp last2 die tergoda dgn panggilan kedai Dees kat Jusco.

Ms die menyoping kat Dees aku siuman lagi. Belum ada setan2 yg menghasut utk berbelanja bnda2 tak perlu.

Start bila masuk Daiso. Mula daaahhh nak grab bnda2 like kotak hadiah (kunun nak letak brg2 mekap or accesories kecik2 dsb), pastu razors lah, bathroom suction hook lah. Benda2 yg aku rs sblom ni xde pon oke ja.. Hurrrmmmm

Tp bathroom suction hook yg aku beli kununnya nak letak sponge tu hampeh btol. Tak bgus plak brg die. Asek melorot jatuh je kalau aku letak sponge. Annoyingly not useful. 

Lepas beli2 kat Daiso tu aku ngan membe turun n masuk pulaaakk kat Brand Outlet. Terembat lah seluar 2 pasang. Yg ni aku maafkan la diri snirik sbb dr last year mmg ada niat nak beli seluar pon.

Sekali turun bwh sebelum blah menapak pulak kaki ni masuk Body Shop. Hajat di hati nak beli mist je. Aku cari moringa body mist which promoter tu kata tak pnah ada kat BS Malaysia. Janam btoii. Tp sbnanye aku terpengaruh ngan Eddy youtuber tuha die ckp tu signature fragrance die. Bukannya aku tau pon bau mist tu, igt nak try la sekali takde pulak khaaannnn.. Zzzzzzz

Tp psl moringa tu tak kisah sgt la, yg mslhnya ntah hape aku beli dgn youth drop lotion, pastu another body mist, termasuk yg red musk tu (which aku mmg nak beli la awalnya).. Oh maiii terlupa dah waktu tu aku shud save money for other things. Nasib baik buy 3 free 1, but still.... tsk tsk

Mungkin aku tak cukup baca doa pendinding membazir tadi.

Balik umah tros buat kira2. Mcm Haji Bakhil pulak aku ni.

Please don't judge me. Luls

Dah lah. Esok keja.

Bai gegirls.

Monday, March 23, 2015

Entri Promosi Tuan Tanah Lagi :)

Hey hey hey...

Happy Monday peeps! Sepatutnya today aku keluar dan mengerjakan misi-misi aku tapi nampaknya misi tergendala ya. Entah apa angin aku jejak dapur pagi tadi terus capai beras nak buat nasi goreng. Ini sungguh ajaib sekali. Aku bukan jenis memasak punya orang ya. Paling gigih pon goreng daging burger or buat maggi.

Sebagai agen Ifrasya Perfume House yg berdedikasi (perasan je oke), bila bos buat sales maka haruslah kita sebagai agen mempromosikan dgn gigih ya kawan2.


Kalau korang jenis selalu beli perfume kat kaunter (mall), korang mesti tau kan range harga perfume original kat sana. I would say within 150-500 ringgit la lebe kurang. Ada yg lebih mahal jugak drpd tu.

Perfume yg kitorang jual ni perfume reject. Reject means sama ada dah terlalu lama kat kaunter, or ada minor defects kat packaging die, mungkin botol calar sket, or reben die senget, or anything similar. Basically perfume kat dalam botol is 100% original ya, cuma disebabkan dia tak perfect utk jual kat kaunter maka dia masuk kat reject. Hence the price is so much cheaper.

Aku pon pernah jenis beli kat kaunter jugak. Dan aku pernah try jugak perfume grade yg Dubai tu. Kalau org tanya aku, aku sbnanye prefer ori reject. Bukan bias, siryes bukan. Sebab bila kita pakai perfume yg quality die sama tapi kita dapat harga yg affordable compare dgn the exact same thing yg kita beli dgn harga berganda lebih mahal..macam...tak worth it. Itu aku la. But yes, tengok jugak jenis reject die, sometimes mmg ada yg bau die dah berubah may be sbb the chemicals inside it gone through some reaction causing it to smell weird and doesn't last long as it should be.

But point aku kat sini is, beli ori reject ni is a good option if you're a huge perfumes collector. Set2 yg beli banyak sgt perfume but tak pakai semua sekaligus selalu.. Just pakai mana2 ikut mood dan suasana yg bersesuaian..you know what I mean.

Kitorang jual banyak brand, utk harga promo bole campur2 don't worry. Yg penting 110 dgn 110, 130 dgn 130.. Boleh pakat ngan membe2 or family utk beli banyak, nak request alamat lain2 pon bole. Ni aku share few of our perfumes collections.

Jemput cuci mata.








For more details, you can click the link to my igshop at the side bar on this blog or

Btw, if you notice aku pnah bercerita ttg seorang budak ni yg aneh kat dalam previous entri bertajuk "Muak". Kemuakan aku nampaknya bertambah disebabkan kejadian sehari lepas. Last week aku mmg tak bagi can kat die. Aku push die minta jugak refund trip yg tak jadi tu. At last Sabtu lepas ada deposit dlm akaun aku.

Tapiiii..............

Dapat separuh je. Are you kidding me, kid? Tak lawak okeh. Takkan la org yg depositkan duit refund tu tak tau berapa amount yg die patut depositkan? Eh hellooo... Kau yg punya trip mestila kau tau berapa bayaran utk satu kepala. Obviously something is off kat situ.

Furthermore, adik aku yg tak minta refund pon takde dgr khabar ape pon pasal bila trip tu nak berjalan. End of last year kau kata tunda to January or February. Now ni dah bulan berapa? See? Aku bukan nak tuduh2 ke apa, aku cerita bnda apa yg berlaku je. Aku tak kira. Selagi tak setel selagi tu aku cari kau. Nak sgt berdrama kan? Ko ingat ko sorang saiko? You ain't know nothing about me. 

Cubaan meng-capture hasil self-makeup hari ni.

Abaikan kening, dan eyebag dan some bumps here and there.. That was just minimal coverage using a thin layer of BB cream and pressed powder. Ni sbnanye simple eye makeup yg aku selalu guna kalau nak keluar. Camera ni tak berjaya capture the actual color tapi the highlight part does come out okay for me. Hurmm biasa kalau keluar nak simple aku buat camni, tapi kalau nak special sket aku buat smokey eye and lagi pekat. Cumanya aku punya eyelid tak luas n bila buka mata eyelid tu is quite deep so bila buat smokey eye makeup pon sbnanye tak nampak sangat. Last2 simple eye makeup ni la yg aku lenjan ke mana saja dan di mana saja. Haha

Mula menyimpang2 dah nampaknya aku menaip ni.

Dengan ini, aku tutup dulu cerita hari ni ya. Len kali stori lain pulak.

Oke baaaaiii....~

Wednesday, February 18, 2015

Promosi

Assalamualaikum..

Boring betul umah aku (eh bkn umah aku, umah mak aku) ni takde air pulak. Dah few days ni suka nau kejap2 air paip x keluar. Few weeks lepas air paip asek merah je. Ntah ape die godek asek betulkan paip je aku pon xtau. Nak masak air pon pikir 4 kali oke.

IKLAN TUAN TANAH

Aku salah sorang agen Ifrasya Perfume House ya. Now tgh promosi first anniversary. So boleh la anda2 sekalian jenguk my ig ya mn tau kot ada berkenan.

Perfumes sume 100% original, from their origin country tapi mostly from France. Sume direct shipping from oversea dan preorder items ya. Ada ready stock tapi tak semua lah. Bole contact aku utk tanya apa2 psl perfume. Harga pulak takde tambah postage. Postage FOC. So maknanya misalnya beli 2 botol Rm 200, bayau 200 sahaja. Harga normal sebotol Rm 110, kalau brand yg up sket Rm 130 sebotol. Kitorang ada jual perfume set hantaran jugak tapi tak pos la, utk self pick up or COD sahaja. Brand ada banyak, bervariasi.. Celebrity and designers fragrance semua ada.. Tapi stok bole berubah jugak ikut availability ya. Setiap pembelian perfume akan dapat the original box dan free gift. So, utk penggemar2 perfume kat luar sana sy jemput singgah igshop saya ya.


Tadi aku log in kan, ada reader komen pasal video konsert tribute Beyond yg aku tepek kat belog ni dulu. Tak sangka ada reader aku yg tau pasal Beyond. In fact she's a fan of Beyond kot. Uwaaaaaaa Dia bagitau pasal mcm mana Wong Ka Kui tu meninggal dulu. Tragic jugak bila baca.

Aku punya vitamin 'M' kemain menebal nak letakkan link post tu kat sini. Haha

Takpe lah. Lagipun persoalan yg terjawab dgn komen tu sbnanye adalah persoalan aku sndiri. Aku mmg teringin nak tau mcm mana Ka Kui tu meninggal dulu tapi punyalah bercinta nak search.

Okay. Takat ni dulu utk hari ni. Kendian aku cite bnda lain pulak ya.

Thanks for reading ^^

Thursday, July 17, 2014

Interview

Salam to all muslims out there..

Satu dunia tgh kecoh pasal tindakan Zionis Israel yg tak berperikemanusiaan kat Gaza sana. Thanks to the technology nowadays too many videos at facebook and youtube, google, everywhere.. Kita boleh dapat maklumat mcm mn gambaran realiti yg terjadi kat sana. Sedih sangat n marah sgt dgn golongan laknatullah tu. Ya Allah sayu nya tgk budak-budak kecik dah tak bernyawa diorg kerjakan. Takkan kau takde anak sendiri yg kau sanggup bunuh budak-budak tak berdosa mcm tu?

Together we pray hard for them, and do whatever we can to at least threaten the bad guys. Kalau tak boleh perang sama, kita usaha je lah, sikit pon Allah nampak punya.. Kalau boleh boikot, boikot.. Kalau boleh derma, derma.. Tak kisah la what races or religion pon, bnda ni bukan hanya soal agama sahaja lagi dah. Org bukan Islam pon ade je yg diorg bunuh. Ini dah jadi soal hak asasi manusia. Even Jewish kat New York pon bantah ape yg Israel buat tu. So?

And kat Malaysia pulak bulan mulia ni dilanda dgn kisah hangat perempuan berkereta Peugeot (aku tak tahu lah eja btol ke tidak :P). Heeeeeebbohhh sana sini pasal akak tu. Semua keyboard warriors mcm berlawan berdentum-dentam memaki, mengutuk, mencerca, sume2 lah yg tak elok kat akak tu.

Haihh. Apa nak jadilah Malaysia ni. 

Tulah. Suka sangat tengok drama. Tak dapat jadi artis berlakon watak jahat, kat facebook pon jadi lah nak tunjuk bakat.

Honestly, aku x tengok pon video akak tu. Aku takut. Aku takut kalau aku akan turn to judge the people involved in that video. Bila baca komen2 semua negatif, laaaaaaagilah aku tak nak amek tau pasal video tu.

So, dengar kata kes ni dah reda kan, dua2 pihak dah bagi keterangan. Akak tu dah minta maaf terang-terangan, bkn sahaja kpd uncle tu, tapi kepada semua rakyat Mesia kan. So mana2 yg masih butthurt dgn akak tu, maafkanlah dia. Sorry lah ye, but aku rasa those yg kata tak baik pasal die pon sepatutnya kena minta maaf jgk dgn akak tu.

Aku ni bukan lah org bijak pandai sangat. Cuma aku rasa mcm kelakar tgk gelagat org ramai psl kes ni.

Hurrmmm... Sebenarnya hari ni aku ada interview. Tapi aku tak pergi.

Sebab aku trauma.

Skarang tgh fikir mcm mn nak react dgn my mom.


Btw, jeng jeng jengggg... Chanel aku dah smpi semalam. Kemain eksaited first time dpt pakai Chanel taw. Sbnanye nak belikan ibu aku Kenzo tu, tapi skali terbelikan diri sndiri jugak sebotol. *Alasan alasan*

Maka dengan itu, boleh lah aku menyelitkan iklan perfume kat cni kan? Muahaha
Sapa2 nak order perfume original dgn aku, boleh lah bgtau ya.. nti aku kasi details selanjutnya. Sebotol RM 110 sahaja termasuk postage. Semua original, rejected sbb packaging error.. I've tried them, no regret. So just in case ada yg berminat, can pm me :)
TQ

Oh ya, aku belek2 brg2 atas meja lam bilik aku sekali terjumpa ni.


Sumsong ye kawan2.. Nampak nau cap ayam nya. Kah kah kah

Hurmm... Hati still tak tenang nak jawab ape ngn ibu aku ni aku x dtg intebiu. Huwaaaaa

:(

Sunday, July 13, 2014

First time

Salam..

Hye uols. Hari ni hari Ahad. Tiba-tiba rasa nak menulis menaip menulis menaip. Menaip blog. Sebab aku malas nak backspace, so kekeliruan aku utk menggunakan perkataan menulis atau menaip td last2 aku taip je semua. Senang cite. *emo tak tentu pasal*

Orang lain dah start usha baju kain tudung kasut raya ke?

Ni yg aku teruja nak poyo nih. Tahun ni kan, first time aku btol2 takde napsu nak beli baju baru utk raya! First time beb! Aku eksaited sbb aku rs mcm ni. Sebab aku kan jakun, org jakun mn bole tak eksaited nak raya dowh. Musti mau gelabah punya nak beli baju baru.

But tetibe tahun ni aku takde rasa nak beli baju baru utk raya pon. "Wah, ini sesuatu yg baharu!", I said to myself.

Mungkin jugak sbb aku baru sudah melalui fasa kemurungan dlm hidup, maka segala kehendak, keinginan, maupun kejakunan aku dah meleset dgn kadar yg agak tinggi. Tapi, it's okay.. Somehow, I feel like it's a good thing actually. Buat aku rasa lebih bersyukur dgn apa yg aku dah ada, instead of melayan napsu2 (well u know women have 9 napsu, right??) aku nak bersoping.. Lalalala

Oke, setakat ni ada yg dah loya tekak tak baca luahan hati aku yg poyo hari ni? Ngahaha

Tapi ye lah... Kita kan manusia biasa, mungkin satu masa kita rasa mcm gini, nti tiba2 eh rasa mcm gitu pulak..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sejak dua menjak ni kan, kulit aku meragam lagi. So secara tak langsung puasa Ramadhan ni mengajar aku erti kesabaran utk menjaga kulit yg sensitif. Pheww

Hari-hari krim2 nilah peneman setia.. Sebelah bantal mau ada, sambil ngigau pon boleh sapu ubat kalau sblom tidur terlupa (oke tu tipu)
Mungkin aku kena amek extra supplement utk kulit pulak kan? You know.. those corticosteroids cream are not good for long term applications. Oww tidak bagus tidak bagus.. 

Sbnanye mmg aku dah ade risik2 dah produk suplemen utk kulit ni, tapi blom smpi seru lagi nak membelinya. Takpe satu hari nti may be aku akn beli jugak..

Oh ya, aku jugak nak menceceh pasal emas.

Thanks to Google I found this gold picture which looks like chocolate candies to me. Mesti sbb puasa ni. 

So, kalau ade yg berminat utk membeli emas dan dapat passive income setiap bulan dgn belian emas anda, boleh lah contact iols. But please, utk yg serius sahaja.. Saya boleh share info lebih lanjut. Kalau lah suka nak beli emas yaa..

Oh dan utk preorder perfume original yg murah meriah itu, we're really sorry ya sayangs2 sekalian, preorder utk bulan Ramadhan dh tutup 9 July hari tu.. But 21 July sampai 6 August kita masih ambik preorder tapi postage sume lepas raya pulak ya..

Wah Kak Jemah nijam dah pandai bisnes taw. Kah kah kah

Eh udah-udah la ye.. Aku ni bukan boleh. Makin lama makin naik hantu kalau menaip blog. 

Oke.. Till next entry, assalamualaikum..tak jawab dosa, kalau jawab sayangg (eh mcm Maria Elena py tagline je..hahah kantoi fans Kak Maghia)

:P

Wednesday, June 25, 2014

Original Reject Perfume untuk Anda

Assalamualaikum..

Ewah. Tajuk kalau tak mencerminkan tuan die jakun mmg tak sah kan? Eh.

Oke abaikan monolog dalaman aku tu. Ehem ehem. Oke korang pnah dengar x tentang reject shop? Yg ade dekat Jejesco tuuu.. Pnah an pnah an an? Hee

Die adelah toko (omai cmne bole tertaip bahasa indonesia niii..toko tu sama dgn kedai taw) baju-bajuan berjenama yg direject atas sebab kekurangan/kesalahan kecik2 seperti lengan kanan dgn kiri x sm panjang padahal beza 0.3 cm je, ataupun jahit tak cantik padahal tgk pki mikroskop baru nampak agaknya. Oh tak tak bukan mcm tu. Intinya adalah pakaian-pakaian tersebut berjenama dan kualiti tetap baik, cuma direject sbb ade error sket semasa penghasilan/pembuatan/packaging. Sebab tu harga die standard je baju-baju kat mall..kalo nak cari harga pasar borong atau bazaar x dapat punyaa. Muahaha.. Dah knape aku gigih sgt explain psl reject shop ni. T__T

Oke... Uols suka perfume tak? Suka tak suka tak?? Iols sukaaaa (takde sape tanya pon)

Aku dulu waktu zaman stadi suka jalan2 masuk kedai sana keluar kedai cni.. Antara bnda yg aku suka saja2 usha adalah perfume. Yes, perfumes. Kalau tuan-tuan puan-puan dah biasa usha2 or mungkin beli perfume2 branded kat mall or butik lah kan, so I guess u know what is the normal price range for original products in the market, aite? Ada yang mencecah setengah ribu jugak.. Huhu

Tak semua orang mampu nak beli original perfumes, mungkin ramai jugak yg mampu tapi tidaklah selalu.. 

So....here I am to introduce you the way you can get original reject perfume yang merupakan direct shipping daripada France, tanpa dealer. 100% original, hanya error pada packaging. Tentang kualiti, inshaAllah terjamin.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan perfumes seperti....









Hehe penasaran tak penasaran taakk??

Berkenaan dengan harga, percaya atau tidak anda boleh mendapatkan original reject perfume ni dgn harga serendah RM 110 (semenanjung) dan RM 120 (sabah & sarawak)!

Harga mampu milik tuuu.. Original taw, bila lagi nak merasa or melaram dgn minyak wangi ori. Kui kui kui

Memandangkan baru-baru ni aku join jadi dropshipper..maka boleh lah anda order perfume dgn sy. :D
Meh meh bole Wechat kte kalau nak order.
ID Wechat : tiqasoul
Link instashop: Fragrance_shoppe

Dan sekarang (ye sekarang) pre-order dah dibuka sampai 27.6.14, untuk next postage pada 7.7.14.
For those yg tgh cari perfume raya ke perfume baru sbb nak tukar selera ke ataupun nak tambah koleksi ke.. Boleh lah menskroll dgn kadar segera.
Terima kasih :)