Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Monday, October 15, 2018

Whatsapp Punya Pasal

Haha nampak tak sumber ilham nak update blog ni random gila?

Cerita dia, whatsapp aku ni da brape hari la asek remind suruh update. Tapi aku tak koser nak layan aku ignore lah sampai la pagi tadi betul2 klik je ikon whatsapp tu terus dia keluar suruh upgrade, xde butang cancel. Fine, aku klik ah dgn perasaan annoyed sbb xdpt bukak group gosip. Eh.

Pastu, da klik suruh update, dia pending tak sudah2. Aku on off henfon sama je tak jalan jugak. Aku delete terus whatsapp pastu igt nak terus download the latest version la ni. Sekali berjam2 aku tengok pending tak gerak2.

Cache data dah berkali2 aku deep clean and delete mn patut. Ko nak aku clean camno lagi ntah. Pakai berus sabut?

Aku try update few other app tengok kot mmg tak cukup memori ke apa, rupanya mmg xbole nak update app lain pon, apa lagi download new apps. Tak bole jadi ni, byk la gosip gosap yg aku akn terlepas nti. 

Daripada aku tak dapat tidur karang, tergerak pula nak search kat utube "play store download pending". Hah ada pun rupanya tutorial nak fix problem ni.

Sekali bahasa hindustan la pulak... Nasib baik ada grafik screenshot bnda apa dia klik kan. Aku hadap la jugak wpon besar kecik besar kecik je aku tengok video mamat tu cakap Hindi. Nasib baik aku ada experience tengok My Name is Khan full movie takde subtittle.. Dalam pada takde subs tu, penghayatan aku smpi keluar air mata juga tau.. haha kau hado?

Aku try la buat apa mamat tu tunjuk. Pergi dekat settings, klik app, klik Play Store, pastu clear all data. Pastu off and on handphone semula, bismillahirrahmanirrahim... Aku pon try la pergi kat Play Store balik search Whatsapp and klik install... Yezzaaaa problem solved!!!

Sekarang aku da bole whatsapp dah. Yahuu

Mana la tau ada orang terkena mcm aku. Ada la juga manfaat kan. Dayumm rasa mcm orang celik IT pula hari ni sbb dpt setelkan masalah Whatsapp ni. Hahaha

P/s: The power of group gosip *emoji tutup mulut hehe*

Monday, February 6, 2017

Tried and Tested #3

Hai dan assalamualaikum wbt

Angin rajin taw tonight so hakak nak cite psl satu benda alah ni. This time it's not beauty related post. Suprisingly, it's a gadget! Haha

Benda ni

Bluetooth wireless headphone. Brand China.

Beli dekat Lazada for RM 40 lebey. Tgh offer kot time tu. Ada banyak pilihan warna. Kalau tak silap ada dua pattern kot wireless headphone ni. Tapi aku rasa yg ni lagi smart :)

Kotak da buang. So dalam kotak ada benda2 kat atas tu. USB cable, cable utk cucuk kat headphone, manual, dan the headphone itself lah.

Close up sket button dia.

Aku terpengaruh sebenarnya. Kan mcm tgh trend skang org pakai wireless headphones/earphones. Sampai aku tengok drama Vampire Diaries pon ada scene diorg pakai benda alah ni kan so... Being so easily influenced by what I see.. Akhirnya terbeli jugak la kan sebijik.

First impression, hurmmm not bad actually. Bunyi okay la for it's price, kalau device yg korang guna ada sound enhancement bole turn on the mode la supaya lagi best. Macam handphone aku ada sound enhancer so mmg selalu guna tu. But honestly mmg oke sgt la utk harga 40 hengget lebih.

Noise proof pon mmg acceptable. Takde lah smpi mmg satu bunyi lain apa kat luar x dengar, dengar halus2 sayup kira tak terganggu pon if korang tengah syahdu layan muzik.

Dia handy sbb foldable. Kita boleh lipat dia mcm dalam gambar aku tu. Jadi takde la makan space sgt nak letak mana2.

Bluetooth functions really well. Ya Allah sangatlah best bila wireless. Tak serabut ngan cable. Aku letak henfon kat atas meja, aku bole jalan2 gi dapur masak air la sampai masuk toilet pon terpakai headphone ni. Haha

The only downside dia aku rasa is the battery. Dia amek masa dalam 2 jam gitu utk charge penuh. So far aku guna kalau bluetooth probably tak sampai 6-7 jam kot. Macam, kalau sehari tu aku guna terus menerus for hours malam mesti bateri dah low. Tapi tak kisah sebab ada cable. Kalau bateri habis, aku sambung guna dengan cable.

Daripada 10 bintang, akak bagi dia 8.5 hehe

Not bad la kalau uols nak headphone bajet yg okay.

Oke bai korang!

Monday, June 20, 2016

April Skin Magic Stone (Black)

Assalamualaikum...

Previous entry aku ada cite yg aku beli magic soap April Skin tu an yg hitam taw bkn yg marble.

Yg niha belah kiri

Gambar ihsan Google

So basically aku pilih yg hitam over yg marble sbb aku tengok die lebih bersifat skin soothing compared to the marble one. Kulit aku kan kering sbb ada part yg eczema. Tp sbnanye lebih kpd kombinasi lah jugak ekceli. Ape ni dah sbnanye nak ekceli lagi. HAHA

Eh baru aku prasan org yg buat gamba atas tu salah eja 'BLACK'. Dia eja 'BALCK'. Ahahaa

Magic stone soap ni 2 in 1 taw. Pagi kita boleh guna as regular cleanser, malam pulak boleh pakai mcm mask. Kau buih-buihkan die pastu sapu la kat muka n biarkan dalam 10 minit camtu then bilas. Tapi honestly, aku terlalu malas nak tggu seploh minit tu. So siang malam aku guna sabun itam ni as cleanser. Aku lebih rela guna pack biasa atau pun sheet mask. #akupunyastyle

Nampak mcm seketul batu aneh kan? 

Tapi ni la magic stone aku punya. Aku guna dalam.... ada la 2 minggu kooott.. Lepas tu aku stop and back to using Simple punya cleanser. I guess this magic soap won't do magic to my skin as it supposed to. Sedih la jugak baq hang :(

Sebab aku rs kalau aku teruskan pakai sabun ni die boleh tahan 2 bulan kot. Kira syg jugak aa kan. Tapi nti aku guna je sabun ni buat sabun mandi kot. Heh.

Buih die banyak taw. Kau tenyeh ngan air ala kadar pon dah banyak buih die ntah mana datang gaknya haha.

Aku stop sebab.... tak lain tak bukan, PIMPLE! Omaaaii jujurnya hati ku agak terguris la jugak sbb naik pimple bila guna sabun ni. Hurmm ke adakah sbb die ada efek detox ya? Aih entah lah. Anyway, lps tu kulit aku mcm naik yg tumbuh kecik2 tu nak kata jerawat bukan, nak kata bkn jerawat mcm jerawat. Biasanya kalau kulit aku tak sesuai ngn produk die akan naik menda tu. Plus, entah ya rs mcm kulit tak sedap plak guna sabun magic ni.

Tapi sabun ni mmg tak buat kulit kering la, yg tu aku mmg setuju. Kira after cuci rs mcm elok moist je kulit tu. Cuma nya itu lah dia, tak suai ngan kulit aku. So sad...

So there's that about April Skin Magic Stone.

Mungkin tak sesuai utk aku, tp sabun ni femes taw. Mn tau kes aku ni kes minoriti je kan, mn tau byk org lain guna sabun ni sangat oke. So tak salah pon nak cuba. Gituuu

Saja nak tunjuk 'opis' aku.

Abaikan wardrobe yg berantakan kat blkg tu. Btw, ini la laptop aku yg magic tu. Dia boleh self-repair masalah die dgn sendirinya. Misteri jugak rasa. Pernah dlu die py cursor pad (ape ke nama tmpt touch2 nak klik tuha) tu mcm terjongket taw n x bole function taw. So aku guna mouse sebelum ni. Sekali mouse aku jahanam, eh aku try guna pad tu dah elok dah weh n xde pulak die terjongket nmpk isi dalam mcm sblom ni. Sampai la skang xpayah dah aku beli mouse.

Terbayar jugak hutang cite April Skin ni huhuui.

Oke ah korang. Slamat berpuasa ye. Takde sbb jgn ponteng ye.

P/s: Tak beli satu pon baju raya tahun ni. Nasib lah aku sarung je apa yg ada nti.

Friday, March 9, 2012

Sambil tunggu hujan berhenti

Hari ni non-stop berjalan ke hulu ke hilir setelkan macam-macam, jumpa orang tu, jumpa orang ni.. Tetiba rasa macam ada syarikat perniagaan sendiri, jalan-jalan jumpa customer. Hehe

Pening dan serabut tu memang ada lah, nasib baik aku minat kalau keluar-keluar rumah ni. Oh ya, semalam aku tekan satu iklan kat blog tentang android Samsung. Lepas tu aku menyesal sebab tekan iklan tu. Tau sebab apa?

Alaaa..aku dah try google dah tapi tak jumpa plak url yg ada kaitan dgn bnda yg aku nak cite ni. Sebenarnya aku tertahu daripada iklan samsung tu kalau beli salah satu produk dia (which aku tak ingat phone model yg mana) boleh dapat free set headphone jenama Dr Dre! 

Weird plak sebab aku lagi tertarik dgn hadiah free die daripada benda alah Samsung tu. Haha Sebab orang kata brand Dr Dre ni bagus, bunyinya die memang tip top habis.. Orang la kata, lagipon aku pnah la tertahu harga barang-barang Dr Dre ni mahal bedaah. Takkan la mahal-mahal tu saje-saje je kan? Mestilah sebab kualiti die pon tip top. Tapi ye lah, aku boleh cakap je sebab aku sendiri blom pnah try dengar macam mana sedapnya bunyi headphone dia.

Lama pulak hujan ni ye, aku nak kena pg rumah kawan ni nak plan cane nak letak-letak barang. Esok dah nak move out to new place. Dah la homesick, kena pindah-pindah plak.. Wuwuwu

Ok, mungkin sekarang dah boleh keluar rumah.

Wednesday, February 15, 2012

There's no place like home

Salam dan hai!!

Bila cuti2 ni aku selalu tak ingat hari ni hari apa. Kalau tak, manjang je menghitung hari sebab x sabar2 nak hari jumaat. Sebab tu esoknya sabtu pastu esoknya ahad maka kita boleh enjoyy!! Tapi bila cuti, hari-hari pon kita enjoy, tu yg sampai aku tak ingat hari ni hari apa..hehe

Hari ni 15 februari ek? Ohh..maknanya semalam la hari apa tu, Valentine eh? Haha I have nothing to do with Valentine, maka semalam hanyalah satu hari yg normal bersama keluarga. Tapi, hari-hari bersama keluarga memang sentiasa menjadi hari yg ohsem! 

Cuti ni aku banyak luangkan masa dgn duduk atas sofa depan tv, tengok tv puas-puas, makan dan makan, nyanyi kuat-kuat tanda hati senang, main gitar sampai adik laki aku rasa annoyed, dan bercakap sorang-sorang. Senang je kan keje aku?

Btw, hari tu akhirnya headphone seploh hengget yg ayah belikan last year rosak tapi sebelah je la. Tak best pakai headphone tapi dengar sebelah je. Makanya misi mencari headphone baru bermula sekarang!!!


Danggg.. smartnya2!! Aku suka kaler coklat tu. Tapi kaler kuning pon hot jugak. Hmm ada siapa2 nak belikan? Heee


Uuuu.. Menarik la pulak yg ni. Sure beribu-riban headphone2 mcm ni, kan?

Kirim salam la aku nak beli headphone beribu-riban ni. Haha Tapi kalau aku ada banyak sangat duit terlebih, mungkin aku beli jugak kot. Who knows, aite?

Takpe, kita kembali ke alam realiti. Nanti lah aku sambung misi mencari headphone baru kat kedai. Laksanakan misi kat google ni sampai minggu depan pon belum tentu aku dapat barangnya. Kah kah kah

Ok lah, aku nak gi main gitar sampai jari bengkak. Bai!!

Monday, October 31, 2011

Tobat dah aku..uuuhuhu

Salam

Dulu pernah sekali, ym aku terkena virus taw. Punca dia macam nii... Ehem ehem

Satu hari ni, aku tak ingat aku tgh buat apa entah waktu tu, tetibe ada satu im pop up drpd salah seorang drpd friend list aku. Dia macam bagi satu link ni taw. Aku tak tahu la angin apa entah yg buat aku nak tahu sgt tu link apa, aku pon pergi klik la link yg dia bagi tu.. Sekali keluar website apa entah tak ingat. Apa yg aku tahu, lepas tu je ym aku jadi biol. Aku tak boleh nak handle cursor pon. Macam ada suatu kuasa jahat yg dah ambik alih komputer aku woh.

Kuasa jahat tawww jgn buat main! Hak hak

Ha lepas tu, kuasa jahat tu send mesej yg berunsur virus ke majoriti drpd friend list aku kat ym. Pastu org pon  mestilah rasa annoyed dgn mesej2 yg aku dok hantar kat diorang tu. Dah la virus. Padahal bukan aku yg hantar pon. Tu semua salah kuasa jahat tu. Tak guna punya virus. Entah siapa yg cipta virus ym ni agaknya. Ceyt.

Sejak peristiwa virus ym tu, aku pon tukar la password ym. Tapi bila aku klik kat "remember my password" tu, bila log in oke je. Tapi bila aku shut down komputer, dan start balik, bila nak log in kan, die still tak hafal2 jugak password baru aku. Yg ada bulat2 hitam kat kotak kosong utk isi password tu masih password lama lagi. Apasal jadi mcm tu eh?

Dengki sangat ym tu dgn aku gamaknya.

Itu hari, ada satu stranger ni dgn ID nama jepun add aku. Gara-gara trauma dgn virus ym sebelum ni, memang siapa2 yg add aku kat ym mula-mula mesti aku ingat ada org nak mem"virus"kan ym aku taw. So mamat jepun ni (aku tak tahu lah die jepun ke tak sbnanye tp anggap je lah ya) chat je la biasa2 bla bla bla dgn aku which aku tak take note sgt pon sbb die tulis dalam english. Aku nak baca dan pahamkan pon dah take time woh. Dah la mula2 aku pg tanya die "ni siapa ek?". Tetibe balas lam english kan, haa kan dah menggagau aku dibuatnya.

Pastu die ada kasi link utk verify what so ever aku pon tak paham. Bukan tak paham, tapi aku malas nak baca sebab ayat die panjang sbnanye. Boleh? Har har har

Apa lagi kan, laaaagi lah aku ingat tu virus. Kesudahannya, on the spot aku close window pastu delete contact. Bole rasa tak aku punya paranoid tu mcm mana?

Hurrmmm..... Pokoknya pantang org send aku link je skang ni, mesti bnda pertama dalam pale hotak aku ialah virus. Mesti aku akan tanya itu virus ke bukan, melainkan aku mmg dah tahu atau aku yg mintak apa2 link..

Moral of the story is.....tak payah la nak entertain sgt perasaan ingin tahu tu kalau dapat apa2 link daripada org yg kita tak kenal. Dibuatnya virus, kan ke dah mengundang kehadiran kuasa-kuasa jahat dalam komputer kesayangan anda?

Ohh..siryes tobat!

- luahan hati mangsa virus ym durjana -

Friday, May 6, 2011

Sejak bila anda mula tahu tentang komputer?

Assalamualaikum..

Yaaaaaa.... Jadi sejak bilekah anda sume mula tahu guna komputer? Sejak bile anda pandai bukak account Yahoo Messenger, Facebook, Twitter, Tagged, dan even berblog mcm sekarang yg aku sedang buat niha? Bila ha bila ha bila..haa?? Annoying tak aku? Apesal? Apa ade hal aku nak jadi annoying kan? Tapi jgn bagitahu ayah aku sudah la ye. Kita setel kat sini je ah. Aku takut bini la. Eh. Ayah la..silap silap.. *lawak bodoh apa ni pompuannn??*


Wuwuwu... Rindunye kat laptop lama kaler hijau tuu.. Naseb baik ibu yg pakai skang. At least tak buang, so kalau balik umah bole la belek2, tenung2.. Ahaha Jangan jadi macam Kasim Selamat dah la kan. Aku sebenarnya masa skola dulu takde le paham nau pon pasal komputer ni.. Memang ketinggalan gila ah kalau nak dibandingkan aku ni dgn kawan2 sekelas. Camne aku tau? Alaaa dulu kat skola kan ade kelas komputer.. Bila mengenangkan Microsoft Word pon terkial-kial nak handle, yg kawan2 kita pulak time tu mcm rilek je siap bole bukak friendster la utube la time kelas komputer.. Aku tengok mcm takde masalah je, so aku buat kesimpulan bahawa aku mmg ketinggalan lah sbb nak buat keje pon lambat suma kan.. Tapi friendster aku tahu pulak.. Haha

Dulu tip top meletup-letup woo fenster.. Dulu-dulu laaa zaman menengah atas dulu.. Time tu kirenya asal free je kang kat dorm sibuk la cite pasal fenster. Yang die ni duk usha mamat ni, yg die ni pulak duk usha awek mamat ni, awek die sedara jauh la.. ade bau-bau bacang laaa ape laaa Segala tok nenek ah kan. Kiranya zaman tu mmg tak up to date la kalau takde fenster ni.. Bila abes skola je dulu, cuti lepas spm tuu.. Kan aku mana ade pergi keje.. Jadi bibik je kat umah.. Sikit-sikit kang log in fenster.. Pendek kata, satu hari tu mau 5-6 kali log in.. Hahaha Takde keje nau le gamaknye.. Bila ibu aku balik keje je.. manjang je kang ade bnda termiss.. Lupa buang sampah laa, lupa angkat baju laaa.. Tadi ibu pesan bersihkan peti ais lupa nak buat la sume.. Padahal baik punya konsentret ngadap komputer besau tuu.. Bukan main buntang lagi mata.. Ceyt!

Aku rasa aku betul-betul tahu pasal komputer ni masa cuti abes skola dulu la.. Time tu la nak isi borang nak mohon scholarship, nak mohon masuk universiti, nak mohon masuk matriks sume lah.. Pastu belajar la menaip sket2.. Bukan kat Word la tapi.. Kat chatroom.. Boleh eh? Haha Ehhh dulu aku masuk chatroom yg international punya woo.. Apa bnda entah namanya, lupa dah aku.. Tapi aku takle lupa bile chat ngn org putih ni..tapi aku tak tau lah kalau org tu sebenarnya org kulit hitam tp yg penting org yg x pandai cakap melayu ah senang cite. So diorang ni pantang nak muqadimah je tanya "asl?". Uol tahu ke "asl" tu ape?



Kalau uol tahu nampaknya aku la tuu yg sekali lagi ketinggalan.. Haha Aku tak ingat mcm mana tapi kawan aku yg bagitahu ASL tu age, sex, location.. Perghh.. Rupanya kawan aku tu pon dulu kaki chatting jugak. Patut la die tahu. Yg aku ni bantai le "yes"..Kalau macam pelik sket tu karang jawab la "no". Tak pon "hahaha u r funny". Kadang-kadang aku jawab "ok". Lepas tu tukar chatroom, konon2 sign out le tu padahal pergi cari org lain yg tak guna perkataan english yg susah2.. Aduii Bila ingat balik bnda ni, aku rasa aku seorang yg sgt kurang kasih syg. Dan yg penting ialah.. JAKUN. Ngahaha

Tapi walaupon begitu, tanpa melalu semua benda2 tu, aku rasa mesti aku selalu kene tipu dgn org yg jual produk kat tempat letak kereta tu.. Apa bnda nama die? Gores dan menang ekk? Ha benda2 mcm tu la.. Sebabnya, kat chatroom tu la aku dapat tau beza org yg kaki auta dgn org yg jujur nak make friends dgn kita.. Benda tu mungkin nampak simple, tapi bole kita bawak ke alam realiti ni, sbb tak semua org jujur. Kalau kene tipu kan da susah?

Haa korang simpulkan lah sendiri apa2 yg bole disimpulkan daripada entri ni.. Hehe Cau cin cauuu.. Dan salam jumaat~

Thursday, March 10, 2011

Menghilang membawa diri....

Assalamualaikum wbt..

Hoii manakah kau tiqa menghilang ni huh? Dah tak reti2 nak update blog ke hah?! Dasar pemalas nak kene cepukk.. Dush dush dushh... Diri sendiri terlempangkan. Kah kah kahs. Maka sebenarnye aku hilang 2 hari sbb pergi tdo umah mak cik sedara.. Pg jenjalan kat kolumpo, ataupon org ramai sebut 'key el' (KL).. Shopping bagai nak rak dan rabak tuhh.. Tu cara2 aku blom ade duit sendiri..yg ranapnye bukan poket aku lah.. Cube esok dah ade duit sendiri, mau hilang ingatan aku dibuatnye kalau pergi shopping.. Sale besar-besaran tuu kat Sogo, dari 20% sampai 70%.. Mana la mata gua tak juling mcm tu punye sale.. Mana2 aku jalan ade je benda yg sale.. Fuhhh nasib baik aku bole kontrol.. Dibuatnye aku terkinja-kinja kat situ karang.. Haaa pengsan lah pulak promoter2 kat situ.. Hahaha (gempak tak pendahuluan aku??)

Aku sbnanye tgh meroyan gile nih.. Tadi aku bukak je ym ade off9 msg dr hosmet tersayang, ty psl pelajaran lah.. Jadi aku kene la bukak balik document aku yg dulu2 tu.. Sekali tgk2 rupenye laptop ni abg cina tu dah install kan Microsoft Office 2010. Die pon mintak la aku activate microsoft office niha.. Mintak product key la kan.. Dah aku tgk dlm package yg aku dpt ms beli itu hari xde pape cd installation pon, aku pon search la kat help centre die tuha.. Dah baca2 tu, die kata suh tgk bawah laptop, aku pon salin lah product key nye.. Sampai 10 kali taip pon asek invalid je.. Heiiii Ni suma yg membuatkan angin meroyan aku datang ni.. Dah. Tak kuasa aku derr.. Ahad ni dah nak balik Indo. Petang kang aku serang abg cina kedai komputer tu dgn parang. Sape duk dekat2 sini sile duduk lam umah dendiam. Perintah berkurung. Aku yg keluarkan. Siap lah kau abg cina, tak kire la walaupon kau agak hensem ye.. *hnss hnsss grrrr*

Takut tak takut tak kemeroyanan aku hari ni?? Har har har. Dah la badan bulat mcm fish ball, meroyan2 pulak.. Dah serupa keling india mengamuk dah aku tgk.. Ibu ayah aku td agaknye malas nak layan aku, so skang ni org lain dlm umah ni tgh tdo. Tinggal lah aku sorang yg melayan hati yg duka lara ni depan laptop.. Kesian kat aku ke kesian kat ahli keluarga aku?

Korang pernah jatuh cinta? Mcm mana kite nak tau kite tgh jatuh cinta atau tidak?? Jawab sket pliss...

Wednesday, March 2, 2011

Akhirnya...

Salamun aleik..

Memperkenalkan, boifren baru aku yg berwarna coklat.. Sempena kecintaanku yg tinggi terhadap coffee.. Wink2

Lenovo U260 pic taken from google

Pandangan sisi..

Maka, akan bermulalah kehidupan baru sebuah laptop berwarna coklat bersama tuan barunye yg xbrape nak coklat ni. Emmm... Al-kisahnye, aku teringin nak pakai laptop jenama Toshiba, sebab tgk membe2 rmi jugak pki toshiba mcm elok je tahan lama.. Tapi, setelah dikelentong diberikan penerangan oleh abang cina kat kedai tu, last2 aku terpilih yg Lenovo ni pulak.. Memang masa usha2 yg Toshiba pon, ade rasa mcm nak yg kaler coklat mocha ni..  Yg Lenovo ni ekceli tanpa disengajakan pon..

Cmni crite die.. Yg Lenovo ni ade dua kaler yaitu oren dan coklat ni. Aku punye cerewet ni al-maklum le kan, asal beli brg je nak yg dlm stok punye.. Yg display takmo. Dasar mengada. Heh2 Bukan apa, aku fikir kalau display tu takut barang lama ke, dah pernah jatuh2 ke apa ke, sbb history die aku xbole nak sure kan.. Ahh kalau dah cerewet tu cerewet jugak la eh.. Hee

So dipendekkan crite, las2 disebabkan kedegilan yg tahap dewa dlm diri aku ni, aku sanggup amik kaler coklat semata2 sebab yg dlm stok adalah kaler coklat je.. Pakkal le bapak aku dah jd mandur skang sbb dah bersara kan.. Kalau la time ni bapak aku muda belia lagi, aku rasa mmg dah xde ampun dah.. Dapat dah libasan rotan kat kedai tu jugak.. Hahaha.. Yes, bapak aku mmg garang waktu muda dulu.. *merasa bangga sbg anak yg paling sering kene pukul*

Tadi dah install ym ngan skype, ngan adobe reader.. Mana yg ptg dulu aku dulukan.. Yg lain2 tu kendian2 aa.. Lagipon td bapak gua dah jerit2 panggil gua suh makan keledek goreng. Gua mana tahan godaan makanan ni.. Kah kah kah.

Sat agi nak kua pg kedai cari barang adik aku tuha ada projek ape ntah die tu.. Aku ni bukan bole kalau tak menyibuk. Oke papai korang.. Senyum2 selalu oke.. Jgn tacing2.. ;)

Thursday, February 24, 2011

Nampaknye macam tu lah..

Assalamualaikum..

Boleh eh tajuk mcm tu? Hahaha.. Patut lah dulu kat skola susah nau aku nak dapat A pelajaran bahasa Malaysia.. Patut lah kene marah ngan cegu Fatimah tu.. Padan muke sendiri. Yes! Mood aku nak update entri asek down je disebabkan laptop aku yg selalu hang tak tentu hala ni.. Kalau penyembur nyamuk Ridsect tu berefek terhadap laptop ni, mmg aku dah sembur sebotol. Tengok die serik tak serik nak buat hal. Tapi apakan daya, aku marah2 die pon die mmg buat dek je.. Heih! Hangin betul aku!

Memang normal ke ek laptop corrupt after 3 years of usage? Aku beli laptop ni (diri sendiri sile jgn nak prasan beli laptop ni ye, beli seluar jeans Levis sepasang pon menggigil nak kluar duit, nak beli laptop sebijik kunun) masa taon 2008, masa nak masuk belajar dulu.. Taon ni dah 2011, kire 3 taon aa kan pakai.. Asek hang je geram betul plak aku rasa.. Aku tgk membe2 lain beli laptop lebih kurang sama masa dgn aku, elok je sehat lagi laptop diorang.. wuwuwu

Ape byk bebenau ke virus kat laptop aku ni eh? Hari tu balik msia bulan 12 hari tu dah antau org betulkan.. Tahan le bbrp minggu die senonoh aje pe'el dgn aku.. Lepas tu, die buat dah pe'el.. Cmni aa kau ye ngan mak?

Jadi, sementara aku cuti ni, aku rasa memang wajar lah aku usha laptop yg baik di pasaran.. Nanti sok dah balik Jakarta, nak cari tukang laptop pon kene pg mall bagai.. Adeyhh.. Malasnye rasa, duit teksi lagi.. Dah tu kang kalau tinggal kat kedai die, nanti nak kene dtg lagi.. hurmmm

Ke aku seorang anak yg xbaik kalau mintak org tua sponsor laptop baru eh? Aisemen..

Saturday, November 27, 2010

Besnye cuti 4 hari! :)

Salam..


Rase heaven je cuti dr khamis sampai ahad, tp lusa stat klas la balik. Khamis tu hr berjoli2.. Semalam hr memasak2, hr ni memasak gak pas2 dok lepak2 je kat umah.. Esok may be dah kene tgk pbl sbb aku xstat ag pbl. Membe lain ade yg dah buat kowt. Nti lambat2 buat, khamis nak present ape. Huhuhu


Aku dulu pki henfon  kat bwh ni taw

hey! credit to google :)

Pas2 bile dah almost 3 taon pakai henfon tu aku mule la rs bosan. Tengok org pki henfon baru yg canggih2.. camera smpi 8 megapix sume, bole main internet guna wifi sume.. Rasa cam bes je.. Padahal henfon pink ni elok lagi mmg xde masalah ape pon.. Cuma camera die hy 2 megapix, dan xbole zoom..huhu Tapi die tetap comel~

Aku pon mule la usha2 henfon ke sana ke sini... Punye la xtau nak beli henfon yg mcm mn.. Padahal bile tgk kwn2 or org lain punye henfon, tibe2 bole jd kompem nak beli yg mcm diorg punye..hahaha Bile dtg kedai henfon, tgk tu tgk ni... Yg tu fuiyohh, yg ni wowwww, yg tu umang aiii sume blablablaaa Kesudahannya xtau nak beli yg mane.. Sampailah satu hari ni, aku bernekad akn memilih jugak 1 henfon bru sbb ayh nak belanja~ Kalo ngan ayah xbole lambat2..die on time tau? Nak beli brg pon same. Kalo nak beli bnda tu, smpi kedai, tokleh lame2 pilih.. Kalo lame, dipersilakan balik ye adik2.. Nak pikir kat umah bukan kat kedai..kalo dgn ayah la..hehe

Las2... aku beli (aku beli tapi ayah yg bayar :P) yg ni: 

hey! credit to google :)

Hehe.. trime kasih ye ayah! Yg ni limited edition, org kedai tu lah yg kate.. Die partially touch screen (ade ke partial? haha belasahhhh) 
1. Warna? >>>>> Loike (putih smart)
2. Camera? >>>>> Ok! Suke jugak.. 5.1 megapix je.. Ada lagi canggih manggih tapi yg ni pon aku dah puas  hati~
3. Keypad? >>>>> Mule2 rs sgt xbesh n susah sbb keypad die leper je (ok xdelah leper sgt) n xbesa, die tecit2 je.. Tapi makin lame aku makin mahir menggunakannya.. At least, keypad die x rapat2 mcm ade model2 yg tertentu.. So lebe sng nak guna :)
4. Touch screen? >>>>> Henfon ni die detect kuku.. Ada henfon yg detect kulit jari2 kite kan.. Henfon ni peka je kalo gune jari..cume die lebih pick up kalo gune kuku.. haha
5. Wifi? >>>>> Beres! Loike2! Henfon lame xbole maaa.. Tapi still sayang ag.. Xbuang pon lah..
6. Dan ienye nipis. Bagi aku handy lah henfon ni.. Loike!

Untuk lain2 detailed features.. Bole pg google lagi sendiri ye..hehe