Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Wednesday, May 13, 2020

Sky Castle

Sebelum ni aku mmg pernah terbaca somewhere tak igt kat mana, yg drama Sky Castle tu rekod tertinggi dlm sejarah drama kat korea. Sampai lah drama World of The Married tu tayang, rating dia jd bwh sikit. Kira skarang, yg paling top World of The Married lah.

At first, aku x berapa teruja sgt pon dgn Sky Castle ni, tp aku ada baca juga la synopsis dia dekat mana ntah. So aku tau lah sikit Sky Castle ni cerita psl kehidupan orang2 kaya yg berlumba nak masukkan anak2 kat university yg paling top kat korea. Cari tau sbb curious je kenapa rating dia tinggi kat korea. Kenapa org korea suka sgt dgn drama Sky Castle ni.

To be honest, aku sejenis yg lebih suka drama omputeh. For some reason, aku tak berapa minat dgn drama korea sbb pada pendapat aku drama korea ni mcm byk yg cliche pastu jenis yg kita boleh agak perjalanan plot dia. Haha Tapi ada juga lah beberapa drama korea yg aku terjebak juga contohnya Goblin dgn cerita Kim Woo Bin dgn Suzy tu tajuk Uncontrollably Fond eh kalau x silap. Ermm selain 2 tu ada la lg few yg aku terjebak but tak ingat dah apa tajuk dia. 

Since zaman belajar, aku jenis yg layan drama omputeh. Dulu aku die hard fan The Vampire Diaries. Bila habis belajar, aku jumpa The Originals pula. Kira minat teruk juga la sampai stalk and follow insta casts dia apa semua. Korek utube cari TVD dgn The Originals py casts interview, gigih taw mak dulu. Minat py pasal. Kalo yg jenis layan drama omputeh mesti tau kan drama diorang jenis byk season. Kira kalau kau layan drama tu season 1 masa kau study first year, kau sempat habis degree lah baru drama tu habis kekdahnya. Mcm contoh TVD, ada 8 seasons okeh. 8 tahun py perjalanan drama beb! Kau bayangkan betapa lamanya aku angau layan TVD dulu. Hahaha Lepas tu The Originals ada 5 seasons. Kalau beranak, dah masuk sekolah rendah dah budak tu. Lols

Anyways, dek kerana musim PKP ni aku terpaksa mengadakan pekerjaan sendiri memandangkan tak dpt bekerja dgn company bos lg buat masa ni, tak pasal2 aku terlayan Sky Castle. Belum khatam lagi ya, aku sekarang tgh episod 12. Dia ada 20 episod. Baru 2 hari tengok, aku dah sampai episod 12. Eh 3 hari kot. 2 atau 3 hari lah rasanya. 1 episod sejam, kdg2 lebih sikit. Berapa jam sehari aku layan drama ni. MashaAllah sister... 

Masa aku tengok episod 1, aku takde rasa attached lg dgn mana2 unsur yg dia cuba portray dlm drama tu (eleh rata2 drama mmg cemtu mula2 kan). But, somehow aku makin tertarik nak teruskan sbb rasa tak masuk akal yg membuak2 bila tengok part parents yg terlalu taksub dgn grades anak2, terlalu taksub nak anak2 diorang continue apa yg diorang labelkan sebagai 'legacy'. Contohnya, one of the parents ni pakar orthopaedic, graduated from top university dekat korea, SNU. So both the mother and father mcm will do whatever it takes spy anak diorang akn msuk med school dekat SNU. Even nenek budak tu pon siap ugut2 menantu dia spy cucu dia tu msuk med school. Lepas tu, yg annoying nya lg 1, budak perempuan tu pula karakter dia ya ampun.. Sejenis yg, kalau dlm kelas tu, ada budak yg slalu jd top scorer, tapi eksyen dia pon sama naik. Dah la rude, sejenis show off, berlagak pula tu, pandang rendah org lain.. Ish aku mmg alergik lah tengok watak budak perempuan tu hahah. Jadi manusia yg bijak pandai ni bukan masalah, tp attitude tu kalau boleh biarlah seiring dgn kepandaian tu kan, baru sedap sikit mata ni memandang.. Amboih membebel kemain ya? 

Tu my point of view je lah kan. Aku belum habis lg tengok drama ni. Tapi yg buat aku muhasabah diri is, part parents yg terlalu taksub dgn kejayaan anak2 tu lah. Entah, buat aku terfikir mcm mana lah esok kalau ada rezeki aku ada anak, what kind of parent I will be nanti? Actually byk lah jugak pengajaran yg kita boleh ambil drpd drama Sky Castle ni. Another thing is, aku rasa faktor umur pun ya juga buat aku tertarik dgn drama ni. Kalau drama ni hot time aku awal 20an, aku tak rasa aku minat nak layan Sky Castle ni. Sebab cerita ni pada aku sangat dewasa. Aku tak rasa orang2 muda remaja akan minat genre yg mcm ni. Too heavy to process. 

Oke lah. Kena rehat sbb nti nak sambung marathon :P

Annyeong! 



Monday, January 9, 2017

My Kind of Me-Time

Hai and assalamualaikum..

I realized that everything needs efforts so I decided to work on this entry. Probably because suddenly the memory of the beginning of this blog appeared on my mind today. Biasalah bila umur dah bertambah ni, hari2 nak ada flashback masa-masa lalu. Eh, taakk hari ni bukan besday iols. Tapi kot ada nak send gift kita bole pm address. Kah kah kah *ingat lawak ke puiii*

Me-time for me means a productive day, a day when I could entertain my interest and chill out. Oke la kadang2 tak productive sangat pon tapi still me-time la bagi aku. Contohnya hari2 aku cuti yg dipenuhi dgn maraton variety shows dan dengar muzik. Oh itu sungguh la me-time bagi aku especially kalo minggu-minggu bz banyak appointment kat tempat keja. Rasa macam dapat terlentang dengar muzik kuat-kuat pakai earphones tu habis syok dah weh.

Macam today, aku hang out ngan colleagues kat tempat keja. Movie time!!! Last tengok movie dengan girlfriends tahun lepas. Tapi tadi kitorang tengok cerita yang tak berapa hit, tajuk dia Icebreaker. Bole lah kalau jenis mudah terhibur macam aku. Layan jugak la suspen2 pasal iceberg dia real gilaa. Bikin berdebau la juga sikit-sikit.

Sempat sambar dua helai baju tengah sale pre-CNY dekat Brand Outlet. Suka hati je pre-CNY. Hehe Btw aku suka style baju-baju dekat BO. Rasanya lately mmg byk baju-baju aku beli kat situ je. And semua time ada SALE! Itu yang penting.

Oh. Tadi aku try sushi kecik2 yg jual kat food court AEON tu. Seketul RM 1.50. Aku amek perisa timun ngan salmon amenda ntah. Dah jatuh centa pulak dgn benda alah tu. Macam terasa pulak lagi kat anak tekak ni sushi tu. Dia macam kimbap kan? 

Balik umah haruslah seround nasi my mother masak. Feveret forever and ever tuh.

Aku sbnanye ingat nak cari contour atau shading pallet. Korang mesti tau kan Maybelline punya contour duo stick tu? Ha aku dah beli yg tu. Tapi aku nak cari yg powder form sebab... Emm sebab tengok cam best je beauty youtuber guna bronzer/contour yg powder. Haha Senang betul terpengaruh.

Anyway, I ended up buying this concealer stick by Essence. Oke jugak not bad. The texture is smooth senang nak blend despite that it's a cream stick. Macam Maybelline duo stick tu honestly dia agak dry in terms of texture, jadi for me who's dealing with dry skin ni agak mencabar la nak blend the product without making it looks cakey.

Lepas tu, concealer stick tu RM 10.90 je uols. It's quite good for the price. Sorry la aku mmg cheapskate sebenarnya. Nak beli Tarte punya concealer tu memang takde la. Mahal. Dapatnya cenonet je brape gram. Tapi aku tau memang bagus la Tarte tu. Heh. Sape byk duit terlebih bole la pergi cari kat Sephora. Lagipun, Melaka mana ada Sephora. Sobs~

Last few months aku ada cerita kat sini aku beli Rice Water Bright Cleansing Water ni kan? Aku punya dah nak habis. May be sisa tu cukup utk padam lipstick je kot.

I've been loving this cleansing water since the first time I used it! Senang je nak remove make up guna ni, memang bersih la semua foundation tu. I loike! Lepas tu, bila muka dah kering and kulit dah absorb the product kan, nampak macam glowy and moist je muka. Hihi Tapi aku cleanse lagi sekali dgn cleansing foam la. Double cleansing uols~ Cumanya cleansing water ni tak sesuai guna utk remove eye make up guys. It stings! 

So, utk eye make up, aku guna Body Shop niha.

Dia memang gentle taw sebenarnya. Rasa sejuk je mata ni and bersih la semua eyeshadow even waterproof mascara. But lately aku rasa pedih-pedih sikit guna remover ni. Heran jugak. Mata aku semakin sensitif ke apa ni?

Rupa-rupanyaaaaaaaaa

Dah expired!!!

Beli masa aku dok Indonesia dulu. Punya lah lama aku guna remover ni. Pasal dia memang best and soothing. Sekali dah expired since last year. LULS Sekarang ada jual lagi ke tak remover ni. 

Lepas remove make up and cleansing, sapu toner sket lepas tuuu.... It's masker time!!!

Patut ke aku buat haul post next time? Mana la tau kot lepas-lepas ni aku ada terborong lagi dekat Face Shop or Etude House.

Masker BIO-CELL yg atas ni promoter Face Shop yg recommend. Dia kata sekeping sheet mask ni sama dengan 3 keping regular sheet mask. Price belas-belas ringgit la sekeping lupa pulak. Aku pon beli lah 2 keping that day, saja nak try. Mana tau best.

Miss promoter tu bagitau ada sejenis bunga dalam ingredients mask tu yg nama madecassoside tu die mmg khusus utk soothing, especially masalah kulit sensitif macam aku yg ada mild eczema at certain area on my face. Jadi, aku dah cuba lah mask ni. And memang bole rasa beza dia. 

Satu, the mask itself feels different. Dia very thin and gel-like texture. So bila tepek atas muka memang fefeeling "mask mahal" tu ada lah. 

Kedua, part eczema dekat atas mulut aku rasa soothing and tak pedih. Yg ni aku mmg happy sangat sebab sebelum ni biasanya aku kena potong mask kat bahagian atas mulut tu sebab pedih kalau terkena mask. You did a great job with this mask, Face Shop *clap hands*

Ketiga, muka rasa well hydrated, moist, and nampak plump and glowing sikit-sikit gituuu... Best! Cubalah! Aku rasa berbaloi BIO-CELL mask ni. Walaupun quite pricey for a piece of face mask, but I believe the ingredients worth it. Kak Nora bagi 9 bintang. Lagi 1 bintang tu kurang sebab lupa nak letak mask dalam fridge sebelum pakai. Kalau tak, mesti laaaagi soothing.

Terlalu semangat mencuci beauty blender sampai terkoyak. Tsk tsk Baru perasan tadi. 

Aku lately suka apply foundation guna beauty blender yg dah dibasahkan dengan air. Macam lagi senang nak blend, lepas tu less cakey. Itu may be kulit aku la kot. Sebelum ni aku guna beauty blender gitu je, so sekali try guna cara lembapkan beauty blender terus syok dengan hasil dia.

Yg aku pakai ni Cathy Doll punya. Aku memang recommend lembapkan dulu baru apply foundation sebab kalau kering die keras sket. Ada jual dekat Guardian kot, harga rasanya RM 16 kalau tak silap la.

Selang-seli menaip dengan dengar muzik, last-last siap pon karangan. 

Nampak tak BTS telah men-conquer playlist aku?

Oke dah tak de benda nak cerita.

Nunyte!

Thursday, October 15, 2015

Cerita Semalam

Salam.. hai all

Semalam kat spa, ada la manager drpd branch kat KL ke Selangor tu die bgtau ada VIP guest nak buat treatment voucher. Beriya staf tunggu kan.. Tak lama tu manager tu call lagi bagitau guest tu lambat another half an hour. Okay.. kitorang tunggu lagi, siap minum milo la makan maggi la takut lapar time buat treatment. Luls

Sekali manager tu call lagi cakap rupanya guest tu nak pg branch yg dekat KL. Ceytt.. Colleague aku dah siap panaskan herbal ball dah. Prepare kot guest tu pilih nak buat herbal ball ngan balinese/therapeutic kan.

Tapi ada hikmahnya... Yaitu, aku dapat belajar ear candle semalam! Yeayyy

Ooopss terseksi pulak gamba model ni.

Macam ni lah rawatan ear candle. Tapi lilin aku guna kat spa kaler hijau.

Ear candle ni rawatan alternatif utk improve general health, terutamanya to improve airstream balance dalam kepala kita, bagus untuk orang2 yang ada migrain, ada masalah susah tidur.. Pastu kan, ada org kan ada masalah taik telinga keras susah keluar, ada yg sampai memerlukan bantuan medik utk kasi keluar taik telinga tu. If ada peluang, boleh try ear candle ni sbb die bantu sedut kotoran2 dlm liang telinga kita.

Macam best kan?

Bila training kat spa ni, aku teringin nak explore spa2 lain . Dah pasang niat dah one day nak try treatment kat mana2.. Huhu

Wah entri ilmiah hari ni!
Carandaaaa!

Thursday, May 14, 2015

Fangirling is so weird

Aku tak pernah amek inisiatif utk buat survey kat belog ni utk find out majority readers kat sini umoq brape, gender apa, bla bla bla. Nanti kang hasil survey bole divide jadi 50-50 je karang facepalm sendirik. HAHAH

Tapi aku ada la tengok blogger2 lain buat survey kat belog diorang. Cam best jugak tapi takpe lah.

Aku tak tau la korang, tapi aku daripada zaman skolah mmg dah ada penyakit ni.

Penyakit "fangirling".

Teringat masa lower form, zaman2 hiphop baru nak naik kat Malaysia, aku minat gila kat Ruffedge ngan VE. Zaman tu zaman walkman. MP3 apa sume blom wujud lagi. So kerja aku mengumpul kaset album artis2 yg aku minat. Aku rasa mostly album Ruffedge aku mmg ada kot. Diorang punya compilation album yang feat VE pon aku ada. Muahaha

Aku dulu budak KAA. Budak kelas pompuan and blaja bahasa Arab. Tak nahan kau hapal lagu rap Tipah Tertipu waktu tu. Orang duk mengapal pelajaran aku duk beratib lagu Ruffedge.

Kalau ingat2 balik memang lawak je rasa.

Punya la minat dulu kat Ruffedge siap simpan gambar diorang dalam purse. Hah dapat kat tuan haji, amek kau die renyuk-renyukkan campak kat lantai. Punya tacing perasaan aku waktu tu. Tu lah yg aku pon gi eksyen kat ayah gambau Ruffedge lam purse aku wakpe. Mintak sangat...hah mendapat lah. Padan muka aku.

Masa diorang muda ni. Awal2 tahun 2000-an ni aku rasa. Ni cover album diorang, time ni ada Mode. Lepas tu Mode keluar ganti ngan ape ke nama brader tu lupa pulak.

Bila besar sket, aku duk menggila lagu omputeh.

Zaman stadi dulu aku sempat minat kat One Direction kejap. Time tu diorang baru2 jugak keluar X-Factor. Dua tiga jugak album diorang aku kumpul. Lepas tu makin lama diorang makin femes. Femes yang tak terkawal dah. Aku pon jadi tak minat sangat mcm memula diorang nak up dulu. Tapi now still layan gak lagu diorang. Lagu baru diorang yg Night Changes tu best gak. Sesuai nak bawak berkaraoke pasal tak susah nak nyanyi. Boleh?

Bila dah menua niha, beralih arah kat K-pop pulak. Apa cerrrr??

Tu la sebab aku cakap fangirling is weird. Dia macam bole create satu dunia tersendiri yang hanya org yg ada the same disease je yg bole paham.

Sebab apa, aku dulu punya la menyampah tengok adik pompuan aku layan korea. Siang malam korea, tak muak ke kan?

Tapi skang aku pulak yg follow kpop music charts. Kemain kauu..

Ada banyak sebab sbnanye aku suka korea skang. Muzik diorang best, culture diorang menarik, bahasa diorang menarik, negara diorang cantik n bersih, pastu the way diorang promote their country through TV programs mmg berkesan. Bukan nak cakap la, tapi TV programs kat Korea sangat dipenuhi dgn knowledge sbnanye. Entertainment mmg entertainment purposes, tapi di sebalik tu ada je bnda2 yg kita bole take it as knowledge. Personally aku rasa rancangan TV kat Malaysia ni still ada kekurangan dari segi tu. I know Malaysian TV programs will progress but yeah, just saying tho.

Amboi cek kak berucap kalah Tin Semah. Ohok ohokkk

=P

And aku nak tunjuk video ni.




P/s: Subtitle takde, agak-agak je ah diorang cakap apa. LULS

Aku ingat orang biasa je ada tebiat mcm ni kat karaoke. Retis pon have fun at karaoke place this way rupanya. Dah macam kena masuk hantu je.

Siapa pernah nyanyi lagu Awie "Di penjara Janji" kat karaoke?

There's no other way except to sing it just like Doojoon did in the video. Bila aku tengok video ni mesti aku teringat kat geng2 karok aku. HAHA

Bila weh nak karok camni lagi?

Rindu ah.

Tuesday, May 12, 2015

Bucket List

Hye!!

Ekceli aku ni takde la properly set bucket list yg aku nak buat mcm org lain yg kalau boleh they want to do it at least once before they die. Tak pon, just kadang2 aku memang rasa cam bestnya kalau dapat buat benda2 yang RARE. You know what I mean.. kan kan?

Untuk position aku skang, memang belum layak la nak masukkan dalam bucket list nak bungee jumping kat highest mountain kat Europe apa sume. Puhahahhakk Tetibe cam nak tergelakkan diri sendiri je baca aku taip tadi.

Tapi kan, antara benda yg aku teringin is, nak experience one of the greatest amusement park in the world. Aku kat umah suka tengok chanel 701-707. Dalam chanel2 tu selalu la ada cite2 pasal life, travel, buildings, and ada la salah satu tu aku lupa tajuk die tapi die pasal ride2 yang paling gila la yg ada kat amusement park kat Europe la mostly. Yang tak terbayang dek kepala otak aku pon ada rupanya manusia cipta. Dah rupa patung aje aku tengok orang ramai kena lambung sana banting sini. Seriau tapi dalam hati sbnanye mcm curious about it.

Dulu kat Indonesia, aku pnah la twice kot jejak kaki kat amusement park. Jakun gilaaaa wahahahaha. Ye lah festaim kot aku gi amusement park, tu pon kat negara orang. Kalau kat mesia nak cari amusement park celah mana weh, aku dah la duk kampung je ha..

Lepas tu, lagi satu ni kalau aku cite.... ermmm.. Oke lah. Nak gelak kat aku suka hati lah. Sbb aku pon gelak sekali kot.

Ermmm... Aku teringin nak sky diving.

(omaigad ridiculousness overload!!)

Macam ini yg aku mahu.

Aku ada kenal someone yang suka extreme sport and die kenal one of sky divers profesional kat Malaysia! How cool is that? Sebab kat Malaysia ni ada berapa kerat je sky divers weh. 

Dia kata kat Johor ada kalau nak, dalam RM1500 kot sorang. Tapi mungkin jugak dah ada GST ni dah lain harga die. Haha

Pasal apa aku rasa angan-angan aku ni ridiculous, sebab my height is actually below average. Wuwuwuwu Dari zaman skolah dalam mana2 komuniti aku mesti yg paling renek, kalau tak yang second paling renek, kalau tak nombol tiga paling renek. Ini diskriminasi by chromosomes la nih. Tak aci bagi org yg berhati besar mcm aku ni dapat ketinggian yg tak besar.

Aku tak tau la diorang ada limit tinggi ke tak, tapi biasanya bukan sukan extreme ada limit berat and tinggi ke?

Nak dijadikan cerita, akhirnya semalam aku dapat jugak gi sky diving.

DALAM MIMPI.

Hahaha yessss. Bucket list dah tercapai. At the age of 24 y/o, I managed to do sky diving.....in my dream... LULS

But it felt soooooo real.. Rasa mcm perut tertinggal and angin udara yg kuat tu mcm real gilaaaa...

Yang kelakarnya, siap boleh buat formation lagi atas udara. Entah sape2 yg aku sky diving kat atas tu pon aku x knal, alih-alih bole buat formation. Time bila practice formation tu pon aku xtau.

Ni siapa pulak pg sky diving bawak pet ni. Ada yg kojol sebelum sampai darat ni kang.

Engkorang plak, what's your bucket list?

Sunday, April 19, 2015

Ngedate dgn Mek Champ (bukan nama sebenar)

Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku gi sleepover kat umah membe baik aku kat Pilah. Membe2 aku kan semuanya hosmen2 belaka, so nak taknak kalo nak jumpa kena la gi dekat2 area sepital jugak. Ceh. Tu pon Champ ni die dah pindah keluar dari kuarters sepital. Kalau tak jawabnya aku kena masuk jugak la tempat nostalgia yg tragis itu. Haha

Champ ni belajar sama uni ngan aku kat Jakarta dulu. Dia ni sbnanye ex-schoolmate aku kat Sains Muar. Dan sbnanye die duk dorm sebelah dorm aku je pun selama 2 tahun skola kat Muar tu. Die ni classmate kepada dormmate aku waktu tu. Sebab tu la aku bole ingat die waktu jumpa kat KLIA time nak gi Jakarta tahun 2008 dulu. Kau ingat tak time kita jumpa kat KLIA tu champ?

Dulu kat skola aku weirdo. Takde geng, suka jalan sorang2, tak banyak cakap. Suka buat hal senirik. Tak suka bersosial sangat. Tak caya tanya Champ. Kan Champ?

Kat Sains Muar dulu, sbnanye bole kira ngan jari berapa kali aku pnah bercakap dgn Champ. Ntah2 sbnanye tak pernah pon bercakap ngan die. Tu duk dorm sebelah2 je tu. Punya la tak bersosialnya aku dulu. Hihi

Tapi kat Jakarta, bertahun aku sama rumah sewa ngan Champ ni.

Disebabkan aku mmg kenal die sebagai panggilan "Champ" since skola lagi, aku tak reti nak panggil die ngan nama sebenar die. Kesudahannya nickname tu lekat kat budak2 uni aku. Haha Majoriti panggil die Champ jugak mcm aku panggil die. Yea, thanks to me, nickname skola ko lekat sampai zaman university.


Jumaat malam Sabtu tu kitorang gi lepak kat AEON Seremban. Karok sampai pengsan. Menyempat la dinner bawak ke supper sekali kat tmpt karok tu. Heaven beb kat situ pasal die provide buffet utk customer. Segala tok nenek dari nasi ke lauk2 ngan pasta la porridge la sampai ke dessert semua ada. Memang kelaaaasss. Dah rupa org tak pnah jumpa buffet pulak asek muka aku je amek makanan kat situ. Kebetulan mmg perut tgh lapau nak mam. Setengah jam awal tu Champ je yg nyanyi. Aku sibuk mentekedarah. Hahaha


Ni esoknya gi tengok wayang plak kat mall baru kat Seremban. Apa ke namanya, Palm Mall kot. Pon heaven jugak sbb tempat baru, maka tak ramai orang. Mall ini kita yg punyaaaaa. Gitu..

Shawl H&M grid tu aku beli ngan kawan baik kitorang jugak, owner blog Azie Azra. Kenal tak? Gi la usha belog die, ada link kat sidebar aku. Dia jual macam2. Handbag Mango pon ada. Bole juling mata wa cakap lu. 

P/s: Thanks Azie, tqa suka gila kot shawl2 azie. Semua sedap pakai.


Aku tak follow Fast & Furious dari yg first tu, tapi yg Fast Furious 6 aku tengok la kat Indon dulu. Kira tau la jugak sket2 pasal cite ni kan. Tapi Fast & Furious 7 ni best gilaaaa. Sikit pon x boring. Pakej semua actor and actress kat dalam tu aku suka. And stunt action die thorbaikk. Standard la cite omputih mmg action diorg mcm real kan sume. Pastu part ending die tu mcm tergugat jugak la emosi aku sebab die buat tribute utk Paul Walker sket kat hujung cerita tu.. Sob sob Tak sangka kan si Paul tu dah takde. Muda lagi tu.. :(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni aku mcm biasa la main kuiz kat internet.

Unique charm ye kau kata? Ala cakap je la aku pelik. Hmmmphh

Banyak kuiz2 die kat website ni. Try ah. Tapi kan.. Alamak siot btol lah. Aku tak ingat plak nama website ni. Boleh?

Sbnanye aku nak main kuiz2 lain banyak lagi kat website ni. Tapi hari tu aku klik pon kat news feed fesbuk aku sbb ada org share result kuiz die. Eyy hampehh

Takpe lenkali kalau aku dah jumpa aku stori lagi.

Oke ah. 

Till next entry. Bai!

Tuesday, April 7, 2015

Pengalaman Berubat Kampung

Assalamualaikum readers..

Tak jawab dosaaa.. jawab sayangg..
Ohok ohok tiru Kak Maghia booooo

Takpe, iols pon fans Kak Maghia jugaakkk. Sep skett.

Emm.. dulu kan waktu aku kecik, aku pernah kena satu penyakit berjangkit ni. Dia mcm chicken pox, tapi orang kampung aku panggil cengkerik. I remember that infectious disease as "cengkerik" until now. Still can't be sure what was it actually. Amenda eh? Apasal la aku xbole figure out penyakit tu. Hish.

Maybe sbb waktu tu kecik so mcm x clear sgt ingatan aku. Tapi kemungkinan besar cacar air. Sebabnya, aku ingat ada bullae.

For those yg x sure bullae tu apa, bullae tu macam gelembung2 kat atas kulit yg dalam dia ada air. Tu pasal la nama penyakit tu cacar air. Cacau org melaka kata.

Alamak aku dah google dah gambau bullae tadi tapi yg keluar sume extreme2 mcm penyakit Herpes tu. Nanti ada yg terloya-loya tekak pulak orang tengok gambau aku tepek. Tak jadi la tepek.

Aku ni pon da lama tak hadap keadaan2 extreme which I used to face every day before this, so sekali sekala tertengok gambau tangan putus kat internet pon bole terkejut juga dibuatnya. Padahal dulu experience aku macam2, I'd seen everything from the early stage of human's life until the more than a week dead body. Aku dah pernah experience semua tu. But please don't make me to face them again. Hahaha

Anyway, berbalik kepada cerita penyakit cengkerik tu, tu lah rasanya pengalaman first berubat kampung yg aku ingat waktu aku kecik. Sebelum tu, aku rasa pernah family bagitahu yg aku pernah pergi berubat ngan nenek mana entah sebab tercekik tulang. Pelik-pelik je kan.. Zaman dulu le katakan.. Tercekik tulang bukannya nak pg jumpa dokter..nak jugak bawak kat org yg diiktiraf pandai kat kampung. And mcm mana ntah orang tu buat agaknya akhirnya tulang tu dapat jugak dievakuasi. Or mungkin selamat masuk ke saluran pencernaan dan keluar semula sebagai al-tahi.

Yg nenek yg aku berubat cengkerik tu pulak, aku ingat die pakai kemenyan. Menimbulkan efek mistik je kan pakai kemenyan? Hurmm.. Rasanya bukan aku sorang je time tu, pasal die berjangkit, memang aku and adik2 aku pon kena cengkerik tu.

Aku ingatkan tu lah last aku akan experience berubat kampung.

Rupanya last year, aku berjodoh pulak dengan sorang nenek kat Pahang ni. Ada la something happened last year yg buat aku macam x semangat hidup sket bla bla bla so family aku bawak aku gi jumpa nenek ni.. Tapi nenek ni style Islamic la. Start daripada aku sampai rumah die tu saaaaaammmmpai aku nak cau pon mengaji sembahyang je keja die.

Waktu aku sampai tu takde la siang sangat pon, kira before Zohor jugak la. Tapi rupanya dah ramai orang kat living room rumah die tgh tggu turn. Gila lah penangan nenek ni sampai beratur org nak jumpa die.

 Sebelah kiri living room tu ada bilik nenek tu duduk semayang n mengaji. Kat bilik tu la orang akan masuk jumpa nenek tu one by one. Macam klinik pakar okee.. Cuma takde amek nombor je. Pepandai la memasing atur giliran kat situ.

Kat luar bilik tu ada banyaaakkk gila botol2 air orang letak semua bernama n ada yg siap beralamat no telefon bagai. Ala biasa lah kan kalau berubat tradisional mesti bawak balik air doa buat minum mandi apa semua.

Yg penting bukan style camni oke.. Mintak simpanggg

Lama jugak ah aku tunggu turn kat umah nenek tu. Kira aku balik tu dah petang la.

Sebelum turn aku rasanya ada akak tu bawak anak kecik. Mungkin tengah pantang pasal aku ingat mak nya duk berkain batik lagi. Ada jugak akak tu datang tengah sarat ngandung. Aku je yg datang bujang trang tang tang. Datang lenggang kangkung bawak anak tekak je.

First aku masuk jumpa nenek tu sesi cerita masalah la ape sal datang situ kenapa sume bla bla bla. Pastu nenek tu kata oke silakan tunggu di luar, nanti die panggil lagi sekali. Aku ingatkan lps jumpa tu bole terus balik rupanya kena tunggu lagi. Sempat la aku tergolek kat living room die.

Nenek tu semayang pastu aku dengar la die baca surah2 macam Al-Rahman, Yaasin, Al-Waqiah and apa ntah lagi lupa pulak.

Lepas tu bila kali kedua nak jumpa nenek tu tetibe je rasa cuak. Tak banyak la tapi ada rasa mcm cuak sket. Pehal ntah.

Pastu nenek tu buka kitab die. Dia ajar aku satu doa ni suh amalkan. Dia kata tu mcm pendinding la dulu siapa entah die cerita amalkan doa tu selalu as pendinding. Aku pon snap la gamba ayat tu and mmg sampai sekarang aku still baca jugak ayat tu.

Lepas tu nenek tu kata la kat aku yg dia saspek aku ni mcm ada "gangguan" sket. Wallahualam lah benda tak nampak ni kan. Tapi you know org yg rajin ibadat dekat dgn Allah ni kadang2 ada la special Allah kasi die kelebihan yg kita tak tahu kan. Waktu nenek tu cakap camtu aku mcm xtau la nak rasa apa. Aku dengar je la apa die cakap. Tapi nenek tu suka cerita jugak, ada la die cerita pasal orang kaya mana ntah bla bla bla. Haha sempat pulak tu.

Yg aku paling tokle lupa is nenek tu ada suruh aku baring lepas tu dia sapu air kat perut aku and baca doa. Then die suruh aku duduk pastu die pegang ubun-ubun aku and baca doa. Aku tak tau la apa benda sbnanye tapi waktu die pegang ubun-ubun aku tu and die tiup tu aku rasa mcm nak menangis sangat.

Aku xtau la nak explain tapi die mcm rasa sayu ke apa xtau la. Yg penting aku ingat time tu aku rasa nak nangis tapi aku fight jugak sampai la nenek tu habis doa, aku berjaya tak nangis time tu.

Balik drpd rumah nenek tu, ada la die bekalkan air doa apa semua. So far alhamdulillah takde perubahan drastik ke apa ke cuma otak aku rasa ringan sket and lebih tenang.

Lagi satu aku ingat pasal nenek tu, muka die ya Allah bersiiiihhhh.. Nampak la muka orang yg rajin sembahyang and inshaAllah dekat dgn tuhan. Bila aku tengok muka nenek tu baru la aku macam takde nak fikir negatif. Hihi

Sebelum tu aku sbnanye mcm curious jugak berubat cmne la ngan nenek ni apa sume tapi bila tengok nenek tu, tros rasa oke lets do this. Luls

Tu la my experience yg probably will be something that I won't ever forget.

Entah2 ada antara korang yg kenal ngan nenek tu kan? Kem salam die kalau kenal eh.

:)

Tuesday, March 31, 2015

Kuiz

Aku selalu ada masalah nak describe pasal diri sndiri bila org tanya. Bila aku kena explain utk menjawab soalan org lain aku tend to jadi vangang sket nak jawab eventho soalan tu pasal diri aku sendiri. Tapi bila aku bercerita, at random times laju je semua keluar. Penyakit kot.

Last few days aku ada buat kuiz kat website apa ntah namanya. Alah biasalah kat Facebook diorang ni macam2 ada. Jual spenda pon ada kat Facebook tu. Meluas sgt skop maklumat die. Maklumat yg merepek penipu pon berlambak. Sama-sama lah kita bijak memproses dan menerima maklumat yg org sebarkan kat Facebook tu ya.


"...meant to guide the world with your words". Wah bedevaaass kebabooo gitu ayat die. Saje je aku nak tgk apa kuiz ni analyze occupation yg sesuai dgn aku based on my answers.

Realitinya, aku memang suka menulis. Tapi menulis style mcm ni lah. Bukan menulis benda2 yg ilmiah yg berpandukan hasil thesis dan buku2 tebal ya. I do enjoy writing but I can't be sure that I always write about useful things. 

Honestly, tak nampak celah mana aku boleh jadi penulis profesional. Tapi takpe lah. Aku terhibur dgn hasil kuiz ni. Hahah

Lagi satu kuiz aku buat ni pasal picture story telling. Dia akan suh kte interprate gamba yg dia bagi then pilih jawapan mengikut apa yg kita fikir bila kita tengok gamba tu. Ada seploh soklan kena jawab.

So at the end of the test, I got....


Hurmmm.. Ada hantu ke ek tolong analyze kan jawapan orang2 yg jawab kuiz kat website ni ek? Sebab sebenarnya banyak jugak ayat-ayat die yg mcm betul. Aku tak kata totally betul ya. Not like 100%, tapi ada yg macam betul.. Gitu.

Lepas tu, aku excited and jawab another test pulak..


I am 68% emotionally stable yaw.. Oke lah tu lebih 50%, kira tak fail la ni kan. Tak payah resit. Kah3.

Agak-agak the other 32% yg tak stable tu mengganggu tak jawapan2 aku kat kuiz2 yg aku buat sebelum aku buat kuiz ni? Oh, crap.

So how am I gonna know the truth if it's like this?

Orang lain macam aku ke ek?

Sometimes aku rasa aku terlalu banyak berfikir. Tapi tak reti nak suruh otak tu slow2 fikir satu satu. N otak aku sentiasa berfikir lompat-lompat. Sampai kadang2 aku terlupa benda yg previous aku tengah fikir yg sebenarnya lebih penting drpd benda yg aku tgh fikir. Kalau korang paham la apa aku menceceh ni.

Macam semalam sebelum tdo, aku fikir pasal makanan ape yg aku nak makan kalau aku pg majlis barbeque. Luls. 

And the last thing that came into my mind before I passed out was...... SWEET CORN.

Sebelum aku betul2 tak sedarkan diri tu (into deep sleep), aku boleh teringat pasal Harry Styles sebab die suka makan sweet corn. Boleh?

Aku tau sebab few years ago aku follow 1D punya video diary kat Utube.

Takpe, nti ada pasau malam aku nak cari jagung kukus.

Good food never dissapoint living things you know.. Hihi

Sunday, March 29, 2015

Sungguh Mengada

Heyyy....

Dua hari ni aku mencari pasal dgn diri sendiri. Tulah gatal lagi nak tengok cite horror. Kau ingat kau berani sgt ke makcik oi?

*penyesalan tak bertepi*

Semalam aku boring2 aku search la cite2 yg berunsurkan kesaiko-an yg ada unsur2 thriller gitu. Pastu aku bernasib baik sbb cite yg aku tgk tu cite tahun 1994. Apa lah sangat zaman 90-an punya film effects kan. Banyak part takde background sound pon so kdg2 aku rasa mcm tengok the making je. Aku terbayang cameraman ngan sound director sume ada kat depan set tu. Wah kengkonon aku pon terlibat la tu ngan shooting. Jadi tukang siram air kat atas bumbung time scene hujan. Mbahaha

So overall cerita yg semalam aku tengok tu bole handle lagi la keseraman die. Tajuk Silent Fall aku rasa kalau tak silap. Nak tengok pi ah search kat Utube.

Sekali hari ni aku tak bernasib baik. Aku terjumpa satu cerita Philipines ni, cite ni dalam bahasa Tagalog la tapi ada subtittle English.



Cis. Nasib baik aku tengok time siang.

Aku tau sbnanye cite2 saiko n antu style klasik cmni mesti seram punya. Kan betul.

Cuma satu benda aku tak puas hati dgn cerita ni. Pelakon2 die apesal sume lawa2 hensem2? Macam kompius je aku nak sakit hati ke tidak ngan laki saiko dalam cite ni. Actresses die pon sket punya cun.

Lepas tu, bila part last2 tu sbnanye aku mcm tertanya2 jugak sbnanye polis tu kena posessed ngan roh laki saiko tu ke atau pun mmg die lah laki tu. Sbb bila budak pompuan tu dapat diselamatkan n time orang tanya2 tu die jawab mcm die tu sbnanye the other girl yg ekceli dah kena bunuh lama dulu. N part polis tu jalan pastu die tgk budak pompuan tu pastu kejap muka laki saiko tu pastu muka polis tu.. Ha kat situ aku kompius.

Haha spoiler alert to those yg nak tengok cite The Road ni.

Tengok ah. Best jugak bagi aku.

Eh, siapa tahu cmne nak ubah email address kat akaun Nuffnang eh? Hari tu aku ada hantar ticket kat Nuffnang nak tanya cmne nak tukar email ni. Sbb kat setting tak jumpa pon option nak tukar email. Sobs

Mengada nau nak tukar email pon hantar ticket kat Nuffnang. Ingat org tu takde keja lain gaknye nak melayan soklan remeh-temeh aku kan?

Hoih cepatlah hilang efek cite saiko ni woi. Tak larat otak aku nak layan.

Thursday, March 12, 2015

Paip

Assalamualaikum..

Hari ni aku stress sebab paip shower kat bilik air bocor so shower tu punya air jadi slow. Gggrrrr... Kompem smpi nak tdo kang pon aku duk memikirkan pasal nak beli paip baru. Hmmphh

Itu hari aku keluar tengok wayang. Saje gedik sbb da lama tak tengok wayang. Aku tengok kat social media org kata cite Kingsman best. Terpengaruh pulak nak pergi tengok. 


Ups. Kantoi cite 3 hari lepas. Ahakhak Mmg ingat nak update hari tu lepas tu diserang intoksikasi vitamin "M" pulak. Makanya tonight baru nak bukak cite.

Aku tengok sengsorang je cite ni. Mana ada kwn sgt dekat Melaka ni. Aku kan asek merantau je keja dari zaman skola lagi. Kawan2 byk yg jauh2. Nak ajak jiran plak... Oh aah ek, aku lupa plak aku ada option ajak jiran that day. Halal lah dah tengok dah pon. :P


Hah aku tengok cite niha la. Boleh tahan cite ni. Aku kasi 4.89 bintang. Aku rasa die punya gadget2 dlm cite tu mcm lagi cool drpd James Bond at some point. Kreatip gila producer filem ni. Lepas tu tang pompuan yg kasut die tajam mcm pedang tu cool gila kot. Dia sbnanye kudung kaki aku rasa n die one of the bad guys la dlm cite tu tapi aku still amazed dgn konsep kaki pedang tu. Uwaaa bole melopong jugak tgk. 


Orang kata ape tu, alang2 menyeluk pekasam biau lah sampai ke lengan. Dah alang2 lalu Jco ni, apa kata singgah kan. Puas hati aku dapat hazelnut latte. Sampai menjilat penutup kau. Sebab ada caramel melekat kat penutup cup tu. Kakakaka Sakai tak hingat.


Tadaaaaa.. Ce teka apa yg tak sama.

Atas tu kepala da simetris, yg bawah tu kepala tak simetris. Hmmm betul jugak tu.

Yg gambau bawah tu dgn spek lama, atas spek baru. Aku mcm dah hooked up dgn frame plestik. Mungkin kalau umo aku panjang, lepas2 ni pon aku akan pakai frame plestik je. Sbb frame plestik ni takde byk songeh. Dia x elastik mcm certain frame yg bole terbengkok tu. Die tak fragile so kalo terpelanting jatuh pon probability nak patah tu kecik je. Nak calar pon susah. Warna die pon takkan berubah. Yg berubah lense la mcm spek lama aku tu. Mcm berjerebu aje mata memandang.

Namun, alhamdulillah sekarang tidak lagi. Lepas ni aku da tau psl coating lense. Persoalan misteri aku yg dah bertahun ni akhirnya terjawab. Thanks tu sape ntah orang kat kedai spek tu sbb explain panjang lebau psl coating ngan lense hari tu. Haha

Esok aku ada misi lain pulak. 

Sambung lain kali ya. Babaiii~

P/s: tak sabau nak beli paip shower baru.

Thursday, February 12, 2015

Si "Atiqah Doktor"

Assalamualaikum readers..

Past few days aku privatekan blog ni sekejap sbb nak amek napas. Sambil siapkan entri ni. Bbrp hari lepas, ada satu hari tu aku tgk kat notification berderet friends add kat fesbuk. Lah pehal pulak ni. Diorang ni terpeleot jari ke apa. Sbb sorang pon aku xkenal kat situ.

Lps tu, tetiba ada akak tu inbox aku kat fb bagitau yg ada sorang hamba Allah ni die py fb nama aku lps tu gamba aku n mesej bukan2 kat orang. Akak tu drpd group ibu2 berpantang lps bersalin. So obviously target mangsa makhluk penipu tu semua perempuan la kan.

Tercengang aku baca apa akak tu bagitau aku. Aku sgt berterima kasih la kat akak tu sbb bgtau aku bnda ni. N die kata ksian kat aku n tanya aku elok2, "is that you, adik?". Waaaa thank you so much, sister. Walaupun aku x knal die, n probably die pon sbnanye tak knal aku kan.. Ada jugak org yg tergerak nak inform. Sob sobs

Aku pon xtau mcm mana, tapi akk tu kata ada org letak link fb aku kat komen so that org tau la aku yg sbnar bukanlah that makhluk jahat tu. Hmmmpphh semoga kau berubah lah menjadi lebih baik whoever you are.



Ni lah acc tu. Yg tak bole blah nya, die guna nama betul aku pulak tu. Saiko betul! Ekceli aku rasa aku tau gamba tu mn die dapat. Rasanya dlm entri lama2 kat blog ni. Sbnaunya gamba tu ada watermark blog ni, tapi aku rasa die crop watermark tu. Amboi gigih kau ya.




Akak tu bagitau aku ada mangsa kena tipu ngan makhluk tu screen capture conversation diorg then sebarkan spy takde lagi org kena tipu ngan die. 

Sbnarnya, rasa nak tergelak pon ada. Mmg saiko. Tapi kan...hahaha. Kot ya pon nak menipu, jgn nampak sgt bangangnya boleh? Hahah

Nak check up cancer amenda pakai pm pm je? Aigooo Org nak screening cancer kat klinik or hospital lah, bukan kat fesbuk. Kau nak aku ceramah kan kau pasal pap smear ke? Eyyy

Lagi satu kan dik. Ko nak cek apa tengok gambar panties dgn bra? Luls

Even though doctors mmg terpaksa jugak tengok aurat patients in order to perform physical examinations and stuff, but we learnt about ethics too okay? We do use blanket to cover patient's body. Tolong jgn tak senonoh sgt boleh?

Apa dah takde keja lain nak buat ke agaknya diorang tu?

Tu la ada member aku cakap, I'm lucky enough to know about this. Org lain yg terkena dan tak tau pape tu?

So my fellow readers if you ever seen this fake account, please do me a favor by clicking the block button and report it if possible. Thank you so much.

Ala, bnda ni bole jadi kat siapa2 je.. You know, orang berniat tak baik ada di mana2.

So, last but not least, be careful kat mana2 je ada berada. Stay healthy. Keep smiling.Till next entry, bye bye and thank you for reading.

^___^

Sunday, April 13, 2014

Terbawa-bawa mood santai sbb hari Ahad ^^

Assalamualaikum...
Dan salam satu Malaysia.

Ahah! Nak jugak 1 Malaysia die. Hehe
Hari ni weekend dan hari ni cuaca cantekk.. Korang jenjalan mana je tuu?? Iols duk umah goyang kaki dan layan lagu Taylor Swift, State of Grace. Terpengaruh ngn membe hr tu tumpang keta "red devil" die, die pasang lagu ni. :D

Rasanya dah lama aku tak up entri santai2 pasal diri sndiri kan? Macamkan bz ek? Yelah...bole la tahan. Bz memanfaatkan cuti.. Ewah.

Emmm Sejak dua menjak ni aku asek layan drama Taiwan. Maka demam lah jawabnya. Demam drama cina. Apa pon tak boleh!


Tajuk die Bu Bu Jing Xin. Ataupun bahasa inggeris die Startling by Each Step.

Aku terjebak sbnanye. Aku time skolah rendah dulu minat kat yg baju pepel tu nama die Nicky Wu. Or nama cina die Wu Qi Long. Skang die dah nak 50 tahun. Tua dah kan? Disebabkan cite ni cite zmn dulu2 dan sume laki dlm cite ni menjadi al-botakun, so msti org heran knape aku syok kat Nicky Wu kan sbb tak hensem. Hahah 

Sebabbbb...die hensem kalo berambut, dan muda. *bias bias*

Aku sbnanye google biography Nicky Wu and tgk la cite apa die berlakon sume tetibe ehhhh dah terlayan drama ni pulakkk... Zzzzzzz

Rupanya cite ni adaptasi drpd buku.. Die cite psl empayar dinasti Qing. Ape yg bes psl cite ni is cara diorg gambarkan realiti kehidupan dlm istana tu dr segi adat, protokol, behaviors, dan gaya hidup masyarakat pd zaman tu sangat sangat sangat real.. Aku rasa sepanjang aku layan cite ni rasa mcm immersed sgt dgn kehidupan masyarakat dlm cite tu. But memandangkan aku mmg scr alaminya suka berangan jd mgkn tu menjadi faktor knape aku menghayati sgt cite ni. Huhu

Pokok penting dlm cite ni sbnanye pasal perebutan takhta maharaja dinasti Qing tu. Perebutan antara putera2 bertocang.. Kih3

Hamboiii siapalah yg fanatik btol ni smpi tlg buatkan peta minda (peta minda ke nama die?) kronologi cite ni. Mantap mantapp... *clap clap*

Tapi kan tapi kann 14th prince hensem kan? *hah mula lah tuuu nak fangirling*

Btw, die ade 40 episod, aku baru khatam semalam. Episod2 terakhir (kalo ade yg nk tgk lah hihi) tu dinasihatkan utk menyediakan tisu secukup rasa. Banjir siot..isk isk isk Pandai deme berlakon..


Lepas tu bila aku dah abes tgk 40 episod tu, tetibe terbaca komen sape ntah.. Rupa2nya cite ni ade sambungan die, Bu Bu Jing Qing~ Tapi will be airing on late April 2014. By that time iols dah tak cuti lagi.. Takpe lah, nti kalo die dah abes keluar full episodes kalo aku ade ms aku marathon.

Tapi trailer die aku dah siap tengok dah. Wargghahahakk

Sambungan die ni cite modern plak sbb... Jeng jeng jeng.. Cite ni sbnanye ade unsur time travel~
Tu sbb lah die menepati cita rasa aku. Aku kan suka fantasi. Lulz

Part 2 ni 4 je kot pelakon yg sm drpd part 1. Maharaja, Ruoxi (heroin), 4th prince (buah hati iols), dgn 10th prince. 14th prince takde la pulak.

Hurmmm oh ya. Cuti aku ade lg seminggu je ni. Sedih habaq hang. Surat induksi dh smpi. Iols dah nak start cari pendapatan hidup sendiri. Engkorang tlg doakan yg baik2 ye.. May Allah bless all of you ^^

Tengs sbb singgah sini, jgn serik pulak n jgn malu jgn segan boleh tinggalkan link korang kat ruang komen ya
Bubaaaiiii
^___^

Friday, January 10, 2014

Terjebak


Aku ni bukan boleh.. Salah sket kang terpengaruh.. Boleh bawak ke sawan jugak die punya terpengaruh tu.. Haha 

Nak cite, aku ni baru la dlm 2 tahun terakhir ni da pandai tgk Running Man.. Sejak aku berkawan ngn ade sorg budak ni.. Kalau makan nasi bungkus dgn die kat umah sewa, die rajin la bukak Running Man. Maka aku pon termelekat la layan Running Man siap mintak2 sume episod yg ada simpan lam external hard disc.
Dari episod first aku layan.. Sekarang dah 200 ke brapa episod. Dah 4 tahun dah thn ni Running Man ni. Kan?

Ada la satu episod ni, yg guest die Lee Moon Shik dgn Joon Jin Young, episod 26. Diorang kena main game nyanyi semula lagu international (macam2 bahasa ade latin, cina, mexico..etc) tapi guna perkataan dlm bahasa Korea yg sama bunyi dgn lagu tu. Krew2 akan kasi diorg dengar dulu lagu2 tu pastu diorang akan catat kat kertas apa yg diorg dengar, pastu diorang kena nyanyi semula. Siapa yg nyanyi paling similar bunyi die dgn lagu asal, diorang menang.

Alaa..macam waktu kita kecik2 dulu hafal lagu hindustan.. Main hentam kromo je selagi boleh, kan? Ada bunyi kira orait la tu.. Wakakaka Bukannya paham pon. =P

Aku versatile jgn x tau, sume lagu dulu aku hafal.. Soundtrack drama2 kat tv yg ngetop2 waktu skola dulu mcm Rosalinda, Maria Mercedes, Pangako Sayo, La Usu Padora, Mis Tres Hermanas, El Amor No Es Comolo Pintan (gila bole celen ke tajuk pjg2 cmni aku boleh hapal?).. Dengan cite cina Journey To The West, Fong Sai Yuk, My Fair Princess.. Haaaaaaa Sume tu dulu waktu kecik2 aku bole bersilat nak pg dekat2 tv punya nak mendengau bnda apa org tu nyanyi. Kalau bole gam, agaknya aku dah gam telinga aku dekat speaker tu biau dpt dengau sume bijik butir apa lirik soundtrack cite2 tu..

Beriya-iya aku dulu berangan kalau menyanyi lagu2 yg aku tak paham langsung tu. Haha Tapi kalau apak iols takde la. Kau jgn buat pasal menyanyi lagu2 gitu, memang kena sesah karang.. Oiii apak aku garang dulu waktu muda. Brape kali aku kena sesah dgn die waktu kecik. Sbnarnya die memang tak bagi langsung pon aku tengok cite2 drama kat tv waktu kecik dulu, tapi aku ni bijaksana.. Jangan tengok drama kat umah apak, kita tengok drama kat kampung.. Bila apak keja, die tinggalkan kita kat kampung, maka bolehlah kita tengok telenovela maupun cite Hongkong kat tv. Kalau tak pon, curi2 tengok bila apak tak nampak or takde kat umah.. Nak2 cite Journey To The West tu, apak aku kalau nampak aku tgk cite tu ngn adik2 aku..takde amaran dah, serta-merta dia akan bertempik.

"Cite cina muka babi ni tengok, apa JADAHNYA??!!! Tutup tv ni TUTUPPP!!!"
Memang takde can aa kan.. Sebelum kena sesah lebih baiklah menurut kata. Hehe

Ingat tak cite Thailand ni? Soda and Iced Tea. 
Oh Pataya ku, walaupun nama kau Pataya..sket lagi tukar 't' jd 'p' dah sama taraf dgn buah betik.. Tapi percayalah..rupamu tetap menjadi phoooojaannn hatiku.
*kelip mata kelip mata*
Tapi bila fikir balik, apesal la nama heroin die Atom? Dah la nama hero Pataya. Pataya dgn Atom. Errrr....

Oke berbalik kpd Running Man episod 26 tadi, dalam episod tu ade la scene Yoo Jae Suk nyanyi lagu cina ni dgn fasihnya. Lagu ni soundtrack cite A Better Tomorrow, penyanyi die Leslie Cheung.. Berkali-kali aku tgk part Jae Suk tu. Aku rasa mcm bes sbb die buat aku rasa aku normal. Yelah.. Dulu waktu aku tgh hantu drama2 cina, telenovela, drama Thailand aku pon mcm tu kot.. Hari-hari tunggu cite2 tu kat tv, tak pnah miss..siap hafal soundtrack walaupun asalkan ade bunyi n tak paham sepatah haram pon, tp aku rs syok sgt waktu tu.. Rupanya org femes mcm Jae Suk pon ade penyakit ni jugak.

Maka dengan itu, aku pon terkenalah dampak lagu Leslie Cheung. Lalu aku pon mendownload video soundtrack A Better Tomorrow. Dia ada 2 siri taw. Dua2 pon aku dah download tp yg Leslie nyanyi je lah. Tulah die. Mudah sgt terpengaruh. Jgn bagitahu apak aku taw. Eh.



Dah tak pasal2 aku terjebak dgn video lagu2 Beyond ni pulak... Ah sudah.
Video yg aku tepek kat atas tu bkn penyanyi asal Beyond. Tu Ka-Keung, adik kpd Ka-Kui (penyanyi asal Beyond). Ni konsert tribute utk Ka-Kui.. Dia mati eksiden. Siryesli, aku bukan paham pon die ckp apa, tapi mcm sedih je mcm sedihhh je? Tak smpi seminit aku tgk video tu, aku dah sooott set soot set mcm kan ko paham nau apa die ckp kan? Kah3

Eh tapi sedap lah lagu2 Beyond ni. Slow rock. Biasalah 80 an 90 an pesen2 lagu die. Tapi kena pulak ngn telinga aku.

Ok. Aku nak sambung layan konsert Leslie Cheung pulak.

Bye

Thursday, December 13, 2012

Menghibur hati di kala 12/12/12 dan Life of Pi

Salam and hi to all

Kadang-kadang tak semestinya tarikh cantik, semua yang berlaku hari tu cantik. Ouh tidak. Tak semua orang sebertuah itu. Hew hew

Ada orang buat jenaka ttg filem 2012 tu. Konon-kononnya panitia kiamat mengalami kesilapan teknikal dan kiamat diundur ke tahun yang lain. Jangan buat main kiamat2 ni hadoy. Mungkin they all semua tak percaya ttg hari kiamat so diorang saja berlawak jenaka. Gila. Mcm nak meremang bulu roma ai uols.

So apa yg berlaku pada tanggal 12/12/12 ni kawan2? Apa aktiviti korang siang tadi? How was the whole day? Oke ke tak oke?

Hari ni aku mengalami kepala nyut-nyut sbb esaimen tak siap. Haha Itulah die kalau penghidap kelebihan vitamin 'M' yang dah kronik mcm aku ni mmg slalu ada trouble nak siapkan esaimen. Kalau kena rotan baru nak gigih agaknya. Tapi aku x nak la kena rotan uols. Auch.

Heih apa aku merepek ni hadoy.

Macam ni cite die... Sbnanye tadi aku keluar dgn Azie Azra sbb aku rasa teringin nak pergi menghiburkan hati yang lara dgn berjalan-jalan dan berborak-borak kat mall. Kalau nak harapkan aku pergi menghibur hati dgn acara panjat gunung ke or berkhemah kat hutan ke...mmg tak dapek la kan. Aku indoor orangnya. Mungkin istilah sebenar ialah 'inmall'. Hehe


Teruja nak letak gamba air yg kitorang minum ni sebab warna die menarik n gelas air aku tu unik. Nilah first time aku minum air dalam gelas mcm bekas jeruk. Bila fikir secara cepat, rasa mcm tak senonoh pon ada jugak. Jadi aku pon fikir lambat2 sket supaya bole minum dgn rasa x bersalah. Gahaha

Ouh ye. Kitorang makan kat Ramen.


Azie dapat posting kat Ear and Throat kat hospital yg skarang ni lepas ni. Agak gembira di situ.
Aku: "Bes la azie lepas ni dapat BY lagi...santai.."
Azie: "Hmm...aah. hehe" *buat muka tgh fikir sesuatu*
Aku: *buat muka nak tau apa yg azie fikir*
Azie: "Azie x jaga malam lepas ni. Kalau tqa ajak azie kua, azie sentiasa free...hehe"
Aku: ................

Kitorang tengok Life of Pi.

Siryesli, cite ni sangat sangat sangat sesuatu. Mendalam mesej die. Aku x tau nak huraikan mcm mana, tapi yg penting kitorang enjoy aa wayang tadi. Sampai dah kat lua mall pon masing2 termenung teringat kat cite Life of pi ni. Konsep die simple je. Just nak cite pengalaman seorang budak laki yang survive daripada kejadian kapal karam yang dah meragut nyawa semua penumpang kecuali budak tu, dan empat binatang liar milik bapa die n tikus mondok yang ada kat dalam sampan darurat yang die naik tu. Tapiiiiii....dia punya bermain dengan emosi dan fikiran tu memang top markotob. Dalam betul.

Kitorang tengok yg 2D. Dia ada yg 3D. Konfem bole mabuk kalau aku tengok yg 3D. Dia punya illustration superb!

Rasa mcm nak download cite ni n simpan buat koleksyen aku.

Tulah die 12/12/12 aku. Sesuatu banget.

Cubaan meletakkan gambar muka senget. Seram tak? Har har har

Pergh. Blog jugak yg siap. Esaimen gua tak siap2 gimana sich? T_T

Sunday, November 4, 2012

Lemot

Lemot tu bahasa Indonesia. Lemot tu sama maksud dengan lembab. Yg lembab kat sini ialah broadband aku ni. Ingatkan sebab top up dah nak expired. Lepas top up pon sama je lemotnya. Nang boti nang, kui boti kui. Puii!!!

Hari ni hari Ahad. Memandangkan kitorang berempat dah x jaga emergensi lagi sebab 2 minggu terakhir adalah minggu ujian, so aku boleh la duk bilik je dan bersenang-senang pada hari ahad. Yahoooo!!!!

Ouh, tapi tak begitu menyeronokkan sgt sebab esok kitorang ada post test. Malas nak bukak buku toksah cite ah. Jeling sebelah mata pon idak ai tell u. Over tawwww *eh pesal aku nak menggeletis sgt entah*

Plis dehhh broadband ni, nak pergi kat main page google pon sampai berminit, nak save draft kat blogger ni pon asek kena warning "please try again", apa yg kau lemot sgt ni hoiii??


Tadi kitorang layan cite Insidious ni geghamai kat bilik. Membe aku sorang ni dah tengok tapi die join jugak tengok lagi skali. Aku baru nak tengok cite ni padahal dah lama dah cite Insidious ni.

Aku sbnanye suka jugak tengok cite2 seram ni kadang2, bukan sengaja nak cari benda yg bole buat kita takut tak tentu pasal, tapi saja suka2 isi masa lapang. Haha Dah takde keje benau gamaknya. Baca buku untuk test esok tak nak pulak. Dasarrrr

Oke la cite Insidious ni, tepat la genre die tu, tapi disebabkan aku dah familiar dgn cite2 yg berunsur demon, devil,  and the "other" side of life thing..jadi aku mcm x brape nak suprised sgt dgn cite ni. Tapi interesting tetap interesting.

Mengingatkan aku dekat ada satu cite seram yg tak bole blah ni, tajuk die Raaz. Ye, mmg cite hindustan pon. Tapi seraaaaaaammmmm... Huhu Dia cam banyak adegan2 maksiat jugak (HAHA) tapi the point is, cite ni antara cite yg menepati level seram bagi aku. Dah lama dah cite Raaz ni, aku ingat aku tengok masa zaman2 DVD dulu waktu aku skola..

Cite ni tahun 2002

Baru aku tau rupa-rupanya Raaz dah ada sampai Raaz 3. Tapi aku rasa yg makin kedepan ni mesti makin mengarut. Yg first jugak yg best. Dah pernah tengok?

Try ah tengok. Muahaha!