Tuesday, April 7, 2015

Pengalaman Berubat Kampung

Assalamualaikum readers..

Tak jawab dosaaa.. jawab sayangg..
Ohok ohok tiru Kak Maghia booooo

Takpe, iols pon fans Kak Maghia jugaakkk. Sep skett.

Emm.. dulu kan waktu aku kecik, aku pernah kena satu penyakit berjangkit ni. Dia mcm chicken pox, tapi orang kampung aku panggil cengkerik. I remember that infectious disease as "cengkerik" until now. Still can't be sure what was it actually. Amenda eh? Apasal la aku xbole figure out penyakit tu. Hish.

Maybe sbb waktu tu kecik so mcm x clear sgt ingatan aku. Tapi kemungkinan besar cacar air. Sebabnya, aku ingat ada bullae.

For those yg x sure bullae tu apa, bullae tu macam gelembung2 kat atas kulit yg dalam dia ada air. Tu pasal la nama penyakit tu cacar air. Cacau org melaka kata.

Alamak aku dah google dah gambau bullae tadi tapi yg keluar sume extreme2 mcm penyakit Herpes tu. Nanti ada yg terloya-loya tekak pulak orang tengok gambau aku tepek. Tak jadi la tepek.

Aku ni pon da lama tak hadap keadaan2 extreme which I used to face every day before this, so sekali sekala tertengok gambau tangan putus kat internet pon bole terkejut juga dibuatnya. Padahal dulu experience aku macam2, I'd seen everything from the early stage of human's life until the more than a week dead body. Aku dah pernah experience semua tu. But please don't make me to face them again. Hahaha

Anyway, berbalik kepada cerita penyakit cengkerik tu, tu lah rasanya pengalaman first berubat kampung yg aku ingat waktu aku kecik. Sebelum tu, aku rasa pernah family bagitahu yg aku pernah pergi berubat ngan nenek mana entah sebab tercekik tulang. Pelik-pelik je kan.. Zaman dulu le katakan.. Tercekik tulang bukannya nak pg jumpa dokter..nak jugak bawak kat org yg diiktiraf pandai kat kampung. And mcm mana ntah orang tu buat agaknya akhirnya tulang tu dapat jugak dievakuasi. Or mungkin selamat masuk ke saluran pencernaan dan keluar semula sebagai al-tahi.

Yg nenek yg aku berubat cengkerik tu pulak, aku ingat die pakai kemenyan. Menimbulkan efek mistik je kan pakai kemenyan? Hurmm.. Rasanya bukan aku sorang je time tu, pasal die berjangkit, memang aku and adik2 aku pon kena cengkerik tu.

Aku ingatkan tu lah last aku akan experience berubat kampung.

Rupanya last year, aku berjodoh pulak dengan sorang nenek kat Pahang ni. Ada la something happened last year yg buat aku macam x semangat hidup sket bla bla bla so family aku bawak aku gi jumpa nenek ni.. Tapi nenek ni style Islamic la. Start daripada aku sampai rumah die tu saaaaaammmmpai aku nak cau pon mengaji sembahyang je keja die.

Waktu aku sampai tu takde la siang sangat pon, kira before Zohor jugak la. Tapi rupanya dah ramai orang kat living room rumah die tgh tggu turn. Gila lah penangan nenek ni sampai beratur org nak jumpa die.

 Sebelah kiri living room tu ada bilik nenek tu duduk semayang n mengaji. Kat bilik tu la orang akan masuk jumpa nenek tu one by one. Macam klinik pakar okee.. Cuma takde amek nombor je. Pepandai la memasing atur giliran kat situ.

Kat luar bilik tu ada banyaaakkk gila botol2 air orang letak semua bernama n ada yg siap beralamat no telefon bagai. Ala biasa lah kan kalau berubat tradisional mesti bawak balik air doa buat minum mandi apa semua.

Yg penting bukan style camni oke.. Mintak simpanggg

Lama jugak ah aku tunggu turn kat umah nenek tu. Kira aku balik tu dah petang la.

Sebelum turn aku rasanya ada akak tu bawak anak kecik. Mungkin tengah pantang pasal aku ingat mak nya duk berkain batik lagi. Ada jugak akak tu datang tengah sarat ngandung. Aku je yg datang bujang trang tang tang. Datang lenggang kangkung bawak anak tekak je.

First aku masuk jumpa nenek tu sesi cerita masalah la ape sal datang situ kenapa sume bla bla bla. Pastu nenek tu kata oke silakan tunggu di luar, nanti die panggil lagi sekali. Aku ingatkan lps jumpa tu bole terus balik rupanya kena tunggu lagi. Sempat la aku tergolek kat living room die.

Nenek tu semayang pastu aku dengar la die baca surah2 macam Al-Rahman, Yaasin, Al-Waqiah and apa ntah lagi lupa pulak.

Lepas tu bila kali kedua nak jumpa nenek tu tetibe je rasa cuak. Tak banyak la tapi ada rasa mcm cuak sket. Pehal ntah.

Pastu nenek tu buka kitab die. Dia ajar aku satu doa ni suh amalkan. Dia kata tu mcm pendinding la dulu siapa entah die cerita amalkan doa tu selalu as pendinding. Aku pon snap la gamba ayat tu and mmg sampai sekarang aku still baca jugak ayat tu.

Lepas tu nenek tu kata la kat aku yg dia saspek aku ni mcm ada "gangguan" sket. Wallahualam lah benda tak nampak ni kan. Tapi you know org yg rajin ibadat dekat dgn Allah ni kadang2 ada la special Allah kasi die kelebihan yg kita tak tahu kan. Waktu nenek tu cakap camtu aku mcm xtau la nak rasa apa. Aku dengar je la apa die cakap. Tapi nenek tu suka cerita jugak, ada la die cerita pasal orang kaya mana ntah bla bla bla. Haha sempat pulak tu.

Yg aku paling tokle lupa is nenek tu ada suruh aku baring lepas tu dia sapu air kat perut aku and baca doa. Then die suruh aku duduk pastu die pegang ubun-ubun aku and baca doa. Aku tak tau la apa benda sbnanye tapi waktu die pegang ubun-ubun aku tu and die tiup tu aku rasa mcm nak menangis sangat.

Aku xtau la nak explain tapi die mcm rasa sayu ke apa xtau la. Yg penting aku ingat time tu aku rasa nak nangis tapi aku fight jugak sampai la nenek tu habis doa, aku berjaya tak nangis time tu.

Balik drpd rumah nenek tu, ada la die bekalkan air doa apa semua. So far alhamdulillah takde perubahan drastik ke apa ke cuma otak aku rasa ringan sket and lebih tenang.

Lagi satu aku ingat pasal nenek tu, muka die ya Allah bersiiiihhhh.. Nampak la muka orang yg rajin sembahyang and inshaAllah dekat dgn tuhan. Bila aku tengok muka nenek tu baru la aku macam takde nak fikir negatif. Hihi

Sebelum tu aku sbnanye mcm curious jugak berubat cmne la ngan nenek ni apa sume tapi bila tengok nenek tu, tros rasa oke lets do this. Luls

Tu la my experience yg probably will be something that I won't ever forget.

Entah2 ada antara korang yg kenal ngan nenek tu kan? Kem salam die kalau kenal eh.

:)

3 comments:

Azlee Amirudin said...

Hyee~hebatnya nenek tu, mcmana dia berubat tu Wallahualam tp klau dia berubat cara Islam semua Alhamdulillah la kan, kita berikhtiar n usaha je..yg penting kene cacar air jgn garu...haha bye

Si DauN CeRi said...

ngahaha oke lain kali kena cacar air tak garu. luls

Anonymous said...

Aslm bolih bagi no. Phone atau alamat nenek ini. Kak nak bawa anak gi berubat ada ganguan no. Phone.kak 0122366410 tk