Assalamualaikum..
Jumaat lepas aku gi sleepover kat umah membe baik aku kat Pilah. Membe2 aku kan semuanya hosmen2 belaka, so nak taknak kalo nak jumpa kena la gi dekat2 area sepital jugak. Ceh. Tu pon Champ ni die dah pindah keluar dari kuarters sepital. Kalau tak jawabnya aku kena masuk jugak la tempat nostalgia yg tragis itu. Haha
Champ ni belajar sama uni ngan aku kat Jakarta dulu. Dia ni sbnanye ex-schoolmate aku kat Sains Muar. Dan sbnanye die duk dorm sebelah dorm aku je pun selama 2 tahun skola kat Muar tu. Die ni classmate kepada dormmate aku waktu tu. Sebab tu la aku bole ingat die waktu jumpa kat KLIA time nak gi Jakarta tahun 2008 dulu. Kau ingat tak time kita jumpa kat KLIA tu champ?
Dulu kat skola aku weirdo. Takde geng, suka jalan sorang2, tak banyak cakap. Suka buat hal senirik. Tak suka bersosial sangat. Tak caya tanya Champ. Kan Champ?
Kat Sains Muar dulu, sbnanye bole kira ngan jari berapa kali aku pnah bercakap dgn Champ. Ntah2 sbnanye tak pernah pon bercakap ngan die. Tu duk dorm sebelah2 je tu. Punya la tak bersosialnya aku dulu. Hihi
Tapi kat Jakarta, bertahun aku sama rumah sewa ngan Champ ni.
Disebabkan aku mmg kenal die sebagai panggilan "Champ" since skola lagi, aku tak reti nak panggil die ngan nama sebenar die. Kesudahannya nickname tu lekat kat budak2 uni aku. Haha Majoriti panggil die Champ jugak mcm aku panggil die. Yea, thanks to me, nickname skola ko lekat sampai zaman university.
Jumaat malam Sabtu tu kitorang gi lepak kat AEON Seremban. Karok sampai pengsan. Menyempat la dinner bawak ke supper sekali kat tmpt karok tu. Heaven beb kat situ pasal die provide buffet utk customer. Segala tok nenek dari nasi ke lauk2 ngan pasta la porridge la sampai ke dessert semua ada. Memang kelaaaasss. Dah rupa org tak pnah jumpa buffet pulak asek muka aku je amek makanan kat situ. Kebetulan mmg perut tgh lapau nak mam. Setengah jam awal tu Champ je yg nyanyi. Aku sibuk mentekedarah. Hahaha
Ni esoknya gi tengok wayang plak kat mall baru kat Seremban. Apa ke namanya, Palm Mall kot. Pon heaven jugak sbb tempat baru, maka tak ramai orang. Mall ini kita yg punyaaaaa. Gitu..
Shawl H&M grid tu aku beli ngan kawan baik kitorang jugak, owner blog Azie Azra. Kenal tak? Gi la usha belog die, ada link kat sidebar aku. Dia jual macam2. Handbag Mango pon ada. Bole juling mata wa cakap lu.
P/s: Thanks Azie, tqa suka gila kot shawl2 azie. Semua sedap pakai.
Aku tak follow Fast & Furious dari yg first tu, tapi yg Fast Furious 6 aku tengok la kat Indon dulu. Kira tau la jugak sket2 pasal cite ni kan. Tapi Fast & Furious 7 ni best gilaaaa. Sikit pon x boring. Pakej semua actor and actress kat dalam tu aku suka. And stunt action die thorbaikk. Standard la cite omputih mmg action diorg mcm real kan sume. Pastu part ending die tu mcm tergugat jugak la emosi aku sebab die buat tribute utk Paul Walker sket kat hujung cerita tu.. Sob sob Tak sangka kan si Paul tu dah takde. Muda lagi tu.. :(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni aku mcm biasa la main kuiz kat internet.
Unique charm ye kau kata? Ala cakap je la aku pelik. Hmmmphh
Banyak kuiz2 die kat website ni. Try ah. Tapi kan.. Alamak siot btol lah. Aku tak ingat plak nama website ni. Boleh?
Sbnanye aku nak main kuiz2 lain banyak lagi kat website ni. Tapi hari tu aku klik pon kat news feed fesbuk aku sbb ada org share result kuiz die. Eyy hampehh
Takpe lenkali kalau aku dah jumpa aku stori lagi.
Oke ah.
Till next entry. Bai!
No comments:
Post a Comment