Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Bingit!!

Bangun tido je dah kena dengar makhluk ni memekik. Paham tak bingit tu apa? Akai ada?? Manners ke laut.. Kang aku pancing kang, dapat jugak makan ikan masak stim tiga rasa. Heihh..

Btw, alhamdulillah...puji syukur kepada Ilahi atas kemenangan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 di Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta malam semalam.. (ada macam reporter tak?)

Ngauman Harimau Malaya selepas dinobatkan sebagai pemenang pingat emas, ibu segala pingat.

Tak senang duduk jugak aku semalam. Sekali kena penalti pulak tu.. Dah macam nak gugur jugak jantung aku. Nasib baik yg tendangan terakhir tu akhirnya terlepas oleh penjaga gol Indonesia. Bukan main comel lagi bergolek ke dalam lubang gol...dan apa lagi? GoooooooooLLLLLLLLLL!!!!! Muehehe.. Ingat aku kememeh camni tak pandai tengok bola ke? *emo takde motif*

Pemain Indonesia sebenarnya main oke jugak.. Aku tengok diorang tak kurang hebatnya. Tapi, pertahanan ada kurang sket, mungkin. Pengulas sukan kat tv1 semalam pon ada cakap mcm tu..

Pape pon, mmg hepi ar menang game tu semalam. Hari Rabu bila entah ada perlawanan dgn Syria pulak kan? Utk kelayakan masuk ke Olympics pulak.. Go Harimau Malaya, go go!!

P/s: Hopefully kat sini takde amukan-amukan warga setempat.. Tak pasal-pasal kena balik Msia karang. Hee

Wednesday, December 29, 2010

:) :) :) :) :) :) :)

Alhamdulillah...

Malaysia menang dengan agregad 4-2 di stadium Bung Karno tadi.

Walaupun xbrape nak menang second leg td, iaitu 1-2 dengan Indo, dgn berbekalkan 3 gol drpd first leg di stadium Bukit Jalil.. Indo tetap hutang 2 gol untuk jd champion..

Akhirnya, pasukan dr negara yg diorang selalu kecik-kecikkan ni menang jugak..

Nervous gile nak mam aku tgk kat TV tadi~

Masa kedua, bile Indo gol 1 aku dah xsenang duduk dah..nampaknye mmg Indo desperate utk jaringkan gol..

Nasib baik Khairul Fahmi yg macho tu sgt tenang, matang n alert time separuh masa pertama dan pertahankan telur ataupun 0 di pihak Indo dr pecah..penalti Indo dapat pon xlepas tuh..hebat2 *sambil tepuk tgn*

Sume ahli team Harimau Malaya mmg dah buat yg terbaik, they deserve this..or may be i can say we deserve this, aite? Syabas dan tahniah sangat2 walaupun xde der pemain bola sepak nak baca ucapan aku nih..wakakakkaa

Maka sekarang, aku boleh tido dgn tenang...sambil mimpi boleh cium piala Suzuki tuh. :P

Akhir kata, marilah kita sama2 menghayati kemenangan ini dan menjadikannya sbg penaik semangat utk terus maju, dan lebih mencintai negara kita.. Love u lah Malaysia! (aku ke yg menulistaip camni? wow!)

Ok chalo bete!