Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, May 25, 2020

Eid 2020

Today is raya pertama uols. Alhamdulillah selesai dah Ramadhan tempoh hari. Mudah2an ibadah kita semua diterima Allah.. Amiin..

Macam tak percaya pula dah 2 bulan lebih PKP ya. Pejam celik pejam celik, ramadan pon sudah, raya pon dah. Padahal itu hari rasa mcm baru je masuk 2020. Belum habis memikirkan betul ke 2020 nih? Dah almost half a year. Phewww...

Menu raya rumah kitorang raya pertama ni is sambal ayam, rendang daging, kuah kacang, lodeh, ngan nasi impit. Petang td my mom tambah buat nasi minyak pula.. Sempena PKP ni rumah kitorang tak terima guests sangat, ada lah mkcik ngn pkcik aku aje berdua yg visit. And diorg mmg org mlaka je pun... 

Biasanya kalau raya pertama, slot kitorang keluar dari pagi sampai tengah hari. Petang rest, malam raya kedua biasanya ada sedara mara akn ziarah. Malam raya kedua biasanya boleh tahan full house lah sbb kdg2 yg dari belah my dad dgn my mom akn clash sbb waktu mlm diorang akn dtg antara lps isyak sampai pkul 10 lah camtu. Jarang diorg nak stay lama2 sbb biasanya ada budak2 kecik yg nak kena tido awal kan.. Raya kedua pula biasanya kitorang konvoi pergi Muar, ziarah ramai kerabat belah arwah nenek aku belah mak. Raya kedua biasanya petang baru ada rumah.. Lepas tu raya ketiga onwards baru freestyle sikit. Kalau ada yg nk dtg ada lah.. Kalau tak, takde lah.. Kira family aku peak hours dia 1st and 2nd raya je biasanya.. Kdg2 raya ke3 ada yg dah start puasa 6 pula...

Kalau cerita pasal open house pula.. Tak tentu, ikut availability sedara mara kitorg. Sbb diorang ada turn beraya kan. Kalau turn raya mlaka, boleh lah parents aku buat open house. Kadang2 malam raya kedua tu kira sekali jalan lah jamu open house nya. Ada orang kan mmg purposely buat open house hari tertentu so even ada relatives yg dh dtg pon boleh dtg lg sbb open house. Malaysia ni kalau raya mcm pelik xde open house. Tapi raya kali ni takde istilah open house. Ralat tapi it's necessary during this kind of situation.

Status aku masih tak pasti ni bila boleh start keja. Sbb blom habis pkpb yg extended 4 mggu ni kan. Tp aku ada rasa mcm smpi end of june pon masih pkpb. But I don't know, aku agak je. Tapi keadaan ekonomi skarang ni agak membimbangkan juga kalau berterusan lama mcm ni kan. Diorang akan buka sektor2 lain slowly rasanya. Tak tau lah bila wellness industry akn dibenarkan beroperasi semula pula.

Aku cuba pandang situasi ni dari sudut pandang yg aku may be xpernah terfikir sebelum ni. Aku anggap cuti PKP ni mcm cuti bersalin. Hahaha Why? Sebab selama few years ni aku kerja terus menerus, tak pernah rasa cuti bersalin sampai 2 atau 3 bulan mcm org lain. So aku rasa it's fair for my situation. At least its a positive point of view kan? Lols.

Aku kerja 6 days per week. My body needs a break juga utk healing. My job requires me to do physical work so I really think that this is a good opportunity for me to let my body heals from all the exhaustion. And 1 lagi, aku rasa minda aku pon perlukan some clarity. You know, aku jumpa mcm2 org masa kerja, ada yg positif, ada yg tak berapa positif. Semua tu akn efek dekat aku secara langsung atau tak langsung. So aku rasa bila cuti mcm ni, dia mcm reset balik jiwa dan minda kita supaya kita akn come back fresh in a better state. Ewah.

Btw, hari ni aku makan 2 kali. Perut aku dah bloated mcm apa dah ni. Nak tengok cermin pon seram. Haha Tadi sebelum naik aku dah minum fibre. Siap lah besok membuang. Aku rasa sbb aku practice portion control ms puasa hr tu, jd bila tak puasa ni aku makan lebih sikit terus senak habis rasa dia. Rasa mcm terik mcm mn ntah perut tu. Mcm mn dlu aku boleh makan non stop pagi smpi mlm eh? Haiyoo

Aku mcm nak try buat extended fasting. Beriya tengok utube org puasa smpi 2 hari lah seminggu pon ada. Tapi water fasting lah, bkn no food no water. Naya pengsan2 karang... Aku pon takut nak try. Tapi diorg kata once start makan semula, possibly akn naik smula berat tu unless kita mmg teratur puasa pastu workout. Rupanya puasa ni antara cara yg terbaik utk fat loss eh. Kira Islam ni dah ajar the best way for everything lah boleh kata. Sebab kita dah lama puasa setiap tahun, non Muslim baru2 je jumpa benefits berpuasa kan... Subhanallah...

Oke guys. Nak pukul 1 dah. Amenda ntah aku membebel kat sini. Hehe. Bai! 

Saturday, July 9, 2016

Raya ke?

Salam

Selamat hari raya uols!!! So how was raya? Mine was simple je.. No fancy baju raya, no langsir raya, no fancy house decoration and all that. Tapi duit raya alhamdulillah masih ada yg menghulur walaupun diri ni dah tua hahaha Orang dah bagi tu kaut je le. Duit tu... gila ke tak terima?

Raya tahun ni aku n family beraya di rumah kampung which is rumah tuan haji. Itu lah rumah aku tinggal zaman skolah until 2007 (a year after aku SPM). Hah kira lah umoq ku brape. Dah cakap dah aku tak brape muda..

Rumah yg aku tinggal skarang is rumah mem besau. Since 2007 asek raya kat rumah mem je, tu yg tahun ni plan tukar angin beraya kat rumah tuan haji pulak. Takde sesi berperang memasak pon kat dapur, sebab mem besau main order je lauk tahun ni. Ketupat ngan nasi impit je lah yg kitorg produce kat umah. Yg lain masak kat umah org lain. Kuih raya pon tak sampai 5 jenis. Ini nama dia raya pek ekonomi. 

Tahun ni alhamdulillah dapat la jugak cuti raya.. Dok umah 5 hari je amboi bercinta nya rasa nak masuk keja esok. Rasa tamo pegi je spa esok. Huu

Anyway, tadi aku jenjalan kat Aeon singgah Daiso and jumpa storage box yg sexy perghhh

Jap aku tunjuk


Tu belah kanan nampak tak mengaum2 rimau bintang tu? Haha

Aku takde pilihan. Kena jugak beli storage camni sbb kalau aku xbuat cmni alamatnya mcm tongkang pecah la berselerak. Patutnya aku beli drawer je kan, senang aku nak organize skincare, perfumes, cosmetics apa semua. Tapi sbnanye aku lg prefer kekotak cmni sbb die terbukak. S enang aku nak capai barang. Dan senang nampak bnda apa aku lambak2 dalam kotak tu.


Ini lah die rupa so-called-vanity space aku. Aku dah discard mana yg expired or yg aku mmg dah x pakai. Maka tinggal lah sebanyak ni. Ada lagi sket aku nak buang tu sbnanye. Tapi kena tunggu sket lagi. Pasal, nti kalau aku buang kang, mula le dtg sawan nak membeli yg baru. Nehi haiii

Better aku bior die duduk je situ dulu sampai masa btol2 kena buang baru aku buang. Strategi penjimatan tu penting.

Aku tak rasa ni mcm entri raya.

Tak kisah la. Selamat hari raya ya.

Wink wink

Monday, July 20, 2015

Caaakkk??!!!!!!!

Assalamualaikum all..

Hye, selamat hari raya aidilfitri to those yg celebrate eid. Eid mubarak, may all of our prayers and ibadah during Ramadhan will be accepted by HIM, inshaAllah.. Ameen.. :)

Kira aci lah ni entry raya kan, baru syawal ke-4 ni. Hee

Quick update je ni kot la ada yg bengkeq asek tengok entri lama dah nak dua bulan kan. Maafkan beta, beta banyak urusan kerajaan negeri sejak dua menjak ni *read: pura-pura banyak urusan*

Raya tahun ni alhamdulillah la complete family aku semua ada cuti, balik kampung sama-sama, makan besar sama-sama and everything. Ramadhan hari tu mungkin bukan Ramadhan terbaik aku, tapi aku dah cuba buat yang terdaya and tawakal alallah, semoga diterima. Engkorang plak how was ur Ramadhan? Kita sama-sama doa dapat bertemu Ramadhan seterusnya dalam keadaan sihat sejahtera ya, ameen...

Aku dah nak 2 bulan kat tempat blaja baru.

Aku ada 3 bulan untuk complete kan teori n training secukupnya sebelum start practical. 

It's something to do with beauty and wellness. Aku cam tazabar nak dapat that certificate but I need to complete this whole course and sit for the exam first, there's no other way. 

I know, I made a rare decision which was to change from "academic line" to "skill line", even waktu interview pon mmg interviewer tu dah mention kat aku. So, aku mmg dah aware benda ni from the beginning.

But you know what, opportunity tu bukan tak ada, dah ada depan mata, tak salah pon kita grab. Tak gitu? Life is short bebeh.

Oke tetibe tersedau amenda aku membebel ni haha.

Anyway, just to say hi to you after one month plus plus~ I wish you guys a wonderful raya and don't eat too much otherwise you'll get sick. 

I will write more later, inshaAllah.

P/s: Tak tenteram aku menaip pasal ada lipas dewasa kat atas lantai lam bilik niha. Hmmphhh

Monday, August 18, 2014

Almond Londonku tinggal 2 pieces je lagi

Assalamualaikum.....

Siapa nak klik kat home sbb nak tau cite psl Almond London aku ni die ohsem. Luls Tak. Sbnanye aku mmg dah x reti nak bubuh tajuk ape.

Yes. Hari tu raya mmg ibu aku order 3 tupperware Almond London dgn auntie ni (membe ibu). Aku rasa sejak bbrp tahun lepas ni mmg every raya tetiap tahun msti ibu order Almond London ngn auntie ni. N tetiap tahun rasa die akan sama. Exactly the same! 

Aku tak ingat pulak mmg dari dulu aku favie gila ngn cookies auntie tu. Tapi aku ingat la cookies die mmg sedap. But this year aku rasa betul2 suka makan Almond London die. Entah knape rasa mcm pehal sedap sangat ni? Hari2 aku mesti makan Almond London ni.


Nilah die rupa dua bijik Almond London yg skang dah tinggal sebijik je. Satu lagi dah sodaqallahula'zim.. Sob sob sob

P/s: Snapshot atas iron board pon bolehhh. Kau ade? =P

Whatever ur name, auntie pembuat Almond London ni, I just wanna say that ur cookies are really delicious. I love 'em so much. They made my raya felt even better. Wahhh gitewwww.. Emm.. Bole x nak request order di luar waktu raya?

Auntieee.....ohhh auntie.... where are you????

Ape kuih feberet engkorang kalau raya ye?

Aku rasa mcm old school lah jugak this year aku suka benau makan Almond London ni sebab mcm dah tak "in" dah kuih ni skang kan? Almond London ni btol2 booming dah few years back dulu waktu die baru2 up. Huhu

Anyway, Syawal dah nak melabuhkan tirai. Syahdu pulak rasa tiba-tiba. 
T___T

Oke korang. See you next entry. Peace!
:)

Friday, August 1, 2014

Eid Mubarak!!! Happy Raya gegirls and boboys sumeee

Salam~

Seperti yang aku telah taip di entri yg sebelum ni, hari ni aku nak menyemadikan cerita raya 2014 dalam buhlog ni. Terimalahh...

Pegang mic btol2..

*nyanyi lagu air mata syawal dgn bersungguh-sungguh*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oke dah. Tepuk lah sket, penat iols nyanyi. Hehe Gediknya plis. Lempang kang.

Oke dah ckop tu.

So korang raya kelima hari ni raya kat mana kah? Ke da stat keja semula? Selamat bertugas kalau dah stat masuk keja balik.. :)

Sape yg kat umah tu, tengok tak MHI pagi tadi kat tv? Ade Imuda ngn Art Fazil kalo x silap nama die, nyanyi lagu Rilek Raya. Tak pasal2 aku kena explain kat adik aku apa beza ukulele dgn gitar.
Oke abaikan. Ni nama die randomization. :))

Nak dijadikan cite, hari last puasa itu hari aku ajak adik aku kuar. Kononnya nak soping, so kitowang pg la Jejesco.. Lepas tu last2 adik aku yg beli baju. Aku tak beli baju apa pon. Takde satu pon yg aku blink blink nengok. Sob sob sob

Disebabkan puasa, maka tak lama lah kat Jejesco. Zaaasss kitorang keluar pg tempat lain. Laju-laju aku ajak adik aku pg Pantai Klebang. Saja amek angin kat pantai. Untunglah kau jemah duduk Melaka dekat dgn pantai. :P


Kita up dulu gamba jakun sedas. Kata pg pantai kan.. haruslah selfie berbackgroundkan bot2 dan pantai.. hihi

Mengkome kalau perasan spek mata aku tu dah layak kena ganti lense die tu. Dah hujan renyai2 aje pemandangannya kalau tengok sekeliling. Luls


 Hari raya pertama lepas makan2 kemas baju n smayang raya sume, kitorang gerak balik Tganu. Tak payah pakai baju raya der.. Kesudahannya membuta jugak dlm keta.. Aku pakai baju kurung cotton pon ayah aku dah tanya, pasal ape pakai baju kurung. Susah nak bergerak katanya.. Jangan risau ayah, dulu kat skola ade cegu tu main bola jaring pon pakai baju kurung, kata aku dalam hati.


Singgah kat Air terjun Gunung Ledang ni rasanya. Diorang ni ade yg blom bekfes. Aku dah makan dulu kat umah. So diorang makan, aku joget gangnam style kat tepi. 
Oke tipu.


Kampung aku sbnanye kat Wakaf Tapai, ade la 40 lebih km kot drpd Kuala Tganu. Tapi aku tak tido umah tok ki, kitorang tdo hotel je kat KT sebab tau dah betapa ramainya kat kampung tu mcm mana. Family belah ibu aku siryesli mcm Keluarga 69 tu. Sebab arwah nenek ngn Tok Ki aku memasing nikah lebih sekali. So secara otometik kat Melaka ade satu keluarga besar, kat Tganu ade satu keluarga besar. Our genes are everywhereeee... Nguahahaa

Oke jugak hotel kitorang pg hari tu, 3 hari 2 malam x smpi 400 hinggit. KT Beach Resort namanya. Tapi takde bekfes2 lah.. Jalan aje la sndiri keliling2 tu ade banyak kedai makan. Pantai pon dekat je. Uuuu i love pantai. So soothing..


Raya pertama dah habis dalam kereta je. Sampai KT pon dah maghrib. Esok tu raya kedua baru kitorang balik kampung umah Tok ki. Pape pon.. snap dulu lima nam das gambau kat laman hotel kan.. 

Kitorang takde tema2. Free style je.. Nak pakai kaler ape pon, silakan..


Kamera henpon aku ni kalau lowlight cam pelik gila. Dia jadi kaler purple. Aku dah try google dah. Org kate tu masalah hardware so kena hanta htc centre. Aku xtau la bila nak membetulkan kamera tu. Layan je la asalkan under daylight die oke oke je..

Tu sebab aku tak dapat snap gamba lam umah sangat. Terpaksa lah aku edit gamba kat atas tu supaya takde org pk aku beraya kat planet lain. Sob sob sob..

Yg duduk kat tingkap sebelah kiri tu lah Tok Ki aku. Suka die ramai org datang umah die..

Aku dah kate dah ramai. Tu aku snap satu sudut je. Blom campur yg kat ceruk2 lain, kat dapur, kat luar umah, kat dlm bilik.. dalam toilet?? Hehe


Tolonglah maapkan kebulatan muka aku yg melampau kat dlm pic ni.
Jgn salah sangka pulak. Tu bukan piring terbang ye, tu mmg muka aku. T__T


Tak tau plak aku sedara2 aku ni membela kucing jugak. Geraaamm je aku tengok diorg dlm sangkar.


 Ni cousins aku ngn laki die (cousin yg dua dari kiri). InshaAllah bulan 11 dapat ahli baru. Welkam to the club, baby! Yeye aku dah nak naik pangkat jadi makcik terhormat. N dua beradik tu anak Umi aku, makcik yg sama atuk sama nenek.


Raya makan nasi dagang this year sesuatu bangedd.. Hee sebab time family aku raya Tganu yg sebelum ni aku x ikut, tu yg aku jakun makan nasi dagang time raya. 

Lepas makan nasi dagang n semua dah ready, kitorang start pg raya rumah sedara2. Ade la 3 rumah kot hari tu, campor umah Tok Ki jadi 4 rumah la. Petang tu semua dah terlentok2 dalam keta. Letih kate kooo..


Malam makan mcm ni pulak.
My style of eating bread with Nutella. Dip and eat. Muahaha Sedap beb, sampai pejam mata!

Esok paginya kitorang dah gerak nak balik Melaka pulak.





Ayah bawak kitorang singgah pantai Chendor lelepaks makan angin. Dekat2 ngn simpang nak pg pantai Chendor tu banyak gila kedai keropok lekor, satar, n segala jenis makanan. Macam-macam ada... Tapi aku malas nak keluar kereta, so snap gamba dr dlm kereta je. Aku order je kat adik2.. Mem besau sangat kan?

Saja aku snap tajuk2 kedai2 dekat situ. Mana tau korang nak g cari keropok lekor. Boleh pg terjah sana.


Sampai pantai Chendor. Yeehaaaa!!

Seluar hijau pon hijau lah. Baru lah pencinta alam gitu. 



 Puas hati dapat tengok laut, kena angin pantai, lelepaks sambil makan kepok, satar n jelly kelapa yg ummmphhh gilos. Nikmat dunia~

Tapi kan, aku rasa mcm saiz satar nijam dah mengecik lah. Dulu perasan aku kalau beli satar lagi besau drpd ni. Mcm kecik sangat plak sekali ngaaappp jek dah bole makan habis. Sebab apa diorg kecikkan saiz satar standard skarang ye?

Hurrmmm...


Pantai Chendor yg permai.

Nasib lah aku dah berumur. Kalau aku umur ribena, dah selamat aku menjunam kat lam air tuha. Lepas tu kena rembat suh naik darat. Hihi

Yezzaaaaa entri raya done!

Oke jom makan kuih raya skarang  =D

Thursday, July 31, 2014

Aku nak buat entri raya, tapi aku up teaser je lah dulu

Assalamualaikum..

Knock knock knock! Kami datang nak rayeeeee......~~
Gitu.
Aku selalu heran ngn budak2 yg gigih beraya rumah ke rumah mcm tu. Aku tau mengkome sbnornya nak duit rayee je kaaannn?? *sbnanye dengki sbb dah tua, dah x layak nk dpt duit raya wahaha*

Selamat hari raya korangggg... Mintak maaf zahir n batin. Batin2 takde kot inshaAllah.. :P

Aku sbnanye nak cite la banyak2 kat buhlog ni pasal raya this year sbb aku raya pertama raya dlm keta je sbb nak balik kampung kat Terengganu. Mcm agk special n lain sket drpd rutin raya2 sblom ni.. 

Ya, sbnanye aku mmg ade kaum kerabat kat Terengganu, so basically aku half Melaka half Terengganu. Tapi aku x pnah duduk Terengganu dan x bole cakap Ganu pon. Kalau aku try cakap Ganu, terer sgt kang smpi org tak paham ape aku cakap. Kah kah kah

Tahun ni aku raya ngn famili. Last 2 years aku raya kat Indonesia sbb xde cuti panjang nak balik Mesia sbb waktu tu tgh clinical year.

Walaupun begitu, lots of things have changed dan ape yg aku expect aku akan rasa raya this year...ummm aku rasa mmg berbeza lah. Tapi takpe, yg penting aku still dapat mentekedarah juadah raya di mana sahaja yg bole makan free raya2 ni. Miahaha 

Pastu bila perut rasa senak n seluar makin sempit mula lah nak nyanyi lagu mental menangis tepi tingkap kan? Siapa suruh kau makan banyak2? Hns hns hnss (saja torture diri sendiri haha)


Ni bukan Saloma ye uols. Ni tuan tanah kedaung blog sememeh ni. Selendang labuh tutup perut taw, baru boleh makan banyak2 tanpa khuatir penampakan perut akan berlaku.

Walaubagaimanapun (guna BM proper baru otai beb), tuan tanah nak ucap salam aidil fitri, minal aidin wal faizin, eid mubarak kat semua Muslim yg baca buhlog ni. Memang sbnanye nak mencece byk psl raya tapi data blom ciap lagi. Wahhh data taw. Perasan je keja ala2 programmer kan? :P

Till next entry, babaiiiii jgn tacing2 dan salam 0-0 uols!!
Ai lebiu.
Eh.

Friday, August 24, 2012

Happy raya everyone!!!

Salam..

Terlalu banyak yg nak diungkapkan sampai tak tertaip rasanya. Eceh. Cakap je la kau malas nak menaip kan senang? :P

Jadi biarlah gambar berbicara.....jeng jeng jeng


Tahun ni ramai yg x dapat balik Msia for raya termasuklah aku. Hari raya kali ni kitorang pergi serang kedutaan besar Msia, just like when we were in first year dulu. Old memories, masa tgh innocent dulu. Hehe

Baju raya pon takde tahun ni. Aku sarung baju yg aku x sempat pakai tahun lepas. Nasib baik muat.


Lepas bergambar muqadimah kat tengah dewan, apa lagiii.. Dengan lajunya kitorang serang meja buffet. Maklumlah, memasing lapar sbb bangun lambat n belum sempat sarapan. Memang niat nak penuhkan perut kat kedutaan pun.. Tengoklah betapa bergegarnya tangan aku suap makanan lam mulut. Dasar gelojoh. Haha


See? Ramai kan x dapat balik Msia tahun ni? Ni sume dak2 batch aku, batch 2008. Ce cari aku katne. 


Ekceli, time ni sume orang dah pergi Malaysian hall. Kitorang je yg malas nak pergi sana. Melekat je kat meja makan sampai la sume org catering da dtg nak clearkan dewan tu. Bak kata ada datin tu, diorang open 24 hours. Tu yg kitorang duduk sampai waktu lunch tu. Pesen2 tak ley ajak dtg kenduri mcm gini lah gayanya. Tapi jgn x ajak aku dtg kenduri plak lps ni ye. Hahaha


Yg ni motif die aku pon x pandai nak explain. Mekanisme persalinan persentasi bokong mungkin? Bahasa inggeris die...err...mechanism of normal delivery with breech presentation kot.


Dan akhirnya pulang dgn muka bahagia kerana dapat mentapaw sebanyak mungkin makanan free yg tersisa. Jangan tertipu dgn apa yg ada di tangan kami. Sebenarnya masih banyak yg tersembunyi di dalam handbag2 kami. Har har har

Oke deh.. Selamat hari raya utk semua umat Islam. Nak makan banyak boleh..jangan sampai sakit sudah la. Penulis minta maaf kalau ada salah kata dalam entri2 di blog ni, dan kalau banyak benda yg xde pekdah utk anda semua. Terima kasih kerana membaca ^^

Tuesday, September 13, 2011

Kuih raya dan sambal kering pengubat rindu

Amacam?? *angkat kening dua kali*

Sikit punya syahdu tak tajuk entri? Kikiki Jangan tak tahu setelah nekad ponteng sehari, aku sedar diri jugak akhirnya untuk balik Jakarta. Tetiba dapat tahu next week dah nak exam integrasi 1. Like seriously???!!

Aku baru lepas balut modul. Kalau nak tahu, ni baru kali kedua aku balut modul yaitu modul untuk blok 27. Cubalah bayangkan betapa dalam 27 kali dapat modul ni, aku baru 2 kali betul2 membalutnya punnn.. Berhajat nak membalut modul tu memang byk kali tapi nak betul2 buat tu mak oii dia punya berat tu kan.. Agak-agak bole celen ke kemalasan aku ni? Muahaha

Mestilah aku cilok kat google je.

Lerr.. Macam ini rupanya bentuk kuih sarang semut. Punyalah beriya aku teka mcm mana rupanya kuih ni. Pasal tadi aku sembang2 dengan hosmet2 aku. Tercite pulak pasal kuih sarang semut ni. Diorang kata bentuk kuih tu macam sarang semut. Aku ni nama je peminat rancangan National Geographic dan Discovery Channel, tapi sarang semut pon aku tak tahu. Agaknya aku tahu, tapi aku lupa kooooottt... *mengcover sedaya upaya*

Bibik kitorang kat sini belum balik Jakarta lagi. Tu dok ada lagi kat kampung dia, betulkan rumah katanya. Gasak le kau mbak, nanti balik sini pandai2 lah buat mana2 yg tertangguh tu.. Pokok2 bunga tuan rumah kat balkoni atas tuha mcm dah berkurang je. Tuan rumah dah alihkan la tu. Kitorang takde rumah itu hari, tak berjaga kan..

Tapi bagus sebenarnya mbak cuti. Ada keja sket utk manusia buntal macam aku ni. Nak bersenam tu kirim salam je lah. Ni mbak takde pon kira bersyukur dah aku dapat buat kerja2 bibik, berpeluh la jugak. Daripada aku duduk mengangkang depan laptop. Takde pekdah pon. Heh heh.

P/s: Blok baru ni tajuk Genetik. Macam chalenging je bunyiknya.. hurmmmm

Friday, September 2, 2011

Kejapnya dah 4 syawal!

Salam..

Selamat hari raya aidilfitri to all!!! How's raya?? Having great time with families and friends huh? Ofkos laa kannn?? Kejap eh da masuk syawal. Aku rasa baru puasa 2 minggu tetibe dah raya. Masa pantas macam kereta lumba!

Aku bukan retis derr nak letak gamba2 aku memakai baju2 raya di hari lebaran kat blog "Aku Tak Sakai" (gila darjat aku nih blog sendiri pon nak letak link). Ghope blog pon tak senonoh, ada hati nak letak gamba2 vain kann?? Baik tak payahhh. Karang ada yg termuntah belahak tengok gamba2 aku yg pakai spek tebal lagi jakun nih. Kahh!!

Macam mengamuk ye bunyinya??

Aah. Memang pon.

Beberapa hal berlaku hari ni menyebabkan aku rasa macam nak tinggal dekat hutan simpan. Lagi bagus.

Mamat2 hensem di kiri dan kanan jalan pon tak dapat buat aku senyum hari ni. Tapi dah masuk dalam kete, rasa menyesal pulak sbb tak senyum tadi. Hahaha

Hurmmm.. Apalah aku ni ek? Hari raya ni patutnya bergumbira suka ria dan saling bermaafan.. Aku ni pulak lagi nak bikin entri pesen2 amuk ala2 ibu mengandung. Jadah betul !!

Maafkan aku, maafkan aku. Ada masa-masa, memang aku rasa nak mengamuk dan bertukar jadi werewolf. Aku rasa, mungkin aku ni ada darah werewolf. Lepas ni bolelah kawan dengan Tyler Lockwood, werewolf jantan dalam cite Vampire Diaries tu. Hek3 *gedik letewww gedik letewww*

Ohhh sesungguhnya aku sangat menyesal dgn apa yg aku dah taip ni, tapi rasa malas utk delete tu lebih tinggi daripada rasa menyesal itu, maka aku pon akan klik butang "post" kejap lagi.

Kay bai.

Eh eh. Selamat hari raya dan maaf zahir batin (kalau ada).

Friday, August 26, 2011

Raya tahun ni aku buang tabiat

Salam Ramadhan..

Bukannya buang tabiat apa, tapi tahun ni aku TULIS KAD RAYA!! Muahahaha.. Kalau sebelum2 ni, tak cara ah aku ni nak pos2 kad raya bagai.. Sebab aku ni pemalas. Nak forward sms atau mesej pon aku dah rasa beban, apa lagi nak tulis2 kad raya. Memang non hadooo lah jawabnya.

Dulu-dulu raya seronok.. Walaupon teknologi waktu tu belum lagi di ambang kecanggihan tahap tinggi. Tapi die punya syok tu terasa.. Sampai sekarang masih teringat dan terngiang-ngiang lagi. Betul tak??

Masa aku kecik2 belum masuk skola lagi... aku tinggal kat kampung, umah arwah nenek aku belah ayah. Kalau time raya ni, memang umah tu sesak la wa cakap lu. Seronok sangat-sangat sebab kitorang memang gotong-royong geghamai. Dari ayam tu hidup dok main kejar-kejar kat dalam reban, sampai la jadi rendang. Dari daun kelapa tu duduk atas pokok, sampai la jadi bentuk ketupat. Dari bawang-bawang kecik ke besar ke berbungkus-bungkus dalam plestik, sampai la jadi lauk-pauk. Haaa semua tu buat geghamai kat kampung.

Aku ingat lagi pak cik sedara aku suh aku jaga, pegang tali jerat ayam macam tukang naik bendera tu. Tegak je berdiri pegang tali. Bukannya kejap nak tunggu ayam masuk jerat. Ayam tu pon bijak, die tahu tu org nak jerat die buat rendang. Hahaha

Lepas tu, dedulu mana main masak pakai dapur gas. Tak semua la, ada la beberapa yg kena pakai kayu arang. Api kena nyalakan secara manual, pakai minyak tanah. Tu untuk periuk besar la. Bukan takde dapur gas, ada tu ada.. Tapi untuk periuk atau kuali yg x berapa besar je la. Tapi, biasa memang masak dalam periuk super besar sebab ramai pemangsa-pemangsanya, maka masak-memasak memang menggunakan cara yg lebih hardcore.

Gamba hasil cilokan dari google.

Yang gadis-gadis maupun mama-mama yg gojes sekalian, macam mana hari-hari puasa anda? Dah ada MC ke? Kuikuikui

Eh eh.. Semalam aku terjumpa satu kuih raya ni. Rasanya aku tak pnah jumpa lagi kuih raya macam tu. Kuih cheese tart. Tapi bukan cheese tart yg beso2 jual kat La Boheme (hentam je eja) tuuu. Die bentuk kecik2 ala kuih almon london. Very the gorgeous uuuuu.. Tapi aku tak rasa lagi, terlupa nak rasa. Ingat hari ni nak rasa kuih tu. Jangan dah habis dah la..melopong je laaa aku ni. Hehe

Dari google jugak. Nama nak snap gamba kuih tu takde le jawabnya.. *pemalas nak mam*

Lebih kurang mcm dalam gamba la mende alah tu.. Tapi yg atas ni adalah regular size for a cheese tart. Mungkin nama kuih yg aku jumpa semalam tu (jumpa kat rak bawah tb umah aku) adalah baby cheese tart. Agaknye lah..

Sedap tuuuu cheese tart. Nyumm!! Korang suka tak??