Saturday, July 9, 2016

Raya ke?

Salam

Selamat hari raya uols!!! So how was raya? Mine was simple je.. No fancy baju raya, no langsir raya, no fancy house decoration and all that. Tapi duit raya alhamdulillah masih ada yg menghulur walaupun diri ni dah tua hahaha Orang dah bagi tu kaut je le. Duit tu... gila ke tak terima?

Raya tahun ni aku n family beraya di rumah kampung which is rumah tuan haji. Itu lah rumah aku tinggal zaman skolah until 2007 (a year after aku SPM). Hah kira lah umoq ku brape. Dah cakap dah aku tak brape muda..

Rumah yg aku tinggal skarang is rumah mem besau. Since 2007 asek raya kat rumah mem je, tu yg tahun ni plan tukar angin beraya kat rumah tuan haji pulak. Takde sesi berperang memasak pon kat dapur, sebab mem besau main order je lauk tahun ni. Ketupat ngan nasi impit je lah yg kitorg produce kat umah. Yg lain masak kat umah org lain. Kuih raya pon tak sampai 5 jenis. Ini nama dia raya pek ekonomi. 

Tahun ni alhamdulillah dapat la jugak cuti raya.. Dok umah 5 hari je amboi bercinta nya rasa nak masuk keja esok. Rasa tamo pegi je spa esok. Huu

Anyway, tadi aku jenjalan kat Aeon singgah Daiso and jumpa storage box yg sexy perghhh

Jap aku tunjuk


Tu belah kanan nampak tak mengaum2 rimau bintang tu? Haha

Aku takde pilihan. Kena jugak beli storage camni sbb kalau aku xbuat cmni alamatnya mcm tongkang pecah la berselerak. Patutnya aku beli drawer je kan, senang aku nak organize skincare, perfumes, cosmetics apa semua. Tapi sbnanye aku lg prefer kekotak cmni sbb die terbukak. S enang aku nak capai barang. Dan senang nampak bnda apa aku lambak2 dalam kotak tu.


Ini lah die rupa so-called-vanity space aku. Aku dah discard mana yg expired or yg aku mmg dah x pakai. Maka tinggal lah sebanyak ni. Ada lagi sket aku nak buang tu sbnanye. Tapi kena tunggu sket lagi. Pasal, nti kalau aku buang kang, mula le dtg sawan nak membeli yg baru. Nehi haiii

Better aku bior die duduk je situ dulu sampai masa btol2 kena buang baru aku buang. Strategi penjimatan tu penting.

Aku tak rasa ni mcm entri raya.

Tak kisah la. Selamat hari raya ya.

Wink wink

2 comments:

Azie Azra said...

ni la hidup org yg teratur..semua kemas je..yg storange tu kalau tutup best jugak tu xde masuk habuk..malas nk lap2 habuk satu2..bayangkan laa kalau setahun tak sentuh pun barangnya..huh...

Si DauN CeRi said...

Paham... Kalo lama x usik mmg berhabuk punya. Tu la, tp tqa jenis pemalas gila nak bukak2 any penutup storage. Haha dasarrr