Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Saturday, September 9, 2017

Okee apps kita try tengok

Ehehehee mode jakun is ON bebeh!!

Dulu aku pernah donlod apps blogger ni kunun nak update blog on the go gitu ala2 hipstur gituu walaupun daku org kampungstur ya LOL. Kalo post ni berjaya diupload means aku sukses lah guna this apps. Sbb sblom ni aku pnah try tapi asek fail je. Tp time tu guna henpon lain. Mn tau kot henpon ni dia jadi kan.

Eh alaaa tapi aku x leh nak upload gamba la pulakk apenii. #marah #marah

Ada button add image pehtu bila select dia kata file tu x supported. Pastu button tu dekat sebelah tittle pulak? Camne gambo nak muncul kat bahagian tittle pulak dek non? Potong la diorang ni.. Upgrade lah apps ni plis #luahanhatiygtakdidengarihaha

Sgt la satu 'turn off' kalo blogging xdpt letak gambo kan? May be aku terpaksa do it the traditional way la nampaknya iaitu dgn cara transfer gambo ke lappy capuk I then edit sikit2 pastu upload pulak ke blog post hadoi. Baru berangan nak buat keja mudah tru henpon je semua cis.

Takpe lah. It's ok. I'll be back!

Friday, September 8, 2017

Jangan Baca (obviously clickbait LOL)

Hey whatsup guys

Damn dah lama gila aku tak membebel kan kat cni. So many things happen in between my previous post and today. Aku baru lps having a little anxiety moment kejap tadi lps a little chat with ma mother. Yaw so tak suka this feeling so tetiba bukak blog. Haha Tak berkesinambungannya cerita dia.

I'm feeling a bit 'deep' and weird hari ni. Satu, sebab hujan since tengah hari tadi. Dua and it's Friday Friday gotta get down on Fridayy (omg lagu Rebecca Black??! *sambil buat muka huduh*), so basically it rains on Jumuah, means sangat lah penuh barokah ya tuan-tuan puan-puan sekalian. Elok nau baca surah Al-Kahfi chuols. =)

Yang ketiga dia aku tengok video menda ntah tadi kat utube, quite random jugak, quite deep in terms of topic yg dibincangkan, hence all these emotions I'm feeling right now.

It's about 'soul-searching', or whatever istilah lain lah yg bole korang maksudkan. Satu era atau fasa dalam hidup di mana kita mencari-cari erti hidup ni. Satu masa yg buat kita terfikir if satu masa dulu masa kita kecik2 ke, masa sekolah menengah ke, bila2 lah masa yg dah berlalu, kita buat satu keputusan yg berbeza dgn keputusan yg kita buat waktu tu, how our lives would be so different than how it is at the moment.

Contohnya, kalau dulu aku decide utk masuk sekolah maahad instead of pergi masuk aliran sains, may be I am a different person now kan? Mungkin jadi seorang insan yg berbakti pada agama ke.. atau apa2 je lah kemungkinan lain yg ada kan?

Aku dah warning oke kat tajuk jangan baca or you will get drown in thoughts with me, atau paling tak pon, ko pening amenda aku merepek. Hehe

Aku baru lepas approve komen tadi pastu delete spams punya berderet. Ada jugak org komen ek kat blog capuk ni. Hari2 ada views aku pulak serba salah sbb rasa tak bertanggungjawab pulak missing in action lama pastu tetiba upload entri merapu. Sorry uols, kak long mmg ada plan nak review itu ini, nak update skin care routine and favourite products la bagai tapi non hado. I need some motivation cepat2 telepati semangat positif kat kak long :D

Kalau ada yg baca sampai sini, thanks for reading. Selamat berhujung minggu dengan your loved ones ya. Nanti kak long plan proper entry utk lepas ni ek (semoga jadi kenyataan). Or korang ada suggestions ke benda apa nak share? Boleh suarakan dekat komen ya.

Oke korang babaiisss

Saturday, April 18, 2015

Now Baru Aku Percaya

Last two weeks kalo aku tak silap, aku ada hantar ticket kat Nuffnang tanya something pasal setting email dgn CPUV. Saja jet2 sbb aku terbaca kat blog2 org lain pasal hantar2 ticket ni.

Tapi rupanya mmg efek kalo kte hantar ticket ni. A good chance to get our blogs to be noticeable by Nuffnang and advertisers. Hehe

Sebaaabb...

Thank you Nuffnang and advertisers.. :)

Sesungguhnya ini adalah kejadian yg luar biasa kat blog ni. Belum pernah aku dpt CPUV berderet mcm ni. Nak dapat seketul pon payah oke.

Tapi the next week after aku hantar ticket kat Nuffnang tu tetibe blog ni dpt CPUV. Pergh laju gila diorang proses ticket yg blogger2 hantar. Padahal aku letak priority medium je kot. Takde le penting sgt pon isi ticket aku tu. Haha

Lepas ni syg Nuffnang lebih la nampaknya.. Ngahaha

And to all readers pon aku nak say tengkiu jugak. View numbers dari korang la yg buat orang rs semangat nak menaip. 

Oke dah malam.

Good night.

Sunday, April 12, 2015

Tak Jual Lagi Cotton Jepun Taw

Apa daa nak taip jepun tadi tertaip jempun. Ahakhakhak Nasib baik aku rajin nak backspace tadi. Kalau tak sampai tahun depan tajuk entri ni tulis cotton jempun. Jempun pon jempunn laahh

Memula aku malas gak nak update notice kat entri2 lama pasal cotton tu. Tapi aku tengok dua entri pasal cotton tu nak 1k jugak view memasing. Ramai jugak orang cari cotton jepun ni rupanya. 

Setakat view kat belog ni takde benda la sangat pon sbnanye. Cumanya lately mcm ramai pulak yg whatsapp n sms aku, ada yg call lagi tanya pasal cotton Jepun tu. Padahal dah gtau rasanya no call, still jugak ada yg call ya. Aku pon pergi angkat sape suruh. Hahaha

Yg sms berkali-kali tanya soklan yg sama pon ada. Rasanya berkali-kali jugak aku duk explain ngan die. Tapi takpe la hiburan masa lapang. Kakaka

Hurrmm Last2 aku merajinkan jugak la jari jemari aku utk update notis kat entri2 lama dan mewar-warkan (betul ke eja perkataan ni) dalam entri ni bahawasanya aku dah drop out dropship cotton tu atas sebab2 tertentu ya.

Tapi korang still bole beli kain cotton jepun tu through Facebook page: 
Klik link ni  >>>>> COTTON KEKABOO

Hah kat situ ada la bole tengok gamba details stok cotton terbaru. Deal terus ngan tauke, nak beli borong ke nak beli semeter je ke sume bole direct ngan tauke die, okies?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oke ah cite benda lain plak.

Ni ex-classmate aku dulu.

Hoih membohong tak agak. Haha Of kos la bukan ex-classmate akuuu. Ex-classmate aku takdo doo set2 yg rupawan lagi jelitawan sebegini rupaaaa.

Mana nak jumpa laki pakai lip balm pergi kelas weh. Laki Korea je kompiden sambil tunggu lampu merah dalam kereta tenyeh lip balm taw. Tapi kalau meleis yg buat camtu gerenti pelik ah. Tak sesuai oke muka jawa selet lip balm. Mcm something wrong somewhere jek.

Aku dulu bangsa tak reti tengok Korea jugak. Pada aku korean guys ni mcm terlalu jambu yg mcm tak masuk akal. Kira aku tak tau tang mana kelelakian diorang tu. Semua nampak mcm pompuan je. So kalau ada org yg cakap Korea ntah apa2 tak minat la bla bla bla it's okay aku totally understand you sebab sblom ni I was one of y'all.

Tapi sekarang aku dah berubah. Minat la jugak sket sket. Well, people change bebeh.



Aku la yg rekod video diorang berlatih ni. Tak percaya sudah. Muahahaha

Monday, April 6, 2015

CPUV after several months since the last one

Ohok ohokkk

Kemain rajin nampak kemas blog, tuan tanah oi?
*sindir diri sendiri*

Cerita psl CPUV ni, ekceli aku sblom ni x paham apa pon pasal CPUV. Baru taon lepas aku amek tau pasal CPUV. Tu pon accidentally ter-found out pasal CPUV ni. Padahal menepek ads Nuffnang dah dari tahun 2010 dulu.

Trafik belog ni tak tinggi mana pon. Tu pasal la jarang gilos dapat CPUV. Advertisers mesti la pilih belog yg trafik tinggi nak letak ads diorang.

So aku pon chillex2 je la. Kalau ada syukurrr dgn harapan lama2 la kau berkempen kat situ ya. Hihi

Kalau takde ya sudaahh.. Aku berblog pon sebab aku suka menceceh. Lagipun, aku kenal blog dulu baru kenal Nuffnang. :)

Tapi hari ni pulak ternampak ada 2 CPUV on going. Tak banyak pon, dua je oke. Last time aku dapat CPUV pon satu je.

Pape pon alhamdulillah la.. Lelama lah ya die duk situ.

Thank you Nuffnang and advertisers.

Korang mesti berderet-deret CPUV kan? Besnyaaaaa

Thursday, February 12, 2015

Si "Atiqah Doktor"

Assalamualaikum readers..

Past few days aku privatekan blog ni sekejap sbb nak amek napas. Sambil siapkan entri ni. Bbrp hari lepas, ada satu hari tu aku tgk kat notification berderet friends add kat fesbuk. Lah pehal pulak ni. Diorang ni terpeleot jari ke apa. Sbb sorang pon aku xkenal kat situ.

Lps tu, tetiba ada akak tu inbox aku kat fb bagitau yg ada sorang hamba Allah ni die py fb nama aku lps tu gamba aku n mesej bukan2 kat orang. Akak tu drpd group ibu2 berpantang lps bersalin. So obviously target mangsa makhluk penipu tu semua perempuan la kan.

Tercengang aku baca apa akak tu bagitau aku. Aku sgt berterima kasih la kat akak tu sbb bgtau aku bnda ni. N die kata ksian kat aku n tanya aku elok2, "is that you, adik?". Waaaa thank you so much, sister. Walaupun aku x knal die, n probably die pon sbnanye tak knal aku kan.. Ada jugak org yg tergerak nak inform. Sob sobs

Aku pon xtau mcm mana, tapi akk tu kata ada org letak link fb aku kat komen so that org tau la aku yg sbnar bukanlah that makhluk jahat tu. Hmmmpphh semoga kau berubah lah menjadi lebih baik whoever you are.



Ni lah acc tu. Yg tak bole blah nya, die guna nama betul aku pulak tu. Saiko betul! Ekceli aku rasa aku tau gamba tu mn die dapat. Rasanya dlm entri lama2 kat blog ni. Sbnaunya gamba tu ada watermark blog ni, tapi aku rasa die crop watermark tu. Amboi gigih kau ya.




Akak tu bagitau aku ada mangsa kena tipu ngan makhluk tu screen capture conversation diorg then sebarkan spy takde lagi org kena tipu ngan die. 

Sbnarnya, rasa nak tergelak pon ada. Mmg saiko. Tapi kan...hahaha. Kot ya pon nak menipu, jgn nampak sgt bangangnya boleh? Hahah

Nak check up cancer amenda pakai pm pm je? Aigooo Org nak screening cancer kat klinik or hospital lah, bukan kat fesbuk. Kau nak aku ceramah kan kau pasal pap smear ke? Eyyy

Lagi satu kan dik. Ko nak cek apa tengok gambar panties dgn bra? Luls

Even though doctors mmg terpaksa jugak tengok aurat patients in order to perform physical examinations and stuff, but we learnt about ethics too okay? We do use blanket to cover patient's body. Tolong jgn tak senonoh sgt boleh?

Apa dah takde keja lain nak buat ke agaknya diorang tu?

Tu la ada member aku cakap, I'm lucky enough to know about this. Org lain yg terkena dan tak tau pape tu?

So my fellow readers if you ever seen this fake account, please do me a favor by clicking the block button and report it if possible. Thank you so much.

Ala, bnda ni bole jadi kat siapa2 je.. You know, orang berniat tak baik ada di mana2.

So, last but not least, be careful kat mana2 je ada berada. Stay healthy. Keep smiling.Till next entry, bye bye and thank you for reading.

^___^

Tuesday, September 9, 2014

This is not gonna be the "20 facts about myself"

Assalamualaikum..

Kalau datang angin aku nak hupdate blog ni mmg suka hati aku je lah. Datang angin nak hupdate tengah2 mlm buta pon jadik...siang2 pon jadikk aje. Kalau tak datang2 angin die tu yg parah... Mau berbulan aku biaukan blog ni smpi berhabuk. 

Tiba-tiba je lately ni aku asek ternampak sana sini duk up "20 facts about myself" kat banyak social media.

Tapi aku bukan nak up entri 20 facts ni. Coz I guess I'm personally not contained of facts. I'm too weird to put up things that I like or anything about my personality as some sort of facts. Aku tak tau ape pasal tapi aku selalu rasa aku pelik. Haha

And I can be seriously random at times and..unpredictable?? 

Even me myself can't really figure out things about me. So how weird is that?

Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~

Credit to atuk Google and the website name on the pic.

Selambe badak aje aku tepek gambau ade url name kan? Al-maklum lah org kampung.. Luls

Orang pelik itu kesan sampingan drpd menjadi seorang yg ohsem?

Siryes gua tak ohsem. (Dah sape pulak cakap kau ohsem? Nak kena lesing??)

*murung sendiri*






Aku sbnanye tadi nak cite benda lain.

Emmm.. oh ya. Aku terfikir je agak2 ade tak org yg terfikir pasal url blog aku knape nama die dakkcique.blogspot.com?

Dek kerana mmg dari tadi aku nak cite pasal asal-usul nama blog ni so takde org nak tau pon aku cite jugak lah.

Dakkcique tu ekceli nama samaran aku waktu matriks dulu. Aku mmg sejak azali selalu jadik paling metot dalam kelas. Sampai lah habis sekolah masuk matriks pon takde jugak manusia yg lagi metot drpd aku dlm praktikum. N the fact that I was the youngest in my class so practicummates panggil aku dgn nama "dak kecik". Sbnanye drpd kepanjangannya "budak kecik". Bagi twist loghat Melaka sket kat nama tu maka jadilah ia "dak kecik". 

Disebabkan aku poyo inginkan kelainan, ditambah pula perasaan jakun yg ada dlm diri, maka aku upgrade kan ejaan nickname tu menjadi "dakkcique"...

Waktu aku memula nak buat blog ni dlu, gamaknya dah tak gheti dah nama ape dia nak tauk kat url nih. Last2 nickname tu jugak yg aku lenjan. Dah 4 tahun dah pakai nama ni. 

Tapi now tetibe rasa mcm nak ganti nama url lah.

Efek tak kalau aku ganti url?

Maksud aku kalau org tekan url lama adekah die akan autodirect or mmg takkan reach blog ni dah ek?

Hurrrrmmmmm.....


Tuesday, August 12, 2014

Memandangkan...

Assalamualaikum wbt..

Hahaha Aku msti nak tersengih kalau igt ni. Dulu waktu aku kat Indonesia, aku kalau baca pape slalu terjumpa perkataan Waktu Indonesia Barat yang disingkatkan menjadi WIB. Dan setiap kali aku baca nombo jam yg letak WIB kat belakang nombo tu aku msti terbaca warahmatullahiwabarakatuh.. Luls

Tak kira la baca dalam hati ke kuat2 ke tapi mmg dlm kpl hotak aku yg berjambul ni msti akan interprate WIB tu sbg kepanjangan dari wbt lepas bagi salam. Hehe

Gigih pulak aku nak cerita pasal bnda ni kan.

Emm... Memandangkan aku skarang ada banyak waktu free selain berbisnes sbb aku business from home gitu, so aku berfikir utk meningkatkan frekuensi update blog. Ada org suka ke eh dengar berita yg aku war-warkan ni? Haha

Tak kisah lah tu.

Danggggg knape gamba kopi ni lain ngn kopi yg aku tgh minum skang ni? Aisemennn

Ekceli aku tgh minum kopi brand Super mcm dlm gamba ni, tapi lain perisa. Yg dlm gamba tu brown sugar, aku minum yg classic tapi white coffee jugak lah. Sedap gilaaa habaq hang.

Lately kopi Super ni rajin kua iklan dlm sokabar ngn tv. Aku ade up entri pasal kopi ni few weeks before this. Seee??? So can I declare that I got some taste, huh? Ayyeeeee.... *kadar perasan meningkat ke tahap tinggi*

Tapi semua ni sbnanye thanks to makcik promoter yg promote kopi Super kat aku ade satu hari tu. So you won, auntie. You won!!!

Dah pehal aku naik syeikh pasal kopi ni tetibe kan?

Mungkin sebab ni lah aku berblog. Aku mmg secara semulajadinya mmg suka bercakap weh. Tapi masalahnya aku suka bercakap kalau aku sorang dan kalau jumpa membe yg sekepala. Ataupun aku dah rasa masuk ngn org tu tak kira la baru jumpa ke atau dah lama kenal.

Kalau aku kat luar, takde la nampak peramah nau pun sengih memanjang ke apa kan. Kang org igt aku gila pulak. Dah kerang busuk, gila pulak tu. Eh.

Kadang2 tu aku pon x perasan aku duk ralit beratib sorang2 depan cermin. Entah apa aku menceceh pasal produk la pasal rambut la pasal ape la. Ala2 masuk tv show gitu. Seram tak?

Hahahaha 

Btw, Alhamdulillah.. Aku rasa bersyukur sbb walaupun ada banyak masa aku rasa negatif, aku rasa mcm Allah selalu tau n buat aku rasa oke balik. Macam semalam, kan aku cite aku depressed kan. Tapi later that day banyak la benda yg buat aku tersenyum and rasa mcm tak keseorangan. Allah is like the sweetest ever, He always know how to make a little servant like me feel better whenever I feel down and lost. Alhamdulillah~

I ma go do something else after this.
See u guys later, inshaAllah.
Whoever or whenever you are, I always appreciate people who read my blog. U guys inspire me for some reason so THANK YOU ^^

Dan, kalau nampak iklan2 kat blog ni kan... ce tekan ce tekan. Muahaha
Siryes korang ohsem kalau tekan iklan kat blog ni.

Bye y'all..

Peace!

Tuesday, August 5, 2014

Blog vs Vlog

Assalamualaikum..

Today aku nak menceceh pasal antara blog dan vlog.

Sebelum aku reti main internet dulu, aku x pnah tau yg selain drpd tengok movie atau drama atau baca novel, komik, atau buku2, kita bole tau cerita life org lain dgn cara lain which is through vlogs and blogs. Dulu, dunia aku hanya apa yg aku tengok sekeliling aku so aku bole cakap la yg aku sangat naif dulu. Suci sangat habaq hang. Hihi

Sebab aku xtau banyak benda lah jugak, bila aku dah masuk alam 20-an ni, aku byk fikir why i did that, why i did this dulu, knape aku decide gini knape aku decide gitu waktu tu.. Knape aku dulu x bole fikir mcm org lain fikir, knape aku mcm takde pendirian dulu.. Knape aku tak bole decide apa yg aku nak waktu tu bla bla bla.. Banyak lah benda yg aku slalu tanda tanya lepas semua benda tu dah berlalu.

Tapi aku rasa bnda tu normal kot.

We must be young and stupid before we can be old and wise. Kan?

Aku xtau sama ada aku sorang je yg rs mcm ni or ade org lain jugak rs mcm ni. Aku suka tau cerita life org lain sbb sometimes cerita diorang bole bg aku inspiration n bole buat aku berfikir ttg satu benda tapi dgn pandangan dari pelbagai sudut. Aku xtau la org lain, tp aku rasa positive vibes tu kadang2 mmg kuat drpd cerita org lain. Of kross bukan maksud aku kat cni aku suka sengaja nak korek2 cerita org lain ttg cerita yg org lain x willing nak share ya. Maksud aku, cerita2 yg org mmg suka nak kongsi dgn org lain through blogs and vlogs.

Aku ingat waktu aku memula dtg Jakarta dulu tahun 2008, waktu tu umur aku tak sampai 18 tahun lagi. Uwauuu muda tak muda tak? Hihi

Waktu tu aku budaaakk sangat. Aku x sedar yg aku sbnanye pg oversea utk stadi dan aku sbnanye pg sana bawa setangki besar harapan drpd byk org. Aku tak pnah ade rasa sikit pon mcm tu waktu tu. Aku just rasa mcm pg skola berasrama. Cuma nak pg asrama tu kena naik kapal terbang. Hahah

Masuk semester berapa ntah, aku jumpa blog ada sorang akak ni. Honestly aku baru btol2 pandai guna internet sejak ada laptop sndiri yaitu waktu mula blaja amek degree dulu lah. Anyway, akak blogger tu dia dah blogging sejak tahun 2006. Dalam blog die mcm diari die la. Readers die sangat ramai..termasuklah aku sendiri. Sampai sekarang aku masih baca blog die.

Dalam blog die, banyak sangat kisah hidup die yg die share.. Aku kagum dgn dia sbb aku bole feel the emotions dlm setiap entri-entri dia. N aku kagum dgn pendirian dia. Byk kali org try nak kondem die kat blog tapi die tetap cool dan blogging mcm biasa. Sampai tahap sekarang ni, boleh kata die dah jadi mcm rujukan pulak sbb ramai jugak reader yg suka tanya2 pendapat die. Semua persoalan berkenaan hidup. Benda2 yg kau takkan jumpa dlm buku. Dia punya 2 cents selalu affect aku in a good way.

Aku tak tau akak tu sedar ke tak yg blog die dah jadi inspiration kat ramai orang. You have my respect lah kak. Ai lebiu so much. Ceh, mcm akak tu baca je kan? :P

Ada link blog akak tu kat sidebar. Ce cari ce cari.

Daannnnn........ Bila aku dah besar sket lagi, aku pandai maraton video kat Utube. Aku mula jumpa dan berjinak-jinak dengan dunia vlogs. Yup, videos-blogs >>>>> vlogs. Lebih kurang lah.

Video yg org ramai buat ttg random things yg diorang nak share dgn org ramai. Ade yg vlogs pasal isu semasa, review products, tutorial2, ada yg buat daily vlogs cite pasal kegiatan diorang hari2. It's like watching others life on screen. Kalau vlogs yg femes kat Mesia ni Anwar Hadi, Mat Lutfi, ngn Maria Elena la kot. Nak jugak Maria Elena aku kan? Hahah

Tapi kalau vlogs sbnanye aku suka vlogs omputeh buat. Omputeh tak putih sgt lah. Ekceli aku suka tengok vlogs Muslims kat luar negara, majority middle eastern muslims yg tinggal dekat USA. Sebab apa? Sebab diorg Muslim tapi diorg duduk dekat negara barat yg budaya diorg berbeza dgn tempat asal diorang.

Aku suka nak tau mcm mana diorang handle lifestyle kat sana tapi mengamalkan Islam pada waktu yg sama. Stuff like that. Benda-benda ni lah maksud aku yg aku rs aku takkan dapat tahu dgn cara lain. Mungkin lah ade agaknya dalam buku tapi aku rasa vlogs lebih bes sbb die visualised version.

Blog atau vlog? Jawapan dia aku suka dua-dua. Dua-dua pon aku layan..

Cuma kalau aku sendiri nak ber-vlog tu aku rasa takkan lah kot.

Aku lebih suka menaip mcm ni. :)


I can see u reading my blog! :P

Lepas tu, nak selit sket pasal preorder perfume original reject bulan lapan ni ye..


Take note ye siapa yg berminat, bole skrol list perfumes kat link instashop kat sidebar. Oke TQ.

Siapa yg baca sampai abes, anda ohsem!
Byeeee!!!

Saturday, July 5, 2014

Honestly

Salam Ramadhan to all Muslims out there especially those who read this (abes tu kau nak ucap kat org x nmpk cmne? Duuhhh)

Did I just typed what I said in my mind? :P

Okay.. how are u guys doing? Ramadhan is awesome? Everything is just great, yes? Alhamdulillah..

Hurmm I don't really have any important thing to share with u guys in this particular entry but I just want to say thank you for reading this stinky blog of mine..heheh Thank you, gracias =)

Memula aku berblog empat tahun dulu aku tak pernah terfikir pon akan dapat mencecah 1000 lebih views in one month (ni bukan nak poyo taw, ni dari hati gitu). Aku dah la jakun. Eh.

Dulu waktu aku mula2 berblog, time tu blogging ni mmg tgh ngetrend gila-gila. Dan-dan semua orang nak ade blog taw. Sekarang sebab dah ade teknologi dan applications yg mcm-mcm tok nenek, hanya yg setia dan mmg suka je lah yg masih rajin blogging dan rajin blogwalking.

But honestly, aku mmg tak pnah terfikir akan ade reader yg mmg baca buhlog aku yg whatever gila ni wakakakakaaa (gelakkan diri sndiri)

Utk some random girl like me, view sebanyak 50 sehari tu pon dah kira mcm fuiyooohhh gila kot. Tu sbb aku tacing gila tengok everyday ade je sejumlah views yg jengah blog aku. Cam...kalau org dtg dpt door gift ke takpe jugak, ni dtg dapat baca entri-entri aku yg brape persen je yg berfaedah ni wakakaka. Berfaedah kah?

So again, thanks guys. Have a blessed Ramadhan and jgn lupa bangun sahur ye. Heheh

Saturday, June 21, 2014

Pencarian Bloglist 3 Hari by Tea & Coffee Lover


Dah lama gila x join aktiviti2 blogger ni. Sekali-sekala mendukung kegiatan para blogger apelah salahnya. Ayuh lah blogger2 sekalian.. hehehe
^^

Wednesday, November 13, 2013

Mengada

Aku ni kalau dah dtg pe'el mengada ni mmg mengundang minta penyepak je. 2 ke 3 hari lepas aku takde keja kat rumah xtau knape aku pg google url blog aku. Sekali terjumpa yg ni: (mcm buat esaimen je nk tauk titik bertindih bagai)


Ala mengada taw buat aku perasan mcm ni.
Dia kata blog sememeh aku ni harga seploh ribu hengget! Kau biar betul. Sok aku keja gaji aku x smpi seploh ribu pon taw. Siap ada 299.03 sen. 03 sen drpd mn lubang pon aku x tau. Ahaha

Rank ke 17 ribu lebih tu aku x ambik port sgt. Kalau ke 17 juta pon x kesah. Haha
Ala menci tau website x jelas sumber yg buat aku perasan mcm ni. Perasan je, bukannya die bg aku duit pon. Puiihh

Korang pnah terjumpa website yg aku jumpa ni?

Saturday, February 23, 2013

Terabai

Hye!

Wahh lamanya aku abaikan blog sememeh ni. Mcm mana aku bole tergamak tinggalkan blog ni smpi mcm ni skali?? I'm very very sorry dear blog. Mama's too busy doing nothing in this few months. 

Santai sgt ke sampai takde buat apa kan? Biasa je.. Kua umah pkol 6 pagi, balik kadang2 sblom zuhur, kadang2 30 minit atau sejam lepas zuhur. Pastu balik sambung aktiviti2 penganggur terhormat kat umah. Dasarrr... Patut pon dokter tanya, aku cengah-cengih je. Ini rupanya keja aku. Hew hew

Kejutan budaya ke apa aku ni. Dapat stase yg x payah jaga emergensi malam2 je bukan main lagi goyang kaki kau ye? Tapi aku menganggap bahwa benda ni kita kena jalani je. Bak kata ada dokter tu, time santai kita santai laaa time busy, jalani ajaaa

Sbnanye aku malu ni. Waaaa mana gua nak taruk muka gua mcm ni.

E eh cam cute plak singa ni main totop2 muka kan? Cuba kalau aku buat mcm tu? Mmg ada gaya nak mintak pensepak sedas.

Takde la, bukannya malu apa. Segan je kot sket. Segan dgn viewer yg singgah lepas tu blog ni mcm para tempat lepak tunggu durian gugur di musim yg bukan musim durian. Ha punya la panjang perumpamaan aku nak melambangkan betapa lama aku "hibernate"kan blog ni.

Mungkin sbb rasa lama sgt aku jadi student buat aku rasa kurang semangat nak buat semua benda termasuklah update blog. Ish3 teruknya aku.

Kadang2 memang ada membe yg menyarankan supaya aku update blog tapi apakan daya, intoksikasi vitamin M telah membuatkan aku leka dgn dunia mengong-banyak-masa-tapi-xbuat-pape aku. Ouhh blame me blame me. It's all my fault.

P/s: Aku dah bole mengundi tahun ni. Tp masalahnya, my political knowledge is like almost ZERO! Aigoo jgn la aku kena buang negara. Har har har

Wednesday, April 11, 2012

Wajah baru

Jeng jeng jeng...

Ni namanya blog pemalas. Asal ada tajuk, ada entri..siap!

Makin lama aku menaip kat blog ni, makin tak kuasa aku nak menghias blog. Ye, memang tak semenggah perangai macam ni, tapi nak buat mcm mana.. Aku ni dah la tak kreatif, makin aku cuba jadi kreatif makin mengarut je hasilnya.. Hahaha

Tapi takpe, aku lagi sayangkan isi blog ni daripada rupanya.. Cieeewah!

P/s: Petang tadi ada gempa bumi kat Aceh, 8.5-8.9 skala ritcher. Plus amaran tsunami.. warga sana masih dalam keadaan panik dan tengah cuba pergi ke tempat2 yg tinggi.. Mari sama-sama doakan semua selamat~

Wednesday, March 7, 2012

Update on Cosmoderm tea tree product

Sejak aku buat satu entri review tentang produk tea tree dari Cosmoderm, dekat SINI.. Aku terima ramai sangat viewer yg datang utk cari tahu tentang Cosmoderm. Setiap hari mesti ada viewer yg datang dari kata kekunci yang berkenaan dengan Cosmoderm. Terima kasih la Google sebab beri peluang entri review aku untuk disenaraikan dalam hasil carian.. Secara tak langsung, bertahan la jugak trafik blog aku yg byk merepek ni ha.. Hahaha

Pape pon, terima kasih jugak kat siapa2 pon yg pernah singgah sini. Sori sebab saya dah melecutkan chatbox yg kaler peach tu sebab satu hari tu die hang lepas tu mcm takde harapan je nak function balik. Tapi takpe, ruang komen pon bisa aja.. 

Dan satu hari aku telah dapat respon dari HalalCosmoderm tentang entri review aku tu..

Kurang jelas kaluuu...kasi tekan juga itu gambaaaaaa

Kalau korang pergi dekat website die, dekat tab korang akan tertera Halal skin care, etc etc.. Jadi secara otomatiknya kita akan tahu bahawa produk ni halal, kan ke dah jadi satu advantage utk kita as muslims.. Yeayyy

Aku pon x sangka pulak ada orang Cosmoderm nak perasan entri aku tu, maklum lah ini bukannya blog retis..blog biasa je.. Tapi terima kasih ya.. :)

Ada yg personally inbox aku kat fesbuk tanya betul ke Cosmoderm ni bagus, ada yg tanya berminyak ke muka kalau pakai Cosmoderm ni, pencuci muka apa yg bley di combinekan dgn antiblemish ni dan sebagainya.. Ada jugak yg cakap Cosmoderm ni berkesan kat kulit muka dia.. Respon-respon sume quite overwhelming bagi aku, nak-nak aku ni jakun kan.. Hahaha

Jadi ada yg aku dah jawab kat komen dan inbox message, aku harap sedikit sebanyak dah membantu la bagi yg bertanya tu.. Kalau jawapan aku x membantu, aku galakkan utk pergi ke official website Cosmoderm kat SINI. Kat situ mungkin ada jawapan yg lebih profesional~

Sampai sekarang ni, Cosmoderm antiblemish masih lagi ada dalam simpanan peribadi. Ada yg cakap kulit kita akan resistant dgn produk yg kita guna after sometime, tapi aku pnah quit guna antiblemish ni lama jugak la lepas muka aku baik sket dulu kan.. Alhamdulillah sekarang aku still guna produk ni and I have nothing to complain about.

Aku baru je beli Cosmoderm hari tu sebab musim pimple aku datang lagi.. :(

Kalau tenung2 kat dagu aku tu ada pimple yg tengah ranum macam tunggu masa nak meletup. Aku tenyeh antiblemish Cosmoderm masuk hari ni dah 2 hari aku sapu antiblemish tu, pimple tu dah nak kering dah! Dia macam x jadi nak mengganas. Same goes to some other pimples on my cheek and forehead. Huhu

Disclaimer: Apa yg aku tulis kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan Cosmoderm dan juga respon kulit muka aku terhadap produk ni. Hasil penggunaan produk mungkin tak sama pada orang lain sebab kulit kita kan lain-lain..

Okay, thank u for reading, bagi yg nak mencuba, selamat mencuba!! Have a nice day uolss! :)

Thursday, November 3, 2011

Pencarian Blog Follower di bawah 500

Salam..

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh KLIK SINI

Saja suka-suka join segmen pulak kali ni, boleh blogwalking ke blog2 yg aku belum pernah tahu.. Moh le join siapa2 yg cukup syarat tu.. Hehe

P/s: Jom lah exam.. :D

Wednesday, October 26, 2011

Dapat voucher dari Nuffnang larrhhh!!

Salam aleik..

Nak jugak aku letak tanda seru kat tajuk, kan? Memang la dasar gelojoh. Btw, tadi aku cek Nuffnang sekali ada satu ikon tambahan kat kotak biru tu. Ikon tu tulis Chatime Publika. Dengan keterujaan berganda aku pon klik lah ikon tu. Rupa-rupanya dapat voucher Chatime @ Eat Food Village Publika. First time jugak dengar tempat ni, tapi tengok venue macam menarik je.. Halamakkk..pasal apa aku tak cuti ah sekarang ni?? Cis.


Wuwuwu.. Siryes menarik lagi tertarik. Aku baca tadi Nuffnang nak buat bonding session tapi die akan invite 25 blogger bertuah saja. Siapa nak kena isi form yg die ada sediakan kat website Nuffnang (setelah log in). Ha apa lagi, siapa yg rasa2 die ada dapat voucher ni, pergi la isi form tu cepat2.. Mana tau tuah mengena, dapat attend bonding session tu.. Bley le feeling2 retis.. Agagaga

Macam bes kan tempat die?? Sila cakap bes.

Date: 5 November 2011
Time: 3.00pm – 5.00pm
Venue: Chatime @ Eat Food village, Publika, Solaris Dutamas

Walaupon aku tak pat nak guna voucher ni (sangat berat oke nak tulis ayat ni..ekstrim tak?).. tapi terima kasih ye Nuffnang, selaku blogger picisan, aku rasa bangga woh dapat voucher ni. Oh agak over di situ. =D

Terima kasih, terima kasih.

Sunday, August 28, 2011

Keyword yg nak kata keji, kesian..tapi keji la jugak.

Pertama kali aku jumpa keyword berunsur blue yg sampai kat blog aku ni, jadi die punya terkesima tu memang al-maklum lah kan.

Klik lah kalau berani. Ha Ha Ha

Siapa lah yg search ni agaknya ya? Yang buat aku lebih musykil lagi, tang mana pulak agaknya kat blog aku ni ada berkenaan dgn keyword tu agaknya..

First time woh aku jumpa keyword pesen2 macam ni, tu yg teruja sampai sanggup buat screen capture tu. Kah3 Kalau tak, takde maknanya aku nak buat screen capture sebab aku bukannya reti nau.

Tak baik taw search bukan-bukan.. Aiyoooo tak tauuu

Dah la, baik aku gi jenguk2 kuih raya. Dapat jugak faedahnya (aah. faedah perut menjadi buntal lagi adaaa).

P/s:  Ramadhan dah nak sampai garisan penamatnya utk tahun 2011 ni.. Macam mana overall Ramadhan kita?

Tuesday, August 23, 2011

SEGMEN: KAMI BLOGGER PRIHATIN


Dah lama sangat dah aku tak libatkan diri dengan segmen. Kali ni aku rasa terpanggil untuk join segmen abg Ben yg ni sebab aku rasa useless sangat2 kalau benda sesimple ni pon aku tak boleh buat untuk at least tunjukkan keprihatinan sebagai seorang manusia yg baik dan yg paling penting, sebagai seorang Muslim.

Kalau nak join, boleh klik SINI.


Kita kat Malaysia ni keadaan hidup dah cukup baik, memasing inshaAllah takde masalah untuk dapatkan juadah berbuka puasa yg sedap bulan Ramadhan ni. Tapi sedara2 kita kat sana, agak2 apa la yg diorg makan. Hari-hari mereka mengalami kesukaran utk mendapatkan makanan. Moh le kita beringat-ingat dekat mereka kat sana, hulurkan bantuan apa yg mampu..

Jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/


P/s :  Kita kena baaaaanyak-banyak bersyukur~

Tuesday, August 16, 2011

Silent follower?

Salam Ramadhan.

Sejak 2 menjak ni, aku makin suka pulak tengok chanel National Geographic kat astro. Itu maknanya aku ni dah masuk usia lanjut ke apa ek? Bukan org muda belia suka tengok drama/movie ke? Uiii Kalau terbukak pulak chanel National Geographic time die tengah tayang pasal binatang buas atau liar.. Boleh melopong aku ngadap tv tu. Haha Die punya mahsyuk tu hampir nak meremang bulu roma jgn tak tahu. Semalam time pagi aku layan cite pemburu ular. Siap ada robot khas lagi nak cekup ular. Pastu petang tu aku tengok cite pasal ikan jerung pulak. Dah semua org tak boleh tengok tv sebab aku nak sgt tengok National Geographic. Ayah aku pon layan je la pe'el aku semalam. Malas die nak bising2 agaknya, die pon tunggu sampai cite jerung tu abes. Hehe

Kengkadang kan, aku rasa blog aku ni ada "hantu" la. Bukannya hantu apa...tapi silent follower. Istilah ni memang takde kowt. Aku je yg cipta sendiri. Apa ada hal kan? (kengkonon dah cukup metal lah ni. ptuih). Engkorang pnah tak mengalami benda ni. Bila jeling-jeling jumlah follower semalam dgn hari ni mcm tak sama, tapi gamba profile yg terbaru masih sama mcm semalam. Itu lah yg aku panggil silent follower. Follow senyap-senyap. Profile die takkan keluar dekat kotak follower tu.

Sebenarnya kenapa nak jadi silent follower ye? Engkorang pernah tak jadi silent follower? Aku tak pernah. Aku bukan tak suka.... Mestilah suka ada org follow kan kan? Tapi teringin jugak nak tahu siapa dan visit blog follower tu pulak.. Baru ada give and take. Ecewah. Tapi ye la kan, kita mana nak tahu apa yg org lain fikir. Yang penting, aku sangat berterima kasih dekat org2 yg sudi follow, sangatlah aku hargai~

Ye aku tahu follower aku ciput je nak banding dgn blogger2 lain yg tip top tip top tu. Tapi bagi seorang yg jakun mcm aku ni, nombor yg kecil tu memberi makna yg besar bagi aku. Kat dunia luar, kangkadang aku ada kat situ pon org tak perasan. Apalah sangat kalau aku buat blog kan kan? Tapi bila dah buat blog, tetibe ade respon drpd blogger2 lain. Tu rasa syok tu.. Thanks ye kat korang yg singgah baca. 

^_^