Wednesday, September 20, 2017

Terpengaruh

Hai.

Pagi ni aku big brunch. Pepagi melepak dgr radio sambil baca blog Kak Di. Pukul 1 camtu baru buka tudung saji cek apa ada. So brunch aku kue tiaw goreng sejemput, nasi ngan telur dadar letak kuah asam pedas ikan apa ntah sikit kicap sikit, pastu kopi secawan. Teragak pulak nak mkn roti. Ambik roti sekeping selet ngan peanut butter with strawberry jam spread. Setel isi perut sampai petang. Hehe

Lately aku mcm byk tgk tv shows psl eating disorder, yg rancangan freaky eaters, supersize vs superskinny tu. Pesen aku mmg suka layan show yg ada unsur reality dan fiction sikit2. Baru challenging. Gitchuu..

Tp masalahnya, aku terpengaruh pulak nak makan macam2 gara2 tgk tv shows. Padahal cerita tu nak bgtau negative side effects from bad eating habits kan. Mcm hari tu aku tengok french fries addict yg hy mkn fries for breakfast, lunch and dinner for years, xpernah explore other foods since she was 4 y/o, suruh cuba makan sayur pon bole emo sampai menangis, punya teruk. Tp buat blood check, dpt tau yg eating habit dia mmg effect kesihatan dia, so panggil therapist la utk bantu dia ubah pemakanan dia kan. Tapi gara2 aku tgk show tu, tetiba teringin fries. Singgah supermarket beli frozen fries. Sampai 2 kali sehari aku goreng fries ni apa cerita. Haha tapi masuk hari kedua dah start boring ngan fries sikit. Nasib baik. Kang kena pg terapi pulak ketagih fries.

Sama la mcm aku layan vlog ada sorang sister ni kat utube nama Fatin. Dia kalo g petronas suka beli vitagen dgn muffin massimo yg perisa pandan coconut tu. Wah dan2 aku pon teringin nak vitagen ngan muffin tu.

Tp muffin tu mmg sedap ah. Yg perisa mocha pon aku layan jugak. Baru tadi kirim adik aku belikan kat kedai runcit.

Aku test ni up gamba kat entri guna apps kat phone. Dia keluar tak?

Tuesday, September 19, 2017

Interview

Hey guys whatsup?!

Dalam hidup korang kan, brape kali korang pernah di-interview? Aku rasa kalau skarang aku still in government service, mesti aku xkan experience interview sangat. Memandangkan aku skarang in different field, aku kena present diri aku more to people, especially kalau nak minta kerja lah. Cerita dia, semalam aku ada interview lah kat satu tempat ni.

Drive sendiri pergi sampai satu area kat Selangor. Pasal tuan haji rebel taknak teman kalau aku gerak lambat sikit. Dengan berbekalkan doa2 sikit, satu pek roti inti krim perisa jagung, dokumen, dan Google Maps, aku pon gagahkan la diri aku drive sengsorang pg tempat yg aku xpernah pg. Dua hari sebelum, dah siap Google dah jalan nak pergi sana. Aku malas nak hadap weyh sesat2 ni. Perabis minyak pastu kalut2, malas ah. Kalau boleh nak terus sampai tempat tu. Alhamdulillah tak sesat and dapat jumpa tempat.

Rasa terpesona jugak la ngan tempat aku interview semalam. Cantik weyh! Rasa cam gi makan angin pulak kejap. Padahal nak merisik kerja ni. Hehe

Tempat dia mmg privacy and mmg utk body and mind relaxation. Aku rasa kalo aku dapat kerja situ kira otak aku pon bertenang je x serabut. Keluar treatment room nampak tasik, hijau-hijau, ada fountain... Perghh relaksasi minda!

Tawakal je lah. Yang bagi rezeki tu kerja Tuhan. Tak gitu?

Yang nak ceritanya, based on experience aku pg interview ni, aku rasa aku selalu tak siap plan bnda apa aku nak tau time interview tu. Bila dah balik, baru teringat ala patutnya aku confirm betul2 tadi tanya benda ni benda tu.

Ralit bersembang benda lain, sbb kdg2 interviewer explain jugak mcm pasal tempat kita kerja tu kan, area mana yg termasuk dlm skop kerja kita bla3, kesudahannya aku pon terlupa nak tanya komisyen, contohnya. So aku kena set kepala aku next time nak pg interview nak buat list soalan apa nak tanya nti kalau org tu tanya aku "any question?". Takde la aku terbangang-bangang sbb leka tengok interior design kat tempat tu haha.

Tapi proper la interview semalam. In English ko jgn memahen. Nasib baik aku rajin berangan buat beauty tutorial kat depan cermin. Kah kah kah

Guys, aku rasa nak buat kopi lah. Padahal tadi dah sambung habiskan iced black coffee tin semalam punya. Yg Nescafe baru keluar tin colour grey tu. Takde la special sgt, bole la minum sekali sekala teringin black coffee kan. Aku punya feveret setakat ni Wonda. Semua kopi dia aku layan. Memang sedap.

Sebelum ni kat tempat aku keja rasanya hari2 setin Wonda. Kadang2 lajak sampai 2 tin. Patut la susah nak turun berat kan. Manis sbnanye air tin2 ni (cakap jee tapi minum jugakk).

Okeh. Jap lagi nak ngopi. Hihuu

Wednesday, September 13, 2017

Penakut

Masa aku kecik2 dulu, aku ada masalah penakut yg agak serius la jugak. Asal gelap je, asal aku sengsorang kang adaaa je rasa x kena. Pastu gelabah sendiri terpusing-pusing sbb takut ada apa2 duk sekali ke ngan aku. Rasa mcm ada something padahal aku sengsorang.

Masa aku form 1 aku da start duk skola asrama. Lagi la membiak sifat penakut tu kan sbb ko tau la skola asrama mcm2 cerita ada. Antu acik jual karipap la, antu gosok gigi sebelah ko la, antu basuh baju memalam, dan segala jenis cerita antu yg always tersebar from mouth to mouth dekat asrama, from one batch to another.

Sbb aku terbiasa duduk dorm berbelas kdg2 berpuluh org dlm satu dorm dulu kat skola, jd bila balik rumah py penakut nak solat sengsorang dlm bilik pon aku takut. Kdg2 aku gi smayang kat bilik parents, kdg2 gi smayang kat luar bilik, mana2 je la asalkan aku nampak ada org.

Sampai la aku masuk u, baru ada kurang sikit sbb kdg2 mmg umah sewa duk bilik sorang2 kan, lama2 terbiasa duduk sorang. Oke dah solat sorang2 dlm bilik. In fact rasa suka pulak duk bilik sendiri sbb ada privacy and ada my own space.

Tp it doesn't change anything much sbb ada masa2 aku still penakut haha. Seingat aku, aku xpnah ada experience yg extreme mcm ternampak apa2 for real tapi I'm a believer. Selain drpd Islam mmg ajar ada alam ghaib yg kita x bole nmpk dgn mata kasar, aku jugak ada few friends yg claimed that they can see things sometimes and their stories mcm kena dgn situation and other coincidence yg berlaku kat sekeliling waktu tu.

Emm.. Lagi satu, dulu kat skola menengah  form 5 aku pnah tengok org histeria. Omagad aku xnak lagi experience anything like that. Cukup la apa yg aku nampak tahun tu je.. Huahuaaa

Aku tetiba cerita pasal ni sbb semalam kot aku tgk si Arwind Kumar py video paranormal experience dia cite psl kakak dia.

Weyh. This is a bad idea la. Why am I typing about all this at 12:52 at night weyh? Dah tu pukul berapa aku nak lelap camni. Erghh..

Let's hope I can sleep well tonight.

Saturday, September 9, 2017

Okee apps kita try tengok

Ehehehee mode jakun is ON bebeh!!

Dulu aku pernah donlod apps blogger ni kunun nak update blog on the go gitu ala2 hipstur gituu walaupun daku org kampungstur ya LOL. Kalo post ni berjaya diupload means aku sukses lah guna this apps. Sbb sblom ni aku pnah try tapi asek fail je. Tp time tu guna henpon lain. Mn tau kot henpon ni dia jadi kan.

Eh alaaa tapi aku x leh nak upload gamba la pulakk apenii. #marah #marah

Ada button add image pehtu bila select dia kata file tu x supported. Pastu button tu dekat sebelah tittle pulak? Camne gambo nak muncul kat bahagian tittle pulak dek non? Potong la diorang ni.. Upgrade lah apps ni plis #luahanhatiygtakdidengarihaha

Sgt la satu 'turn off' kalo blogging xdpt letak gambo kan? May be aku terpaksa do it the traditional way la nampaknya iaitu dgn cara transfer gambo ke lappy capuk I then edit sikit2 pastu upload pulak ke blog post hadoi. Baru berangan nak buat keja mudah tru henpon je semua cis.

Takpe lah. It's ok. I'll be back!

Friday, September 8, 2017

Jangan Baca (obviously clickbait LOL)

Hey whatsup guys

Damn dah lama gila aku tak membebel kan kat cni. So many things happen in between my previous post and today. Aku baru lps having a little anxiety moment kejap tadi lps a little chat with ma mother. Yaw so tak suka this feeling so tetiba bukak blog. Haha Tak berkesinambungannya cerita dia.

I'm feeling a bit 'deep' and weird hari ni. Satu, sebab hujan since tengah hari tadi. Dua and it's Friday Friday gotta get down on Fridayy (omg lagu Rebecca Black??! *sambil buat muka huduh*), so basically it rains on Jumuah, means sangat lah penuh barokah ya tuan-tuan puan-puan sekalian. Elok nau baca surah Al-Kahfi chuols. =)

Yang ketiga dia aku tengok video menda ntah tadi kat utube, quite random jugak, quite deep in terms of topic yg dibincangkan, hence all these emotions I'm feeling right now.

It's about 'soul-searching', or whatever istilah lain lah yg bole korang maksudkan. Satu era atau fasa dalam hidup di mana kita mencari-cari erti hidup ni. Satu masa yg buat kita terfikir if satu masa dulu masa kita kecik2 ke, masa sekolah menengah ke, bila2 lah masa yg dah berlalu, kita buat satu keputusan yg berbeza dgn keputusan yg kita buat waktu tu, how our lives would be so different than how it is at the moment.

Contohnya, kalau dulu aku decide utk masuk sekolah maahad instead of pergi masuk aliran sains, may be I am a different person now kan? Mungkin jadi seorang insan yg berbakti pada agama ke.. atau apa2 je lah kemungkinan lain yg ada kan?

Aku dah warning oke kat tajuk jangan baca or you will get drown in thoughts with me, atau paling tak pon, ko pening amenda aku merepek. Hehe

Aku baru lepas approve komen tadi pastu delete spams punya berderet. Ada jugak org komen ek kat blog capuk ni. Hari2 ada views aku pulak serba salah sbb rasa tak bertanggungjawab pulak missing in action lama pastu tetiba upload entri merapu. Sorry uols, kak long mmg ada plan nak review itu ini, nak update skin care routine and favourite products la bagai tapi non hado. I need some motivation cepat2 telepati semangat positif kat kak long :D

Kalau ada yg baca sampai sini, thanks for reading. Selamat berhujung minggu dengan your loved ones ya. Nanti kak long plan proper entry utk lepas ni ek (semoga jadi kenyataan). Or korang ada suggestions ke benda apa nak share? Boleh suarakan dekat komen ya.

Oke korang babaiisss