Hey guys whatsup?!
Dalam hidup korang kan, brape kali korang pernah di-interview? Aku rasa kalau skarang aku still in government service, mesti aku xkan experience interview sangat. Memandangkan aku skarang in different field, aku kena present diri aku more to people, especially kalau nak minta kerja lah. Cerita dia, semalam aku ada interview lah kat satu tempat ni.
Drive sendiri pergi sampai satu area kat Selangor. Pasal tuan haji rebel taknak teman kalau aku gerak lambat sikit. Dengan berbekalkan doa2 sikit, satu pek roti inti krim perisa jagung, dokumen, dan Google Maps, aku pon gagahkan la diri aku drive sengsorang pg tempat yg aku xpernah pg. Dua hari sebelum, dah siap Google dah jalan nak pergi sana. Aku malas nak hadap weyh sesat2 ni. Perabis minyak pastu kalut2, malas ah. Kalau boleh nak terus sampai tempat tu. Alhamdulillah tak sesat and dapat jumpa tempat.
Rasa terpesona jugak la ngan tempat aku interview semalam. Cantik weyh! Rasa cam gi makan angin pulak kejap. Padahal nak merisik kerja ni. Hehe
Tempat dia mmg privacy and mmg utk body and mind relaxation. Aku rasa kalo aku dapat kerja situ kira otak aku pon bertenang je x serabut. Keluar treatment room nampak tasik, hijau-hijau, ada fountain... Perghh relaksasi minda!
Tawakal je lah. Yang bagi rezeki tu kerja Tuhan. Tak gitu?
Yang nak ceritanya, based on experience aku pg interview ni, aku rasa aku selalu tak siap plan bnda apa aku nak tau time interview tu. Bila dah balik, baru teringat ala patutnya aku confirm betul2 tadi tanya benda ni benda tu.
Ralit bersembang benda lain, sbb kdg2 interviewer explain jugak mcm pasal tempat kita kerja tu kan, area mana yg termasuk dlm skop kerja kita bla3, kesudahannya aku pon terlupa nak tanya komisyen, contohnya. So aku kena set kepala aku next time nak pg interview nak buat list soalan apa nak tanya nti kalau org tu tanya aku "any question?". Takde la aku terbangang-bangang sbb leka tengok interior design kat tempat tu haha.
Tapi proper la interview semalam. In English ko jgn memahen. Nasib baik aku rajin berangan buat beauty tutorial kat depan cermin. Kah kah kah
Guys, aku rasa nak buat kopi lah. Padahal tadi dah sambung habiskan iced black coffee tin semalam punya. Yg Nescafe baru keluar tin colour grey tu. Takde la special sgt, bole la minum sekali sekala teringin black coffee kan. Aku punya feveret setakat ni Wonda. Semua kopi dia aku layan. Memang sedap.
Sebelum ni kat tempat aku keja rasanya hari2 setin Wonda. Kadang2 lajak sampai 2 tin. Patut la susah nak turun berat kan. Manis sbnanye air tin2 ni (cakap jee tapi minum jugakk).
Okeh. Jap lagi nak ngopi. Hihuu
No comments:
Post a Comment