Friday, August 26, 2011

Raya tahun ni aku buang tabiat

Salam Ramadhan..

Bukannya buang tabiat apa, tapi tahun ni aku TULIS KAD RAYA!! Muahahaha.. Kalau sebelum2 ni, tak cara ah aku ni nak pos2 kad raya bagai.. Sebab aku ni pemalas. Nak forward sms atau mesej pon aku dah rasa beban, apa lagi nak tulis2 kad raya. Memang non hadooo lah jawabnya.

Dulu-dulu raya seronok.. Walaupon teknologi waktu tu belum lagi di ambang kecanggihan tahap tinggi. Tapi die punya syok tu terasa.. Sampai sekarang masih teringat dan terngiang-ngiang lagi. Betul tak??

Masa aku kecik2 belum masuk skola lagi... aku tinggal kat kampung, umah arwah nenek aku belah ayah. Kalau time raya ni, memang umah tu sesak la wa cakap lu. Seronok sangat-sangat sebab kitorang memang gotong-royong geghamai. Dari ayam tu hidup dok main kejar-kejar kat dalam reban, sampai la jadi rendang. Dari daun kelapa tu duduk atas pokok, sampai la jadi bentuk ketupat. Dari bawang-bawang kecik ke besar ke berbungkus-bungkus dalam plestik, sampai la jadi lauk-pauk. Haaa semua tu buat geghamai kat kampung.

Aku ingat lagi pak cik sedara aku suh aku jaga, pegang tali jerat ayam macam tukang naik bendera tu. Tegak je berdiri pegang tali. Bukannya kejap nak tunggu ayam masuk jerat. Ayam tu pon bijak, die tahu tu org nak jerat die buat rendang. Hahaha

Lepas tu, dedulu mana main masak pakai dapur gas. Tak semua la, ada la beberapa yg kena pakai kayu arang. Api kena nyalakan secara manual, pakai minyak tanah. Tu untuk periuk besar la. Bukan takde dapur gas, ada tu ada.. Tapi untuk periuk atau kuali yg x berapa besar je la. Tapi, biasa memang masak dalam periuk super besar sebab ramai pemangsa-pemangsanya, maka masak-memasak memang menggunakan cara yg lebih hardcore.

Gamba hasil cilokan dari google.

Yang gadis-gadis maupun mama-mama yg gojes sekalian, macam mana hari-hari puasa anda? Dah ada MC ke? Kuikuikui

Eh eh.. Semalam aku terjumpa satu kuih raya ni. Rasanya aku tak pnah jumpa lagi kuih raya macam tu. Kuih cheese tart. Tapi bukan cheese tart yg beso2 jual kat La Boheme (hentam je eja) tuuu. Die bentuk kecik2 ala kuih almon london. Very the gorgeous uuuuu.. Tapi aku tak rasa lagi, terlupa nak rasa. Ingat hari ni nak rasa kuih tu. Jangan dah habis dah la..melopong je laaa aku ni. Hehe

Dari google jugak. Nama nak snap gamba kuih tu takde le jawabnya.. *pemalas nak mam*

Lebih kurang mcm dalam gamba la mende alah tu.. Tapi yg atas ni adalah regular size for a cheese tart. Mungkin nama kuih yg aku jumpa semalam tu (jumpa kat rak bawah tb umah aku) adalah baby cheese tart. Agaknye lah..

Sedap tuuuu cheese tart. Nyumm!! Korang suka tak??

6 comments:

umUMRA said...

cheese tart??mcm sedap gaya bahasa tu..hihi..so mst sdap jugakkan.rasanya..

Mrs.Yie said...

ish..dah lama betul la akak x dapat kad2 raya ni..nak hantar pun dah malas..hehe :)

Einaz Shah Rizal Thomas said...

huiy , tak sbr nya nk raya . slmt hari raya ;D

nelly said...

cheese tart ! sedp oo !!

selamat ary raya !

Si DauN CeRi said...

@umUMRA; memang marveles~~~ hihi


@Mrs Yie; hihi same la sy tp tahun ni sy teringin nak kasi kad raya kat org pulak.. hihi


@Einaz Shah Rizal Thomas; slamat hr raya juge :)


@nelly; slamat2.. :)

qlah said...

Salam ceri ,

hajatnya nak bagi kad raya , tapi Lupa nak mintak alamat rumah .
nanti tahun depan , insyaALLAH .. ;D

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZHIR BATIN XD