Thursday, August 25, 2011

Haiwan-haiwan kesayangan keluarga

Salam Ramadhan..

Ada eh spontaneous Thursday?? Hurmm gasaklah. Ni kira spontaneous reaction le jugak ni gara-gara dah hilang akal nak buat apa pepagi ni. Kat taman umah kitorang ni memang banyak betul nursery. Belakang umah aku niha ada satu. Apa bebudak tu blaja, aku pon blaja sekali. Biasalah kat tadika kan kena baca geghamai. Selagi tak sama, selagi tak semua orang bersuara, selagi tu la kau kena melalak melaung. Heh. Tapi seronok jugak utk orang2 jakun macam aku ni.

Dulu waktu awal2 masuk skolah asrama penuh, aku memang kena cultural shock sebab kat sana banyak functions, pastu semangat rumah sangat kuat. Asal ada aktiviti je biasanya kena bersorak, nyanyi lagu cheers rumah sukan memasing. Uiiii mau tak terserlah kejakunan aku? Sampai takde suara le jugak melolong-lolong. Padahal jerit biasa-biasa sudah le kan. Gabungan suara geghamai, nanti jadi kuat le. Maklumlah, aku ni kan skema. Akak-akak senior asek cakap suara kitorang tak cukup kuat je time tu.. Wah, aku pon bukan main punya semangat, kalah tentera marin. Ha ha ha.

Kucing betina dewasa kat umah aku ni, baka hutan, nama die Embang. Nama panjang die Embang Estorina. Itu hari die beranak ada le 5 ekor.. Nijam dah besar dah anak2 die, dah pandai bersukan. Lompat tinggi, lompat kijang, lompat jauh, terjun mesin basuh, terjun tingkap..semua diorang dah boleh buat. Terjun bangunan je aku tak pernah tengok diorang cuba lagi.


Bile petang2 je, memang aktiviti dekat zoo la aku ni.. Melainkan aku tido. Petang2 adalah waktu membersihkan toilet kucing2 tu. Tapi yg gamba atas ni sume babies. Diorang kena kurung sebab kalau tak susah nak bekerja. Yg tua2 je kat luar. Jumlah total kucing2 kat umah sebanyak 12 ekor.. Baby2 kat atas ni kurang sekor sebab jiran pinjam.


Atas ni nama die Dak Buntal. Bole panggil Untal saja. Sbnanye semua anak2 kucing ni nak kasi kat orang lain jagakan. Sebab kucing2 tua kat umah pon dah banyak, ibu ayah tak terjaga kalau terlalu ramai. Tak jual pon, just kasi je kat orang kalau ada yg nak amik jaga. Dah brape round dah ni, sebab kucing betina dewasa ada 2 ekor. Memasing dah banyak kali beranak. Berpuluh-puluh dah kasi kat orang..


Si Buntal ni kalau tak menghendap memang tak sah. Die ni nakal betul. Kalau angkat die, terasa berat. Yg lain takde pulak buntal mcm die. Dah la buntal, nakal pulak tu. Bole tukar nama jadi Bukal (buntal + nakal).


Tengok kuku die. Kalah kuku Pamela Anderson. Ha ha ha Siryes aku tak pernah tengok kuku Pamela.


Ni salah sekor drpd kucing2 tua. Nama die Dak Uteh. Manja...tapi kalau bau orang die x kenal, nanti die x nak kat orang tu. Memula aku balik itu hari pon die x kenal aku. Ceh. Oh ya, die ni jantan. Tapi takde suara. Ibu aku kata suara die cam pondan sket. Tapi dimaafkan la sebab Uteh ni hensem. Ce tengok tangan die. Selambak je.. hahaha Bulu memang tebal..kalau kena mandi, takdelah besar mana badan die.. Uteh ni takde banyak songeh sangat. Antara banyak2 kucing tua, Uteh ni la yg senang nak mandikan.


 Kualiti gamba sangat mengecewakan. Sori.. Aku nak tunjuk diorang tidur bergulung tuha. Macam tenggiling. Tapi atas ni tak bergulung sangat. Diorang malu kot. Aku yakin diorang bole bergulung lebih baik drpd itu. Hehe (dah macam kad manila pulak bley gulung2 kan?)


Atas ni nama die Ana Lulu. Tak tau la knape, bukan aku yg kasi nama. Tak hardcore kan tangkap gamba dari luar sangkar je. Haha Sebab time dalam tu mesti aku tak terfikir nak snap2 gamba ni.


Ana Lulu ni sakit sket. Cian die..


Ada macam dekat zoo x? X pon dekat amazon tuu.. Nampak singa rimau sume tengah baring2 atas tanah.

Hurrmmmm... Apa lagi aku nak buat ni yee?? Plisss la cuti jangan habis cepat. Tak mahu pulang ke sana, tak mahuuuuuuuu !!! *buat-buat pengsan*

3 comments:

Hana said...

hana suka kucing.uteh tu cute la.. mata comel.. mmg pc kat bawah tu kawasan kucing ek? ka depan umah? huhu

Kak Long said...

@hana; hihi tu tepi belakang umah, sebelah dapur..memula takde pon sangkar besar tu. pastu ibu yg upah org buat sebab kucing2 dah makin banyak..

lynnlola said...

comeylnye bulu die tqa!! bake cantik woo.. umah nenek lynn kucing kampong aje. hehe. tp eko masing2 mcm beros botol.