Thursday, August 4, 2011

Siapa kata blogging tu senang?

Assalamualaikum..

Siapa rajin baca BLOG SERIUS? Kalau rajin bukak blog tu mesti perasan yg header Obey (owner Blog Serius) skang ni gamba makanan sedap2 pastu description bawah header tu die tulis "Blog yang Menguji Puasa". Tadi siang aku bukak blog tu, bukan main laju lagi skrol ke bawah nak baca entri sebab nak elak tengok header die. Hahaha Oke blog die ohsem. Ekceli point aku ialah blog beliau adalah antara blog yg sangat bagus sebab padat dengan info, biasanya memang banyak entri dalam sehari, dan ofkos pembaca-pembaca kat situ memang sungguh ramai. Sungguh. Ramai. Ye. Ramai.

Sekarang ni kan, kalau perasan, blogging ni dah jadi trend jugak sebenarnya. Kat mana2 pon mesti ada orang bercerita tentang blog. Blog itu, blog ini. Bloggers sekarang ni tersangatlah ramai. Setiap hari ada je blogger baru. Kan? Setiap minit ada je org post entri. Tak caya, ce jeling2 dashboard memasing. Tapi kalau yg kurang follow blog rakan2 blogger tu mungkin takde lah setiap minit ada org update. Tapi kat dashboard aku, memang lebat la org update, kecuali jam-jam tidur. Itu pon belum tentu semua orang tengah tidur..

Fuuuu.. Siapa kata blogging tu senang? Bila aku fikir2, blog2 yg ohsem mcm BLOG SERIUS yg aku dok membebel sebelum ni, aku rasa bukannya mudah owner nak dapat ilham atau bahan untuk entri. Mesti la kena ada sumber, dah ada sumber, takkan la nak copy paste je bulat2.. Mestilah nak kena olah dulu.. Dah cukup gojes, baru post. Tu pon kadang2 mesti ada silap eja la.. Bukan senang..

Itu kategori blogger otai. Cuba kita pandang dari sudut blogger picisan macam aku ni pulak. Kalau ada idea, ilham datang.. Baru la dapat nak mengepos entri. Kalau tak..idak le jawabnya. Nak mengarang-ngarang cerita, aku ni baik tak payah. Paling tinggi pon tahap cerita "Ratu Lebah dan kuli-kuli lebahnya". Tak pon "Sang Tupai dan Puteri Salju". Ohhh crap!! Pernah jugak dulu aku fikir blogging ni senang. Tulis je la apa yg kita nak tulis. Blog kita, suka hati kita la.. Tapi, takkan aku nak syok sendiri je kan berblog? Mesti la kalau boleh nak share something dgn orang lain.. So, kat situ aku dah rasa tak berapa nak mudah sebenarnya blogging ni.

Macam mana ngan korang? Mesti ada yang dah berblog bertahun-tahun lamanya, dan lagi tahu byk benda tentang dunia blog ni. Meh aaa stori mori sket.. Hehe

10 comments:

Unknown said...

bg ayie depend lh pada seseorng tu mahu letak blog mereka dimana..ad yg personal, ad yg makanan..masing ad style..kehkeh kalo blog picisan @ otai, bg ayie sama shje cuma mcm mane kita berusaha nk berjaya.. nice blogging

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

betol2..blogging is not easy..

sy baru je dlm bidang blog nie..tu pun dh rasa susahnya nk cari follower, then bila dh ada follower belum tentu ada commntar..

entry plak tahap bdk tadika je..hehehe..baru nk blajar blogging.

lynnlola said...

betol3~ aku musykil. diorang yang otai2 ni update blog setiap mase, diorang dapat duit banyak eh? so kire diorang ni tak kerje ke ape? aku da puas pk da.. haha. noob sungguh aku..
*alamak tqa mcm lari topik je lynn nih. haha*

Kak Long said...

@cucu umie; hhehe.. yes2, kalau ada butang like kat comment, sy nak tekan 2 kali. :D



@fatin; sama la sy pon baru je berblog, tak sampai setahun lagi..nak kata setahun jagung pon x cukup syarat.. hihi



@lynn lola; eh eh.. itu memang mcm lari sket la.. tapi u got a point there, darling. muehehehe

mr_right said...

sangat setuju.. sape cakap buat blog senang. kite sebagai blogger nak cari something untuk bagi orang laen bace kann.. btw, nice one !

NAK JADI BLOGGER, KENA ADE IDENTITI SENDIRI(:

Kak Long said...

@mr_right; hehe thanks mr right! :D

adan said...

td sempat terjah blog serius tu.. sebulan beratus gak dia post entri..

agak susah gak nak buat entri.. sbb tade ilham..

Kak Long said...

@adan; yup2.. bukan senang nak konsisten mengepos entri yg bes2..

Unknown said...

Btul tuh.. bkn sng jd blogger nih..
sntiasa kna cr idea tuk post entry.. huhu

Kak Long said...

@hana niey; ;) yup2.. even entri wordless pon masih perlukan idea.. hehe