Tuesday, August 2, 2011

5 benda penting yg wajib ada walau ke mana pun aku pergi.

Salam Ramadhan..

Hey hey heyy... Mood aku baik hari ni walaupun cuaca sangat lah panas. Hot hot hot. Dah lah bilik aku ni memang macam sauna. Tambah lagi cuaca panas, maka die punya berkuap tu sangat lah mengujakan ye. Aku nak cite pon x kuasa. Setiap kali tidur mesti berpeluh punya wa cakap.. Baju sure basah punya la. Kalau musim hujan je aku merasa tidur feeling2 kat Cameron Highland. Cameron je tuuu.. Nak Paris2 ke London2 ke non hadoo.. Hahah

Aku teringin nak share benda2 penting yg kalau aku terlupa bawak terutama untuk perjalanan jauh dan lama, memang akan buat aku rasa hidup aku susah sangat. Pastu tak mustahil aku akan kurang enjoy the moment kat tempat yg aku pergi tu. Dasyat tak bunyik? Jadi mari mari mariiiii saya mau ceritaaaaa!!!

1)  TISSUE!
      Wowowooo... Ni adalah benda yg bagi aku tersangatlah pentingnya sebab aku ni adalah sejenis makhluk yg sket-sket berpeluh. Jadi, daripada aku biarkan muka aku banjir dengan peluh n orang pon naik geli nak hadap aku, baik la aku ready je tissue dlm beg. Tak kira la besar ke kecik ke beg tu, be it beg kuliah, maupun beg tangan utk jalan bersiar-siar dgn kengkawan dalam erti kata lain ialah berjoli, memang aku akan bawak tisu. Takde yg packet kecik2, yg packet besar kat dalam bilik aku tu aku rembat je secukupnya.. Lipat2 n sumbat lam beg tangan. Setel. Sengsara rasanya hidup aku kalau tak jumpa tisu sehari. Eh. Macam over plak bunyik eh?

2)  SPEK MATA YANG LAMA!
     Aku dah pakai spek mata sejak darjah 2 lagi. Ada la dalam 13 tahun camtu.. Sampai la skang ni kalau tak silap aku, aku dah tukar spek mata sebanyak..ermmm Nak dekat sepuluh ke lebih agaknya. Sikit ek? Sebab nak tukar spek bukan senang woo. Aku ni dah la power tinggi. Sekali buat spek, brape banyak duit habis. Mana bapak aku tak bising. Jadi, satu spek tu aku akan pakai sampai la die jahanam tak bole pakai lagi. Last year, aku tukar spek sebab spek lama aku tu dah naik hijau dah cermin die. Haha Sebab aku kalau makan benda panas pon aku takkan bukak spek. Pasal, kang benda yg x patut aku makan pon aku masuk dlm mulut kang.. Takde sape nak tolong. Tapi kan, spek lama tu sedap pakai n selesa. Jadi aku kalau kat rumah aku tak pakai spek baru tu. Mana2 aku pergi, kalau ada kena bermalam kat tempat tu, spek lama tu akan jadi satu kemestian.

3)  SEPIT RAMBUT!
     Ya ampunnn... Yang ni kalau takde, aku yakin aku sanggup beli on the spot kat mana2 kedai yg ada jual. Hahaha Kenapa ia begitu penting? Anda boleh tanya kepada para penyimpan rambut tegar. Heh.

4)  GETAH SAYUR/ GETAH BODOH...??
     Tau kan getah sayur? Getah yg warna kuning/coklat tu, yg org buat ikat2 sayur tu.. Aku pernah dengar org sebut getah bodoh. Tapi aku pon tak tahu tang mana pulak yg nampak bodohnya kat getah tu. Pelik-pelik betul orang ni kan.. Haa yang ni sebenarnya aku rasa ada kaitan dengan habit. Aku daripada skolah dulu suka sangat ikat scarf. Jadi scarf2 aku sgt mudah nak detect sebab bentuk die dah x macam bentuk asal. Aku tak boleh la x ikat hujung scarf tu. Rasa menyerabai je.. Padahal org lain boleh je pakai scarf x payah ikat.

5)  FACIAL CLEANSER!
     Aku tak kisah kalau takde shower foam, tapi kalau cleanser.. Memang aku tak bole nak maafkan diri sendiri kalau terlupa. Wuwuwu  Tak boleh tidur dgn muka yg x berbau green leaf The Face Shop Bubble Foam aii taww!!! *sedikit unsur gediks*

Itu lah dia 5 benda penting yg aku teringin nak kongsi. Entah mana datang entah ilham nak cite pasal benda2 ni. Sebenarnya bukan 5 je, ada banyak lagi, tapi aku limit la 5 utk kongsi kat sini. Cite banyak2 sure bosan punya. Wakaka Eh. Entah2 5 ni pon bosan kan? Apaaaaaaaaa pon tak boleh!

Btw, biasanya aku cek keyword kat nuffnang, mesti ada org search pasal produk Face Shop pastu tersampai kat blog sememeh aku ni. Haaa Boleh lah senang2 aku review product lagi kat sini kan? Tehehe Bley klik link kat bawah ni utk entri2 lama.. :D



Wokeyy.. Sampai sini dulu yeaaa. Bai korang!!!

6 comments:

adan said...

ya.. yang penting getah sayur mesti ada.. haahahaha.. saya rasa semua benda diatas mmg wajib untuk wanita kot.. kecuali spek..

Si DauN CeRi said...

@adan; hurmmm.. kalau camtu, sy normal lah. yes! hahahaha

LynN LoLa~~ said...

hehe, part tissue kite same! spect pon. tapi now spect dah ade 1 jek. patah abeh da yang lame :'(

Si DauN CeRi said...

@lynn lola; gyeahhh.. specky is sexy!! wah tah mana datang kan seksi nya.. ngaaahahaa

Chekgu Azrine said...

hehehe..akak pun kena bwk spec gi memana sbb takut kena drive malam.. akak silau malam dik..

Si DauN CeRi said...

@kak azrin; hehe.. bahaya jugak tu, memang kena bawak spek nak2 kalau kena drive memalam.. langkah keselamatan.. :)