Monday, May 25, 2020

Eid 2020

Today is raya pertama uols. Alhamdulillah selesai dah Ramadhan tempoh hari. Mudah2an ibadah kita semua diterima Allah.. Amiin..

Macam tak percaya pula dah 2 bulan lebih PKP ya. Pejam celik pejam celik, ramadan pon sudah, raya pon dah. Padahal itu hari rasa mcm baru je masuk 2020. Belum habis memikirkan betul ke 2020 nih? Dah almost half a year. Phewww...

Menu raya rumah kitorang raya pertama ni is sambal ayam, rendang daging, kuah kacang, lodeh, ngan nasi impit. Petang td my mom tambah buat nasi minyak pula.. Sempena PKP ni rumah kitorang tak terima guests sangat, ada lah mkcik ngn pkcik aku aje berdua yg visit. And diorg mmg org mlaka je pun... 

Biasanya kalau raya pertama, slot kitorang keluar dari pagi sampai tengah hari. Petang rest, malam raya kedua biasanya ada sedara mara akn ziarah. Malam raya kedua biasanya boleh tahan full house lah sbb kdg2 yg dari belah my dad dgn my mom akn clash sbb waktu mlm diorang akn dtg antara lps isyak sampai pkul 10 lah camtu. Jarang diorg nak stay lama2 sbb biasanya ada budak2 kecik yg nak kena tido awal kan.. Raya kedua pula biasanya kitorang konvoi pergi Muar, ziarah ramai kerabat belah arwah nenek aku belah mak. Raya kedua biasanya petang baru ada rumah.. Lepas tu raya ketiga onwards baru freestyle sikit. Kalau ada yg nk dtg ada lah.. Kalau tak, takde lah.. Kira family aku peak hours dia 1st and 2nd raya je biasanya.. Kdg2 raya ke3 ada yg dah start puasa 6 pula...

Kalau cerita pasal open house pula.. Tak tentu, ikut availability sedara mara kitorg. Sbb diorang ada turn beraya kan. Kalau turn raya mlaka, boleh lah parents aku buat open house. Kadang2 malam raya kedua tu kira sekali jalan lah jamu open house nya. Ada orang kan mmg purposely buat open house hari tertentu so even ada relatives yg dh dtg pon boleh dtg lg sbb open house. Malaysia ni kalau raya mcm pelik xde open house. Tapi raya kali ni takde istilah open house. Ralat tapi it's necessary during this kind of situation.

Status aku masih tak pasti ni bila boleh start keja. Sbb blom habis pkpb yg extended 4 mggu ni kan. Tp aku ada rasa mcm smpi end of june pon masih pkpb. But I don't know, aku agak je. Tapi keadaan ekonomi skarang ni agak membimbangkan juga kalau berterusan lama mcm ni kan. Diorang akan buka sektor2 lain slowly rasanya. Tak tau lah bila wellness industry akn dibenarkan beroperasi semula pula.

Aku cuba pandang situasi ni dari sudut pandang yg aku may be xpernah terfikir sebelum ni. Aku anggap cuti PKP ni mcm cuti bersalin. Hahaha Why? Sebab selama few years ni aku kerja terus menerus, tak pernah rasa cuti bersalin sampai 2 atau 3 bulan mcm org lain. So aku rasa it's fair for my situation. At least its a positive point of view kan? Lols.

Aku kerja 6 days per week. My body needs a break juga utk healing. My job requires me to do physical work so I really think that this is a good opportunity for me to let my body heals from all the exhaustion. And 1 lagi, aku rasa minda aku pon perlukan some clarity. You know, aku jumpa mcm2 org masa kerja, ada yg positif, ada yg tak berapa positif. Semua tu akn efek dekat aku secara langsung atau tak langsung. So aku rasa bila cuti mcm ni, dia mcm reset balik jiwa dan minda kita supaya kita akn come back fresh in a better state. Ewah.

Btw, hari ni aku makan 2 kali. Perut aku dah bloated mcm apa dah ni. Nak tengok cermin pon seram. Haha Tadi sebelum naik aku dah minum fibre. Siap lah besok membuang. Aku rasa sbb aku practice portion control ms puasa hr tu, jd bila tak puasa ni aku makan lebih sikit terus senak habis rasa dia. Rasa mcm terik mcm mn ntah perut tu. Mcm mn dlu aku boleh makan non stop pagi smpi mlm eh? Haiyoo

Aku mcm nak try buat extended fasting. Beriya tengok utube org puasa smpi 2 hari lah seminggu pon ada. Tapi water fasting lah, bkn no food no water. Naya pengsan2 karang... Aku pon takut nak try. Tapi diorg kata once start makan semula, possibly akn naik smula berat tu unless kita mmg teratur puasa pastu workout. Rupanya puasa ni antara cara yg terbaik utk fat loss eh. Kira Islam ni dah ajar the best way for everything lah boleh kata. Sebab kita dah lama puasa setiap tahun, non Muslim baru2 je jumpa benefits berpuasa kan... Subhanallah...

Oke guys. Nak pukul 1 dah. Amenda ntah aku membebel kat sini. Hehe. Bai! 

No comments: