Sekali... Sekali... Sekali aku terkejut beruk beb. Nombor dia bergerak ke kiri dari nombor yg biasa aku nampak tiap kali timbang!! Wah mak rasa terkejut mcm tak percaya!
Kalau ada yg pernah terbaca kat blog ni, dulu aku ada cerita experience aku try London Weight Management. Tapi yg aku try tu treatment free dia (tapi kau kena racun juga join membership, terbang RM500 tsskkk). Ha, aku igt, time tu berat aku was 57 plus kalau tak silap.
Aku tak compliance pon dgn LWM tu. Sbb aku pon start keja apa semua la la la last2 aku ignore je tiap kali staf dia call. Macam malas. Lagipun hujung2 kena diet juga.
So.. Since LWM tu, rasanya berat aku turun naik. Pernah turun jd 54 sekejap sbb aku keja kat KLIA kalau tak silap. Sebab byk berjalan kaki, pastu kerja letih hari2 ramai org wuwuwu tak sanggup nak ulang, siryes!
Tapi, lps dia turun sikit tu, berat aku naik balik sbb aku kembali kepada fitrah. Fitrah suka makan. Haha! Aku mmg suka makan. Ada masa2 dia suka junk food, makan manis2 mcm donat, ice cream, dessert, roti2 kat kedai pastry tu, belum lg fast food tak tinggal every 1 or 2 weeks, lepas tu hari2 minum coffee dlm tin nya. Mmg menternak lemak lah cerita dia.
Tu kira few years ago py turun naik lah berat badan ni kan. Sampai lah last year berat aku 60 kilo. Ya, 60 kilo. Macam mak mengandung kan? Kah kah. Ada org kata 60 kilo tak berat sgt, tapi masalahnya aku ni rendang. Berat ideal patutnya dlm range 49-52 kg gitu je. Ni sampai 60 perginya omaigad.. Time aku nampak berat aku 60 tu mcm tergamam le juga. Terlupa yg aku duk makan macam2 selama ni. Sebelum tu rasa seronok je makan sedap2 tak hirau pun berat. Ingatkan tak de la smpi cecah 60. Sekali one day terjadi juga. Tahniah di ats pencapaian mu haha.
Oke, so since last year lah ni cerita dia. Yg aku mcm nak slow2 start misi lose weight nya. Aku tak aim byk pon, kalau boleh nak less than 55. Sbb aku tau tahap istiqomah aku, jadi kita chill2 je. Kalau misalnya tercapai bwh 55, baru aku rendahkan lg target tu. Kira safe game lah ni.
Dalam nak dekat2 hujung tahun camtu kot last year yg aku try buat portion control, pastu try pilih coffee yg low calorie kalau nak minum kopi tin (still struggle utk skip coffee, masih minum kopi every day until now), aku cuba tak mkn berat malam, cuba kurangkan fast food, try detox drink.. Aku dah cuba few stuff juga lah gara2 berat badan dah mencecah 60 waktu tu.
Sammmpai lah bulan 3 2020 ni, tetiba PKP diberlakukan di Malaysia. Maka banyak lah waktu terluang yg aku ada setiap hari. Time ni lah aku mula berjinak dengan exercise. Yg aku cerita dekat post sebelum ni. Lebih kurang sebulan camtu aku buat workout kat rumah je, ada la notice inch loss kat waist. Mcm bloated tummy tu berkurang lah dr yg sebelum ni. Sambil tu, memang aku ada buat intermittent fasting juga, dgn portion control. Tapi aku masih makan benda2 yg aku suka kadang2. Masih susah ya nak tinggalkan makan benda2 tak berkhasiat terus. Lagipun, kat rumah ni konsep dia, apa yg dimasak tu itu lah makanan ko. And menu kitorg menu biasa je, bukan menu healthy diet makan salad lah, chicken breast dgn broccoli.. Oh bukan ya. Lauk kitorg biasa lah sambal, masak kicap, goreng, and kuah2 semua tu. Takde maknanya bakar rebus sahaja tanpa minyak. Heh.
Sebelum puasa hr tu rsnya aku timbang, berat aku ada lah kurang. May be 57-58 camtu kot. Fluctuated.
Bila puasa ni, aku cuba teruskan reduce sugar dan buat portion control. Utk part workout, aku ada try workout masa awal2 puasa hr tu, tp aku perasan dia ada efek utk aktiviti tarawih aku. Memandangkan bulan Ramadhan ni sekali je setahun, aku buat keputusan utk tinggalkan dulu workout, just to prepare my body more for aktiviti2 ibadah. No, aku bukan muslimah contoh ke apa ya, anggap je la ni effort aku. Hehe. Aku tau ada juga org yg still tak tinggal workout walaupun puasa, tp ntah lah. Badan aku mcm blom cukup fit utk terima lifestyle mcm tu. Maklumlah, selama ni hidup nak dekat 30 tahun mana pernah workout. Alih2 nak workout sambil puasa terus, dia jadi tak reti adapt la.
Jadi, balik ke cerita aku tiba2 tergerak nak timbang berat semlm. Berat aku jd 55-56 gitu. May be 55 plus. Sbb timbang kat rumah ni kdg2 x accurate juga. Tp tu je yg ada, bole la nak buat anggaran kira2 berat tu brape kan.. Tiap kali nak naik kena calibrate balik jarum dia kat 0. Pastu aku agak2 tolak mee yg aku mkn mlm tu, ada kot 55 kg kan? Muahahaha
Over taw baru turun 5 kg dh excited. Org lain turun 10kg rilek je. Hehe. Sebabnya, aku dah carry excess weight ni quite sometime, lepas tu sebelum ni bila cuba buat itu ini, mcm xde efek pun. Jadi, tak sangka pula this time dia nak turun. Tu yg mak teruja tuh.
Bagi la can nak seronok sikit kan. Tak tau bertahan sampai bila progress ni. Tapi aku igt, aku cuba lg la at least smpi target asal aku, bawah 55. Kalau aku rajin aku update sini ya.
P/s: mlm td mlm ke 27, dari waktu sahur smpi after subuh hujan sejuk aje.. :) selamat meneruskan ibadah Ramadhan semua
No comments:
Post a Comment