Friday, August 1, 2014

Eid Mubarak!!! Happy Raya gegirls and boboys sumeee

Salam~

Seperti yang aku telah taip di entri yg sebelum ni, hari ni aku nak menyemadikan cerita raya 2014 dalam buhlog ni. Terimalahh...

Pegang mic btol2..

*nyanyi lagu air mata syawal dgn bersungguh-sungguh*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oke dah. Tepuk lah sket, penat iols nyanyi. Hehe Gediknya plis. Lempang kang.

Oke dah ckop tu.

So korang raya kelima hari ni raya kat mana kah? Ke da stat keja semula? Selamat bertugas kalau dah stat masuk keja balik.. :)

Sape yg kat umah tu, tengok tak MHI pagi tadi kat tv? Ade Imuda ngn Art Fazil kalo x silap nama die, nyanyi lagu Rilek Raya. Tak pasal2 aku kena explain kat adik aku apa beza ukulele dgn gitar.
Oke abaikan. Ni nama die randomization. :))

Nak dijadikan cite, hari last puasa itu hari aku ajak adik aku kuar. Kononnya nak soping, so kitowang pg la Jejesco.. Lepas tu last2 adik aku yg beli baju. Aku tak beli baju apa pon. Takde satu pon yg aku blink blink nengok. Sob sob sob

Disebabkan puasa, maka tak lama lah kat Jejesco. Zaaasss kitorang keluar pg tempat lain. Laju-laju aku ajak adik aku pg Pantai Klebang. Saja amek angin kat pantai. Untunglah kau jemah duduk Melaka dekat dgn pantai. :P


Kita up dulu gamba jakun sedas. Kata pg pantai kan.. haruslah selfie berbackgroundkan bot2 dan pantai.. hihi

Mengkome kalau perasan spek mata aku tu dah layak kena ganti lense die tu. Dah hujan renyai2 aje pemandangannya kalau tengok sekeliling. Luls


 Hari raya pertama lepas makan2 kemas baju n smayang raya sume, kitorang gerak balik Tganu. Tak payah pakai baju raya der.. Kesudahannya membuta jugak dlm keta.. Aku pakai baju kurung cotton pon ayah aku dah tanya, pasal ape pakai baju kurung. Susah nak bergerak katanya.. Jangan risau ayah, dulu kat skola ade cegu tu main bola jaring pon pakai baju kurung, kata aku dalam hati.


Singgah kat Air terjun Gunung Ledang ni rasanya. Diorang ni ade yg blom bekfes. Aku dah makan dulu kat umah. So diorang makan, aku joget gangnam style kat tepi. 
Oke tipu.


Kampung aku sbnanye kat Wakaf Tapai, ade la 40 lebih km kot drpd Kuala Tganu. Tapi aku tak tido umah tok ki, kitorang tdo hotel je kat KT sebab tau dah betapa ramainya kat kampung tu mcm mana. Family belah ibu aku siryesli mcm Keluarga 69 tu. Sebab arwah nenek ngn Tok Ki aku memasing nikah lebih sekali. So secara otometik kat Melaka ade satu keluarga besar, kat Tganu ade satu keluarga besar. Our genes are everywhereeee... Nguahahaa

Oke jugak hotel kitorang pg hari tu, 3 hari 2 malam x smpi 400 hinggit. KT Beach Resort namanya. Tapi takde bekfes2 lah.. Jalan aje la sndiri keliling2 tu ade banyak kedai makan. Pantai pon dekat je. Uuuu i love pantai. So soothing..


Raya pertama dah habis dalam kereta je. Sampai KT pon dah maghrib. Esok tu raya kedua baru kitorang balik kampung umah Tok ki. Pape pon.. snap dulu lima nam das gambau kat laman hotel kan.. 

Kitorang takde tema2. Free style je.. Nak pakai kaler ape pon, silakan..


Kamera henpon aku ni kalau lowlight cam pelik gila. Dia jadi kaler purple. Aku dah try google dah. Org kate tu masalah hardware so kena hanta htc centre. Aku xtau la bila nak membetulkan kamera tu. Layan je la asalkan under daylight die oke oke je..

Tu sebab aku tak dapat snap gamba lam umah sangat. Terpaksa lah aku edit gamba kat atas tu supaya takde org pk aku beraya kat planet lain. Sob sob sob..

Yg duduk kat tingkap sebelah kiri tu lah Tok Ki aku. Suka die ramai org datang umah die..

Aku dah kate dah ramai. Tu aku snap satu sudut je. Blom campur yg kat ceruk2 lain, kat dapur, kat luar umah, kat dlm bilik.. dalam toilet?? Hehe


Tolonglah maapkan kebulatan muka aku yg melampau kat dlm pic ni.
Jgn salah sangka pulak. Tu bukan piring terbang ye, tu mmg muka aku. T__T


Tak tau plak aku sedara2 aku ni membela kucing jugak. Geraaamm je aku tengok diorg dlm sangkar.


 Ni cousins aku ngn laki die (cousin yg dua dari kiri). InshaAllah bulan 11 dapat ahli baru. Welkam to the club, baby! Yeye aku dah nak naik pangkat jadi makcik terhormat. N dua beradik tu anak Umi aku, makcik yg sama atuk sama nenek.


Raya makan nasi dagang this year sesuatu bangedd.. Hee sebab time family aku raya Tganu yg sebelum ni aku x ikut, tu yg aku jakun makan nasi dagang time raya. 

Lepas makan nasi dagang n semua dah ready, kitorang start pg raya rumah sedara2. Ade la 3 rumah kot hari tu, campor umah Tok Ki jadi 4 rumah la. Petang tu semua dah terlentok2 dalam keta. Letih kate kooo..


Malam makan mcm ni pulak.
My style of eating bread with Nutella. Dip and eat. Muahaha Sedap beb, sampai pejam mata!

Esok paginya kitorang dah gerak nak balik Melaka pulak.





Ayah bawak kitorang singgah pantai Chendor lelepaks makan angin. Dekat2 ngn simpang nak pg pantai Chendor tu banyak gila kedai keropok lekor, satar, n segala jenis makanan. Macam-macam ada... Tapi aku malas nak keluar kereta, so snap gamba dr dlm kereta je. Aku order je kat adik2.. Mem besau sangat kan?

Saja aku snap tajuk2 kedai2 dekat situ. Mana tau korang nak g cari keropok lekor. Boleh pg terjah sana.


Sampai pantai Chendor. Yeehaaaa!!

Seluar hijau pon hijau lah. Baru lah pencinta alam gitu. 



 Puas hati dapat tengok laut, kena angin pantai, lelepaks sambil makan kepok, satar n jelly kelapa yg ummmphhh gilos. Nikmat dunia~

Tapi kan, aku rasa mcm saiz satar nijam dah mengecik lah. Dulu perasan aku kalau beli satar lagi besau drpd ni. Mcm kecik sangat plak sekali ngaaappp jek dah bole makan habis. Sebab apa diorg kecikkan saiz satar standard skarang ye?

Hurrmmm...


Pantai Chendor yg permai.

Nasib lah aku dah berumur. Kalau aku umur ribena, dah selamat aku menjunam kat lam air tuha. Lepas tu kena rembat suh naik darat. Hihi

Yezzaaaaa entri raya done!

Oke jom makan kuih raya skarang  =D

3 comments:

Azie Azra said...

lawoooo baju raya biru tu <3

Si DauN CeRi said...

kain beli kat bandung.. rasanya family mama pon beli jugak waktu tu.. hehe macehhh <3

Chekgu Azrine said...

Bestnya raya..smpt pegi KT dengan melaka..syiokk!!