Thursday, April 16, 2015

Oh Cameron

Assalamualaikum readers..

Aku baru lepas main kucing2 kat umah ni tadi. Dah lama jugak tak pegang diorang sbnanye. Lembut lebat rupanya bulu diorang. Nak2 si janda Embang tu kemain santek bulu die nijam. Makin janda makin lawa kata koo. Teringat aku arwah tok laki die Dak Atam dulu.. Manjaaa benau. Kalau org pegang, terus takde tulang leher die. Die lembikkan badan die dah mcm kena bius pulak. Rindu jugak kadang-kadang. Sobs

Dak Atam ngan Dak Oneng. Dedua da takde kat umah ni. Tengok la muka Atam. Tak boleh nak say no ngan die ni. Hehe

Anyway, aku baru balik dari sesi jalan2 ke ladang teh semalam. Takde lah makan angin pon, memang jalan2 cuci mata jek. Nak pg jauh2 sangat, ada keterbatasan kudrat kan sbb parents da x kuasa nak gi jauh2 mcm dulu2.. Dekat2 pon dah syukur dah.. Aku gi ngan parents jek. Adik aku die tak ikut. Budak nak peksa la katakan. Tapi aku dengau asek merayap keluar je. Sukati kau la dik. Jgn hari exam tak dtg dah le..


Ada cerita di sebalik tudung hitam ni sbnanye. Nanti hujung2 aku bgtahu. Tu beg kain gambau katun tu sbnanye dah tua dah umo die. Aku beli masa first year kat Jakarta dulu tahun 2008 la kot. Tak sangka plak bertahan smpi skang.


Pepagi lepas siap sume zaaaasss keluar umah laju2 sbb parents dah lapau pastu nak makan ubat ape sume. Sarapan kat kedai atas bukit ni. Landmark die sebelah kubur. Aku x tau la cmne makcik ni end up run bisnes sebelah tanah perkuburan. Yg pasti kedai ni mmg slalu ramai orang. Aku sampai belum pkol 10 pagi tapi that day diorang dah keluarkan lauk-pauk utk nasi campur. Aku dah ternampak segala ikan keli masak lada dgn rebung lemak cili api tu mmg takde dah aku nak pikir roti canai or nasi lemak. Terus brunch dgn nasi campur. Setel isi perut tahan sampai tgh hari.


On the way sebelum keluar tol, singgah dlu kat Perhentian Tapah. Aku suka gak lepak2 kat perhentian kalau lalu highway. Macam2 ada.


Ibu aku nampak Baskin Robin terus menonong masuk. Memula aku ajak die gi Dunkin sebab nak beli kopi. Kot la die nak beli pape ke kan. Last2 aku kena gi beli sengsorang. Tapi dapat kopi terus diam. Haha


Ni dah otw naik Cameron. Aku nak snap Lata Iskandar tu sekali ada pulak Muthusamy mana ntah masuk gamba ni.

Hah paparazi paparazi! :P


Jeng jeng jengggg
Inilah dia kelebihan berjalan time weekdays. Lengaaanggg.. Yeehaaa
Kitorang stay kat Rumah Peranginan Persekutuan jek. Paket hemat. Semalam 100 hengget dapat stay kat Banglo sebijik. Kemain besau banglo die bagi haa


Ni sebijik banglo dua tingkat kitorang bertiga jek. Siap ada porch lagi. Memang luas sangat2. Kalau siapa kerja gomen tu atas gred 44 rasanya layak apply utk stay kat banglo kat mana2 Rumah Peranginan Persekutuan. Nak buat family day nak konvoi 3 4 kereta pon boleh aku rasa. 

Dalam tu ada 3 bilik. Toilet ada 4. Kat dapur lengkap dgn stove, tong gas, oven, periuk nasi letrik, semua lah. Pokoknya fully furnished. Ko rasa mcm tumpang umah sedara jek duk situ.


See? Luas kan?
Betapa luasnya sampai aku tak boleh tido sengsorang dlm bilik sebab terbayang mcm2. Dasar penakut. Last2 aku gi tidur kat bilik sebelah kat parents aku. Nasib baik la each room mmg die provide katil lebih.


Sebelum ni aku pnah je stay sini tapi tak perasan pulak ada bantal bercap ni. Kemain, bantal pon nak tauk cap die. 


Sebab ni la aku kata umah ni sesuai nak buat aktiviti family sebab kat belakang tu ada tempat barbecque. Tu nampak tak mcm ada stove kaler hitam tu. Tinggal bersihkan and pasang api kat bawah tu dah boleh dah nak grill macam-macam. Singki pon ada. 


Petang tu lepas check in and lepak2 smayang sume, kitorang keluar balik sbb ibu aku nak beli towel. Aku bawak towel sndiri jek. Diorang terlupa kot rumah peranginan tu tak provide towels. Tak pasal2 kena beli baru. Padahal kat umah punya la berlambak stok towel. 

Apa ke nama tempat aku pergi ni ek? Brinchang kot. Pokoknya jalan terus je takde belok2 pon. Rumah peranginan tu plak landmark die ada strawberry farm. So boring2 bole pg strawberry farm pekena eskrim or nak beli bunga-bungaan n kaktus pon boleh. Kat situ ada jual.


Macam le kat Melaka takde seaweed. Mahal pulak tu. RM8.80 sepaket dalam tu ada seploh keping seaweed. Nasib baik sedap.

Nak jumpa BigBang takde le kan. Dapat makan seaweed cap BigBang pon jadik lah.. Haha


Dah aku haruk nau nak stroberi, last2 ayah bawak jugak la naik atas lagi sket daripada Brinchang tu yg kiri kanan ada kedai2 souvenir tu. Time aku gi tu kedai byk dah nak tutup n hujan plak tu. So main redah je kedai yg still bukak.

Tapi stroberi kat kedai ni lagi cantik2 drpd yg dekat strawberry farm depan rumah peranginan tu. Aku tak snap gamba stroberi die tapi siryes buahnya besar2 and merah2 cantik.. Rasa pon oke, takde la manis sgt, tapi tak masam la just nice je. So kalau nak beli stroberi better beli kat area yg atas lagi drpd Brinchang. Jalan je terus sampai jumpa area pasar2 tani or nampak kedai2 kiri kanan tu. Lagi worth it. Time aku beli tu die jual tiga pack besar RM25. Memang kenyang strobeli je lah. Puas hati aku.


Rasanya semua orang familiar dgn tea house ni kan? Kalau nak gi Cameron sure lalu punya tea house ni. Kat situ ada la kedai souvenir and kedai teh apa semua. Hari pergi tu kitorang singgah ngeteh dah sedas. Time nak balik singgah lagi ngeteh. Kemain seteko utk 3 ke 4 orang punya serving sampai RM14. Nasib baik la mmg sedap and view kat situ cantik. Kira bayar sekali for all the package lah tu kengkunun.

Cerita pasal tudung hitam tadi yg aku sebut awal2 tadi kan. Nak tau tak apa die? Dgn yakin dirinya aku pakai tudung kerawang die tu terbalik. Cis. Dah la few days before aku pakai tudung tu pergi interview. Gila serabai pakai tudung terbalik. Hahaha

Dah turun dari Cameron, sampai kat perhentian Tapah time smayang baru aku perasan tudung tu kerawang die terbalik. Hah elok la tu.


Hasil tunjuk-menunjuk semasa jalan-jalan.


Another coffee treat for myself on the way back to Melaka.

Aku berkenan gila dgn perhentian Tapah yg belah menghala turun ke Selangor tu. Very convenient. Kedai banyak, ada macam-macam. Buah-buahan berlambak kat situ. Kedai makan pon banyak choices. Surau and toilet pon sangat selesa. Parking banyak. And tempat die cantik and bersih. Decoration die, ada banyak small ponds dgn fountain yg buat ko rasa mcm tgh bersiar-siar kat istana je bila jalan kat koridor die. Tetiba rasa proud pulak tengok banyak org Thailand yg singgah situ. Ngahaha Pehal ntah aku plak yg nak rasa bangga. Bukannya aku yg buat pon perhentian tu.

Aku mmg nak snap gamba kat situ tapi ramai orang plak time tu. Kang mcm jakun nau pulak. Kensel lah.

Finally...siap jugak entri ni. Tetiba kagum ngan blogger2 senior yg aku follow, membayangkan betapa gigihnya diorang menaip cerita2 diorang.

Aku nak menaip tak brape mukasurat ni pon mcm nak semput.

Baik aku tekan button post skang sebelum aku berubah fikiran. Haha

Oke korang. Bai!!

2 comments:

Wonder Woman said...

Jalan straight lepas Brinchang yang kiri kanan dia macam pasar tani --> Kea Farm kot? Gigih gila tqah explain! Hahahaha.

Telan air liur tengok kopi Dunkin *glupglup*

Rindunya nak pi cameron. Last pegi masa honeymoon haritu. Wahh gitu. Next time kalau pegi lagi pun bertiga la gamaknye.

Kak Long said...

Tetiap tahun kalau nak short getaway mcm Cameron jek jawapannya. Hahah

Padahal byk je tempat lain yg ada kat semenanjung ni.


Ntah ape ke namanya tempat kte pergi tu lahai x teringat pulak nak take note. Kea Farm le agaknya. Ngaaaa