Wednesday, February 15, 2012

There's no place like home

Salam dan hai!!

Bila cuti2 ni aku selalu tak ingat hari ni hari apa. Kalau tak, manjang je menghitung hari sebab x sabar2 nak hari jumaat. Sebab tu esoknya sabtu pastu esoknya ahad maka kita boleh enjoyy!! Tapi bila cuti, hari-hari pon kita enjoy, tu yg sampai aku tak ingat hari ni hari apa..hehe

Hari ni 15 februari ek? Ohh..maknanya semalam la hari apa tu, Valentine eh? Haha I have nothing to do with Valentine, maka semalam hanyalah satu hari yg normal bersama keluarga. Tapi, hari-hari bersama keluarga memang sentiasa menjadi hari yg ohsem! 

Cuti ni aku banyak luangkan masa dgn duduk atas sofa depan tv, tengok tv puas-puas, makan dan makan, nyanyi kuat-kuat tanda hati senang, main gitar sampai adik laki aku rasa annoyed, dan bercakap sorang-sorang. Senang je kan keje aku?

Btw, hari tu akhirnya headphone seploh hengget yg ayah belikan last year rosak tapi sebelah je la. Tak best pakai headphone tapi dengar sebelah je. Makanya misi mencari headphone baru bermula sekarang!!!


Danggg.. smartnya2!! Aku suka kaler coklat tu. Tapi kaler kuning pon hot jugak. Hmm ada siapa2 nak belikan? Heee


Uuuu.. Menarik la pulak yg ni. Sure beribu-riban headphone2 mcm ni, kan?

Kirim salam la aku nak beli headphone beribu-riban ni. Haha Tapi kalau aku ada banyak sangat duit terlebih, mungkin aku beli jugak kot. Who knows, aite?

Takpe, kita kembali ke alam realiti. Nanti lah aku sambung misi mencari headphone baru kat kedai. Laksanakan misi kat google ni sampai minggu depan pon belum tentu aku dapat barangnya. Kah kah kah

Ok lah, aku nak gi main gitar sampai jari bengkak. Bai!!

No comments: