Tuesday, February 28, 2012

It's time for a visit yaww!

Jadah ape tajuk aku letak ni?? Patut la dulu kat skola kena marah kaw kaw ngan cegu BM. Eh tapi tajuk aku dalam BI. Ahh dah x reti bahasa tu memang x reti bahasa lah jawabnya. Kahhh

Sebenarnya cite ni cite hari Ahad hari tu tapi al-maklum lah dasar vitamin M terlebih tu memang tak tertolong kan..

Bila cuti-cuti ni, disebabkan dah xde keja sangat, maka bila ada peluang dapat keluar rumah tu aku harus grab selaju mungkin. Tak kisah lah pergi kedai runcit je pun, yg penting aku dapat keluar amik angin. Itu pasal la aku rajin nak ikut ibu ayah aku gi jenguk adik pompuan aku kat Seremban. Heee


Best parents for my whole life~


Sama tak muka kitorang? Yang pasti sama bulat..betul?? Hehe

Ibu aku kata, adik aku ni kalau die tau mak apak die nak datang minggu tu, sanggup tak nak makan kat dewan, nak makan kat luar.. Selera besau aje manjang.. Ngahaha Sama la aku pon~ Hari tu datang entah apa angin dia nak makan nasi arab pulak.. Nasib baik ayah kitorang highway man, macam2 tempat pon die tahu. So hari tu lunch kitorang ialah nasi arab bebeh.


Apa entah tajuk teh arab ni, lupa aku nak hapal itu hari. Siap ada daun pudina kat dalam. Sedap rupanya teh ni. Rasa die x sama dgn teh yg biasa kita minum tu. Pastu, suprisingly, daun teh die tu tak pahit langsung! Aku tak tahu la suprise ke tak, tapi aku rasa daun teh selalunya pahit kan? Tapi daun teh arab ni yg nampak mcm ekstrim sebab die kasar2 tapi sebenarnya tak pahit pon kalau kita kunyah2..


First time aku order teh tiga layer ni. Orang lain sume dah pernah minum, aku je baru berhajat nak rasa. Bole laaa.... Tapi aku takde la nak favie sgt~


Ni la die ghopenya nasi arab. Disebabkan kitorg berempat, ibu aku order yg untuk 2-3 pax ni ha sedulang terak die bagi.. Patutnya takde ikan kerapu tu, tapi aku yg teringin nak makan ikan maka tukang masak pon tambah la ikan kerapu sekor. Nasi die kan, panjang2 pastu kurus2..tak macam nasi kita yg biasa tu. Aku rasa kedai ni memang guna bahan2 khas kot, tapi owner die melayu rasanya. Sedap jugak nasi ni cuma die kering la, untuk orang yg dah biasa makan nasi banjir dgn lauk mcm aku ni rasa kesat2 jugak la tekak tapi aku bedal jugak.. Hahaha


Asal singgah supermarket yg ada kaunter cool blog ni mesti aku nak beli air die. Apa la die tauk dalam air ni agaknya yg aku berkenan sangat. Haha Yg aku minum ni Blueberry smoothies pakai pearl. Yummy!


Yo may ask for less sugar. No I didn't! Haha


Lepas hantar adik balik kolej, kitorang pon start perjalanan balik melaka semula. Sampai Rembau, singgah pulak kat kedai kuih. Goreng pisang tiga ringgit kak!! Panas lagi, nikmat habissss..


On the way back tu, hujan lebat pulak. Sejuk je.. Aku x tahu la pelik ke x, tapi aku suka sangat pemandangan jalan tar yg basah, hujan kat sekeliling...ngan pokok-pokok basah.. So I was having a good moment at that time in the car, staring out the window..it was beautiful that evening!

Aku ingat masa aku kecik2, aku tinggal kat kampung waktu tu. Bila hujan, aku suka sangat tengok air hujan jatuh dari atap zink kat beranda rumah arwah nenek aku. Kadang-kadang aku x sedar aku tenung hujan tu lama, tau-tau hujan dah nak reda.. Huhu

Habis dah kot cite aku. Nak gi bukak tudung saji pulak.. Heh2
Thanks for reading. Baaaiiii!!!

3 comments:

aku HaniAsyira said...

sonok nya dia makan..nak makan gak..

Chekgu Azrine said...

sis.. tu namanya jiwang.. hahaha.. suka nengok air hujan.. hehehe..

gurau2 ye sis..

Si DauN CeRi said...

@haniasyira; hehe moh le nasi arab seremban.. :D


@kak azrine; betul jugak tu jiwang.. feeling2 buat video klip, kak.. hahaha