Tuesday, February 21, 2012

Mimpi atau angan-angan?

Masa aku kecik-kecik, aku rasa hidup aku senang je. Makan, tempat tinggal, pakaian..semua dah disediakan oleh ibu ayah. Boleh dikatakan hampir takde benda yg boleh mendatangkan tekanan perasaan kat aku waktu kecik-kecik. Kalau ada pon, tekanan perasaan sebab cekgu kat sekolah garang..kot.

Tension sbb nak peksa? Pon takdeee!! Senang je hati aku.. Seingat aku, memang aku tak tension pon kalau nak xm waktu kecik2 dulu.

Aku mula kenal apa itu nervous bila aku masuk sekolah menengah. Nak-nak bila PMR dah dekat tu kan, barulah sedar diri sebab nak hadap peksa yg boleh dikatakan besar lah kan waktu tu. Kalau tak....haremmmm lah aku nak nervous2 ni.

Dulu, cita-cita pon aku xde sbnanye. Bila org tanya dah besar nak jadi apa, aku jawab asal ada jawapan yg munasabah je.. Kang cakap nak keje kilang kang mcm xde wawasan sangat pulak bunyinya. Bukan maksud aku keje kilang tu takde wawasan, cumanya situasi aku kat skola dulu asal org tanya pasal cita-cita je, manjang je jawapannya doktor, cikgu, saintis....bla bla bla. Semua lebih kurang sama je. Maka aku beranggapan bahwa jawapan aku pon kena lebih kurang mcm tu jugak la, jgn lari drpd skop. Haha Ingat mcm jawap peksa agaknya nak ikut skema jawapan.

Dulu aku memang tak nampak sangat benda apa yg aku nak capai dalam hidup ni. Aku tak letak aim tertentu, sebab benda apa yg akan mendatangkan kepuasan dlm hidup pon aku belum tahu waktu tu.

Sekarang ni, bila aku dah masuk dekad kedua ni barulah aku mula nampak betapa pentingnya usaha untuk melangsungkan hidup dan betapa bukan senangnya nak jadi senang. Barulah timbul keinginan nak merasa macam-macam, nak pergi sana, nak pergi sini.. Barulah sedar hidup di dunia luar (maksud aku luar sekolah) ni jauh lebih mencabar daripada apa yang aku bayangkan.

Ada pepatah omputeh cakap, "everything starts with a dream". When we dream to achieve something in our lives, we will try our best to make our dreams come true. Sometimes those dreams can be almost impossible to happen but when we try hard enough, everything seems worthy. Although we don't really get what we wanted, at least we did try.. *tros taip omputeh kawwww*

Kalau aku buat list benda apa yg jadi idaman aku skarang ni.. Wahh boleh jadi x jumpa muka surat last dia. Punyalah bersusun kan. Tapi tu lah, yg mana satu mimpi, yg mana satu angan-angan..diri sendiri pon bole confuse.

P/s: Beza ek mimpi dgn angan-angan?

4 comments:

♛ Azie Azra ♛ said...

mimpi tu kalu kite tido. angan-angan tu separuh tidur. muehehe. bole pakai ke teori ni? :P

Si DauN CeRi said...

hehe ada betulnya jugak tu.. tp bila time x brape tidur pon boleh termimpi-mimpi.. tu yg konfius~ :D

Qamaruls said...

haa baru nak comment cam azie azra tuu haha.

Si DauN CeRi said...

haa tiru tiruuuu hahaha