Friday, February 3, 2012

Serabut

Urgghhh.. Pening kepala aku fikir pasal umah sewa ni. Kontrak umah yg aku duduk skang ni habis bulan 3. Mintak2 ada la rumah sewa yg baru buat ke, baru nak kosong ke..yg sesuai untuk kitorang. Aku xde nak salahkan sape2 atau pun apa2 yg menyebabkan semua org terpaksa keluar dr rumah ni which patutnya kitorang sambung kontrak umah sampai lulus jadi dokter. Yela kan, benda nak jadik.. Mungkin ada rumah lain yg lagi bes n sesuai n affordable utk kitorang, ataupun mungkin ada org lain yg lagi perlu duduk rumah ni? Mungkin lah agaknya..

Nak umah mcm ni boleh?? Lepas tu ada tasik dekat2 dgn laman umah, lepas tu ada swimming pool yg x dalam melebihi 1.5m sebab aku petite (susah sgt nak ngaku pendek..haha) dan x reti berenang.

Kalau mintak aku listkan ciri-ciri rumah idaman, wahhh memang kerjaan gampang wa cakap lu. Tapi aku sedar, betapa tu semua hanya angan-angan. Kahhh!!

Semalam adik pompuan aku call dari Msia, bila aku tanya banyak sangat ke duit top up sampai berani tepon aku. Lepas tu die bagi gelak high pitch plak kat aku. Ceh. Bangsa dah xreti nak buat apa dgn top up berlebihan memang macam tu lah agaknya. Lepas tu die bagi tahu kucing aku yg nama Bella tu x sehat sangat. Ni semua buat mak sedih, tahu? Dah la pening fikir pasal umah sewa, tetiba dapat tahu Bella x sehat. Wuwuwu Emo nak lebih aja, macam kan aku yg jaga Bella kat sana tu. Haha

Lepas tu, aku ada konvo pertama sebelum masuk klinikal 21 April nanti. Ibu ngan ayah aku nak pg umrah pulak tu. Tak sure la by the time aku konvo Wisuda tu parents dapat datang ke x.. Mungkin datang kot.. Entah lah.

Bukan konvo besar pon. Memang kat sini kalau amik medik, die ada dua kali konvo. Konvo pertama setelah selesai teori, konvo kedua adalah konvo setelah lulus jadi dokter sekali dgn angkat sumpah Hippocrates. Macam x caya pulak aku dah nak konvo pertama. Rasa aku macam tengah umur 18 lagi taw. Hek hek hek

Okay lah, aku nak g tengok dah sampai ke belum delivery aku. Hujan uolsss, malas nak keluar. Heee :D

3 comments:

saya tak tipu.... said...

dah jadi doctor nnt 5 kali ganda cam tu pun boleh darlin oiiii...gud luck in ur hse hunting.

qlah said...

woot... woot.. konvo 21 April ?

my birthday , hewhew .

moga bella sihat ek =)

Si DauN CeRi said...

@saya tak tipu; i hope so!! ameen.. :) thank u thank u~


@qlah; yeke? hehe kebetulan yg ohsem!