Monday, October 31, 2011

Tobat dah aku..uuuhuhu

Salam

Dulu pernah sekali, ym aku terkena virus taw. Punca dia macam nii... Ehem ehem

Satu hari ni, aku tak ingat aku tgh buat apa entah waktu tu, tetibe ada satu im pop up drpd salah seorang drpd friend list aku. Dia macam bagi satu link ni taw. Aku tak tahu la angin apa entah yg buat aku nak tahu sgt tu link apa, aku pon pergi klik la link yg dia bagi tu.. Sekali keluar website apa entah tak ingat. Apa yg aku tahu, lepas tu je ym aku jadi biol. Aku tak boleh nak handle cursor pon. Macam ada suatu kuasa jahat yg dah ambik alih komputer aku woh.

Kuasa jahat tawww jgn buat main! Hak hak

Ha lepas tu, kuasa jahat tu send mesej yg berunsur virus ke majoriti drpd friend list aku kat ym. Pastu org pon  mestilah rasa annoyed dgn mesej2 yg aku dok hantar kat diorang tu. Dah la virus. Padahal bukan aku yg hantar pon. Tu semua salah kuasa jahat tu. Tak guna punya virus. Entah siapa yg cipta virus ym ni agaknya. Ceyt.

Sejak peristiwa virus ym tu, aku pon tukar la password ym. Tapi bila aku klik kat "remember my password" tu, bila log in oke je. Tapi bila aku shut down komputer, dan start balik, bila nak log in kan, die still tak hafal2 jugak password baru aku. Yg ada bulat2 hitam kat kotak kosong utk isi password tu masih password lama lagi. Apasal jadi mcm tu eh?

Dengki sangat ym tu dgn aku gamaknya.

Itu hari, ada satu stranger ni dgn ID nama jepun add aku. Gara-gara trauma dgn virus ym sebelum ni, memang siapa2 yg add aku kat ym mula-mula mesti aku ingat ada org nak mem"virus"kan ym aku taw. So mamat jepun ni (aku tak tahu lah die jepun ke tak sbnanye tp anggap je lah ya) chat je la biasa2 bla bla bla dgn aku which aku tak take note sgt pon sbb die tulis dalam english. Aku nak baca dan pahamkan pon dah take time woh. Dah la mula2 aku pg tanya die "ni siapa ek?". Tetibe balas lam english kan, haa kan dah menggagau aku dibuatnya.

Pastu die ada kasi link utk verify what so ever aku pon tak paham. Bukan tak paham, tapi aku malas nak baca sebab ayat die panjang sbnanye. Boleh? Har har har

Apa lagi kan, laaaagi lah aku ingat tu virus. Kesudahannya, on the spot aku close window pastu delete contact. Bole rasa tak aku punya paranoid tu mcm mana?

Hurrmmm..... Pokoknya pantang org send aku link je skang ni, mesti bnda pertama dalam pale hotak aku ialah virus. Mesti aku akan tanya itu virus ke bukan, melainkan aku mmg dah tahu atau aku yg mintak apa2 link..

Moral of the story is.....tak payah la nak entertain sgt perasaan ingin tahu tu kalau dapat apa2 link daripada org yg kita tak kenal. Dibuatnya virus, kan ke dah mengundang kehadiran kuasa-kuasa jahat dalam komputer kesayangan anda?

Ohh..siryes tobat!

- luahan hati mangsa virus ym durjana -

4 comments:

diyana said...

hahahahaha ! patot la kte hantar msj kat ym bukan maen susah nak balas. nak nak kte bt nama pelik pulak,, hahahhaaha :p gitu rupenye cerita sebenar.. *tp kte tak hantar link kan? ;P heh

asip محمد said...

4th year ukrida? pergi bandung games tak? main apa?

Si DauN CeRi said...

@diyana cun; ouh..itu la dia cerita sebenar di sebalik semua ni.. tu sbb kte reply pelik2 kat awak. buahaha sorry, this trauma really making me nuts. heh2

Si DauN CeRi said...

@asip; aah 4th year. tak tahu lg pegi ke tak. tak main pape pon. kalau pg, main tengok2 je.