Monday, October 24, 2011

Something random, something awesome

Salam aleik..

Hai. Selamat hari isnin. Sebelum pape, nak kasi tahu dulu, entri hari ni memang random, tapi takde la awesome sangat pon. Disebabkan nak cari perkataan yg hujungnya sama dengan "random", maka tu yg bnda yg tak ohsem pon nak letak ohsem jugak.

Ini cerita tak berapa nak baru, tapi aku nak cerita jugak. Padahal takde idea. Booooo


Hari Sabtu kemarin, aku ikut dua orang membe aku kat sini pergi makan kat satu kedai ni. Nama kedai tu Bakmi Tanjung Duren. Bakmi tu kalau tak silap aku, bakso campur mee. Kalau tak silap la, pasal aku tak layan sangat bakso kat sini. Walaupon bakso tu femes even kat Msia pon kan, tapi entah. Rasa mcm tak bling bling. Ceyt. Makanan pon nak yg bling bling aje.



Sementara nak tunggu makanan tu, boleh la nak mengunyah-ngunyah. Dia ada sediakan kerepek2, ada la cakar ayam macam yg kat atas tuha. Tapi kat sini nama die lain kot. Tak tahu la die panggil apa. Dua kawan aku tu dah pernah pergi makan situ, diorang kata oke, tu yg aku nak ikut tu. First impression, oke jugak tempat die, tak jorok. Jorok tu maknanya kotor. Haha


Tetibe je aku terasa nak makan bakso pulak hari tu. Atas ni aku punya, bihun bakso. Aku tak recommend lah bihun bakso die. Tak sedap mana pon. Sup tak panas, lack of seasoning, bakso pulak quite raw. Eceh. Nak cakap pesen2 cheff dalam Hell's kitchen tu kunun.. Ahaks.


Tapi tak dapat dinafikan tom yam die memang sedap. Boleh lah nak lepas kempunan nak makan tom yam kat Bakmi Tanjung Duren ni. Tom yam die terasa, lepas tu isi pon die tak kedekut. Siap letak kupang. Yg dengan kulit ada, kat dalam tom yam tu kupang yg dah dilepaskan dari kulit die pon ada. Puas hati la, lagipon tom yam ni bukannya makanan lazim kat Jakarta. Bila ada kedai lokal yg jual tom yam dan sedap, memang kena take note la. Hehe

Dua membe aku tu die makan tom yam dgn nasi putih dan telur dadar. Oleh kerana nasi dan telur dadar tu mcm bersifat universal je, jadi aku malas nak snap gamba.


Balqis ni hosmet aku sebenarnya. Ups. Currently not available y'all.. :D


Abaikan muka selebet aku yg mengalami hari-hari yg sibuk dan memenatkan tu ya (macam kan sibuk sangat.cehh).. Dengan spek buruk nya, tudung pon main sarung je asal boleh. Hahaha Mesti orang pon segan nak jalan sebelah aku kan?

Sebelah aku tu Nani. Dia panggil aku "tiqa soul". Kadang-kadang "soul" je.. Ada macam nama penyanyi rap tak? Wakaka

Esok, kena datang kampus pukul 6 pagi. Kitorang ada lawatan ke kilang-kilang. Nanti nak kena buat report pulak lepas tu.. Tak lupa juga esaimen PBL yg menanti. Mana nak ready makalah, mana nak ready kan slide ohp nya.. Next week pulak minggu exam untuk blok 28 ni. Hah, cuba lah cari tang mana yg ohsem dalam 2 minggu ni. Jumpa tak? Ngaaaa

Tapi semalam sempat jugak aku tengok ANTM cycle 17. Bab curi masa memang panjang je akal aku taw.. =D

Kay bai korang, jgn lupa cuci kaki kalau nak tidur ya~

5 comments:

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said...

eh... antm dah cycle 17 ea?? wajjah! x percaya!

aleen aiden said...

mcm klaka pulak bakso jd bakmi.keh3

Si DauN CeRi said...

@nazrul; aah dah episod 7 ke 8 entah.. hu3

@aleen aiden; hehe banyak istilah2 lucu kat sini..

yan_n.i.m said...

wahhh 'ohsem' la sgt kan minggu nih cik tikah. ngan exam nyer. :P

Si DauN CeRi said...

hahaha.. memang tersangat la 'ohsem' nya.. adeyh~~