Friday, October 14, 2011

Minggu kuliah yg padat dan gangguan tidur dan Zoe Saldana

Salam.

Obviously,  sekarang dah pukul 1:20 waktu Malaysia, bererti pukul 12:20 waktu Indonesia. Bukti tak berapa nak kukuh untuk menunjukkan bahwa aku mengalami gangguan tidur. Bukan apa, gangguan tidur yg aku alami itu bukan sebab aku susah nak tidur ataupun bahasa kunun-kunun-canggih nya ialah insomnia. Bukan. Bukan itu.

Gangguan tidur yg aku alami ialah gangguan untuk bangun daripada tidur. Dia punya feeling tu macam baru kena hempas jatuh dari atas bumbung lah jugak. Punya susah nak bangkit. Memang rasa macam nak siku-sikukan jugak diri sendiri sebenarnya. Tapi nak buat camne, tak sampai pulak. Huh.

Kuliah, kuliah........dan kuliah. Lepas tu kuliah lagi. Lepas tu kuliah lagi.

Masuk jam-jam terakhir tu, aku pon macam dah bawah sedar je. Punya dalam tenungan aku ke papan slide. Tembus sampai nampak rumah sewa aku. Pejam celik, pejam celik... rupa-rupanya dah sampai kat bilik. 

Oh danggg.. Lupa lagi nak balut modul. Dah nak masuk minggu kedua blok baru dah ni. Haish..

Dan tadi, aku kenal dengan sorang pompuan hot. Hot. Hot. Bak kata lecturer kat kampus, "cewek hangat".. Hehe

Muka je cukuplah kowt. Har har harrr

Pasal aku tengok cite baru dia ni, "Colombiana". Cite ni berbentuk action, tahap lupa nak gigit sebelum telan popcorn jugak la..untuk orang jakun. Macam aku. Tapi tak jugak sebenarnya.

Overall, aku letak 4.75 out of 5 jugak lah untuk cite ni. Pasal die ada efek berbentuk psikologi pada aku. Senang cite, engkorang tengok je la sendiri cite "Colombiana" ni ye.. Kalau tak minat filem aksi, oke la tak payah layan. *padahal takde sapa nak heran pon kalau aku tak kisah org tak nak tgk cite ni..ha3*

Hurmm.. Besok belajar balut membalut pulak. Tunggu je lah siapa bakal mangsa yg nak kena bungkus dgn aku. Siapla macam ikan stim masak 3 rasa aku kejakan. Heh. Saja je nak mempersendakan diri sendiri.

Kay baibai..~

5 comments:

FeeL da MorE said...

kak balutkan hati saye leh x ? tluka berdarah neh. hihihihi

Si DauN CeRi said...

huhu.. cedera organ dalaman ni ada kompliketed sket.. nti sy tengok checklist ye.. huaahaha

visitme@FaTiN cOrNeR said...

jgn balut smpai jadi mumia dh...hehehe..best eh cite colombiana tu..nk try carik la..

qlah said...

MACAM MENGGODA LA KAKAK TU.. <--- TENGOK2,, SAYA DAH CAPLOCKS DAH.. HEHEHE .

Si DauN CeRi said...

@ atin; silap haribulan bole jadik mumia jugak rasanya.. hee


@ qlah comel; wahh.. ni pesen2 malas nak tekan caps lock lagi skali nii.. sy pon slalu camtu.. :P