Sunday, October 16, 2011

Puff sleeve. Where does it come from?

Salam..

Siapa pernah pakai shoulder puff cardigan? Puff jacket? Puff dress? Ataupon apa2 saja pakaian yg puffy sama ada di bahagian bahu, lengan, ataupon pinggang..mesti pernah kan? Me too!! Hehe

Tahu tak anda yg puffy style ni dah ada kat dunia sejak akhir 1700 dan awal tahun 1800? Zaman dulu kala, biasa orang gayakan dekat pinggang. Tu sebab gaun orang dulu-dulu selalu kembang2 kalau kita tengok cite orang putih lama2 kan kan..

Dari tahun 1820 sampai 1840, orang mula mempelbagaikan rupa bentuk dan "volume" pada puff sleeve ni. Ada puff sleeve yang dia buatkan puff tu dari bahu sampai pergelangan tangan, dipanggil "gigot sleeve".

Puff sleeve, along the arm and waist. Cukup puffy takk???

Puffy style ni sebenarnya melambangkan kemegahan bagi kerabat-kerabat diraja pada zaman dulu. Kalau kita perasan, kebanyakan disney princesses dan Shakespearean heroines selalu pakai puffy dress. Kan?

Seiring dengan peredaran zaman, banyak berlaku transformasi pada puff sleeve ni. Masa tahun 80-an, puff sleeve ni tengah meletup-letup, even kat Malaysia pon kita boleh nampak sebenarnya. Kalau kita belek-belek gambar2 lama mak2 atau makcik2 kte, baju kurung diorang selalu ada puff dekat atas bahu. Perasan tak? Sampai zaman 90-an pon masih ada tapi dah slow sket. Bila masuk tahun 2000 dan ke atas, puffy style dikatakan ada "comeback"..

Orang mula menggayakan puff cardigan, puff dress, puff jacket.. Macam-macam nijam ni nak ada puff. Seluar pon dah ada yg nak di "puff"kan. Huhu

Waist puff.

Cardigan kot ni..

Abaikan tulisan cina tu. Yang penting jacket tu gojes. Gojes. Gojes.

Tiba- tiba je aku nak kasi ceramah pasal puff sleeve kan kan? Sebab aku tertanya-tanya sbnanye mana datang pesen bahu kembang2 ni. Kalau dulu-dulu baju kurung mak2 kita banyak lah yg bahu kembang2 ni, masuk pertengahan zaman 90-an, orang dah tak nak pakai sangat dah baju2 pesen tu. Outdated katanya..

Tengok, sekarang ni bukan main lagi semua benda nak puff-puff. Fesyen dulu-dulu yang orang kata dah outdated tu la yg tengah "up" sekarang ni.

Siapa kata orang dulu2 tak fashionable? Sampai sekarang banyak je idea orang dulu2 yg orang zaman sekarang celup. Cuma banyak inovasi je.. Tu sebab nampak berbeza. But the idea is still the same..

P/s: Nanti nak tawen nak pakai dress yg ada puff puff jugak lah. Baru royal!! Ahahaha..  =P

3 comments:

aleen aiden said...

aku pnah makan curry puff.itu je benda yg puffy yg aku tau.boleh kira?keh3

Si DauN CeRi said...

bahaahaha... masuk list jugak tu. bley kira.

Anonymous said...

With havin so much written content do you ever
run into any issues of plagorism or copyright violation?
My website has a lot of completely unique content I've either authored myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my permission. Do you know any solutions to help protect against content from being ripped off? I'd definitely appreciate it.
Feel free to surf my blog post cures for swollen ankles and feet