Tuesday, July 17, 2012

Dalam pada stress-stress ni..

Salam..

Hi! Aku dah masuk minggu keempat kat department Obgyn. Setiap minggu aku akan kerja kat tempat yg berbeza. Kat sini kitorang kena kerja kat poliklinik, ruang bersalin, ruang operasi, dan dekat ward. Ward tu kata nama lain die dalam Bahasa Indonesia ialah "bangsal". Kalau tukar jadi BM, macam....."eh ko jaga katne ah minggu depan? Aku jaga kat bangsal". Agak kurang cool kat situ tapi memang tu lah perkataannya.

So minggu ni aku jaga kat poli sbnanye tapi disebabkan partner aku ada 2 orang, kitorang tak jaga poli setiap hari dalam minggu ni. Sorang jaga poli 4 hari je drpd 6 hari dlm seminggu. Isnin dgn selasa ni aku dah jaga kat ward. Sisa lg 4 hari aku kena jaga poli..

Haha Macam tak bererti sgt je aku cite sume ni kat sini. Yg sebenarnya rasa kekok nak menaip kat blog sendiri sbb skarang mcm dah jarang2 update blog. :P

Siryes bila dah klinikal ni, aku rasa rindu kat zaman teori dulu. Sebab zaman teori dulu kadar stress die sangat rendah kalau nak compare dgn skarang ni. Hari-hari pergi kuliah lepas tu balik rumah bole buat apa yg aku suka. Asal boring karang, panjang je langkah aku..hehe

Tapi skarang ni....tak dapek dah nak mcm dulu lagi. Setiap hari fikir nak follow up patients, fikir nak review patients, fikir nanti doctor nak visit nak kena ready ikut cara masing-masing doctor, fikir nak jaga malam lagi, fikir pasal beberapa hal remeh lain yg sbnanye bole efek emosi aku.. Contohnya manusia yg bias... *teeeetttttttttttttttttttttttttttt

Stress mmg stress.. Badan pon letih.. Tapi aku tetap sempat habiskan TVD 3rd season hari ni. Muahahaha


Kaaannnn???? Aku mmg pandai bab2 mencuri waktu utk aktiviti2 lagha ni.. Kah3. Tapi pape pon, majulah TVD utk pencinta dunia fantasi mcm aku ni. Ending season 3 memang superb ah! Walaupun kelihatan mirip dgn ending breaking dawn hari tu tapi plot dan dinamik cerita ni lebih bervariasi aku rasa. Sejak bila pulak ada dinamik2 ni aku pon x tau, suka hati aku je..haha

Bijaksana betul writers TVD ni buat jalan cerita smpi aku betul2 ingat si Elena nak mati dah dlm episod final tu. Cis. Akhirnya nak jadi vampire jugak rupanya. Tak terfikir langsung si doktor tu nak suntik vampire's blood dlm badan Elena. Lepas tu, aku yg urut dada sbb Elena tak mati lagi. Ha3

Entah mcm mana la sambungan season 4 besok.. Mesti masyuk kan.

Entri pesen bercampur-baur mmg mcm ni lah gayanya.. Haih~

6 comments:

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

bwk la bertendang doktor ye..hehe..kiranya kadar stress aku rendah sikit dari ko la sbb aku xpraktikal lg..hehe..

neway, fighting!!

Haikal Blank said...

ward pesakit = bangsal pesakit?

ok, lagi merapu pemikiran aku.


kalau masa teori tu macam rilek sikit ye dak. tidur lambat pun takdak hal. ni kalau dah bahagian praktikal dah, tidur pasti2 dah makin awal. hoho

Kak Long said...

@atin; haha ye..mgkn begitu. tapi mungkin jugak nti ko praktikal ko x brape nk stress sgt.. lain org lain kemampuan adaptasi die. tak gitu? hihi

Kak Long said...

@haikal blank; kat sini pesakit tu die panggil "pasien". haha sebut betul2...pa...si....en (mcm sebut yen). pasien. kelakar kan?



balik jg malam je aku rs aku bole tdo 2 hari 2 malam. haha

lynnlola said...

ahh knape story ending VD3 dalam ni! lynn tak tgok lagi! huwaaa!

Kak Long said...

@lynn; hehe upsss. sorry!! g tgk cepat