Monday, March 9, 2015

Label

Assalamualaikum readers..

Kalau nak baca belog ni, tak boleh mengharapkan entri fakta2 ilmiah ya, pasal penulis merupakan seorang yg bukan fiction person (is that even a word?). Aku suka nak amek tau bnda2 ilmiah kadang2, suka jugak layan dokumentari etc etc, taaaaaapiii kat belog aku suka menceceh benda2 non ilmiah. Hehe

Untuk silent2 reader yg terbaca belog ni, welcome to my world. Hidup aku tak menarik pon, tak sempurna. Pape pon, happy reading lah ya. :)

Hari ni aku nak cerita pasal apak aku. Ada few times kat belog ni aku cerita pasal beliau. Yg pnah terbaca tu tau lah agaknya. Kot. My father is a former teacher. Dulu before die pencen, dia seorang cekgu besau dan juga berperut lumayan besau. Tapi skarang sudah pencen dan perutnya sudah semakin slim. Hobinya kat umah suka main teka silang kata dan main segala jenis kuiz kat dalam sokabar. Berfaedah btol hobi die. Hobi anak die? Ngaaaaaaaa

Apak aku ni mmg teliti sangat orangnya. Memang patut dapat pujian. Aku bukan bias, mmg siryes die sorang yg teliti kalau bekerja. Nak2 bnda2 yg melibatkan dokumen.

Dulu waktu aku nak pergi Indonesia nak blaja dulu, aku rasa 99% hal dokumen2 utk pergi blaja tu beliau yg uruskan. Aku goyang kaki je weh. Nti kalau ada bnda yg aku kena sign or tulis sndiri, beliau akan panggil aku turun buat. Bila aku stori2 dgn membe2 pasal persiapan nak pergi blaja dulu, I felt so bad about myself. Haha

Kalau nak cerita semua, mcm panjang sangat pulak. Meh aku nak tunjuk few things yg might be unsual to other people.


Dulu waktu beliau belum pencen, mungkin beliau takde masa nak buat mcm ni. Tapi, believe me kat umah ni yg menguruskan segala jenis dokumen mcm bil-bil, sijil-sijil, segala tok nenek surat2 penting is him. Aku dulu waktu skola kalau dapat pape sijil mesti kena bagi kat beliau. Beliau lah yg laminate, lepas tu simpan elok2 dlm satu fail. Bukan aku je, semua org dalam umah ni punya sijil pon beliau yg laminate dan simpankan elok2 dalam satu fail. Semua orang beliau buatkan satu fail besar yg berisi dokumen2. Dari aku kecik sampai sekarang taw. Macam rekod patient kat klinik tu. 

Bila beliau pencen, makin byk benda kat umah ni yg beliau organize kan.
Even toilet pon diletakkannya lambang toilet mcm dlm gamba tu. Hehe


I'm not sure if it's just my father's hobby or what, tapi sejak beliau pencen, kebanyakan laci2 n almari kat umah kitorang ni beliau letakkan label.

Fascinating tak?

Hehe


Bila aku tanya apak aku kenapa semua container and laci ada label, beliau jawab "senang, tak payah tanya2, dah ada tulis kat situ". Ringkas kan jawapan die?

Aku xtau la sbb dulu zaman aku blaja n adik aku pon blaja jauh jugak, so bila kitorg balik kitorg slalu ty kat mana bnda tu kat mana bnda ni.. Sbnanye banyak lagi label yg aku x tunjuk kat cni sbb kamera aku x bole capture good photos under lowlight. Tapi sbnanye suis2 kat umah pon berlabel oke. Tak payah tanya mana satu suis kipas or lampu. Dah siap ada label kat situ. Suis yg rosak ada label "rosak" kat situ. Haaaaa

Aku msti byk menyusahkan kan agaknya? Semua bnda malas cari pakai mata, cari pakai mulut. Mungkin dari situ lah timbul idea ni. I am truly sorry, ayah. Sobs

So if siapa2 pergi dapur tanya serbuk kopi kat mana, jawapan die nak kena pelangkung ke? Bukankah sudah terpampang di depan mata anda? :))


Every single laci (laci bahasa omputeh amenda ah?) in the kitchen..


And every tupperware like this too..

Daebak kan my father? Appa saranghae *wink wink*

Dah pehal nak tulis korea?


Ni aku belanja gambau Dak Amok beraksi superman. Amok saranghaeee 


Amok ni second generation kucing kat umah aku ni rasanya. Umo die mungkin 3-4 tahun. Kot. Mcm x sure pulak. Tapi first generation yg tinggal kat umah ni Dak Embang je. Embang takde dlm gamba. Sebelah Amok tu nama die Bella. Bella ni muka lawa. Pernah die beranak sebelum ni tapi tak survive pulak anak2 die..

Amok ni otak die mcm bergeliga sket. Kalau org panggil, die akan berespon. Sama ada die akan kasi kau eye contact, ataupun die akan pg kat kau if possible. Bila die dtg kat kau, first bnda die buat is sondolkan kepala die kat kau. Hari tu aku saje je nak test. Aku hulur kepala aku kat die. Die sondol kepala die kat kepala aku. Wah mcm berlakon filem pulak rasanya. Kuat pulak tu kepala die. Rasa mcm lawan wrestling kepala pon ada. Amok...Amok..


Ini nama die Madam Teressa. Kah kah kah.

Waktu tu kat kawah putih. Dua tahun lepas. Aku senyum macam seronok je kan. Padahal hidung siksa menahankan asap sulfur kat situ. Kemain menyengit bau sulfur.

Rindu jugak Indonesia. Seronok berjoli kat sana sbnanye. Dulu masa zaman stadi, ada fulus je panjang je langkah aku. 

Tengok gambau trobek ni teringat plak kat beg merah legend tu. Dah mana ntah perginya. Banyak jasa beg tu.

Aku rasa mcm menyimpang-nyimpang je entri ni. GPS dah salah jalan agaknya. ;P

Oke ah. Makan jom. Lapau.

4 comments:

Wonder Woman said...

Omg comel gila semua benda ada label hahahaha. And yes memang sangat flight of idea dari label tetiba cite pasal kucing tetiba dah ada kat tangkuban parahu hahahahaha XD

Si DauN CeRi said...

@bebi: hurmmmm apa bole buat penyakit randomization ni nampaknya blum lagi terubat.. haha jgn pening dah la org yg baca :))

Anonymous said...

Nk tnya.. Sy pun ada beli revlon hair colour tu .. Tp ms nk pkai my sis marah sbb katenya walaupun bahan dia halal, tp dia xserap air kalo nk mndi wajib.. Betul ker.. Nk konpem sbb risau la gak..

Si DauN CeRi said...

@anonymous; sebenarnya kita tak dpt nak pastikan pon setiap inci kulit kita menyerap air ke tak everytime kita mandi/wudhu. tu sebab dlm rukun tulis mencuci/meratakan air ke bahagian2 tertentu. if bahagian tubuh kita dah diratakan dgn air dan mmg surely basah, means we've done our part to follow the rukun, Allah je yg bole tentukan sah ke tak sah, diterima ke tak diterima. Macam kte makan ayam kat kedai, kita takkan dpt pastikan ayam yg kita makan tu betul2 disembelih lillahita'ala. Sipi2 harapnya bole relate la dgn isu warna rambut ni ya.


Ataupun misal lain yg paling dekat, inai. It's the same. Kita takkan pasti pon air betul2 dpt diserap ke dlm kulit bahagian yg ada inai. Macam tu.

Yg penting, kita dah semak hukum dgn yg arif dlm agama, selagi dibolehkan, bole la maknanya dibuat asalkan kita tahu the limit.

Harap membantu.

Wallahu'alam.