Saturday, February 28, 2015

Muak

Kat taman aku ni memalam ada lagi org duk main mercun. Tak habis raya lagi diorang ni. Takpe lah raya lah puas2. Nama pon raya kan? Setahun sekali gitu..

Aku bukan muak ngan org main mercun.

Aku muak dgn org yg byk nau dalih die naik nak termuntah aku kejap2 mcm tu kejap2 mcm ni.

Last year aku ada bayar utk satu trip ni kengkononnya nak jalan2 kat dot dot dot. Budak tu ekceli relative lah jugak pangkat die. Alah tak kisah la tu. Pasal takde lah rapat pon. Kebetulan budak ni blaja dekat ngan adik aku. Ada la dia datang kat hostel adik aku jumpa apa sume. Adik aku la yg bagitau kat uni die ada nak buat trip tu 3 hari 2 malam.

Budak tu ajak adik aku pergi sama. Adik aku cerita la kat ibu aku n aku terdengar. Saje je aku jet kot la warga asing mcm aku ni boleh kalau nak join kan. Oh, boleh rupanya. Oke lah aku pon kasi nama n transfer duit siap2. Gelojoh sangat nak berjalan le katakan. Ahakhak

Masa tu last year rasanya bulan Oktober kot kalau tak silap.

Memula die kata trip tu hujung tahun. Dalam bulan 12 la agaknya. Katanya.

Lepas tu bulan 12 pon tiba. Aku tunggu punya tunggu...diam seribu bahasa. Duit dah bayau dah ni. Tapi time tu bole cool la lagi.

Bagi mengelakkan aku terhangin kat die, aku guna cara halus. Sebab die berkawan ngan adik aku, so aku suh adik aku yg tolong tanyakan apa cer dgn trip tu. Lepas tu die kata pasal mesia duk banjir teruk maka perancangan trip tu tergendala so trip tu nak tunda la may be smpi Januari or Febuari.

Ohhh mcm tuuu.. Sebab banjir maka trip ke tempat yg takde kaitan ngan banjir tu pon terjejas yaa..

Disebabkan aku malas nak layan, n ko kata bole refund kan? So aku cakap kat adik aku, apa kata aku nak refund je. Lagipun daripada bulan 10 mmg takde tarikh pon. Dia kata kalau x jadi pergi boleh je refund. Daripada aku tunggu py tunggu mcm harapan palsu je, baik aku refund terus. Bole spend utk bnda lain.

Sekali lagi aku guna cara halus. Suh adik aku yg mesej budak tu.

Dipendekkan cerita, adik aku kata budak tu bagitau die maybe dlm bulan 2 bole dpt refund. Oke lah dik, walaupun aku sbnanye dah heran dah apesal plak nak refund sket punya payah.  Macam la aku nak claim duit apa je, padahal bukannya trip tu dah jalan ke apa. Tarikh pon takde lagi. Aku mcm dah berbulu dah waktu tu sbnarnye.

Sampailah dah nak masuk bulan 3 niha aku tunggu news psl refund tu. Nothing okay? Nothing.

Tadi aku mesej budak tu tros tanya. Pakkal la kebetulan aku mesej die aku baru lps smayang, kalo tak aku rasa dah tersembur dah budak tu. 

Kali ni die kata nak masuk sem baru, maka nti bulan 4 kot bole dpt refund. Lps tu siap die kasi janji manis, by bulan 3 pon sbnanye dah bole dpt dah duit refund tu.

Macam la aku tak pnah blajau kat university. Apa la yg sibuk sgt nya nak naik sem baru pon.. Lagipun jadah apa pulak kaitan duit refund aku yg drpd last year tu dgn die nak naik sem baru? 

Aku nak tengok lepas ni apa pulak drama die.

Die ingat die sorang pandai drama ya. Tunggu sok kalau bulan March jadi apa.

Hahaha

Bila aku baca balik apa yg aku taip n ingat cerita pasal budak ni, sumpah muak weh.

Bluek 

2 comments:

qishie said...

ok dah mac. got ur money back?

Si DauN CeRi said...

blom pon. die kata tgh bulan. sket lagi ni. tunggu la die. haha